May 9, 2009

Keja2 mengkopek lagu

Haih.. rasanya cam dah lama gile tak bebuat keja mengopek lagu ni. Sedangkan mengopek buah pun dah lama tak buat, apatah lagi mengopek lagu kan. wahahaha... maksud berdubel namanya itu. hehe.

Ini hari, lagu yg ingin saya kopeki (buruk okey bunyiknya) ialah yg berjudul "Song for the Leftovers" atau dalam bahasa translasi di blog aku ini boleh la dibaca sebagai "Lagu untuk si saki baki" haha... (huh, patut le aku tak penah lulus amik peksa sijil penterjemah kat DBP). Dan dengan ganasnya aku mendeclare dlm kopekan aku ni, leftovers merujuk kepada manusia2 yg pernah ditinggalkan oleh cinta (macam ai ni ha.. wahahah.. self promo lagik!). Nasib la sesapa yg tak setuju. Ini blog korg ke? keh keh

Lagu ni dah lamee. Dinyanyikan oleh Nina Persson dgn band A Camp. Nina ni juga merupakan vocalist utk the Cardigans. Dan di mana aku terjumpa lagu ni, tak perlu la aku cerita, kerana panjang ceritanya. hehe..

Ok, ayuh start mengopek

The night is on the edge now
Hanging low against the tide
The world is at it's best now
When the loveless ones collide
It's a long night
A beautiful night
And we're the first leftovers of the night


Rasanya lagu ni ada kaitan la dgn nama band nih. Sebab first time aku baca rangkap ni, tetiba aku teringat sesi perkhemahan selepas berbasikal dlm The L Word musim ke 5.
Scenary yg aku bayangkan...

Hari dah makin menginjak subuh, kelihatan dua orang wanita sedang duduk memandang kaki langit yang semakin mencerah. Masing2 kemudiannya saling berpandangan seraya tersenyum memikirkan perbualan panjang yang berlaku sepanjang malam. Bercakap tentang cinta, bercerita tentang pengalaman di tinggalkan kekasih. Dan puas apabila segala yang terbuku di dada dapat diluahkan, bersama yang memahami. Malam yang panjang menjadi indah, bila dua hati sepi mula belajar untuk bersatu.

I'm thinking 'bout the last times
And the people I had to hurt
I wonder why they couldn't touch
And why I never gave it up

Dan di sini aku mula mengangankan monolog berlaku.

"Kenapa ye? Kenapa aku cam bebodoh? Sibuk nak memikirkan org yg pernah disakiti, dan menyakiti hati aku ni? Kenapa la aku sesibuk memikirkan sebab musabab diorg taknak semula kat aku? Kenapa laaa aku tak pernah berputus asa? Bodoh kah aku?"

tettt tett... bodo ke? Ye, cinta sememangnye lebih merbahaya daripada semut di dalam air, sekiranya termasuk dlm badan, ia bisa membodohkan manusia lebih daripada 40 hari, ada yg mencecah sehingga 400 hari... tck, tck, tck... hahaha..

Kita teruskan...

You weren't hard to find
You didn't run and hide
We were the first leftovers of the night
Hide of the night

Dan masih lagi monolog...

"Dengan kau, aku cam tak berapa bodoh lagi. Kau mudah didekati... segalanya mudah. Kau tak cuba lari dari aku. Dan yang penting, kau tak pernah lari dari masalah dan kebodohan masa lampaumu. Aku bersyukur kerana kau lah yg pertama ku jumpa, yang memahami keadaan ku. Dan terima kasih malam, kerana menemukan kami berdua.. hanya berdua..."

The silence is a burden
When you don't really want to talk
I'm trying really hard now
To set alight my sleepy heart

Ini pula monolog seorang lagi daripada dua leftovers itu...

"Kenapa pulak tiba2 kau diam? Lidah begitu lancar menuturkan kata sebelum ini. Tiba2 kau menyepi. Aku rasa terbeban, memikirkan kau tidak lagi mahu berbicara dengan aku lagi. Mungkinkah kau rasa apa yang ku rasa? Kerana sekarang seperti segalanya terang, jelas dan nyata. Duniaku semakin cerah dengan kehadiranmu..."

We made a pretty sight
It seems we've found some pride
In being the first leftovers of the night
Hide of the night, i-ight

sambung monolog org kedua...

"Sepertinya kita cocok berdua (gaya2 indonesia sket nih!!). Dan dengan mu aku temui keyakinan, ku yakin diri ini masih berharga. Dan aku yakin, sungguh tinggi ku sanjung dirimu. Aku bersyukur kerana kau lah yg pertama ku jumpa, yang memahami keadaan ku. Dan terima kasih malam, kerana menemukan kami berdua.. hanya berdua..."

And everything is alright now
Everything is alright now
Everything is alright

Kemudian dia bangun, dan menuju ke arah pasangannya. Tangan dihulur, lalu disambut mesra. Dan mereka beriringan, berpimpinan tangan, meneruskan perjalanan dalam hari yang semakin cerah...

You're not what I was after
But I'm happy with what I found
To dream of new beginnings
When the end is all around

"Senyuman mu itu, mampu membuat hariku ceria. dan aku mahukannya terus membuat hariku ceria. Bukan aku usulkan pertemuan ini. Namun takdir lebih kuat. Aku gembira menggenggam tanganmu. Aku tak sabar menanti hari ini berterusan denganmu di sampingku. Hari yang aku tak pasti bila akan berakhir. Semoga tidak salah aku memohon akhir kita akan tetap bersama?"

I think you're alright
You qualify
For being my supernova
It's a gambling life
A lonely strife
But I think we're the best leftovers of the night
Hide of the night, hi-hide

"Memang kau tidak memiliki kualiti yang aku agung2kan selama ini. Ciri2 yang aku pinta dan canang seantero dunia. Tapi kau membuatkan aku melihat sinar di hadapanku. Yang lebih bercahaya daripada yang sebelumnya. Dan apa hak aku menolak kelayakanmu untuk bertakhta di hatiku? Terima kasih takdir kerana menemukan aku dengan yang terbaik malam ini. Terima kasih malam yang membolehkan kami berselindung di sebalik keheninganmu."

And everything is alright now
Oh everything is alright now
Everything is alright

Dan segalanya semakin jelas, secerah mentari yang semakin menyinar...


Sekian kopekan aku utk harini. Hmmm.. kenapo la tetiba ter jiwang.org plak harini nih??

Moral, so what if we are leftovers, we are still the best leftovers. And to all the leftovers (and leavers) out there. May you bring out the best in one another.

And to my boo... you know something better you have brought out of me. And that is why i am practically lifeless without you.

Aisehmen, jiwang lagik!! Utk mendengar versi penuh lagu ini, sila klik butang 'play' kat widget Lagu la ni.. makasih... (Valid until aku tak bosan dgn lagu ni.. haha)

1 comment:

cik perahu said...

another postof urs which i lyke it soo much....

motif??psl kene mengena lah...kene tinggalkan...ngeh3~~~leftovers..