December 29, 2009

Senang ke dalam hati kalau beristeri dua?

Sat2ni time nak pi opis, aku dengar lagu Madu Tiga yg dinyanyikan semula oleh Ahmad Dhani. Tetiba tepikir, camna ek agaknya kalau aku ni nak pasang dua? Mampukah aku.

Setelah ditimbang2 dan di belek2 sambil merenung passenger tercomel di sebelah aku tu, kompom la aku mmg tak mampu pasang dua.

Sebab sebabnye...

Satu:
Aku tak mampu dari segi financial. Gile betul la kalau nak ada 2 gelpren. Tiket wayang drpd 2, dah jadi 4. Karaoke 2 kepala, jadi empat kepala. Vacation dua kali... Kalau camtu baru la adil dan saksama kan. Kalau semuanya di spend dgn gelpren baru je, mana aci... Kalau tak mampu berlaku adil, watpe pasang dua kan? haha... Oh, tapi kalau gelpren tu yg tanggung, lain cerita la. Segalanya berkemampuan.. muahaha...

Dua:
Aku mmg konfem tak larat dr segi fizikal. Kehidupan aku adalah seperti ulo melengkor kat atas katil setiap pagi pabila balik keja. Ni kalau pasang dua. Harini kehulu, esok kehilior. Letih mak! Tu baru keletihan tak tido, belum masuk keletihan memandu kereta dan keletihan melayan kehendak ilmu kebatinan. Haiyah... takpayah la. Ini macam kalau rendam kasut Power dan minum airnya pun masih tak mampu. So, kensel. haha...

Tiga:
Dan ini rasanya yg paling valid la kot, kenapa aku takleh dan takmau pasang dua. Sanggup ke aku hancurkan hati org yg selama ni bertahan dgn aku, ketika aku selambe2 tukar keja malam. Dan dia jugak sanggup ikut sama, utk membolehkan kitorg spend masa lebih banyak setiap hari. Orang yg masih terima aku walaupun ada masanya aku tinggalkan dia time balik kg. Org yg menjaga makan pakai aku, walaupun aku di tahap kemalasan tergajah.

So, aku rasa, mmg tak susah nak pasang gelpren keliling pinggang (macam lagu ku jatuh cinta dgn setiap wanita tu...), tapi ingat senang ke nak maintain gelpren keliling pinggang? Kalau nak maintain selama seminggu je tu.. lain la kan.. huhu...

December 19, 2009

Happy Birthday Mak...

Harini hari lahir mak. Yg ke berapa, aku selalu takmau ingat. Sebab umur dia tak pernah penting. (But Hari lahir dia, yes.)

Mak tak pernah gagal buat aku rasa gembira bila saat aku down.
Mak tak pernah berhenti mendoakan kesejahteraan anak-anaknya.
Mak sentiasa buat kami rasa pulang ke kampung adalah perkara yang menggembirakan.

I never wish for a better mother. Just I wish I could be a better daughter.

Tuhan, sesungguhnya kebaikanku adalah hasil didikannya, dan kesalahanku adalah milik aku sendiri.

Selamat hari lahir, Mak. Semoga bertambah keberkatan dalam kehidupan mak!

December 18, 2009

jambu oh jambu...

Aku tensen dgn pekataan 'jambu'

It all started with the event we had today. Air yg kami minum ialah pink guava.

Cuba korg trenslet pink guava ke bahasa melayu.... 'jambu batu merah jambu' (pd aku ni kelako nih.) hahaha... sbb benda tu repetitive. Jambu pertama tunjukkan noun, jambu yg kedua adalah adjective. adjective kepada merah, tapi bukan kepada jambu.. haih haih..

Selepas mengwiki2 kat internet... aku dapat tau plak.. jambu air omputeh kata 'water apple'

so... soalan penaakulan mantik dr aku.

kalaulah...
jambu batu = guava
jambu air = water apple
jambu = ??

benci ah bila aku kompius pasal bahasa nih.. ish ish

December 11, 2009

Label oh label...

I love labelling ppl, and labelling myself. Walaupun hakikatnye, label is for filing.

Tapi... penglabelan aku tak sampai lagi tahap yg menyatakan perhubungan butch/femme adalah bukan lesbian. Bagi aku... perempuan yg suka perempuan, maka tetaplah kamuorang lesbian.

Boo shared something interesting. Di ambik dr blog randuany
http://randuany27dunia.blogspot.com/ , yg ada satu entry sahaja. It truly is interesting...

...saya pernah bertanya kepada seorang teman yang sudah sangat lama bersama dengan pacarnya. Ia melabeli dirinya dengan butch dan pacarnya adalah femme.

Saya bertanya, "apa jadinya kalau besok pacar kamu berubah jadi tomboy?"Dengan lugas dia menjawab, "gue putusin, bru! Gue ga mau sama butch atau andro. Gue cuma doyan femme"

Saya meringis mendengar jawabannya.

Pertama, karena mendengar ia dengan lugas menjawab akan mutusin pacarnya kalau berubah label. Padahal hubungan yg dibinanya udah bertahun-tahun dan penuh perjuangan. Hanya karena label, ia bisa dengan mudah melupakan itu semua.

Kedua, karena dia memanggil saya dengan sebutan "bru!". Hehehehee.... saya ini wanita lho. Walaupun penampilan tomboy, tapi saya lebih menyukai di panggil dengan sebutan "sista!", "bu" atau "jeng" ketimbang "Bru!" atau "Bro!". Rasanya mendengar panggilan itu bikin perut saya jungkir balik...


Boleh la lawati blog dia utk pembacaan selanjutnye. Kalau tak paham sgt bahasanya, try ingat2 balik apa yg korg dengar dlm filim ada apa dgn cinta. heheheh.

p/s: Aku juga tak seswai dipanggil 'bro'. Jumpa aku, then u know why. ;)

December 9, 2009

Makanan, dan perempuan, dan televisyen

Entah kenapa mood aku dlm minggu ni adalah mood utk berpoye2. Aku rasa cam tetiap hari nak gi jenjalan, makan2, tetengok wayang dgn partner aku. Tensen betul. Dah la duit bukannye byk sgt, time awal2 bulan ni. Adeh.. stresso!

Anywhoo.. aku tetiba nak tertulis pasal cenel masak memasak. Haritu tertengok Rachel Ray kat ntv7, membuatkan aku teringat kat Food Network (US). Betapa aku merindui untuk menonton channel tersebut. Sbb, aku ni mmg suka tgk rancangan tv pasal makanan. Entah la, rasanya skang ni, cuci mata dgn tgk mknn kat dlm tv lebih memberangsangkan dr tgk pompuan2 seksi. Somehow, you cannot make those sexy girls yours (i mean, who needs sexy girls if you have... er.. never mind...). Tapi makanan, boleh aje dimasaki, dan ditelani. kan kan? haha... tahpape.

Akan tetapi, sekiranya tukang masak itu adalah perempuan, dan kendu, maka, bertambah lah selera utk menontonnya.

Kat AFC ataupun Travel and Living tu, kebanyakan rancangan2 yg glamer2 ni tukang masaknya ialah lelaki.

  • Jamie Oliver (u know who!)
  • Rob Rainford (Licence to grill)
  • Michael Smith (Chef at home/at large/abroad)
  • Emmanuel Stroobant, yg sentiasa bebaju itam
  • Chef Wan (hehe)
  • Martin Yan (duh.. dari kecik dah ada)
  • Antony Worral Thompson (host Saturday Cooks yg sarat dgn English accent itu)
  • Curtis Stone (yg boleh dibawak balik rumah -- Take Home Chef)
  • Anthony Bourdain, yg tak memasak sgt pun. Dia mkn aje
... dan ramai lagi yg aku pun taktau namanye.

Dan kalau nak cuci mata pun, dgn macik Nigella Lawson (yummeh!!) dan Laura Calder (French Food at Home). Oh, dan Anna Olson rancangan Sugar tuh...

haih...

Alangkah bagusnye kan, kalau AFC tu amik la serba sedikit rancangan dr Food Network US. Ni kebanyakannya Food Network Canada. Lagi murah ke? ehehe.. sesuka ati je aku komplen channel tv nih. haha...

Anyway, kalau kat Food Network US tu, aku sangat2 rindukan akak Cat Cora yg senget itu bertanding dlm rancangan Iron Chef America. Kalau dia masak, aiyo, ai pun terasa kebest'an nya. Cam takde kaitan kan, tapi aku suka gak.

Selain tu,
  • Rachel Ray, of course.. dgn EVOO nye dan masak macam kilat, 30 minit siap 3 meal.
  • Makcik Paula Deen yg suka masak sambil makan, sambil gelak.
  • Anne Burrell yg selamba cakap lepas dan tak takut taruk garam dlm masakan (dan amat terer bikin pasta utk Mario Batali!!)
  • Alex Guarnaschelli - resepi ayam gorengmu tetap menjadi pojaan hatiku!!
  • Aida Mollenkamp - sambil masak, sambil respons soklan2 kat email, sambil kelihatan kendu
  • Giada de Laurentiis - aku cam so so je tgk masakan dia, tapi aku suka tgk rancangan dia sbb dia kendu... haha

Dan ada la beberapa lagi yg aku tak mention kat sini sbb aku tak melangut tetiap pagi ahad utk tunggu rancangan depa kuar kat tv.

So kan, sebenarnya kalau la byk rancangan Food Network yg leh ditonton di melesia ni, mesti la hidup aku riang gumbira. bangun pagi awal2, nguap2 sket, bukak tv.. sampai tghari.. turun bawah beli brg2 utk dimasak.. masak dan makan. (Hmmm... i need to renovate my dapur!)

So, kesimpulannya, aku pun taktau, aku rindu rancangan masakan kah, ataupun aku rindu untuk memasak...

Yg pasti, aku rindukan sesuatu berkaitan dengan makanan....

December 1, 2009

ROCKBAND Unplugged.. jejenggjengg!!

Skarang ni, (dan juga dulu), aku tgh gile main game ni kat PSP boo. Dengitt betul la. Takleh berenti la plak. Dan yg bestnye, disebabkan game2 pirate di malaysia ni (yg mana ofkos game ini adalah pirate), apabila bermain game ni di PSP, tatkala korg nak exit dr game ni, sila lah jgn menekan butang Home. Sbb kalau tekan Home, maka nanti akan dapat message 'There are no games' bila korg nak access game lain. Hampeh la tu kan.

Jadi, utk itu, kalau nak exit, terus je tekan power button. Habis cerita. Bila bukak balik, semuanya still in place. Gitu..

Dan game ni jugak bagus kalau korg takmo org pinjam PSP korg. Bukak je rockband ni, pastu tekan Home. Dan voila.. game ilang. So, leh cakap kat org yg nak pinjam.. 'Ala PSP aku problem la. Pehal tah semua game ilang.'

Dan cara nak membetulkannya semula, tak sampai seminit. Nak tau cemana, leh call aku ek. muahahaha...

Oh, kenapa aku addicted main game ni. Kerana aku mmg suka game berunsurkan muzikana (is there such a word???), compared to boo yg suka men game2 besukan (kan takbest tu!). Dulu aku main Patapon. Dan aku ada je jumpa Patapon2 kat kedai. Tapi cam tak terbeli je. Samada aku takut nak beli (sbb takut stuck tak reti nak continue cam skang...) ataupun takut addicted, sampai kang, gelpren gesel2kaki pun tak pasan. Bahaya tuh!!

Dan skang ni kalau bosan aku mintak boo bwk psp gi opis. tapi time keja aku soh dia simpan. Sbb kalau aku pegang, alamatnye makan gaji buta la aku kat opis nih. huahaha.

Selain muzikana, game ni best sbb kita diberikan 4 anggota. Korg leh decide gender dan nama rockband korg. So, kalau tetiba terasa nak letak ahli rockband tu nama korg dan juga 3 org ex korg, amat lah dialu2kan. Fefeeling reunion dgn ex gitu! aahha.. (er.. tapi aku tak lak buat benda ni... Kalau nama ex pun, yg satu tu je la yg aku suka. gaaaaaaah!)

Dan 4 anggota tu, setiap sorg tu bassist, guitarist, singist dan drummist.. (aka singer dan drummer... funny how language ni langsung takde standard!). Pastu bila duit korg dah byk sbb byk bikin gig, bleh la beli baju memahal dan seseksi utk ditepekkan kat ex2 korg yg bermain muzik tu.

Lepas tu, main muzik dan lagi dan lagi... sampai korg letih dan tetido.

Kesimpulannya, adalah lebih baik gila men game drpd gila men pompuan ataupun men tipu ataupun men blasah je. Sbb men game, leh sambil baring kat perut gelpren. (hmm.. kalau men pompuan leh gak baring kat pompuan.. ish.. komfius dah ni).

Anyway, sayangi hidup anda, dan jauhi diri dari dadah dan minuman keras (kecuali ice blended yg separa keras itu). sekian mekasih!

November 24, 2009

Good birthday? Best birthday...

Heh.. tajuk aku kat atas tu adalah kata2 yg aku petik dr cerita Buffy. Masa ni Willow celebrate besday Tara... dia tanya.. dan Tara jawab...

Best birthday...

Memang best sebenarnye birthday kalau diselebret dgn org yg tersayang. Macam aku tahun ni la. Tahun lepas, aku kat Chicago, tu pun nasib baik la kengkawan aku kat sana cambest dan belikan gak kek besday, dgn tulis2 bagai, dan jugak belon yg kecut di luar rumah, dan kembang di dalam rumah..

Tahun ni, aku takmo pape hadiah. Aku bgtau kat boo.. i want her to be my birthday present. haha... So, aku ajak dia lari, pi kawen kat Siam.. boleh gitu? haha... mau mati ka? Aku cuma bejaya ajak dia dok dendiam dalam ujan. Kalau tak melepak tgk tv, kami tido, kalau takpun, pi jenjalan naik keta dlm kehujanan.

Simple, tapi aku puas hati.

Sebenarnya, aku tetiba terasa selain daripada hadiah yg tangible, seperti henpon (fuiyo), gelang besi, cincin batu... sebenarnya 'moment' merupakan hadiah yg tak ternilai.

Tapi ramai org tak sedar, sbb selalu 'moment' itu tetap ada. So, bila sekali dia dah ilang. Kita akan rasa cam.. I want it back.

So tahun ni, thanks for the 'moment'. Saya bersyukur dan terharu. :)

November 20, 2009

lagu2 berlirik poyo... tapi asek dong!

Pegi karoke dgn cik lone mmg memberi kami pengajaran tentang lagu2 indonesia yg liriknye macam poyo2. Mana dia tau lagu2 camni, ai pun donno...

Dulu, dia buat aku dengar lagu Cari Jodoh nyanyian kumpulan Wali Band.

Bait lirik lagu itu yg menyentap naluri kepoyoan aku ialah...
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau
Tgk videoklip pun dah tesentak2 aku gelak. Apatah lagi video klip yg ada lirik di tepek di bawahnye. haha...
Dan baru2ni... ada lagi satu lagu yg diperkenalkan kat aku. Tajuk lagu tu PUSPA, nyanyian kumpulan ST12.
Aku memula ingatkan apekebenda la puspa ni. Puspa melati ka, pushpa narayan, push to talk ka... rupenye...
PUSPA - PUtuskan Saja PAcarmu... Bley gitu?
Bait lirik yg sengal dlm lagu ni...
jangan jangan kau tak kenal cintaku
jangan jangan kau hiraukan pacarmu
putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang i love you padaku
walau kutahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun kan kutunggu sampai kau mau
Ye.. ia mengingatkan aku kepada kekuatan manusia2 yg tegar mahukan pacaran orang.
Tapi camna lak taknak kat org punye kalau mereka itu secun Luna Maya... haih haih haih...
Kenapa Luna Maya, sbb dia la yg belakon dlm video klip lagu ni... yg juga poyo.
Tak dpt Luna Maya, dapat kaler Luna pun jaadilah. tapi mana lagi best... Luna ke.. Maya ke? hahahaha...

November 18, 2009

Cekelat DOVE yg menggilakan

Haih... Haritu sementelah kitorg beberapa kerat yg berjaya menyiapkan kekeja US federal legislation yg mahapenting tu dgn ala2 berjayanye buat petama kali, maka boss2 dr US opis macam sukahati, dan diposnye dari sana sekotak beso cekelat Dove Promises.





Apa yg menggilakan pasal cekelat ini ialah... apabila dikopek pembalutnye, ada message di dalamnye. Dan tah kenapa kali ni aku cam asek je nk makan, sbb aku nak baca message di dalamnye.

Setakat ni ada la dah lebih sepuluh bijik aku bantai, tapi message2 yg best aku dah pass kat boo la plak. Dan tah nape harini dia ban aku dr dtg kat tpt dia utk gi baca balik msg2 tu.

Harini je, aku dah bukak tiga bijik dlm masa 30 minit. Tapi message2nya macam takde la best sgt seperti...


"Dance like no one is watching..."
Haah.. mmg kalau aku menari, macam aku terpaksa bayangkan macam takde sapa yg tgk, sebab tersangat la buruknye. dgn perut wiggle2... haha... jangan bayangkan please.


"Moments like these need to be savored"
Moments camno plak tu? Moments di mana aku kena scan dan review dlm 1000+ pages macam semalam tu kah? Mak savour okeh!!


"Try something new this weekend"
Okey. This has officially become my favourite qoute for today (until 11 p.m.)!! Yes, harus la kena try something new ujung mggu ni. Aku pun nak becuti start Jumaat ni. Pi tenang2kan fikiran dan buang segala negatif aura yg berleluasa di dlm minda ni.


Ish.. 3 je ke??


Haruskah aku bukak lagi satu cekelat dan baca apakah isinye? Adoi!

kenapa tak makan kerak piza tu??

Tadi baru lepas makan pizza. Alang2 tangan aku bebau piza lagi nih, meh aku tulis pun pasal ni jugak..

Aku perasan la kan, ramai manusia mmg tak suka makan kerak piza yg kat belakang tu. Sama la nasib si kerak piza ni sebenarnye dgn kulit roti.

Dan kedai piza pun berusaha besungguh2 jugak utk mempelbagaikan kerak ni, dgn cara bagi cemacam resepi baru utk benda ni.

Contohnye, pizza hut, ada buat stuffed crust. Ada cheese, ataupun sosej. Supaya org jgn membazir.. makan benda tu! Yg baru ni lagi la.. Kerak tu siap dibuat dlm bentuk jari, yg boleh dicabut dan di makan. Cuma hati2 la. Jgn termakan jari sendiri, susah cari mkn nanti. haha...

Kalau kat Papa John's, diorg siap buat pencicah melted butter dgn garlic lagi. Utk dicicah kerak tersebut. Supaya boleh la korg mkn.

Masalahnye... kenapa korg takmo mkn benda tu? Ha?

---- tetiba aku merapu seawal jam 4 pagi---

November 13, 2009

Betulke??

Ah.. tetiba jiwang plak.
Haritu kemas2 keta tejumpa thumbdrive lama. yg mmg aku dah guna sejak empat tahun lepas. Tapi tak dijumpai dr lepas raya tahun lepas.

So jumpa la balik segala writings2 aku yg lama. Gambo2 masa memula becinta dgn boo dulu. Sedar tak sedar dah dua tahun lebih aku dgn dia. Kira lama la jugak, mengenangkan betapa tak konfidennye masing2 dgn hubungan ni. But so far it works...

Dan aku takmo la mendabik dada macam dedolu, ckp semuanye best, tapi hakikatnye, masing2 memendam rasa. Last2 kelongkang gak.

Eh, tecakap pasal ni.. haritu aku borak2 dgn opismate aku. Kitorg ckp pasal relationship secara general. Tapi di antara isinye... Kalau kita nak hubungan kita tu bertahan lama, kena ada jual mahal sket. Takleh ikut je apa yg dia nak. Jgn jadi bodoh. Jgn terlalu byk berkorban sgt utk hubungan tersebut. Beri something utk diri sendiri. Jgn syok sgt kalau ada org kata, harta i, harta u jugak... Kalau asyik harta u, u, dan u jugak... last2 kita ni jadi cam hape je kat mata dia.

And... sebenarnye perbualan itu terkuar bila opismate aku ckp pasal statement ini..

"Org yg terlalu berkorban utk perhubungan itu, dia yg akan ditinggalkan nanti..."

Anda setuju? I do...

November 11, 2009

Confessions of a tak-gilekasut yg dahbykasut

Smlm sorg opismate aku bising kasut dia ilang. So, perbualan mkn tghari kami (kitorg mkn tghari ikut waktu US Central time), berkisar tentang kasut...

Ye, mmg org pompuan gile dgn kasut kan? Oh, bukan setakat perempuan aje rasanye. Org lelaki pun sebenonye sama. Gile kasut. Contohnye adik lelaki aku... gile kasut jenama harimau orgjepun. Dia kata, kat malaysia benda tu mmg limited. Dia dgn bini dia, sama naik buat koleksi. Hah.. bukti org lelaki pun gilekasut.

Ada sorg yg aku kenal ni, (bukan boo la), dia ni penah cerita dia punye gilekasut, sampaikan sanggup tahan perut dr mkn, semata2 sbb beli kasut. Menurut ceritanye, kalau nmpk kasut yg cantik, sanggup gunakan bajet makan for the day, semata2 sbb nak beli kasut. Dasat tak dasat la kan.

Ada jugak kawan aku yg gilekasut ni, punye la obses dgn design kasut yg sama... sampaikan dia ada berpasang2 kasut dgn design yg sama, tapi warna berbeza. Ye la.. at least kasut yg sama leh la di matchkan dgn baju yg berbeza. Sama la konsep ni macam org yg ada byk Crocs yg sama, tapi kaler bebeza...

Dalam pada beborak pasal kasut ni... tetiba boo pun bebunyik...
"Aku pelik gak sebenarnye dgn org yg leh survive dgn dua pasang kasut..."

Gedegang!!

Macam penah tau je sapa yg survive dgn dua pasang kasut tu? hahahaha... aku la tu kan.

Memang le, sblm ni, aku takde la rasa ada masalah kalau hidup dgn dua pasang kasut. Satu kasut pi keja, satu lagi kasut jenjalan. Kan senang... takyah pepikir, takyah pepilih nak yg mana satu.

Tgk je urusan apa yg nak dilakukan dgn kasut tersebut:
- Pi keja, kasut cap 'anjing'
- Pi jalan, kasut cap 'kenderaan'
Takde pening2.

Tapi tu dulu la... skang ni alang2 ada manusia yg nak besabar pilihkan kasut utk aku, makanye, populasi kasut aku makin membuak2 la kat umah tu.

Ingat lagi masa aku tgh kronik kerana kasut jalan dah hanco... masa tu boo baru je recover dr medical leave dia yg bebulan2 tu. Gigih dia pi temankan aku rayau2 tiga soping kompleks, mancari kasut. Dan last2, aku beli kasut kat kedai pertama yg kitorg singgah.. haha.. lorat tak aku time beli kasut? Sbb tu la tak byk kasut.

Dan kasut yg dia temankan aku beli tu lah, yg aku dok pakai tetiap hari masa aku kat US dulu. Panas, ujan, salji.. apa je yg tak rasa. Aku siap leh tanpa segan silu lagi jemur kasut tu kat opis akibat terbenam dlm snow masa jln2 amik gambo keliling opis... haih.. kasut oh kasut... So sebenarnye, mmg boleh je survive dgn SATU kasut.... dalam masa dua bulan setengah aku kat sana...

Tapi tu cam dah tahun lepas la... La ni, aku macam dah byk kasut. kasut jalan ada byk dah. Kasut keja pun dah lebih dr satu. Kasut keja dgn kasut jalan pun boleh betukar ganti skang ni. huhu...

So, skang aku cam baru terasa... camne laaa dulu aku leh pakai kasut yang SAMA, utk ke opis setiap hari.. selama hampir (atau melebihi) satu tahun.. huhu...

Ah.. apa2pun, aku masih lagi nak Crocs Cove tu.. muahaha.... dah kaler mesti putih dgn biru tu. Kaler lain takmo.... (lorat kan?)

November 10, 2009

Daiso oh Daiso

Smlm lepas merewang pi bekfas kat pantai dalam, kitorg patah balik ke ioi mall puchong utk gi ke daiso. Ingatkan memula nak menerabas terus ke midvalley, tapi masa tu baru pukul 9 pagi. Mana ada kedai bukak. Maka kami pun memperabih masa di dalam keta, balik semula ke area umah.

Dan niat di hati, mmg nak ke daiso sbb nak cari finger. Ha.. apekebenda finger tu? Yg penting, ia bukan peralatan utk melakukan hubungan kelamin, tapi sarung jari yg digunakan utk memudahkan flip kertas. Haih la, keja pun kat kampeni publishing, pastu keketas tu siap bwk balik umah sume. Mmg tepaksa la beli finger tu.

So, dgn konfidennye kitorg masuk Daiso, nak cari finger. Cari punye cari punye cari.. tak jumpa la plak.. aiyoh. AKu biasa la, bila cari barang, mula la perut pun memulas. So, tak larat mencari, aku pun tanye la kat sorg mamat yg keja kat Daiso ni. Mamat ni mmg tak nmpk macam harajuku langsung la. RUpanye ada la seperti mat rempit yg bekerja di Daiso.

Aku:
Dik... (ye, aku sedar aku dah tua)... finger kat mana ek?

Budak tu:
*buat muka pelik*

Aku:
Ala.. finger, yg macam getah tu, yg letak kat ujung jari, senang nak selak kertas.

Budak tu:
*blurr lagi.. dan langsung takde effort nak begerak atau memanjangkan leher*

Aku:
Ala.. yg getah tu.. (Siap tunjuk2 jari lagi i kat situ)

Budak tu:
Oh, itu kita takde jual...


Bley gitu reply dia?!!

Aku:
*dah hangin ni...* Mana plak takde jual? Dulu kitorg pernah jumpa finger tu kat sini. Cuma skang ni, kitorg tak ingat je location dia kat mana!

Lepas aku jerkah, baru la tehegeh2 nak begerak cari barang tu. Tapi sblm dia sempat cari, boo dah jumpa dulu barang tu. Haih...

Ni pesanan penaja nih.... len kali, sebelum cakap kedai korg tu tak jual barang tu, pikior2 la dulu. Ini tidak, laju je kata takde jual. Malas nak cari, cakap la malas. Kalau tak pun effort la sket kan.. gi pusing2 ke, tanya senior ke. haha.. tetiba aku emo lagi (macam tak biasa...)

Anyway, sementelah ke Daiso tu, kalaupun niat asal nak beli 1 barang je, hujung2 cerita, mesti terbeli lebih jugak. So, smlm, kitorg beli 3 barang. So total = RM15. Beli tah pape plak tu.. penyangkut wayar pun jadik.

Dan walaupun aku dah cop Daiso sebagai kedai membazir yg utama, tarikan nak ke sana tetap kuat. Ada je yg nak dibelek dan di cari. Dan so far... perkara membazir yg aku penah beli di Daiso termasuklah...

  1. Klip plestik sampah. Supaya plestik tu lekat kat bakul sampah, dan boleh lekatkan sekali 2 plestik dlm satu tong. Ye.. mmg kita tak perlukannye, tapi kreativiti tu yg memikat hati.. haha.
  2. Organizer tpt sayur fridge. Ye la... boleh la asingkan lobak, dan kacang panjang dan terung; dari sawi, bayam dan kangkung. kan? hehe
  3. Tapawer Steamer kenit. Ini tak membazir pun sebenarnye, tapi kalau dah bebulan beli, tapi tak penah guna, apa ke namanye tu kalau bukan wak bazirr...
Yg lain, aku tak consider membazir sbb, kalau sudip plestik, pisau potong bulat, bekas letak cd.. itu semua mmg digunakan, so, tak membazir la kan.

hahaha... kepada sesapa yg belum mengalami pengalaman membazir di Daiso, sila lah berkunjung ke cawangan Daiso yg terdekat... memang best!!! haha.. adeh...

October 20, 2009

dah tetua ni mana dtg inosens nye?

hohoho.. Td masa blk dr opis, tetiba aku terpikir pasal cinta di zaman hingusan dan cinta di zaman kematangan. Ntah ek, aku rasa, makin meningkat usia ni. Makin kurang innocence dlm bercinta...

Masa sekolah dulu, kalau kita suka org tu, adalah sbb kita suka kat dia. X byk pekara lain yg menyangkut paut dgn cinta tu. Yg kita tau, kita suka dia, gembira bila dia ada, dan rasa sanggup buat apa je utk besama dgn dia. Tak kisah la dia pakai baju selebet2, stokin terlipat sebelah, rambut x blow sblm dating, yg penting, hati tepaut, janji pun bertaut... Masa depan? Masih jauh... Dan kita bedua sesama berusaha mencapai yg terbaik....

tapi itu dulu...

Skang ni? Bila dah adult. Dah leh commit adultery... Semuanya matters. Semua jadi tekanan. Nak keja elok, nak hidup senang, nak berjaya dan dihormati dlm kerjaya. Pressure ada di mana2. Tapi tekanan yg paling kuat, adalah dr diri sendiri. Diri yg mau jadi seperti org lain, yg rasa, kalau xleh lebih baik, mestilah setaraf dgn masyarakat... At par.

Dan ketika ini, kita timbang2 siapa pasangan kita. Cukupke dia yg hanya sekadar ada tapi x boleh membantu? Dptkah dia membawa kita ke mercu kegembiraan dunia? Akan di pandang best kah oleh masyarakat kalau kita kapel dgn dia.

Dan di sini harta, taraf hidup, rupa paras dah mula jadi aspek penentu.

Jadi skang ni adakah anda pasti anda dipilih secara ikhlas dan innocence oleh pasangan anda? Betulke dia x pandang kereta continental 2.0 yg anda pandu? Pastike dia tak hanya sukakan kesosialan dan keseksian anda yg menampakkan dia gah di mata rakan2nya? Iye ke poket tebal anda tu tak bermakna? Dan betulke bukan gelaran Dr. atau Ir. tu yg sebenarnye mengikat dia?

Tepuk buzzer dan kunci jawapan anda.

Kalau ada org yg sanggup pape asal begaye, xkan xde yg sanggup merane jiwe, asal glamer? Huhuhu

what i want for christmas.... Crocs Cove!

ish.. tempting! bila nak masuk Malaysia nih??


October 12, 2009

Teknik2 menangani 'annoy' dalam pejabat (bukan amoi ye...)

Bila kita keja malam macam aku ni kan.. kengkadang macam agak sakit hati yg susah nak dikaver jugak la apabila mood tgh swing macam cipan, tetiba ada org yg tetego nak berbuat2 baik hati, terlebih concern, dan kekdahnye, terlebih concern sehingga sampai sindrom'mak nenek' (bak kata sorg opismate aku)..

Dan lagi teruk, kalau dapat org yg sindrom mau kepala sama peha. ye la.. bagi muka nak kepala, bagi betis nak peha.. kang aku bagi kang... terus takleh stret semula. hahahaha...


Jadi pikir punye pikir, aku rasa, aku dapat beberapa cara utk melarikan diri dari org2 bertaraf mensakitkan otak sendiri ini...


Situasi 1:
Dah la bangun lambat, sampai opis access kad plak tetinggal. Pastu yg bukakkan pintu pakat2 membebel kenapa tak bawak kad... jadi, apakah yg patut anda buat?

A. Sengih dan mintak mahap sbb menyusahkan dia.
B. Jeling dlm gaya marah, dan suruh dia senyap, seraya berkata.. 'menceceh cam manenek!'
C. Pegang kepala dan terus jatuhkan badan buat2 pengsan. Sedarkan diri setelah anda di hantar balik ke rumah. Dalam borang cuti, letak komen 'Sakit otak'


Situasi 2:
Setelah jenuh bekerja, maka tibalah waktu makan. Maka dengan penuh semangatnye kita bukak bekal yg di bawa dgn penuh selera. Dan kemudian masuklah sang annoy ini... Dan dia dgn bestnye duduk sebelah, sambil komplen.
"Kalau aku masak sayur, mesti letak brokoli, ada ke letak kobis je..."
"Kari kau ni guna rempah apa? Apa?? Alagappas? eee.. macam mamak, kenapa tak guna Adabi??"
Dan sambil dia komplen, tau2 korg makan 8 suap, dia tala 4 suap.
Apakah yg patut anda buat?

A. Ucapkan terima kasih di atas kesudiannye memberi cadangan bernas utk masakan awk.
B. Bagi je kat dia.... 'komplen byk, ko makan free gak. tak kelas... buncit perut kau tu esok'
C. Angkat lauk tu, curah kat kepala dia... pastu blah sambung keja.


Situasi 3:
Tengah borak2 beramai2, tetiba dia bekata.
"Hoi kapal, jom esok kita jogging. Kau tu dah gemuk. Rajin2 la eksesais, macam aku ni!"

Apa reaksi anda?

A. Bagi jawapan sebegini. "Thanks aa wei, jom lah. Kau la sahabat yg concern dgn aku. Nak bantu aku kuruskan badan. Jom esok kol 9 kat tasik putrajaya ek?"
B. Sakit hati dan kutuk dia balik... "Apa kutuk2? Aku gemuk, kau tu mahagemuk!"
C. Cakap camni, "Eh, betul ke aku dah gemuk? tolong timbang sket." Lepas tu terus duduk atas muka dia.

Situasi 4:
Kita ni nak kuar makan kat luar, tapi si annoy ni sibuk la plak nak kuar sama. Kita takmo dia ikut... So, apa nak cakap kat dia?

A. Cakap la kita nak jumpa kawan lain dan ada perkara penting nak dibincangkan dgn org itu.
B. Bgtau je kita taknak dia ikut. Watpe hipokrit?
C. Cakap kat dia.. "Oo.. kau nak kuar ke? Tolong tapaukan aku cikenchop, baked spageti, dgn air temikai susu. Nah duit" Bagi dia limaposen dan terus blah masuk toilet.


Situasi 5:
Kita sesedap buat satu dokumen ni, dah diskas dgn menejer sume. Dah approve pun. Tetiba, lepas dua tiga minggu kita guna dokumen tu, tetiba dia komplen semuanya tak betul. Dan dia kata kita ni tak pandai buat la, itu la, ini la... Apa korg nak buat?

A. Buat semula dokumen tu, dan dapatkan nasihat dia... bukankah sharing is caring (haktui!!)
B. Begaduh gegila dgn dia. Dulu takmo komen, bila dah siap semua, baru tau nak komplen. Gaduh sampai tarik2 rambut pun takpe. Ajak Team Leader pun gaduh sama!!
C. Pegi donlod lagu Pink - Stupid Girls. Setiap kali dia datang dekat, pasang lagu tu kekuat. Lagi best, pi subscribe caller ringtone 'Stupid Girls' khas utk dia... Kalau kampeni block internet, takleh donlod... ko nyanyi je sendrik!! Stupid girls... stuuuuuupid girls....!


Oh ye.. tetiba macam soklan personaliti plak kan entri kali ni?

Sekiranye korg memilih 'A' utk kebanyakan situasi, korg adalah org yg mmg baik hati, atau anda sebenarnya dewa hipokrit!

Sekiranye korg memilih 'B' utk kebanyakan situasi, korg mmg berani. Motto idup korg ialah 'sukati aku, nasib la engkau'

Sekiranye korg memilih 'C' utk kebanyakan situasi, korg mmg satu tahap lagi nak sakit otak... macam aku skang ni....


haiya..

October 9, 2009

huk aloh - (petanda aku masih benyawa...)

Hari ni aku bekfas kt opis mkn beskot sultana (bukan sultanah aminah heh) dgn susu lofat. Kena sebut tu lofat tu. Bikoz bukti menjaga pemakanan sihat. wahaha... tipu je.

Jadi sambil bersarapan, aku baca la blog opismate2 aku. Mmg teruja ah dgn sesetengah bebudak sini. Masing2 apdet blog cakap omputeh. Bukan satu dua apdet, hampir kesemua apdet. aku ni kengkadang ada la datang lidah tegeliat nak ckp omputeh, tapi geliat tu pun geliat tak betul. Porak peranda jadiknye. haha..

huih, tetiba aku tepikir plak, ape la nak jadik dgn blog aku ni. Skang ni nak apdet cam malas2, masa takde. Sekali apdet pun, bebalik entry poyo. Aku sendrik bosan nak tulis. Apetah lagi mereka yg membacanye.

Pikir2 pasal haluan blog ni... cam apa je objektif blog aku ni. Dedolu banyak cerita pasal hal2 senget. Skang cam dah ramai je org senget buat blog. haha... (di baca sebagai, makin ramai org senget kat melesia nih!!)

Kalau nak cerita kegembiraan berjolajoli dgn kengkawan senget. Ade ke lagi? Hidup kureng normal cam aku ni mana ada masa dgn kawan. balik2 kawan opis yg aku dok kutuk hari2. kahkah..

Nak cerita masalah ketidakpuashatian dlm negara atau rumahtangga, cam kureng ada la plak. Ye la, camne nak ada. Kat opis keja2, balik umah tido2. tak sempat gaduhnye. heheh..

Nak cite pasal opis? Halo.. takde citer lain ke. heheh.. apeda...

haih.. aku rasa, adalah baiknye aku cari balik idea merapu aku, dan kembangkan yg tu je. Leh je jadik loyar buruk. Buat penghibur hati yg asek mengantuk ini.

Dah la.. aku nak tido.

September 29, 2009

8 hari di hari raya...

Adeh... raya ke 8... dah masuk keja. Malas tak terkira nak membukak mata di memalam buta ni. Cik boo pun sedap je tido kat umah mlm ni. Isk. jelesnye dgn org yg leh tido memalam.

Ho... apdet pasal raya. Tahun ni first time aku beraya kat umah mak/abah, dan bukan kat umah atok. Raya tahun lepas atok kembali ke Rahmatullah, maka kali ni, semua org beraya dgn kelorge nukleus memasing aje.

Anyway, sbb beraya kat umah sendrik, maka dapat la buat aktiviti sendrik. Raya ke 1, semayang raya, makan2 aidilfitri, dan pastu, melangak depan tv tunggu muzikal raya yg tak muncul2. So, sbb kebosanan, maka baik la tidur sahaja. Org beraya pun tak ramai, so, mak takde la marah kalau tido kan. hahaha... Dah time petang tu, kami sekelorga beraya kat keluarga belah Abah, yg memang selalu terabaii kalau berkumpul kat umah atok pada raya2 sebelumnye. hihi...
Raya ke 2, mak tambah menu, sbb ada ramai adik badiknye nak dtg umah. Kitorg buat beryani gamm, yg mmg almaklum licin sesudah tamatnya hari raya kedua itu.

Raya ke 3, balik la ke umah atok, pegi melawat pusara arwah atok dan tok ayah. Pagi raya keempat tu pulak ada la tahlil kecil2an, lepas tu kitorg pun terus bercuti2 raya ke Melaka. So, gambo raya tahun ni, mmg kat depan kota A-famosa.. bley? Cam rasa kelako pun ada gak. Tapi yg penting hapy. Aku pun taktau, skang ni suka gile pi Melaka. Sampaikan smlm bila aku mencadangkan utk berjenjalan ke melaka, cik J berkata, dan aku quote..."U ni, asyik melaka je"..
Macam la dia join time kitorg lepak kat Melaka haritu kan?
Betul ke tidak? (ulang 3 kali macam Datin Wan Abe...)

Kat melaka jugak, aku ajak boo dtg. Maka 'beraya' la kami bersama. hehe.. Sungguh pedih rasanya jauh dgn dia. Aku balik ke kg one day before raya, hari raya ke 4 dah jumpa balik dah. Raya ke 5 aku dah balik kl dgn dia.

Raya ke 6... nak cari kayu... nak cari kayu... hehehe... jumpa kayu. Rumahnye je lom siap lagik. Semangat2!! Tah bila la ada masa nak membuat reban kucingku...

Raya ke 7, aku dah buat makan2 raya kecil2an. Tetiba rasa ilang stress bila dah ajak kengkawan makan raya. Takde sapa nak tanya, rumah kau bila lagi. hehe. Kan best tu.
Macam tahun lepas, takde sape nak tanya. The year before that mmg sangat sedikit kekdahnye org yg aku jemput. Boleh dikira dgn jari tangan sahaja. Dan timekasih kepada catering percuma yg mensedekahkan makanan pada mlm itu. Licin nampaknye ek. hehehehe... Another one of your successful projects gitu.

Korg yg tido kat umah mlm tadi. Mahap sesangat sbb tuan rumah bantai tido sampai tak tejaga nak bukak pintu. Nnt kita panaskan umah org lain plak ek...

All in all... (lack of moral sungguh penulisan aku ni), mmg Raya tahun ni tak sama sungguh dengan yg sebelum2nye. (err.. except for raya tahun lepas yg mmg so takmau experience lagik). Tak join marhaban beramai2, tak payah bagi duit raya banyak, tak byk sgt drama sedih kat tv. Tapi... bersyukur sebab masih mampu diraikan dgn org2 yg penting dlm hidup kita. Masih mampu merasai kasih sayang yang ada. Hari raya tidak semestinye hyped (terlebih sedih/meriah/makan/eventful) macam kat dlm tv.

Yang penting ikhlas! Pada diri, keluarga, dan persekitaran.


Trivia bulan raya...
"Kalau katanya Ramadhan bulan mulia, mengapakah bermaafan di bulan Syawal?"

.... itulah aku, 8 hari di hari raya.

September 18, 2009


September 17, 2009

Malas nak raya

Tahun ni tetiba aku rasa malas gile nak sambut raya. Patutnye, dah tahun lepas tak dapat beraya, tahun ni cambest la sket kan. Tapi tak. Masa soping raya pun... byknye aku teman org lain soping. Aku... cuma beli selipar raya je, itu pun smlm baru jumpa. Beli pun sbb takmo mak aku bising kalau aku bantai pakai crocs Cayman bangang tu pi beraya. Tak seswai, mak marah ok. Kalau mak abah aku orait je, mmg aku takdenye nak beli selipar raya.

Memula aku cam pikir la.. kenapa la pulak aku malas gile nak raya. Cuti panjang sampai seminggu nak la plak kan. haha...

Setelah direnung2 ke dalam diri (oh, bola mata takleh tegolek ke dalam ye...), aku tetiba mengerti, aku sebenarnya cam sedih gile nak tinggalkan Ramadhan ni. Aku rasa (dan berharap) inilah Ramadhan terburuk yg pernah aku lalui. Bukan sebab byk musibah menimpa diri. Alhamdulillah, ada lagi rezeki melimpah ruah yg masih dikurniakanNya.

Tapi.. tahun ni pengisian Ramadhan aku hampir kosong!! Ziro! Toksah la nak kata perkara sunat2 biasa, sunat muakkad yg satu tu pun tebuk2. Even pahala termudah, buka puasa pada waktunye, punn aku biasa termiss.

Aku taktau la apakehei yg menyebabkan aku sangat susah nak bgn tido time puasa ni. Dan bila dah ttido tu, ehem ehem.. byk la jugak yg terlajak nye. Adeh! Sakit jiwa kalau memikirkan betapa kurusnye pahala puasa aku tahun ni.

Itu tak termasuk lagi venting out ketidak puashatian kat opis ni. Dgn adanye manusia2 yg kita harap boleh bantu kita, tapi nampak macam sangat tak capable. Dan nampak sgt macam memperabih duit kampeni. Mmg kampeni ni bukan makpak aku punye, tapi kalau gaji gibu-giban, keja dok passing2 sana sini, apa initiative dia pun tak berapa nmpk... camna tu? Berapa lama kami mau tunggu inisiatif kamu. Dua minggu? Satu bulan? Tiga tahun? Bagi can punye pasal, kami bagi 2 minggu, tgk apa yg dia bawak, drpd obersi nih! Bluek!!

Lepas raya ni ada lagi org baru masuk, ada lagi training. Itu bermaksud, ada dua org keluar. Reason keluar? Untuk kebaikan semua org. Org lain dah tak koser nak buddy korg sampai bebulan2. Dah la keja malam, nak fokus pun susah, mata ngantuk. Kalau asyik buat silap je, harap boleh la berhenti menyusahkan org lain..

So far, dr apa yg aku perati time training, mmg boleh nampak la muka2 yg bermasalah. Yg tu mmg lambat memanjat, dan kalau tak pun, ada masalah attitude... yg lebih baik cari keja lebih berpekdah.

Persoalannye skang, aku ni, bila nak tuka kerjaya yg lebih berpekdah. Takkan nak terperuk dlm akuarium ni sampai tiga pat tahun? Ish... kesimpulannya, apa kita nmpak kat org, itu la diri kita... dan truly.. aku la kot sebenarnya yg kurang fokus atas apa yg aku nak buat dlm hidup...

So, apa yg aku nak???

September 10, 2009

Apabila Blogger juga satu virgo


Happy birthday blogger. Wpun aku tak penah 'jumpa' dgn kamu. Tapi tanpa kamu, siapalah aku. heheh... Dan kekdahnya blogger jugak satu makhluk berzodiak virgo ropenye.
Anywhoo... aku skang ni tgh muak dgn celebration besday. Menjadi sangat2 overrated kat opis aku ni. Ada sambutan utk the whole floor. Ada jugak sambutan yg dianjurkan oleh specific team, dan ada jugak sambutan oleh kroni2 ahlul besday itu.
So, sebulan, ada peluang lebih drpd 3 kali makan kek resepi rahsia. Dan skang ni, rasanya dah tak rahsia lagi resepi2 tu. Sbb kitorg dah leh agak apa yg dibubuh dalam kek tersebut. Ye... seronok sbb makan free, tapi tak seronok kalau asyik benda yg sama je (eh aku ni, kenapa skarang ni mudah merasa bosan ya? hairan... hairan...)
Dan baru sat2 ni je, aku pun turut sama bersekongkol menselebret besday DatinM. Semalam dah selebret, tapi sbb takde kek, harini selebret lagi. Seperti biasa, kek cekelat mewahwahwah dr kedai resepi rahasia. Dan dalam pada mengkomplen2 aku harini, satu setengah piece jugak aku makan, demi utk mengelakkan daripada pembaziran dr pihak dak boo. Ish, apart from the free food, mmg aku rasa terlebih sudah bebudak yg selebret besday kat kampeni ni.
Ah... dan rasanya 14hb nnt besday si TikusTechie plak. yg ini macam dilema... nak selebret, atau tak.. haha.. harus la bias. dan di waktu org semua dah pegi becuti raya, besday dak boo plak. Yg tu ai tatau acamna nak selebret. takkan nak kissu2 di tetengah lautan opismate ni plak. I hate skendel kononnya.
Sesungguhnye, or.. kemungkinannya, kerja seperti kat kampeni aku ni, mmg seswai kot dikerjakan oleh org2 berzodiak virgo. Yang kononnya meticulous, detail, attentive, organized, tak suka buat salah, tak suka org nampak depa tak best, tak suka partner depa nampak takbest (wpun partner tu mmg takbest pun [and i can't even start on this])... hehehehe...
virgo, oh virgo...
sebagai seorang bukan virgo yg dah terjatuh chenta dgn org virgo... ianya seperti, ditelan, adeh, payah gak nak cope... Diluah plak macam.. takleh woo, depa 'jaga' bayekk punye.
dilema? mungkin tidak...
apa2pun, tahun ni aku beraya di sini. kehkehkeh...

September 5, 2009

dan kesimpulannye...

Ada kawan aku bagitau cerita ni tadi... Dan seperti biasa, aku tokok tambah elemen dramatik supaya sedap dibaca.

Ada sokrang suami. Dia ni kaya dan hensem. Isterinye pula tidak la burok, malahan cantik adanya. Elok rupa, dan tutur kata.

Satu hari yg hening, si suami bekata kepada isterinya...

"Abang nak kawin lain."
Isteri sedih tidak terhingga. Menangis teresak2 adanya.

"Kenapa bang.. apa yang kurang pada saya? Tak cantik kah saya ni?"
Suami mengeluh...

"Bukan tak cantik, tapi... kita ni dah setahun kahwin. Saya sunyi. Nak anak2."

Isteri pelik seketika.
"Bukan ke dulu abang yang nak kita tunggu. Dah dua tiga tahun kawin baru nak anak?"

Suami menjawab
"Itu dulu... sekarang saya sunyi... Okey, kalau awak taknak saya kawin lain, awak kena beranak utk saya."

Maka si isteri akur, lalu berusaha dan bersusah payah mengandungkan bayi selama sembilan bulan. Alhamdulillah... rumahtangga aman kembali.

Tapi setelah anak berusia beberapa tahun, si suami mengeluarkan perkataan yang sama kembali.

"Saya nak kawin lain."

Sekali lagi si isteri tersentak.

"Kenapa bang? Bukan ke saya dah bagi anak untuk abang? Apa lagi kurangnye saya?"

Suami mengeluh. Pandang isteri ke atas, ke bawah.

"Tak la.. dulu sebelum beranak, awak ni cantik aje. Lepas beranak, badan menggelebeh, perut pun dah nampak, dagu pun dah dua..."

Isteri pun hairan, padahal takde la teruk sangat berat badannya naik selepas beranak. Dia yg semakin sedih tak mampu menahan dan terus menangis.

Suami rasa cam serba salah. Setelah berfikir2 memandang siling.... dia berkata.
"Baik. Kalau awak taknak saya kawin lain. Awak kuruskan badan. Dapatkan balik bentuk badan macam sebelum kita kawin dulu..."

Si isteri ni pun, akibat sayang dan patuh pada suami, di turuti jua permintaan itu. Turun naik gym lah dia. Bersenam yoga, jaga pemakanan, London weight management, marie france.. apa je yg tak dicuba... sehingga akhirnya dia berjaya menguruskan badan, malahan lebih lazat daripada sebelumnye.


Dan apabila dirasakan rumahtangganya berjaya dikawal... suami berkata lagi... ayatnye kali ini...

"Saya dah kawin lain..."


*silence*


... dan kesimpulannya... cinta bersyarat memang tak akan kekal lama. Lebih baik blah je. Sebab apa jua yg kita buat utk puaskan hati dia... memang dia tak akan puas hati...

August 26, 2009

aku yg emo

Harini taktau la kenapa, mood swing aku sangat menjadik2. Rasa macam sesapa je yg silap swing je, mmg kena swing terus dgn aku. Dan mmg ada la jugak yg menjadi mangsa aku. Sungguh tak seswai dgn kehadiran Ramadhan ni kan? hehe

Ntah kenapa tetiba aku rasa cam... camna aku tak hangin. Semua benda yg aku buat, org nak judge, org nak kata. (ok la tak semua, aku bukan artis yg glamer bagai). Bottom line is, aku cam letih jugak la mendengar mulut2 org yg tah pape ni.

Sebagai contohnya... Kalau kita open a conversation dgn kawan kita... seharusnye la dimulakan dgn ayat2 seperti berikut:

- Kau pekabar harini?
- Semalam buka apa?
- Bawak bekal utk sahur tak harini?
- Bz ke harini? Ada training? Ada meeting...

Kan? itu la gamaknye ayat2 yg best didengar...

Tapi kalau pembuka kata di awal hari yg korg dengar ialah seperti...

- Apsal baju kau kaler coklat harini? Macam batang kayu.
- Eh, bontot kau leper kan?
- Ha... harini pakai baju dgn kasut tak matching lagi nampaknye

Agak2 best tak kalau teguran2 begitu didengar? Kalau sehari dlm setahun takpe la jugak. Ini selang sehari, ada je komen2 judgemental yg memulakan hari aku. Dah la nak pi keja pun malas kan. Tambah lagi ada org2 camtu. Tak mood swing korg dibuatnye.


OK... itu kira permulaan hari mmg dah cam swing dah tuh... kita teruskan pula dgn perkara2 seterusnye yg berlaku...

bila nak pegi makan...

Kalau kita makan besama2 dgn kengkawan.. agak2 apa yg kita nak bualkan ek?
- mungkin, harga saham yg semakin menurun?
- ataupun perlawanan liga malaysia
- mungkin jugak kisah mega sale dan H1N1
- paling kodi pun cerita la perkara2 melucukan yg berlaku di opis
- lagi kodi... release tensen sbb boss takbest... bila lagi nak lepas geram kan

Tapi kalau kuar mkn je... ayat2 yg didengar berbunyi seperti...
- kau ni hari2 makan benda ni, tak bosan ke?
- hahaha... gile laju kau makan. pelahap tu.
- aku kat opis tadi.. aku terer buat ni, aku terer buat tu.. aku memang terer...
- apsal kau bawak keta slow? macam org tua... (dah tu sapa soh tumpang!!!)


Ha.. itu kes masa makan. Again, kalau sehari setahun takpe gak la kan? ahaha..

Ini tak masuk lagi kes masa kat opis. Dah tau nak tanya soklan... harus ke terjerit2 panggil aku dr luar bilik. Sapa nak tanya sapa ni?

Pastu bila aku dah tolong, kalau org lain tanya, blame aku jugak. Mati btol.. keja sapa sebenarnya? Kan senang kalau aku biarkan je korg masuk lombong. Lantak korg la kat situ.

Lagi best... dah bedegung2 tak puas hati ni... bila aku kata... 'ha, meh aku pi kat tpt kau tgk apa masalah kau nih..' Masa tu la plak baru terhegeh2 nak bukak PC, nak carik ketas, nak bukak file. Tadi macam ye ye je nak settle problem cecepat..

Itu tak masuk lagi adegan2 sakit sakit hatian yg berlaku pada frekuensi yg agak berkurangan, iaitu dua minggu sekali. Sebagai contohnye... apabila aku tak join bersukan. dan aku kata.. i don't do sport. Haruske nak gelakkan aku, dan cerita kat semua org yg kau terserempak kat dlm opis tu yg aku ni tak bersukan? Dan haruske setiap kali ada game2 yg dianjurkan kat opis nak paksa2 aku main dan kutuk2 bila aku tak main? Marah nih, marah nih..

Aku kan bangga menjadi otaku. Dan bila tetiba aku bercerita pasal Harry Potter dgn org2 yg sama minat dgn aku, pandai pulak buat muka. Macam boring sangat la plak conversation aku ni kan? Immature sangat la kan bila baca buku cerita bebudak. Bistu? Seberapa dewasakah buku yg harus aku baca? Mills and Boon kah? hahaha...

Haih.. sabar2... astaghfirullah... puasa nih. Kalau tak puasa mmg dah aku maki2 dah org2 itu.


Kesimpulannya, kalau dah hangin dgn org, dan kalau terpaksa gak jumpa tetiap hari... terpaksa la tahankan jugak. Buat la muka tebal. Kata propesyenel. Tapi kalau dah tiba menaiki had kenyal, swing kan aje. hehe... Dan sesungguhnye, kalau kita tak sama macam org lain... apa ingat kita yg paling bagus kah?

Dan skang ni, hati aku mmg panas... sepanas hati yg sedang digoreng dlm kuali....

Lastly, aku mintak mahap bbnyk kalau tulisan aku ni tetiba buat korg panas di bulan puasa.. hehehe.. ampon...

August 19, 2009

When NOT everything is Made in China

Sekarang ni, kalau tetiba beli barang, dan tgk barang itu made in someplace else other than China, aku tetiba rasa kembang idong. Kurang satu barang aku yg made in China.

Why suddenly aku cakap made in China ni....?

Begini ceritanya... alkisah.. toyyibb... alkisah maka tersebutlah kisah... toyyib... toyyib mintak kawen...

cheh!

Okeh, kekdahnya, beberapa hari yg lepas aku tergatal buat purchase online. Mmg best mengklik beli online ni. duit tak nampak kuar, tau2 barang sampai depan umah, dan tau2 bila bil kedit kad sampai, terduduk tepuk dahi. hahaha...

Anyway, aku teruja membeli online ni sebab merchant yg established, dan yg best sekali, kalau beli online ada value add yg takleh dapat sekiranya beli kat kekedai biasa di dicecelah kelumpo ini. Lagi best, kalau beli lebih mahal dr certain amount tu, diorg leh bagi free delivery dan ready for shipping within 1 day. Cepat tuh!

Melihatkan kepada kecepatan shipping, dan keadaan website tu yg memberikan harga dlm RM, dan meletakkan pekataan Malaysia di website itu, aku konfiden sungguh la yg barang aku akan di hantar maybe dr KL, JB ataupun Penang. Ye la.. dulu aku beli laptop Dell, ship dr Penang je kan. So... takde la aku nak pikir jejauh.

Pastu aku dok selalu gak la masuk website tu, track order status. Dah sehari, masih tak ship lagi. Hmmm.. ingatkan produk siap sehari je. Tapi aku relaks lagik, maybe sbb aku mintak added value kot; gift box la, messages la, itu ini la... so, ai besabar je la.

Esoknye, aku tgk, tak ship pun lagi.. shippudden sungguh! Dah dua hari dah. Dan the next day dapat satu email. Syarikat itu mintak mahap. Katanya, diorg terlambat ship product tu.

Dan dgn bangganye aku bukak website nak tgk la peng-apdet-an status itu.. Dan jengjengjeng, aku tgk, diorg ship dr China. Wilayah tah apa tah aku tak ingat. Adeh, tokojuit gak kejap. Tak sangka, made in China la jugak rupanya barang yg aku beli tu. cheh!! Mmg terasa tertipu. Matei2 aku ingatkan ship dr wilayah2 malaysia aje. heheh

Dan selepas 2 hari, aku pun dapat la barang itu. Mmg cantik la. Sah2 la bukan barang tiruan. Dan aku pun belek2 la utk melihat ayat kesukaan ramai itu... 'Made in China'. tapi tiada... apa yg ada?

Designed by VWXYZ in California
Assembled in China


So, adakah itu membuatkan aku feel good? hehehe.. It does now feels like not everything Made in China is... er... not-so-really-good in quality. It's cheap labour! What do u expect!! Nak beli barang tau nak yg murah! hahaha...

Ah... sebelum sy menreverse diri, nak ucapkan, selamat ulangtahun utk baby Boo. Terima kasih di atas segalanya. Anda memenuhi kapal saya...

Sekian, wassalamu...

August 4, 2009

Melaka negeri melaka... tempat.. *silent* ...kita!

Heh...
Aku pernah bersekolah kat melaka. Masa nyanyi lagu negeri melaka, aku silentkan satu baris... sema cam apa yg aku tulis kat tajuk entry ni. Kenapa? Sbb aku org Johor, bukan org Melaka. Lorat!

Dan masa aku kat sana, aku adalah di antara manusia yg paling malas nak pegi outing. Masa tu semorang suka pegi outing, pastu pegi pasar gesel.
haha... geli je heh. Org melaka panggil pasar minggu tu pasar gesel. Gemo beno begesel gamaknye. hehehe.

Satu benda yg best kat pasar gesel tu ialah soto. Mmg sedap. Tapi kemalasan dan ke-anti-sosialan aku, menyebabkan aku tak koser pun nak pegi beli, dan nak kirim soh org tapaukan. ye la, masa kat sekolah dulu aku takde makwe nak teman aku keluar. Dan, aku sebenarnya malas nak naik bas dgn baju2 kurung bagai. Panassss! Pastu nak beratur lagi kat depan pintu gerbang sekolah tu. Kalau lalu prebet sapu, mmg kitorg kena sapu la. Kengkadang sampai 6 org bersendat kat belakang tu semata2 sbb nak gi soping kompleks terkemuka kat bandar ***** tu.

Dan sebenarnya, ramai je bebudak sekolah aku yg sanggup mengusung kad outing ke umah pengetua, semata2 sbb nak pegi ke bandar melaka. Time tu, Mahkota Parade mmg tengah gah gile ah! Semuorang macam seronoknyee nak pegi ke sana. Tapi aku, tak pernah pun aku jejak ke sana sepanjang 2 tahun aku bersekolah kat melaka. Sesak, panas, rimas... tak koser... Ditambah oleh faktor... ? pemakaian yg tak selesa... haih.. malas.

Ha... kenapa aku tetiba tertulis pasal melaka ni, sebab tetiba aku terasa geli2 pusat, kerana, dah dua hujung minggu beturut2 aku menghabiskan masa kat bandar melaka. Hehehe... Sakan berjenjalan kat Daiso Melaka Megamall... wahaha..

Alkisahnye, selepas balik dari gathering sengetians haritu, aku mmg dah plan nak ajak boo extend stay satu hari. Memula ingatkan nak la cari memana tempat kat area PD tu, yg ala2 secluded ke, sedap nak pengpegang tangan (gatal nih!!). Pastu pikir punye pikir, baik la lajak kan saje ke Melaka. Kebetulan plak hotel byk kosong kalau hari Ahad, so... gohet terus la ke sana. yg lagi bestnye, menggohet bersama2 beberapa rakan sengetians yg lain. Maka, sakan la kitorg menggeledah Jonker's Street, makan cendol, naik beca, main pepegang ular (ha.. ini bukan aku!!). Petang tu dah melepek bagai, diorg balik KL, aku la plak melepek dgn boo kat hotel. Lepak gile berjalan kaki ke sana ke mari. Lutut aku cam dah nak ilang. hehe.. The next day, dah selamat balik kl semula...

Ujung mggu yg lepas ni plak... kitorg mendapat jemputan utk menjadi babysitter utk kakak boo yg kat melaka menemankan husbandnye ke satu event di sana. Tapi husband dia la dgn event tu, kitorg dgn event menggeledah soping kompleks, sambil menggendong budak kecik. Letih, but i had fun. haha... Rupanya tak senang ada anak ni kan. Susah jugak nak pengpegang tangan partner. Tabik springing aku kepada geng2 aku yg ada anak... Aku takut gak, kalau aku tetiba ada anak kang... asek nak suruh dia tido je la plak.. Oh ye, dan sementelah aku tulis pasal aku cam takmo anak ni, silalah terus conclude yg aku takde maternal instinct. kan? hahahaha... Saya suka itu...

Ah, anyway.... ironi yg ingin disampaikan ialah... selama ni byk je connection aku dgn Melaka ni, tapi ntah kenapa, bila dgn boo ni tetiba aku melihat Melaka dgn satu pandangan yg segar... poyo kan ayat?

Yg penting, aku ada jaket kaler maroon! (kaitan? takde!)

July 18, 2009

Aku yang masih tak mahu menghilang....

Tak.. Aku belum mati. Dan aku jugak takde ke mana2. Malahan lebih banyak memperabih masa kat umah je skang ni. Byk sgt benda nak kena settle. Hal2 fizikal, mental dan jugak spiritual. Tapi semuanya tak reti nak settle2 lagik. Blasah la. Yg penting, aku ok je kalau org kata aku saiko a.k.a. psycho. Sapa tau, nnt aku boleh buat filim pasal diri sendrik bertajuk Psycho XXVI... heh heh..


Dan tidak jugak aku terlupa akan blog ini. Byk gile macam benda yg aku nak apdet. Seperti perasaan frustrasi aku dengan pengurusan untuk menangani isu H1N1 yg rasanya macam masih tak reda, tapi ramai org dah tak kose nak amik pusing. Korg pun leh kata ini isu basi, tapi skang ni masih je lagi universiti tutup, ramai je jugak yg kena, dan kebanyakannya local transmission.


Logik ke kalau aku rasa dan katakan yg local transmission ni bukan shj disebabkan oleh org2 yg balik obersi tu malas nak pegi check, tapi takde sgt pun emphasis dr kerajaan Malaysia. Dah tu, bila kita pegi ke hospital, macam takde prosedur yg standard. Siap dah sampai, boleh pulak kena suruh ke tempat lain, sbb takde doktor yg free utk attend. Kalau hospital tu letaknya di ceruk hulu tah memana, takpe gak. Tapi kalau hospital tu letaknya di tempat terduduknya pejabat2 kerajaan malaysia? camno tu. haha... Dan aku tak cakap ni sbb dengar2 cerita orang, tapi sebab aku sendiri yg bawak gf aku pegi utk check masa dia balik dr US bulan lepas.


Tapi kampeni aku, mmg aku respek. Semua yg balik dr US, diorg suruh kuarantin seminggu kat umah. Kalau negatif atau takde manifestation of any symptom, baru leh dtg keja. Dan sbb aku pun terlibat sama dlm exposure (yg agak berlebihan) dgn org yg potential, maka aku pun diorg suruh keja dr rumah. heheheh... Best2. takyah aku amik cuti utk mengspend masa dgn dia time dia baru je balik. hehehe... Diorg cam tau2 je kitorg kapel kan, dan kalau diorg tau pun, nak buat apa? Aku keja kat kampeni yg base kat Netherland, yg mmg sah2 la tak diskriminasi sexual orientation. And it is written in our policy handbook!!! Bangga, bangga.... haahah.. saiko.


Oh, selain dr isu2 H1N1, macam banyak la plak isu yg berlaku sepeninggalan kegagalan aku mengapdet blog nih. Seperti kehilangan raja pop Michael Jackson yg setelah dia takde, org semua baru rasa nak rindu kat dia. Macam tak biasa, kat Malaysia lagi teruk kes mengenang yg dah tiada ni.. bila org dah takde, baru dapat pingat itu ini... heh. Tapi rasanya, kalau aku la takde, takdo sapo heh nak kenang. Kecuali kalau aku berlakon atau menyanyi. hehe...


Another thing yg aku nak luahkan kat sini... Sesungguhnya aku yg ketinggalan zaman ni, macam baru tahu yg bahawasanya agak ramai ibu bapa yg sanggup membawa anak2 yg masih bersekolah rendah untuk keluar berjalan2 pada jam dua tiga pagi. Kat mana aku jumpa ni? Kat Bazaria Larut Malam di salah satu tpt gi kelumpo ni la. Dan aku harap, bukan orang2 itu yang sanggup merotan anak2 mereka kerana tidur lambat akibat main game, atau tengok tv.

Kalau mak bapak boleh compromise things utk kepentingan sendiri, kenapa tak anak2? Kepimpinan melalui teladan?? Apa tu?


All in all.. its been a long long month... Byk sgt benda yg aku perati. Dan skarang ni kepala aku cam dah naik gile sket sbb tetiba aku cam suka memikirkan berjuta2 perkara yg aku nampak...


Sampaikan aku boleh terfikir yg beg plastik ni pelik. Apa yg peliknye? Korg tgk la sendiri...

June 21, 2009

Selamat hari bapa; abah...

Selamat Hari Bapa diucapkan kepada abah aku yg paling best dlm dunia. Semoga Tuhan terus melimpahkan rezeki kesihatan dan kesejahteraan untuk abah. Mmg aku dikira beruntung sbb dapat abah yg tak chauvinist. Abah boleh cari rezeki, boleh bagi perlindungan, sediakan pelajaran yg secukupnya untuk kami, boleh tolong basuh kain, tolong kat dapur.. dan yang paling penting.. hubungan abah dan mak tetap mesra walaupun dah 33 tahun bersama.

So, sebab dia jugak la aku menjadi org yg sangat2 mempercayai kepentingan monogamy! I love u abah! Terima kasih sebab menjalankan tanggungjawab sepenuhnya terhadap mak dan kami semua!

June 16, 2009

Keciknye dunia...

Hah! kepada sesapa yg pernah membaca blog aku pada zaman batu dahulu, aku ada buat carta betapa kecilnye dunia ini. Dan dalam carta tu ada temasuk org2 stret metret gitu. Sedangkan adanya mereka pun dunia ini boleh dikatakan kecik, apatah lagi kalau setakat berkisar dalam korg2 yg senget ni kan.

Bak kata Alice, semuanya boleh dikaitkan dgn six degree of separation. Dalam perkiraan 6 org, aku leh ditemukan dengan kamu, kamu, kamu...? kan? Tak percaya? hehe.. nnt kita suruh dian buat ourchart versi sengetians. Meh kita tgk sapa terkait dgn sapa yeaha. Cuma masalahnya, ada ke yg berani nak tepek kisah one nite stand mereka di dalam carta itu? hehehe.. aku berani la kot. sbb aku takde one nite stand (eh.. takde ke?? macam takde... haha.)

Sesungguhnya, dengan adanya komuniti2 tersenget benget ini segalanya semakin menjadi kecil. Dan kekdahnya, kita tak tahu pun akan sebenarnya... dia pernah dgn org ni, pernah dgn org tu, dgn org sinun dan sinin...

Maka.. adakah kita pasti partner kita skang ni takde kaitan dgn ex kita zaman sekolah dulu?
Sedarkah kita bahawasanya kawan yg kita baru kenal skang ni, sebenarnye tgh diorat oleh ex kedua partner kita?
Percayakah kita yg bahawasanya, opismate kita yg mmg konfem senget tu sebenarnya pernah main pool sesama dgn bespren kita kat forum sengetians?
Ataupun, awek kendu dalam bas yg mmg kita idam2kan selama ini sebenarnya mmg senget pun, dan merupakan pembaca blog kita. Dan dia tau kita dok mengushar dia.. (kalau betul la ni, memang rejeki!)

hahaha...

Kesimpulannya, kalau tak ye ye la.. dan kalau lah para2 pompuan senget ni masih mengamalkan amalan mulut cam makcik2 yg membawa cerita di tepi tangga, maka seharusnya, berhati2lah dengan siapa kita berkata2.

kerana...

dia mungkin kenal dengan dia yang pernah bersama dengan dia yang kita tak mahu sahabatnya tahu mengenai kita.

hah! puashati aku. terbelit jari menulis.

Apa2pun, aku hampir pasti, dalam byk2 golongan manusia, para2 perempuan senget adalah di antara yg paling bijak menyimpan rahsia. terutamanya golongan2 yg mmg gile2 closeted. Eh, ingat senang nak simpan rahsia orientasi sendiri? Kalau rahsia sebesar itu boleh disimpan, apatah lagi yg sebesar cinonet sahaja..

June 14, 2009

Bette & Tina

Aku ni pun sebenarnya baru je tau pasal 'Logo Channel'. Satu cenel TV yg dikhaskan utk golongan2 senget nih. Dan bila aku belek2 rancangannya, mmg harus la semuanya senget jugak kan. Haish.. kalau la kat melesia leh ada satu cenel yg dikhususkan macam ni, nescaya aku tak sesibuk bukak cenel lain kot. haha... bestnye bestnye!!

Anyway, baru je berlangsung satu award kat cenel ni yg dikenali sebagai NewNowNext awards. Salah satu daripada kategori yg dipertandingkan ialah AfterEllen.com's Best Lesbian Kiss Award.

Dan pemenangnya ialah Bette and Tina, utk kissu2 diorg dlm season 6!! woohooo!!

Alkisahnya aku rasa tak ramai yg sangka depa leh menang kot. Tapi ini maybe disebabkan the L word pun dah abis, so semua org sakan la tolong vote utk diorg. Termasuk la aku yg sama naik ngevote jugak. huhu.

Tapi, personally, feveret kissu2 Bette dgn Tina, ialah masa season 5, yg diorg kat SheBar tu... tak ingat? ala... yg ni la..



Kalau nak diikutkan, scene kiss kat SheBar ni, skrip kata nak buat cam steamy2 gitu la, tapi dengan tak semena2, dah ceom2 tu, JBeals terasa terharu dan terus termenangis teresak2. Sedih oke... cam... we were meant to be together, but we both screw up at one point or another, how the hell to mend this.. blablabla...

LuHolloman plak, tak caught off guard bila JBeals nangis, tapi terus go with the flow... Ini membuatkan scene ni jadik cam sexy, steamy, emotional... huhu.. aku suka gila ok! haha...obsesi la plak kan.

Sblm award ni Bette&Tina pun ada jugak menang award utk Bravo A-List Award - TV Sexiest Moment. Dan utk award ni LuHolloman datang utk menerima anugerah tersebut.. sapa nak tgk Paris Hilton menyampaikan award kepada Tina Kennard... sila klik link di bawah ini..
http://www.youtube.com/watch?v=fF5iZdZvpz0

June 11, 2009

the office versi sekapal...

Hah.. skang ni aku selalu je lelepak dgn opismate aku kan? Mkn malam dgn diorg, koroke dgn diorg, bekfas pun dgn muka2 itu gak, gi swimming pepagi buta pun sama. aiyaya.. tetiba aku teringat zaman aku bekerja kat opis di blkg klcc dulu. ala.. masa tu aku menyingle kejap, sbb gf aku masa tu bekerja jauh.

Tetiba teringat, aku sebenarnya suka je bercerita pasal osmet aku. Sebab ada je insiden2 yg kelako2 yg tak masuk akal yg seronot dicerita di sini. Tapi harini aku tak de pape cerita pasal diorg, cuma aku nak perkenalkan korg2 pembaca blog aku ni, dgn opismate2 aku yg aku dok selalu hangout. haha.. macam memperkenalkan watak2 drama reality the office pulak kan?

Dan sesungguhnya, kengkawan opis yg rerapat dgn aku, seharusnya la bebudak pompuan. Kalau kita dah suka budak pompuan, mengapa tidak merapat sahaja dengan mereka. Kenapa plak nak mengendeng2 kat si lelaki yg tak memberikan kepuasan.. kan? haha...

So, kat opis tu, selain drpd boo, ada lagi beberapa watak lain yg boleh dikenali. and knowing me, aku suka je bagi nama samaran kat diorg2 ni. Sejajar dgn watak diorg. hehehe...

Here goes...

Che'egu tadika
Cikgu tadika ni, kenapa kena panggil cikgu tadika, sbb dia byk mengajar bebudak baru masuk. Pastu, suara dia halus. kecikk je. nyanyi kat koroke pun senang aje suara dia naik tinggi. Aku baik dgn dia ni, sbb sesama gi otstesen dulu

Akak single
Akak single ni, rasanya ramai je bebudak jejants yg masuk kat opis tu, mengusyar2 dia. apatah lagi bila tahu dia ni single. Dah la selalu dtg opis pun dgn berpakaian vog-devas, mekap-mekup lagik di memalam hari. Ailaikk.. haha (tetiba aku plak laik)

DatinM
Dia ni dah ada suami. Baru je kawin masa join kampeni. Dan mmg sesungguhnya susah utk org dah kawin ni bekerja malam. suami tido kat umah sensorg, kita pi keja... So, aku paham la jugak kalau dia selalu nak balik cepat. Kenapa panggil datin, sebab stylonye yg kengkadang memang macam datin keja malam. hehehe

Bro
Bro ni, mmg macam bro2 yg lain. Dia reliable, dan suka menolong terutamanya bebudak pompuan yg memerlukan bantuan ala2 damsel in distress gitu, terutamanya, datin in distress. hehehe... Dan sebagaimana ore2 kito, kat umah dia mmg ada berlambak2 kucing, dan bila tgk kucing mula la kuar suara2 meleleh dr mulut dak bro nih.

TikusTechie
dia ni mmg tak dinafikan terer bab2 teknikal. Cuma kengkadang dia tak pasan yg bebenda teknikal yg dibuat, kengkadang boleh mendatangkan kesilapan teknikal yg tak diketahui. Macam tikus. hahaha... Dan setakat ni aku rasa dia la bespren dak boo. hehehehe...

MinahBlur
Dia ni baru2 je bbaik semula dgn aku, dan mengejoin geng2 rayau2 aku. Nampak cam blur, tapi sebagaimana bebudak Sagittarius yg lain, oh no, they are not blur at all!!! and.. i think she knows i'm gay... i THINK...


Setakat ni, DatinM dgn Bro mmg tau la aku dgn boo ada affair. Ntah2 diorg pun ada je baca blog aku ni sambil tergolak2. Mana aku tau kan...

So, kengkadang terpikir jugak, agaknya best jugak kalau aku boleh buat satu drama reality pasal the office aku. Ini baru watak2 yg agak normal pada pandangan aku. Tak campur lagi watak2 'diva terlampau' kat opis tu, yg aku rasa, ada la beberapa orang yg layak dapat gelaran tu. huahaha... Nnt, aku tulis plak pasal depa2 nih.

hahaha...

June 8, 2009

bila boo belikan buku untuk aku...

Skang aku mmg asek bosan. Gile malas buat keja. Bab masuk opis lewat, toksah kata la. Dok opis, boleh bantai bukak forum, baca blog, apdet blog dan chatting. Gile. Nasib baik 80% chat aku berkaitan dgn keja. Biasa la, kengkadang aku jadi cikgu, kengkadang jadi kuli production, kengkadang bukak meja helpdesk yg tak berapa byk pun help yg leh diberikan... muahaha..

harini kiranya dah sabtu. Plan aku ujung minggu ni, dok umah yg dah macam tongkang pecah tu. Banyak utang tak settle lagi dlm umah tu sendiri. Utang2 dgn diri sendiri. Tambahan takde buahati kat depan mata ni, makanye, semua jadi liat. Nak makan pun liat.

Oh.. btw, aku dapat good news dari boo tadi. Dan utk membuatkan entry ni cam panjang sket, aku letak style ala2 dialog lah. Oh, perbualan ni berlaku kat gtalk ek, bukannye dr mulut ke mulut.. (sigh..)

Boo: On webcam cepat. Tgk apa I beli.

Aku dgn gegehnya, menghabiskan proses goreng ayam pepagi buta dan terus on webcam. Dan setelah on webcam...

Aku: Apa?

Boo: Tadaaaa...

Tunjukkan buku yg aku kirim kat dia haritu. Yang aku malu2 nak beli masa kat sana dulu.

Aku: (excited gile) Waaa!!!!! yea!!!!

Boo: I nak claim buku nih. U la dulu, nak beli pun malu2.

Aku: I memang pemalu.


claim pun claim la.. kira2, ada la dlm segatus lebih jugak rega buku tu. Dasatt.. mana aku nak kebak duit. Susah2 soh dia bagi hadiah harijadi je la. hahahah...

Pastu aku pun soh la dia belek2 dgn tgk2 isi buku tu. Response dia, katanya ada gegambo yg geli geleman dia nak tgk. hahaha.. Apala boo, ilmu tu. At least, dgn adanya buku tu, aku boleh la buang2 sket perangai naive melampau aku ni, yg kengkadang menyerang tanpa usul peksa.

Dan, secara keseluruhannya, aku boleh la tau pelbagai teknik2 yg boleh diaplikasikan oleh purumpuan senget yg mana tak dikaver oleh episod2 the L word.

Persoalan seterusnye, adakah dengan membaca boleh meningkatkan skill. Jawapannya, yes? no? why not? haha... But its not necessarily the skill tu la sgt. Aku bukan player nak tarampampam ramai2 org. Setakat ni, semuanya berjalan lancar, dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, kira dah lebih dari cukup dah tu.

heh heh heh..

Korg yg cam pepelik tak sure apa aku cakap ni, belek2 la balik blog ni, dan carilah kembali buku apa yg aku mintak boo tolong belikan kat sana.

Yappari...

June 5, 2009

entry >18 lagi. Aku mmg dah kureng betul ni

Harini aku ngantuk giler kat opis. Ingat di hati nak buat keja2 production, pastu bila pikir2 aku ada training minggu depan, tetiba terasa terkensel plak. Tapi tgk la, ada gak inisiatif mengkontek2 boo yg nin jauh di sana, kot2 ada benda yg dia leh assign kat aku ke.. haha.. nampak gayanye cam merepot kat gf sendrik je pasni. Bahaya nih! Dah la dia reviewer utk kekeja aku jugak. Tapi salah2 besar, settle bawah katil la ek? hahaha...

Hmmm.. di tetengah kol 4 pagi ni, kalau tetiba aku nak mengapdet pasal hal2 yg melibatkan penyeri muka, harap korg tak marah la ek. haha... (paling2 pun boo je la marah, macam la takde benda lain nak tulis. hehe)

Anyway, pompuan2 senget macam aku dan korg, kalau diikutkan perihal perkara2 yg dilakukan di atas katil... memang sesungguhnya sangat2 varies. Ada pelbagai cara, pelbagai posisi dan pelbagai preference. Cara aku, tak sama dgn cara org lain. Cara korg tak macam aku.

Ada yg golongan (A=A)+(B=B) (atas tetap atas, bawah tetap bawah). Ada plak golongan yg A=B=C (atas, bawah, cecampo, semua boleh). Tapi walaupun dalam golongan kuih golong yg sama, teknik dan cara tetap jugak tak sama. Ada yg suka lebih manis, ada yg suka lebih masin. (hahaha, apo yg masin tu).

Whatever it is, pokok pangkalnye, perlakuan lovemaking pompuan senget, memang takde satu yg dianggap sebagai 'default'. Tak macam org hetero, ada selection by default.

So, skang aku tetiba nak share pengalaman aku.

Honestly, masa lepas aku clash dgn ex aku yg berbelas tahun tu. Aku sedikit fret. Iye la.. kita dah bertahun2 dgn dia, kita tau cara dia. Dia pun compensate dgn cara kita. So.. yeah.. it is quite frightening.

Di antara soalan2 yg leh terkuar ialah:
  • Betul ke cara aku buat?
  • Kalau tetiba nak one night stand, org tak gelakkan aku ke?
  • Mampukah aku memberi nafkah batin kat gelpren baru? (macam kondifen je dapat gelpren baru dah time tu kan? hahahahaha)

Pokok pangkalnye... TAKOT!!

Walaupun dah tetiap hari pulun tgk cerita2 senget, tapi, cam yg aku kata tadi, segalanya unik. Aku even leh kompius dgn aksi duduk2 shane. Siap tertanya2 lagi, ada alat ke, takde ke. haha... naive okeh!

Akan tetapi... sebagaimana pengalaman pertama kita semua, semuanya akan datang dengan sendiri. Dengan org yang berbeza, pandai je kita ejas. Dan pandai je dia ejas dgn kita. Walaupun background dia sebelum ini berbeza, tapi bebenda tu sepatutnye tak mempengaruhi sangat. Everything comes naturally. Tak semestinye lebih baik, ataupun lebih buruk. Tapi semuanya lebih bersesuaian.

Makanya, ada kebaikan sebenarnya kalau kita pernah ber'tut-tut' dengan beberapa orang, betul la boleh dikirakan banyak pengalaman. memang dgn seorang pun boleh banyak cara, banyak aksi, tapi tetap tak sama dgn manusia yg berbeza. Sbb dgn manusia yg berbeza, leh dapat merasa pelbagai pengalaman unik. Dan sesungguhnya cara setiap org tak sama. Tak caya? Dtg umah aku ujung minggu ni.. wakakak.. (ampon boo).

Bottom line; its unfair to judge someone as worse or better. It should be simply different and unique. Surely lovemaking is definitely a wonderful, wonderful, wonderful experience.

Dan sekarang, saya berasa lebih yakin! terima kasih wonderpets!! mbwahaha...

June 3, 2009

Nafkah yang menyerikan muka

So i think i am in a writing streak. huahaha... gile nak menulis je kekdahnye skang nih.

hmm... tetiba tadi, apabila memikirkan yg skang ni boo dah sebulan takde kat mesia, dan dgn bangganya aku mengisytiharkan aku pun dah puasa selama sebulan, maka tetiba aku teringat pasal lovemaking. Dan selepas itu otak aku menerawang dan terus teringat akan pernyataan yang bahawasanya, perbuatan cinta itu boleh membuatkan muka menjadi bercahaya penuh maya gitu. Omputeh kata glow with delight. Bukan glow in the dark eh. Bayangkan muka partner korg glow in the dark... tak ke cabut lari di namanya di malam pertama.. keh keh keh...

Okeh, sementelah aku teringat perbuatan cinta ittew membuat muka org glowing... Aku takleh tidak kena gak rasa nak setuju. Sebab bespren aku sendiri mengalaminye. Bukan dia nampak muka dia tetiba keluar cahaya lepas buat sex.. tak... Ini kisah berlaku beberapa tahun yg lepas, apabila bespren aku tu memula clash dgn ex dia yg dah bertahun lama bersama.

Biasala kan, bila dah clash bagai, mane la ada nafkah batin. Kiranya, nak buat phone sex ke, webcam sex sume takleh. nak buat dgn sapa pun? Yg tinggal hanya lah video2 luch yg berlambak di pasaran. Tapi dah time tu bespren aku ni merempat ke sini ke sana, mana masanya nak menonton video2 lucah ni. So, memang.. takde lah kan.

Nak dijadikan cerita, setelah beberapa lama dia takde gelpren, tetiba, patah tumbuh hilang berganti. Dapat la dia gelpren baru. Kompang gitu... Dan menurut ajaran2 yg ditonton dr The L Word, sesapa yg memula jatuh cinta, in love bagai, biasanya la perkara ittew dilaksanakan beberapa kali (...dalam sehari...) bagi sesetengah pasangan. Dan aku rasa kawan aku ni pun camtu jugak la. Kalau dia tak ngaku, aku tak caya... sbb aku tau dia ni gatal.

Dipendekkan cerita, makanya, setelah dia dah ada gelpren baru , dan setelah selesai proses-proses ittew buat pertama kalinya setelah lama berpuasa (lama woo), maka, di waktu siang hari, dia pun pegi ke pejabat. Dan kat opis ada lebih kurang 3-4 orang yg tegur dia , menyatakan yg mukanya kelihatan berseri-seri di pagi hari itu. Pastu kawan aku ni cerita la, dia tgk gak muka dia kat cermin, takde la berseri ke mana pun. Tapi kalau dah beberapa orang tegur, maka terpaksa la dia pasrah dan menerima hakikat, yang bahawasanya, sex memang boleh membuat muka korg berseri-seri.

So, tak perlu lah lagi fair and lovely, olay regenerist serum, maskara klcc, m.a.c. book, dan beberapa bagai alat solek lagi. Dapatkanlah khidmat penuh kasih sayang dari pasangan anda.

Oyeh... pesanan khidmat masyarakat mengenai healthy lovemaking ini ditaja oleh aku, aku dan aku juga. Bagaimana sekiranya membuat ittew bukan dengan partner sendiri. Berseri jugak ke? mbwahahaha...

Menjadi senget di Fesbuk?

Heh... aku baru saja abis membaca blog StuntDouble di Afterellen. Dia tulis pasal 'Being Out on Facebook'.

So, question... how many of you guys are actually OUT on Facebook?

Satu.. dua.. tiga... hehehe... Ramai. Termasuk la aku. Sbb aku ada facebook yg dgn semangatnye siap bubuh gambo aku dgn dia dgn aksi2 yg tak nampak sangat macam kawan biasa.

Tapi, kat fesbuk tu aku gunakan nama samaran aku iaitu Sekapal. Berapa ramai org tau yg nama sebenar aku bukan Sekapal? Mungkin nama sebenar aku Seri Muka ke.. ataupun Nor Kapal.. kan?
So, kalau la tak menggunakan nama sebenar, kira leh ke aku dikira out kat Facebook tu. Ceh.. cam sesia je la plak kan? Pastu kengkawan yg di add pun semuanye bebudak senget. Takde la plak aku add opismate aku, dan juga adik badik aku. Haish.. nak mamfus.

Sorg je la kot opismate aku yg aku add, iaitu boo aku sendrik. Hah? Baru tau ke aku keja satu opis dgn dia? Boring? Oh no... Lost in translation ada la time dia takde ni. uhuhu.. sedih..

Dan biasanya, kalau korg2 ni semua ada paling kurang 2 akaun fesbuk, maka, cam takleh je nak kira yg korg ni out. Kalau bebetul out. Go for ada satu akaun je!! Hmmm.. ini boleh dipikirkan nih. Makanye, aku mungkin akan nyahkan akaun fesbuk Sekapal, dan akan memindahkan kengkawan di akaun tersebut ke akaun sebenar aku yg menggunakan nama Seri Muka (??).

heh heh heh.. bila kah agaknya perkara tu boleh menjadi kenyataan... tunggu la bebila ujung tahun. Tahun bila taktau (macam jawapan soklan bila nak kawen je. haha). Sesungguhnya, aku takmo out lagi. Tapi boo tak kisah out, so, dia dah meng'out'kan aku kat beberapa org budak opis. Seram, tapi nasib baik impact tak teruk. Dan aku telah dicop dgn gelaran Minah Kaver oleh diorg tu. Mesti la.. gilo ke kalau tak kaver.

Anyway, dr blog StuntDouble tu, ini adalah cara2 yg elok utk meng'out'kan diri dengan penuh berhemah di facebook, menurut saranan artikel kat Time.com tulisan Caryn Brooks...
  1. Letak pasal relationship korg kat profile
  2. Jadik la fan kepada selebriti2 senget seperti Ellen ke, Rachel Maddow, Fafau.. (eh?? hehe)
  3. Join LGBT network kat opis (ada ke kat opis2 melesia nih? huhu)
So, kesimpulannya, kita boleh je gunakan fesbuk utk come out. Tapi... jgn sampai aksi2 itu bisa akhirnya merosak binasakan diri sendiri. Kalau rasa2 ok je, okeh! lets' get out and stay out! mbwahaha...

June 2, 2009

Malam ni saya happy!!

Malam ni saya happy! Actually, dr petang tadi saya dah happy. Kenapa? Sebab dengan tak disangka2, saya sudah kembali menjadi fanfiction addict. Hati berbunga-bunga, bagai dilamun cinta....!! Harap saya akan terus happy!



June 1, 2009

otak kiri, otak kanan, otak sakit...

Dalam masa dua minggu ni, otak aku cam sakit2. Bukan sakit sebab terantuk, ataupun sebab terkatuk, tapi sbb manusia malas berfikir cam aku ni, tetiba terpaksa berfikir dgn giatnya untuk kesejahteraan masa depan aku dan keluarga aku. Haih.. Penat berfikir. Bill talipon jalan macam air, tp akhirnye harini selesai satu perkara. Dan yg lagi bestnya, berlambak2 lagi perkara lain yg kena disettlekan. Dan otak aku terus sakit...

Okeh, sebenarnya, aku rasa aku ni ada masalah berfikir sket. Sebab malas tu satu perkara la kan. Ai suka relaks2 je kejanya. Makan, tido, tgk tv, baca buku senget, berangan, tido balik...

Tapi satu lagi masalah aku ialah ini...


Aku merupakan seorang yg Balanced-brained. So, kengkadang aku berfikir dgn otak kanan, kengkadang dgn otak kiri.

Sedikit background pasal kanan kiri otak ni:
Otak kiri bertanggungjawab untuk bebenda skema seperti logik, analisa tahpape, dan utk buat matematik punya soklan.
Otak kanan pulak banyak kontrol bebenda yg menggunakan perasaan, kreativiti, dan jugak lebih utk berangan2.

Macam yg aku paste kat atas tu, kekurangan org balanced-brained macam aku ni, ialah... aku sentiasa mempunyai masalah untuk membuat keputusan. Sbb kengkadang macam rasa nak ikut perasaan, amik risiko. Tapi dalam masa yg sama, otak kiri aku pulak mengeluarkan hujah2 logik sehingga menyebabkan otak kanan aku cam.. betul gak. Tapi... aku nak jugak. Tapi... tapi... tapi..

Last2, otak aku bgaduh, kepala aku sakit... aku pun pepening. Bising gile kalau diorg ni dah bgaduh. Nak tido pun susah. Adeh... nak suruh berenti berfikir, takleh la pulak.. So, kalau dah tak larat lagi tu. Buat la perkara2 tak berpekdah seperti main dam ular, makan megi bbnyk, dan telan ubat selsema supaya boleh tido.

Maka, tahniah la kepada mereka yg boleh fokus kepada satu bahagian sahaja daripada otak mereka. At least, korg boleh tap kelebihan yang ada, dan di enhance lagi, supaya menjadi lebih baik, untuk kesejahteraan kamu dan keluarga kamu kamu kamu...

Hmmmm...
Kesimpulannya, ada otak yg cam seimbang ni, macam kawin dua. Kalau ikut sangat yg kiri, yg kanan merajuk. Ikut sangat yg kanan, kiri merajuk... Pening, pening.

May 27, 2009

Boo, ayam, rusa

Boo skang tinggal kat kampung Padang Rusa. Tapi aku konfem, seko rusa pun dia takkan penah nampak.

Rusa aside...

Korg pecaya ke ada org sihat walafiat sanggup tak makan ayam selama sebulan. Ada. Boo la org nye. Sanggup dia makan ikan dan makanan laut semata. Kalau aku? ish ish ish.. kenot tahan meh!

Lagi satu yg best... boo jumpa budak senget kat kedai buku. So, boo... belikan buku yg saya tak mampu beli haritu ek? he he heee.. (er.. muat lagi ke beg awak?)

Buku apekah itu? Ini lah dia!

May 22, 2009

Koroke di tpt baru, makan dalam dulang

Aku bercuti panjang. Sampai selasa depan baru masuk keja. Satu benda aku suka pasal Americans, diorg suka lajak2kan cuti sampai empat hari termasuk sabtu dan ahad. So, alang2 dapat cuti di siang2 jumaat ni, aku gi melalak di koroke berthreesome besama2 bebudak opis ku.

Dan utk kali ni, kitorg pegi ke AMP Square Karaoke, kat Sunway Pyramid, yg letaknye kat bawah tanah. Apa yg bestnya kat sini.. ini tempat baru, so, kusi pun chantek lagi. Makanan, kalau bukan member dlm rm19++ sorg.

Seperti biasa, aku sbb dipromo amik membership card, dan reganya murah iaitu rm10 setahun. dan kalau ada kad, sorg cuma bayar rm16++. So, congak2, kalau aku amik, atau tak amik, tetap sama gak. Makan 3 org, sorang dah save rm4, kali tiga, RM12. So, sbb menguntungkan, aku pun amik la membership kat situ. Seppp! Maybe lagi jimat kalau amik lifetime membership, RM30, then again, mana kita tau benda tu leh btahan selama lebih drpd 3 tahun. hhahaha...

Amoi tu kata (kalau aku tak salah dengar), kalau time besday aku, kalau datang, satu kepala leh free (iaitu kepala aku la kan... ) dan kalau lebih drpd 4 org, nnt dapat sebijik kek. Chantek. Makanye opismate aku yg bdua tu pun dah offer diri utk diajak ke besday aku yg munculnya tah bbulan2 lagi jauhnye.

Selain dari keberuntungan dpt untung jadik member sebegitu rupa, yg bestnya makan kat sini, utk time pagi lah, semua org mkn dlm dulang. Tokojuit bila dulang tiba. Ada mknn, fries, kolslaw, popia, dan sup. Kiranya, ok la utk lebih kurang rm20, dpt mkn, minum, melalak.

Downside... micropong ada dua je. So takleh fefeeling nyanyi lagu 'bila ku rindu aku tersebut namamu' sambil mengayun tangan berthreesome kekdahnya. heheheee
Lagi downside, aku tak jumpa lagu group Cokelat, sampai la aku pi carik kat bahagian Others. Oh, tapi sebab aku pi others tu, berjaya la jugak mak nyanyi lagu jepun... "Mariaaaaaaaaa!!! Ai subeki hito ga ite"

So, rasanya, ok la jugak kalau nak pi sini utk nyanyi, dan makan, dan meronggeng bagai.


Moral, oh yea, so i'm hanging out with stret ppl skang, dah diorg je yg tak keja waktu siang... lagipun, kalau diorg kendu apa salahnye.. kan? hahaha... gatai!

May 16, 2009

Cat Cora nak dapat anak lagi...

Ho ho ho...
Tadi langak2 dpn TV, tgk rancangan feveret aku, iaitu E! News (giler gosip!!), terpandang la plak celebrity chef feveret aku iaitu akak Cat Cora. Rupanya dia tgh mengandung skang. Gugel punye gugel.. tahun ni tetiba dia pregnant sekaligus besama2 dgn partnernya Jennifer Cora. Wah haibat!! huhuhu..

Ini gambo sblm depa pregnant daaa

Sblm ni Cat dan Jenn dah ada dua org anak. Dan cara diorg menjadikan anak2 itu anak mereka ialah bermula dgn proses mendapatkan sperm donor yg sama utk kesemua proses2 in vitro yg bakal dijalankan. Dan sperm donor itu haruslah bukan set2 yg ze p*enis, ze p*ussy, ze baby... keh keh keh.

Utk anak pertama diorg, sperm di senyawakan secara in vitro menggunakan ovum Jenn. Dan kemudiannya, embryo hasil persenyawaan tersebut di implan ke dalam uterus Cat, dan anak itu dikandungkan dan seterusnya dilahirkan oleh Cat.
Anak kedua pula, diorg tbalikkan. Guna ovum Cat, dan kemudian dikandungkan oleh Jenn.

Pandai kan diorg ni? Kekecik dulu minum susu apa lah ni ek? hehehe..

Oh, utk anak ketiga dan keempat diorg, depa main campo je dedua ovum, dan implan je kat dedua org. So, taktau anak sapa, dikandungkan oleh sapa.

So, lepas ni, Cat Cora akan ada 4 org anak dgn pasangannya. Maka meriah lah majelis Thanksgiving kat umah dia nnt.. huhu...

All in all, ai tabik dgn creativity depa ni buat anak. Kenapa laa aku tak penah tepikio cenggitu sekali ek? hehehe...

May 12, 2009

Mimpi oh mimpi

Sampaila ni kalau aku ingat2 pasal mimpi Boo smlm mmg aku akan tersengih sensorg.
Dia mimpi aku ada affair dgn org lain. Dan yg lagi kelakonye, org yg aku berskendel itu adalah org yg kitorg berdua mmg tak suka. Nak kata tak cantik, takde la tak cantik mana. Tapi... sah2 la budak tu bukan taste aku. hahaha... (tapi mungkin taste dia kot. hahaha)

Dan yg lagi bestnya, dia siap leh buat statement.

"Tah kenapa tah i mimpi u dgn budak ***** tu. Kalau u ada affair dgn si **** takpe la jugak. Sbb u mmg baik dgn dia..."

Boleh ayat camtu? Ada plak skendel yg diapprove ek? hahaha...

Sori boo, its just too amusing not to blurt it out. Tapi dah saya tetiap hari webcam dgn awak dr bilik tido.. takkan la saya ada sorok pompuan kot. Adeh...

May 10, 2009

Bila aku tengok cerita retro!!

Harini keja aku melangut kat umah, sambil basuh toto dgn alas tilam, sambil chatting dgn boo, sambil tgk tv. Hai la, dia takde kaki ni nak melangkah kuar rumah pun malas. Kalau hal2 tedesak je seperti mknn kucing abih, ataupun nak gi mencari topap dak boo, baru la aku kuar. haha.. kes telebih vitamin M.

Anywayhoo.. harini, sebab i langut tgk tv kat umah, so, lepas boo dah masuk tido (setelah tetido2 atas sofa dgn comelnye akibat sakan gi soping!!), aku tertgk la cerita kat Astro Kirana. Kebetulan plak tayangkan cerita delapan pulohan dahulu, iaitu filim Marah Marah Sayang. haha... (ha, dan bila ku gugel2, ada gak yg memblog pasal cerita ni. huahaha)

Sedikit background, cerita ini pelakon utamanya ada 6 orang. Kira cam tiga kapel la.
Suhaina Yahya & Isma Aliff sebagai Salina dan Rostam
Norlida Ahmad (Connie) & Ebby Ali sebagai Sarina dan Roslan
Liza Abdullah & Shah Reza sebagai Satina dan Rosdin

Cerita ni, cam besa. Tiga lelaki. Ngorat tiga pompuan. Memula marah, pastu sayang. Pastu kawen. Pastu ada kes marah2, tapi last2 sayang. haha.. concise gitu sinopsis aku.

Kepada sesapa yg mmg langsung tak kenal dengan pelakon2 cerita ni. bebudak yg tak penah jumpa tv tanpa remote control mana tau pelakon2 ni kan. hahaha... Aku walaupun muda lagi (cit poood), tapi kat umah parents aku masih ada lagi tv takde remote control. Antik kononnya. hehe..

OK, bila tengok2 cerita ni, mmg la zaman lapan plohan dulu, zaman eksploitasi wanita agak haibat di filim2. Macam dlm cerita ni. Ada yg scene mandi berkemban, t shirt basah, cuci kereta pakai hot pants. Gamaknya fetish gitu. Bila lagi kan? haha

Dan ada jugak babak dan line2 yg macam poyo gile dan sangat turn off. seperti contohnya, bila si jejantans tigeko ni nak ngorat bebudak pompuan ni tgh soping. Bole buat scene ngorat tu time pepompuan ni tgh soping pakaian dalam kat Sykt. Fesyen New Hong Kong (huhuhu, lawak...). Dialog plak camni bunyiknye..
"Beli suar dalam? Coli saiz berapa?"

Huhuhuhuh... kalau la ni ada org ngorat style camtu. Memang sentap. Sungguh kurang sopan!! Tapi, bagi kekaum pompuan seperti aku, kes bertanya coli saiz berapa kat potential gelpren, mungkin tidak di anggap kurang sopan kot. hehe.. (ah, and yet another bliss of being a gay lady...)

Tapi mmg la exploitasi di zaman tu. Semua org skrg boleh nak kutuk. Cuma kita ingat balik, baik sangat ke kita ni skarang? Takde ke filem yg eksploit? Ada kan. Adegan sex pun cam dah jadik casual je.

Bbalik pada cerita ni, all in all.. seronok la di tonton utk memperabih masa di hari minggu. Err secara jujurnya, aku memang suka cerita ni. Sebabpe? Sebab ada pelakon comel. Boleh kan terima jawapan sebegitu? Macik Connie tu kiut la. Agak2 skang camna la muka dia ek? hehe...

Sebab2 lain, sebab cerita ni ada 3 kapel. Aku kan mmg suka cerita ceriti yg ada byk pelakon ni. Byk karakter yg boleh dikembangkan. Tapi sayangnya dalam filem ni... Karakter utk kapel2 ni tak di enhance sangat. Sampaikan ketiga2nya nampak cam sama je perangai. Kamon peeps, enjoy diversity!! Apa2pun, tetap ada 3 kapel, dan kita bole pilih kapel feveret kita yg mana. Kalau takmo pilih kapel, pilih je heroin tu. Pon bole! (aku dah chop heroin aku!)

Satu lagi sebab kenapa aku suka, ialah sebab lagu2 dlm cerita ni adalah catchy (bagi aku la, kalau korg tak suka tak apa, tapi jangan mengata.. haha). Kiranya lagu2 tersebut membuat aku humming sampai ke malam. pOyO kan? Takpe, aku dok umah pun sensorg. Tak sapa marah aku humming lagu retro. Macam2 lagu ada, bukak pintu, nasik goreng, marah2 sayang, dan tah pape lagi yg aku taktau lirik dan tajuk. Dan lagi best, semua dinyanyikan oleh sang artis itu sendiri. Tak kira la pitching ke hutan ke, tetap nyanyi. Ye.. semangat itu yg kita mau ye puan2...


So, apatah lagi? Mari sini aku tepek salurkamu (omputeh kata youtube) yg ada lagu feveret aku dr filem ni... ayuh kita... dengar bersama.




Oh, dan utk membuktikan kat korg yg aku masih senget (perlu ke sebenarnya?), sini ada satu lagi lagu. yg kalau dikopek2, macam kesah pompuan senget bercinta dengan pompuan stret yg dah kawen atau dah btunang... yang menyebabkan kemudiannya cinta tak kesampaian.




nah hamek, lirik pun ada! Cam senget je kan? hahahah.. ailaikk

Sekuntum bunga yang merah
Di dalam taman itu..
Bau nya harum dan mewangi
Indah dan suci..

Terpesonaku memandang mu
Tersentuh jua hatiku..
Melambai-lambai bunga itu ditiup bayu..

Inginku meraih kubelai penuh hati..
Sayangnya bunga itu dikelilingi duri..

Ku cuba utk mencapaimu
Tersusuk duri jariku..
Nampaknya luka dan berdarah
Ku tak berdaya..

May 9, 2009

Keja2 mengkopek lagu

Haih.. rasanya cam dah lama gile tak bebuat keja mengopek lagu ni. Sedangkan mengopek buah pun dah lama tak buat, apatah lagi mengopek lagu kan. wahahaha... maksud berdubel namanya itu. hehe.

Ini hari, lagu yg ingin saya kopeki (buruk okey bunyiknya) ialah yg berjudul "Song for the Leftovers" atau dalam bahasa translasi di blog aku ini boleh la dibaca sebagai "Lagu untuk si saki baki" haha... (huh, patut le aku tak penah lulus amik peksa sijil penterjemah kat DBP). Dan dengan ganasnya aku mendeclare dlm kopekan aku ni, leftovers merujuk kepada manusia2 yg pernah ditinggalkan oleh cinta (macam ai ni ha.. wahahah.. self promo lagik!). Nasib la sesapa yg tak setuju. Ini blog korg ke? keh keh

Lagu ni dah lamee. Dinyanyikan oleh Nina Persson dgn band A Camp. Nina ni juga merupakan vocalist utk the Cardigans. Dan di mana aku terjumpa lagu ni, tak perlu la aku cerita, kerana panjang ceritanya. hehe..

Ok, ayuh start mengopek

The night is on the edge now
Hanging low against the tide
The world is at it's best now
When the loveless ones collide
It's a long night
A beautiful night
And we're the first leftovers of the night


Rasanya lagu ni ada kaitan la dgn nama band nih. Sebab first time aku baca rangkap ni, tetiba aku teringat sesi perkhemahan selepas berbasikal dlm The L Word musim ke 5.
Scenary yg aku bayangkan...

Hari dah makin menginjak subuh, kelihatan dua orang wanita sedang duduk memandang kaki langit yang semakin mencerah. Masing2 kemudiannya saling berpandangan seraya tersenyum memikirkan perbualan panjang yang berlaku sepanjang malam. Bercakap tentang cinta, bercerita tentang pengalaman di tinggalkan kekasih. Dan puas apabila segala yang terbuku di dada dapat diluahkan, bersama yang memahami. Malam yang panjang menjadi indah, bila dua hati sepi mula belajar untuk bersatu.

I'm thinking 'bout the last times
And the people I had to hurt
I wonder why they couldn't touch
And why I never gave it up

Dan di sini aku mula mengangankan monolog berlaku.

"Kenapa ye? Kenapa aku cam bebodoh? Sibuk nak memikirkan org yg pernah disakiti, dan menyakiti hati aku ni? Kenapa la aku sesibuk memikirkan sebab musabab diorg taknak semula kat aku? Kenapa laaa aku tak pernah berputus asa? Bodoh kah aku?"

tettt tett... bodo ke? Ye, cinta sememangnye lebih merbahaya daripada semut di dalam air, sekiranya termasuk dlm badan, ia bisa membodohkan manusia lebih daripada 40 hari, ada yg mencecah sehingga 400 hari... tck, tck, tck... hahaha..

Kita teruskan...

You weren't hard to find
You didn't run and hide
We were the first leftovers of the night
Hide of the night

Dan masih lagi monolog...

"Dengan kau, aku cam tak berapa bodoh lagi. Kau mudah didekati... segalanya mudah. Kau tak cuba lari dari aku. Dan yang penting, kau tak pernah lari dari masalah dan kebodohan masa lampaumu. Aku bersyukur kerana kau lah yg pertama ku jumpa, yang memahami keadaan ku. Dan terima kasih malam, kerana menemukan kami berdua.. hanya berdua..."

The silence is a burden
When you don't really want to talk
I'm trying really hard now
To set alight my sleepy heart

Ini pula monolog seorang lagi daripada dua leftovers itu...

"Kenapa pulak tiba2 kau diam? Lidah begitu lancar menuturkan kata sebelum ini. Tiba2 kau menyepi. Aku rasa terbeban, memikirkan kau tidak lagi mahu berbicara dengan aku lagi. Mungkinkah kau rasa apa yang ku rasa? Kerana sekarang seperti segalanya terang, jelas dan nyata. Duniaku semakin cerah dengan kehadiranmu..."

We made a pretty sight
It seems we've found some pride
In being the first leftovers of the night
Hide of the night, i-ight

sambung monolog org kedua...

"Sepertinya kita cocok berdua (gaya2 indonesia sket nih!!). Dan dengan mu aku temui keyakinan, ku yakin diri ini masih berharga. Dan aku yakin, sungguh tinggi ku sanjung dirimu. Aku bersyukur kerana kau lah yg pertama ku jumpa, yang memahami keadaan ku. Dan terima kasih malam, kerana menemukan kami berdua.. hanya berdua..."

And everything is alright now
Everything is alright now
Everything is alright

Kemudian dia bangun, dan menuju ke arah pasangannya. Tangan dihulur, lalu disambut mesra. Dan mereka beriringan, berpimpinan tangan, meneruskan perjalanan dalam hari yang semakin cerah...

You're not what I was after
But I'm happy with what I found
To dream of new beginnings
When the end is all around

"Senyuman mu itu, mampu membuat hariku ceria. dan aku mahukannya terus membuat hariku ceria. Bukan aku usulkan pertemuan ini. Namun takdir lebih kuat. Aku gembira menggenggam tanganmu. Aku tak sabar menanti hari ini berterusan denganmu di sampingku. Hari yang aku tak pasti bila akan berakhir. Semoga tidak salah aku memohon akhir kita akan tetap bersama?"

I think you're alright
You qualify
For being my supernova
It's a gambling life
A lonely strife
But I think we're the best leftovers of the night
Hide of the night, hi-hide

"Memang kau tidak memiliki kualiti yang aku agung2kan selama ini. Ciri2 yang aku pinta dan canang seantero dunia. Tapi kau membuatkan aku melihat sinar di hadapanku. Yang lebih bercahaya daripada yang sebelumnya. Dan apa hak aku menolak kelayakanmu untuk bertakhta di hatiku? Terima kasih takdir kerana menemukan aku dengan yang terbaik malam ini. Terima kasih malam yang membolehkan kami berselindung di sebalik keheninganmu."

And everything is alright now
Oh everything is alright now
Everything is alright

Dan segalanya semakin jelas, secerah mentari yang semakin menyinar...


Sekian kopekan aku utk harini. Hmmm.. kenapo la tetiba ter jiwang.org plak harini nih??

Moral, so what if we are leftovers, we are still the best leftovers. And to all the leftovers (and leavers) out there. May you bring out the best in one another.

And to my boo... you know something better you have brought out of me. And that is why i am practically lifeless without you.

Aisehmen, jiwang lagik!! Utk mendengar versi penuh lagu ini, sila klik butang 'play' kat widget Lagu la ni.. makasih... (Valid until aku tak bosan dgn lagu ni.. haha)