August 30, 2005

Mari bercakap pasal rindu... Ahhhh indahnya...

heh heh.. dah empat hari aku tak menjengok blog ni. Mmg biasa la hari sabtu ahad.. Tapi ni dari Jumaat saaampai lah ke hari Isnin aku melangok kat umah. Kepada sesapa yg nak tau apa aku buat selama 4 hari tu.. takyah la. Aku tak larat nak menaip apakebenda yg berlaku. hehehe. Kepada sesapa yg rindu kat aku, jgn malu2.. email je aku, pastu mintak no tipon. Time cuti pun boleh call jugak. huhu.

Ni aku nak cerita sket la pasal rindu2 ni. Alang2 dah tersebut pktn tu kat atas nun. Sebenarnya, bagi aku la, aku tak reti nak kata rindu tu macamana rasanya. Biasanya rindu ni didefinisikan sebagai rasa keinginan untuk berjumpa dgn sesuatu ataupun seseorang yg sungguh meruntun2 adanya. Kiranya macam tangkai jantung seperti direntap2. Dan ulu hati menjadi pedih tak tentu arah. Dan kadangkala secara tidak semena2 bulu roma akan meremang apabila teringatkan memori bersama. alahai... poyo sungguh bunyiknya. huhuhu.

Rasa rindu yg melampau ni jugak boleh memudaratkan. Contohnya.. sambil bawak keta pun boleh mengelamun. Pastu bila org lain dok borak dgn kita, tetiba terkeluar lak pktn yg pelik2 seperti nama gelpren ataupun panggilan2 manjer. Ada masa lain tu pulak, langsung tak tau apa yg berlaku di depan, blkg, kiri dan kanan. Semuanya cam rinduuuuuuuuuuuuu je. Alahai..

Tapi kan, bila dipikir2 balik, time bila yg rindu tu dirasakan sangattt kuattt dan sungguh thrilling? Bagi aku la, waktu yg paling thrill sekali ialah bila lagi beberapa jam nak jumpa. Di mana masing2 dalam perjalanan menuju ke tempat yg sama utk berdating ke, bercanda ke, berrr.. apa2 lagi lah. Time tu lah yg adrenalin merembes sampai tak hengat. Pastu puncak perembesannya berlaku apabila kita nampak dr jauh benda/manusia yg dirindui tu. Masa tu rasa cam alahaiii...... syioknyer lah hai! ish!! Heish!! heheee.

Adrenalin tu akan menjadi makin menjadi2 bila itu adalah kali pertama bertemu mata dgn org/barang yg dirindui tu. Ala, cam zaman skrg ni kan ramai yg bertukar2 gambo melalui email, pastu bercinta dlm chatroom bagai nak rak buku, tapi langsung tak pernah jumpa. Masa tu la degupan jantung mmg lebih laju drpd kelajuan partner aku bawak keta. Musti punya kurius nak tau. Acamna laaah rupa kekasih-cyber kita tu. Berapa cerah kulitnya, berapa panjangkah kakinya, cemana manis senyumnya. Pergh... dedebo gitu.

Tapi bila dan jumpa.. rasa debo tu dah kurang sket la. Diganti dek rasa excited. Masa tu la menyengeh cam kerang busuk sampai tak ingat dunia. Kalau boleh kat semua org nak senyum. Sangkeng seronoknya tu...

Warghh.. bestnya rasa rindu. Takde sesapa nak rindu kat aku ke? heheheee

August 25, 2005

Aktiviti di hari cuti hujung minggu. Ada apa dgn chenta?

Hari ni aku sungguh malas. Ye la.. esok aku cuti. yeay! Seronotnya cuti di hari org lain bekerja. haha. Ni sementelah bercerita pasal cuti nih, aku ingin memanjatkan rasa syukur pasal aku bekerja di opis yg cuti hari sabtu dan ahad. Dedolu aku pernah keja kat opis yg keja separuh hari di hari sabtu. Tapi mmg giler tak produktif la. Rasanya objektif org dtg keja hari sabtu ialah utk menunjukkan koleksi jeans kepada kengkawan seopis, ataupun mengenalkan anak2 kecik kepada opismate. Ada jugak yg dtg opis hari sabtu semata2 utk check email dan berYM dgn kengkawan lain yg juga kena bekerja di hari Sabtu. Kesimpulannya, hari sabtu mmg sungguh kureng produktif (kecuali lah bagi org yg keja kat kaunter2 umum)

OK, sbb bercuti, maka pelbagai aktiviti lah boleh dilakukan oleh org2. Ada yg masa cuti lah amik peluang utk pi bershopping. Segala mala ceruk shopping diorg pegi. kalau yg duduk di pinggiran KL, akan ratalah berjalan dr Midvalley saaaaaaaaaaampailah ke One Utama. Sesapa yg mmg terduduk kat pusat bandar plak, habis segala Klcc dan konco2nya kat bukit bintang tu dia sapu. Beli barang itu sudah musti, pasal masing2 taknak rasa membazir duit parking keta. Tapi kalau macam aku, tetiap minggu aku akan merengek2 mintak partner aku bawak aku pi times Square. Sbb ada DVD ler.. apa lagi. Dan aku rasa lopeh ni dia akan rajin pergi ke sana.. sbb makcik itu sudah suka shopping kat Debenhams, sbb byk jugak brg yg murah2 dan berbaloiii (kalau mahal jgn hareps la kitorg nak pegi!)

Itu yg suka shopping, ada jugak tu jenis yg sukaaa sgt pegi ke tpt2 menarik. Tugu Negara, Taman tasik, taman burung, muzium negara, zoo negara, dan segala mala hakmilik negara dan juga DBKL. Masa tu la masing2 nak memperkenalkan rupa bentuk burung kepada anak2 yg selama ni dok tgk kat cenel Animal Planet je.. Pastu, bila habis je melawat burung, ptg tu pegi la plak ke Taman Tasik Titiwangsa, sambil berjogging, boleh cuci mata. Sambil tu, kalau terasa nak mencuci badan, terjun je la dalam tasik.. takde masalah. Byk kekore yg boleh tolong cucikan.

tak kurang jugak yg balik kg bila cuti hujung minggu. Balik umah mak sendiri, balik umah mentua ataupun kalau org tu takde kampung, dia akan mengambil peluang ini untuk makan pagi, tghari dan malam di kampung baru ataupun kampung melayu ampang. kalau macam aku takpe la.. aku ada kampung yg boleh dikunjungi dalam masa hanya 3 jam pemanduan keta. huhu.. tu pasal la sebulan sekali blk kg.

Tapi sebenarnya, yang paling best sekali dilakukan pada hari cuti hujung minggu ialah melangut depan TV berbekalkan koleksi cerita2 senget yang disimpan dlm kotak kasut. Pastu dok ulang-ulang-ulang tgk cerita2 tu saaaampai lah malam. Hanya berhenti di waktu2 tertentu sahaja untuk melakukan mana2 panggilan alam... Ini lah peberet aku di hari cuti ujung minggu. Tu pasal la bila masuk keja hari isnin je, bijik mata aku bengkak. Semuanya gara2 byk sgt tgk Mia Kirschner... lagho, sungguh lagho...

August 24, 2005

Apabila tak tau nak nyanyi apa...

Huh... hari ni hectic sungguh hidup aku. Pepagi lagi dah kena kacau dgn dapur kat opis nih. Memula aku bukak air kat paip, pastu air tu tak reti nak berenti mengalir. Dah aku hentak ketat2 pun masih melelehhhh jugak ke dalam sink tu. Poyo sungguh. Pastu bila aku buat air plak, lepas aku tekan punat kuar air, air masuk la dlm mug aku cam biasa. Pastu bila ku tutup.. tetiba tong air tu dok tak berenti mengeluarkan udara la plak. Ah sudah! Tong air tu bernapas. Haru sungguh tuh! Tapi tu la padahnya bila pepagi buta dok dlm opis sensorang, agaknya ada la yg suka nak mengacau kot. hehehe. * ish mulut aku ni punnn!*

Maka bila dalam keadaan poyo-tertekan ni, satu cara yg paling seswai utk mengatasinya ialah dengan menyumbat earphone ke dalam telinga dan nyanyi. Tapi jgn la nyanyi kekuat plak. Karang tak pasal2 muncul pengkritik dari tah memana tah. Laaagi la haru.

Nih cerita pasal nyenyanyi nih, aku nak tanya sket. Pernah tak korang menyanyikan satu lagu, tapi tak tau apa bijik butir yg korang nyanyi? Lirik tonggang terbalik, pktn bertukar ganti, tapi melodi dgn vokal.. maintainnnnnnnnn. Aku rasa kalau dok menyanyi lagu bahasa jepun takpe la kot tak paham bijik butir.. tapi ni lagu melayu/omputeh sendiri. Pernah ke..?

Aku dgn bangganya mmg la mengaku pernah nyanyi tah pape tah. Terutamanya dalam keta time driving sensorang ataupun time mem beso kat sebelah baik punya mengerohhh. Kengkonon nak ilangkan bosan la. Nyanyi dgn penuh bersemangat, tetiba ada part tu lirik tak tau la plak. Takkan nak berenti kot? Karang tergnggu la plak feeling menyanyi tu. Maka takyah la pikir panjang, sebut je la apa2 sukukata yg dirasakan seswai dan boleh masyuk dgn lagu tu.

Tapi kalau nak kirakan partner aku lagi terrer bab mengubah lirik lagu ni. Setakat aku ni mmg takyah celen lah dgn dia. Sampai lagu Negaraku punnn dia boleh tukar lirik. Korg tau maksud perkataan 'tuniyasan'? hehehe. Sapa tahu mmg aku tabik spring la. Tapi partner aku mmg terer, dia siap boleh cipta lagi perkataan tu. Mmg laaa lawak. Ini kalau dia terbaca ni, harus jugak di paksanya aku basuh kain dgn ganasnya mlm nih. huhuhu.

Ala.. sebenarnya kalau kita nyanyi salah lirik ke.. lupa lirik ke.. buat lirik baru ke, sapa nak marah?? Lagi la kalau tgh dok nyanyi sensorang dalam bilik air tu. Lgpun kalau lupa lirik time nyanyi dlm bilik air, semestinya sang penyanyi itu akan merendahkan volume nyanyiannya. Pasal takut ada yg mengata la konon. Tapi kat pertandingan bebeso cam Akademi Fantasia tu pun... macam takde yg lupa lirik... Lagi lupa, lagilaaaaaaaaaah menang. hehehe.

Belia benci dadah!!! muahahahah

August 23, 2005

Bila apa yg dipelajari tak sama dgn apa yg dikerjakan... erkk

Harini aku sungguh awal sampai opis. Ni semua sbb partner aku skrg ni kena masuk keja kol 8 pagi. Maka... aku pun turut sama mengawalkan diri. Dtg opis awal mmg best, pasal takde sapa yg ada, so boleh la aku mengesurf laman2 porno. hahahaha.. yo yo 'o je. Tapi yg tak best sekali ialah... henpon aku tertinggal. Sungguh poyo!! Mampus la abis bateri pasal henpon tu dok dlm keadaan snooze tanpa henti. Adehhhh hai!

Smlm dgn hari ni sebenarnya aku mmg bz amat. Dgn projek yg belum siap, projek yg tak tau nak siap, projek yg masih dalam plan dan jugak auditor yg dok mengejar tanpa henti. Boleh bengkok ini macam mambang. Harapkan projek manager aku... alahai, baik takyah lerrr. Aku yg kuli ni jugak laaaa yg kena banting.

Anyway, semalam sesi audit berjalan lancar w/pun dengan bangganya aku mengaku tak ikut proses. hehehe. Tapi itu la tujuan audit kan, nak bagi peringat.. kalau setakat nak bgtau kesalahan je, baik takyah audit.. lagi bagus, baik takyah hidup. hahaha.. Maka dalam sesi audit tu QA manager sempat lagi bercerita pasal anak dia yg ada problem nak belajar. Siap risau lagi pasal dia tak tau nak halakan anak dia ke arah mana bila besar nanti. Sebenarnya nak je aku cakap... la ni, ramai jugak org yg belajar benda lain, tapi keja... ke lain jugak.

Contohnya cam aku ni ha. Masa belajar dulu mana ada aku buat bebenda yg aku dok kerjakan skrg ni. Langsung takde. Semua skill, kefahaman, dan kebolehkerjaan aku skrg ni adalah hasil pengalaman dan jugak pembelajaran aku semasa bekerja. Kiranya, segala-mala paper 'logi-logi' yg dapat kaler merah/biru/hijau masa zaman kolej dulu boleh la diabaikan ye.. hehehe. Tapi jgn la plak kata bila seseorang itu tidak mengerjakan diploma/degree/masters/phd mereka, segala benda yg dok belajar dulu jadik tak berguna. Takleh la macam tu. Kita kena menuntut ilmu sampai ke cina dan jugak sampai pinsan. Takde ruginya ilmu yg dituntut. Kalau dikira2 skrg ni cuba la letak aku suruh aku kerjakan apa yg aku belajar dulu.. hahaha. toksah la, aku dah tak praktis bebenda tu, maka, takleh la buat keja dgn baik.

Macam masa aku tgk cerita DEBS haritu, *eheheheh*
Amy kata.. kita seharusnya buat apa yg kita mmg boleh lakukan dgn baik, tapi Lucy lak kata, kita seharusnya buat apa yg kita suka. Dan kalau kata buat benda yg disukai... Kerja yg aku buat skrg ni mmg bukan passion aku. Bukan jugak cita2 aku sejak kecik. Tapi sebab dah sampai ke sini, kena jugak buat kerja dgn ikhlas dan bersungguh2.

Passion aku ialah nak jadik cam Bill Gates, ada software sendirik. Pastu dok depan PC buat programming sampai mata jadik rabun. Tapi mmg aku takleh buat camtu sbb masa belajar dulu aku taknak amik sains komputer. Maka sampai sekarang, sebijik kopi java pun aku tak reti. Kenapa aku taknak belajar benda yg aku minat? Sbb dedolu aku rasa benda yg kita minat, kalau takyah belajar pun leh terrer..
haha.. Cakap org berlagak tu. Skrg, padan muka aku!

Adik2 semua, jgn la tiru macam saya. Kalau rasa suka satu kerjaya tu, mmg kena belajar lagi dan lagi, supaya boleh terer gaban, malahan lebih terer dr gaban.

August 22, 2005

Status apdet ujung minggu. Penuh aktiviti poyo..

Ada sesapa nak tanya apa aku buat ujung minggu ni? Kalau takde... pun takpe, aku nak cerita jugak. huhuhu. Sbb apa, hari isnin ni kepala otak ada sedikit menyoll, so.. nak tulis bebenda yg menggunakan kreativiti mmg jgnlah harap. Maka, tulis je la sejarah utk dua hari yg lepas, sonang sket. hehe

Hari sabtu tu kena bangun awal pasal partner aku pepagi lagi dah ajak pi Ampang. Biasak la, sejak dok sini, Ampang tu kemain jauh kurasakan. Tak sedor dulu hari2 dok melenyek jalan yg sama. Pastu dah kat Ampang tu, dapat la jugak melepas rindu kat Ampang Point.. ehehe, rindu konon. Dan sementelah dah sampai ke area sana tu, dapat la jugak melepas rindu kat KLCC plak. Partner aku dok sibuk membeli barang2 utk majlis perkahwinan adik dia yg tak lama lagi, aku pulak sibuk mengangkut beg. Aku tak kisah angkut beg, paling2 pun ada la jugak pekdahnya aku mengikut selain drpd mintak org belanja makan.

Balik dr KLCC kitorg pi melawat salah seorang sedara aku kat sepital. Kebetulan plak time dtg tu masa makan dah abis.. Aisehmen... kalau tidak dapat aku mengicak makanan sepital. Kita org sihat ni kalau makan mknn sepital jadik lebih sihat. hehe. Tapi satu benda yg best la kat sepital tu. W/pun sepital gamen, tapi keadaan dalam biliknya boleh tahan best la jugak. Dgn air-kon-disi ada, pastu keadaan pun cam tenang2. Nur-se2 kat sana pun boleh tahan baik la. Cuma takde nur-se yg cam muda2 sket. Sume dah cam mak org. Tapi sebenarnya ada ke nur-se yg senget? hmmm hmmm

Lepas borak2 gitu2 dgn sedara aku tu, kitorg berdua pun berlepas la pegi ke Berjaya Times Square. Cadangnya nak pi beli DVD, sekali tu DVD cuma dijengok2 sahaja. Cam takde la plak yg menarik. OC Season 2 dah ada, tapi kalau setakat nak tgk Alex/Marissa yg sebanyak kurang drpd 10 episod tu... takyah lerr. Buat membazir duit je. Lagipun, kita semua kena simpan duit lebih sket, pasal The L Word musim 2 akan keluar dalam bentuk DVD dalam bulan Oktober. Aku tak ingat la plak awal atau akhir bulan. tapi yg pentingnya, bulan Oktober. So, sesapa yg berminat tu, jgn tak serbu supplier DVD anda.. ok?

Ha.. sbb takde beli DVD, tetiba kitorg tergatal tapak kaki pi la plak masuk ke Debenhams. Sekali tu kedai tu sale la plak. Partner aku pun, beli la lagi barang hantaran adik dia, dan jugak barang2 utk dia sekali la. Dan sama cam kat KLCC, aku jadik tukang angkut beg. Sebagai upah, ChefD belanja aku makan... yeay!! Tamat la sudah pengembaraan di hari sabtu.

Hari ahad, partner aku ajak aku pi opis dia pasal ntah amenda tha yg dia nak tgk. Aku ikut sahaja sambil memberi idea2 yg ala2 poyo utk dia lebih mensistematik kan diri. Sebagai upah, dia kasik can aku surf internet kat PC dia selama 5 minit. OK la tuu...

Ptg tu ChefD mula memakai topi 'chef' nya sbb nak masak. Eh jap, dia takde 'topi' chef tapi dia ada 'kain batik' yg mmg akan dipakai khas bila time masak shj. haha... Kes masak2 ni sbb nak menyambut kedatangan dua org kawan kami yg mmg laa baik hati, i.e. Is&Anne. Diorg jugak la dulu bersusah payah mengangkut kusi/gobok time kitorg pindah. Tima kasih la pasal sudi dtg ke umah, w/pun korang tersilap2 simpang. (maklumlah, la ni aku dok kat ceruk bukit.. mmg payah sket nak cari umah).

Mlm tu lepas makan lagi dan lagi dan menonton DEBS utk kesekian kalinya, kitorg pun tido...

Sekian sahaja laporan hujung minggu ini. Berita disediakan oleh bilik berita Sekapal Inc... teman setiaaaaaa andaaaaaaaa..
huhuhu

August 19, 2005

'Blues tunggu gelpren dtg amik'... di ptg Jumaat.


Image hosted by Photobucket.com
I know how to hurt
I know how to kill
I know what to show
And what to conceal
I know when to talk
And I know when to touch
No one ever died from wanting too much
The world is not enough
But it is such a perfect place to start, my love
And if you’re strong enough
Together we can take the world apart, my love
People like us
Know how to survive
There’s no point in living
If you can’t feel the life
We know when to kiss
And we know when to kill
If we can’t have it all
Then nobody will
I feel sick...
I feel scared..
I feel ready...
And yet unprepared
The world is not enough..!

Liat bangun tido. Mmg sungguh tak best rasanya...

yeay yeay! hari ni dah jumaat. Esok cuti! Boleh lah aku melangut atas katil lama sket. Kalau tak 6.45 je partner aku dah kejutkan. Kalau teknik mengejutkan tu best cepat la sket bangun, tapi kalau kureng best.. lagi laaaa sedap aku mengerekot bawah gebo.

Haaa... cerita pasal kejut2 di pagi hari nih, korang semua ada masalah bangun pagi tak? Aku mmg cukup bermasalah. Lebih2 lagi masa aku kat sekolah dulu. Bila masuk asrama first time masa tingkatan 4, mak aku kemain cuak lagi. Dia takut aku sensorang tak bangun tido, pastu masuk kelas kol 10, dan aku akan jadik budak mamai sepanjang hari. Maka mak aku berpesan2 la kat roommate aku masa tu mintak tolong lah kejutkan. Dan mmg kesian betul lah kat diorg. Sampai naik fed-up gak dgn aku kengkadang. hehehe. Nasib baik laaaa aku ni comei. So bila pandang muka aku, takde la diorg nak naik hangin teteruk.. teeheeheee..*gelak cecomei nih!*

Pastu masa aku kat kolej dah tak kisah dah.. Pasal sebilik dgn gelpren sendiri. Dia dgn rela hati la mengejutkan aku bangun. Tapi rela2 pun, makan darah jugak perangai aku masa tu. Sbb tu lah bila gelpren aku kena keja kat sempadan Siam selama 9 bulan dulu aku kemain panik lagi. Aku dah dok membayangkan kehidupan aku yg senantiasa terbangun lambat. Tapi dengan izin Tuhan, dapat jugak aku sampai ke opis on time tetiap hari. W/pun hakikatnya aku mandi, pakai baju dan terjun ke bawah umah dalam masa kurang drpd 5 minit. Tapi takpe, janji objektif tercapai.

Sebenarnya, ketiadaan partner aku la yg menyebabkan aku lebih boleh berdikari. Pandai bgn tido sendiri, basuh kain, masak sadin dan jugak pegi kedai beli mknn mentah utk dimasak. Kalau tidak, tanggungjawab aku hanyalah sebagai budak despatch tukang bayo bil, bayo sewa umah, pi beli sarapan nasik lemak kat bawah tetiap pagi sabtu dan penonton tv yg unggul. Kiranya, w/pun benda tu tak best... ada jugak kebest'an yg tersimpan di celah2nya. Bak kata org tetua (yg diubah sesikit oleh aku...) 'Kalau dibelek2 charkueytiau yg kureng sedap pun, akan ada terjumpa udang di sebalik kueytiau tu.'

Tapi skrg ni dia dah ada dok sesama dgn aku semula. Keliatan aku nampaknya menjadi2, sama naik dgn perut aku. Sampai kengkadang partner aku guna kucing utk kejutkan aku pepagi. Ye la.. bila kucing kesayangan aku dah gigit2 lutut aku, mmg tak boleh tidak kena bangun jugak la. Karang hanco lutut sapa nak dukung aku pi beli DVD?

So, sesapa ada petua cemana nak bangun tido dgn mudah dan pagi dan ceria, boleh la bgtau aku. Paling2 dapat la jugak aku mandi lebih awal dan boleh la aku suruh kucing gigit lutut ChefD plak.. huhuuu

August 18, 2005

interview with the vampire.. slayer.. Fan! (aku ler tuuu)

Ini adalah hasil pengumpulan soklan2 yg aku pernah dapat seumur kehidupan aku yg rasanya sesuai utk dimasukkan kat blog nih. Situasi sebenarnya interviewer tu ramai, tapi anggap je la macam aku ni diinterbiu oleh pembaca berita kat tv tu. Bubuh la muka sesapa yg korang nak..


Nama u sapa?
Sekapal la

Nak panggil apa?
Kapal je

Kalau nak panggil akak kapal boleh ke?
Tak suke.. i lebih rela u panggil i makcik...auw!
tapi kalau nak lebih manja bubuhlah imbuhan kat blkg nama saya tu. selam, terbang, laut, korek.. pun boleh.

Hobi apa hobi?
Hobi saya tgk jam. Semua jam saya tgk. Jam tangan, jam dinding, jam bubatu dan lain2 lagi.

Lama dah buat keja ni?
Masa kekecik dulu saya keja kat pizza hut, pastu kat mekdonel tapi semua kena pecat pasal saya kantoi tgh dok bawah sinki sambil curi makan. Tu pun sbb customer komplen pizza/beger dia tak tiba2. kalau tak sure takkan kantoinye..

Bukan keja tu la... keja2 memblog.
Ooh... dari tahun lepas.

Kenapa awak buat blog?
Sbb saya nak carik gelpren. eheh.. eheheh takde la. Nak cari kawan2 sesenget. At least ada la org nak mengemail saya.

Apsal email awak guna nama Michiru?
Oh.. Michiru tu kekasih saya di kelahiran sebelum ini. Sbb tu saya abadikan nama dia kat e-mail saya.

Abeh tu awak perasan awak ni Haruka lah ye?
Takde ah. Haruka tu hensem, saya ni haru ada lah. Tapi mmg Michiru tu bekas kekasih saya.. Kan nama penuh dia michiru kaiou.. sebenarnya kaiou tu gabungan nama saya dgn haruka.. (seKApal & haruka tenOU)

Saya rasa awak ni kuat merapu lah.
Merapu takpe.. jgn merompak.

Awak ni mmg suka tgk TV/katun dan yg sewaktu dgnnya ke?
Saya ni bolehkan dikategorikan sebagai hantu TV. er.. bukan hantu yg kuar dr tv cam the ring tu eh..

Cuba ceritakan keobsesian awak dalam menonton siri The L Word.
Sungguh obses sehinggakan saya sudah mula tahu jalan cerita The L Word season 3, w/pun season 2 saya tak tgk lagi. Idop Lara Perkinss.. yeak yeak yeay!!!

Kapel mana yg paling awak suka?
Sekapal dgn ChefDiva.

Org tanya pasal The L Word lah!
Oh.. Lara dgn Dana ler... eh, Bette/Tina best gak... Marina/Jenny pun panas.. ntah ler. Semua best kot. Ye la.. sbb sume comei2 belaka.

Gelpren tak marah ke awak asyik dok tgk awek2 comei kat tv?
Tak.. sbb w/pun saya tgk tv. Tapi TV lebih suka tgk dia.

Lama dah dok sesama dgn gelpren?
Sejak abeh sekolah menengah lagi. Takkan tak tau2 lagi. Saya ni kan kawin muda.

Apa yg paling best bila dok sesama nih?
Paling best ialah saya takyah kena tido sensorang diri. Dulu dah merasa terpisah sementara selama hampir setengah tahun. Kira nasib baik saya masih kabare-waras lagi.

Apakah perkara menarik yg ada pada gelpren awak?
kaki yang panjang, skill memasak yg hebattt, dan juga mampu berpoyo-intelek bersama2 dgn saya.

Ni perasan intelek la ni.
Takde la.. tapi kiranya bila saya amuk pasal keja, dan terkeluar istilah2 poyo, takde la dia dok mendungukan diri je. Tapi seintelek mana pun saya.. kompom tak sampai 4% bahagian otak yg saya gunakan. Nak check ke??? huhuuu.

Dah, takyah le.. saya pun takde idea nak tanya apa lagi. Akhir sekali, ada apa2 pesanan utk mereka2 yg terbaca interbiu poyo awak ni?
Ada.. Belia, Benci, Dadah!! muahahahaha

August 17, 2005

Pengalaman yg tidak dapat dilupakan. ecewah ayat.. kompom poyo!

Selamat pagi kengkawan... pagi yang indah. Jgn lupa sarapan pagi dan gosok gigi di pagi hari. Dan mlm tadi masa tido jgn lupa basuh kaki.. (tapi kenapa kena basuh kaki ek??). Anyway, tak kisah la tuh. Ni nak cerita pasal malam tadi punya kes la ni. Tapi sebelum tu kena intro la dulu sket. hehehe.

OK, selama ni org2 yg tau aku senget hanyalah mereka2 yg senget jugak. Dan dua tiga org bebudak stret yg merupakan pembaca blog ini. Aku tak pernah rasa kesengetan aku ter'expose' di kalangan opismate, kawan2 sekolah, sedara-mara dan kaum kerabat diraja. Dan mlm semalam, aku telah pi dok makan sesama dgn opismate partner aku. Dan percaya atau tidak, hubungan kami mmg sudah diketahui oleh semua yg ada kat majlis makan2 & mabuk2 air pisang tuh. Dan sbb diorg tak memandang serong sesangat, so... pasal tu la tak kisah mengaku.

Kebiasaannya aku akan jadik giler pemalu dan pendiam bila dalam keadaan menyorok2 kesengetan. So aku expect bila berada dalam kelompok org yg tau kesengetan aku, boleh la jugak aku berborak2 kot. Tapi hasilnya.. tidak juga. Aku jadik pendiam yg amat dan lagi parah aku sentiasa rasa darah akan naik ke muka bila diorg mula tanya soklan kat aku. Dah la aku tak goti skiping london. Masing2 plak berhabuk. Lagi la haru.

Tapi sebenarnya masalah utama yg aku hadapi ialah rasa takut. Takut karang lawak2 yg aku buat dianggap sedikit obscene. Takut jugak kot2 pktn yg keluar dr mulut aku sungguh berbau tungkik.. eh bukan.. berbau kesengetan melampau. Dan ada la jugak rasa cam betul ke jawapan aku.. ke salah... ke menyebabkan org tersinggung. Kalau lah tengkorak aku ni transparen, boleh nampak otak aku bergerak2 dan berubah2 posisi dalam usaha utk mencari jawapan yg terbaik utk soklan2 yg diberikan.

Pastu bila dipikir2 balik (lepas dah balik umah le...) sebenarnya tak patut la aku rasa camtu. Selama ni golongan senget dok menganggap org normal yg tak terima diorg. Tapi betul ke itu situasinya? Mungkin betul la dalam beberapa keadaan. Tapi mungkin jugak, golongan senget lah yg tidak membuka minda untuk menerima bahawa masyarakat normal sebenarnya boleh menerima dan takde diskriminasi2. Hmmmm.. aku kah sebenarnya yg tak boleh menerima org lain? Adakah dunia dah bersedia menerima kita, cuma kita je yg terasa best dok tersorok2? ...aiyak.. kompius.

August 16, 2005

Carta degree of separation. Sapa tau programming, baik bgtau aku.

Adehhhhaii...

Selama ni aku dok membaca buku2 cerita, pastu menonton the L word.. aku mmg la suka tgk diorg kira2 'degree of separation'. Ala, macam carta yg alice buat tu la. Berapa ramai yg diperlukan utk menghubungkan seorang lesbian dgn seorang lesbian yang lain. Menurut teori si Alice, setiap org boleh dicantumkan dalam kurang daripada enam connection. Hmmm... hmmm...

Aku kengkadang ada rasa teringin jugak nak buat bebenda camtu. Cuma masalahnya ialah kita takde basis utk mencantumkan dua org peserta. Kalau macam diorg tu boleh la berdasarkan seks. Kiranya, kalau diorg dah melakukan hubungan bersama, boleh lah dua nama tu dicantumkan. Tapi kat sini plak cemana ek? Sb kengkadang kita takde la sampai ke tahap tido sesama tuh. Cuma setakat minat2, pastu flirt2 dan chenta2 gituu. Kalau nak masukkan kes tido sama, mungkin rasanya teori six degree of separation tu payah la nak jadi kot. Pasal apa, rasanya tak ramai la lesbian kat sini yg dok sleep around dan mencantumkan nama2 org lain. Maka adalah lebih baik kalau kita bubuh garisan antara dua nama berdasarkan rasa chenta yg ada. Cukup la tu...

tapi ada satu lagi kekangan, sbb apa... ramai yg malu nak bubuh nama penuh, terutamanya kat dlm internet. Kita buat benda tu public pasal nak org dok memenuhkan database. Tapi kalau dah bubuh nama2 glamer, sapa la plak yg tau. Mana la tau kot2 tetiba ada ex-gf aku ke nampak carta tu. Pastu mana laaaa dia tau yg dia pernah berchenta dgn 'sekapal' yg dulu mungkin guna nama lain. Kot2 berus_dawai ke, basikalcabuk ke, angin puspus ke.. So kena la jugak bubuh nama penuh ataupun nama yg mmg boleh dikenali oleh bekas2 kekasih anda semua

Tapi lah, aku rasa, sesapa yg ada kemahiran buat programming yg boleh buat carta cam Alice buat tu, baik bgtau aku. Tak kira lah, email ke, bubuh email kat tagbod tu ke. Mana la tau kot2 boleh upload carta tu dan boleh laaaa tgk sapa yg senget atau pernah jadik senget. Rasanya kat nama aku dgn ChefD je dah beberapa garisan boleh keluar. Itu kitorg yg introvert nih. Org lain.. sure ada punya. Mana la tau kot tetiba boleh terkait dgn org2 glamer ke.. kan? hehe.


Makluman:
Idea utk menulis entry ini adalah apabila aku tetiba terjumpa blog seorang pernah kukenal dan kelihatannya seperti sama senget cam aku, tapi di mana yaaa?... jeng jeng jeng...

August 15, 2005

Gol dan Gincu. Lebih seswai kalu jadik Pompuan dan Bola.. erkkk...

Aku ni mmg bukan hantu tgk wayang. Pasal aku bukan hantu. Tapi kiranya aku boleh la tahan suka menonton wayang. Setakat sebulan dua tiga kali tu ok la. Dan aku jugak bolehlah dikatakan rajin beratur walaupun sehingga sejam limablas minit semata2 utk tgk cerita Shrek2 yg last2 kena dok nunnnnnnnnnnnnn kat belakang. ish, apa cerita nih?!

OK, pokok dan pangkalnya, aku tgk wayang.. tapi mmg selama2 dok pandai beli tiket wayang, rasanya takde satupun cerita Melayu yg aku tgk. Baik Pendekar Bujang lapok ke, Sepet, Sepat, Puteri Gunung Ledang, Tangkak. Johor Darul Takzim... tidak.. semuanya tak. Malahan pasal takde DVD/VCD citak rompi makanya mmg aku tak tgk langsung cerita2 tu. Nak kata aku tak menyokong industri perfileman negara, kata lah. Sah2 org filim tu jauh lagi kaya drpd aku. Ada baiknya lah diorg tu yg menyokong aku nih. hehehe.

Nih dok merewang2 baca sokkabo/tgk melodi (ada Farah Fauzana tu.. echewahh!!)/ dan jugak membaca blog2 org lain, maka aku tertau la ada satu cerita melayu yg bertajuk Gol dan Gincu.
Entah kenapa aku rasa cam kepingin nak tgk cerita ni. heheheh..
Haaa.. tu silap2 ada yg kepala dah menyenget terteleng2. Apahal la plak Sekapal nak tgk cerita tu?

Sebenarnya ada lah beberapa sebab. Salah satunya sbb diorg kata cerita ni ada la kurang kurang cam Bend It Like Beckham. Sbb ada cerita pasal bola2.

Aku suka main futsal ke?
Cheh! Aku yg kaki kerusi-goyang ni mana la reti nak main bola. Minat bola pun jauh sekali..

Abih tu apsal plak nak tgk?
Agaknya sebab ada bebudak 3R berlakon dalam cerita tu kot. Iye la.. kiranya nak la dok tgk Tini, Rafidah, dan Celina tu selama lebih daripada setengah jam. OK.. rasanya ini adalah alasan yang bagus utk aku tgk cerita ni.

Takkan la sbb tu je kot?
Erm... mungkin jugak sbb filem ni ramai pelakon pompuan. Dan menonton pompuan2 main bola mmg lah menarik kan. Rasanya pelakon pompuannya (selain drpd bebudak 3R) ialah nor fazura (jadik heroin.. cheh, gue nggak suke..), pastu Sazzy (hos beat TV tu), Sharifah Amani (heroin Sepet) dan jugak artis feveret aku (sila isikan gambo mata sepet berair cam katun jepun kat sini) iaitu budak AF2 Zarina.. (ahahaha!! poyo!!)
OK la, kalau dikira2 byk pelakon pompuan tu. Nak cuci mata? Boleh juge..

Takde ke sebab2 yg tersirat nih???
Heish.. mana ada. Takde takde... Sekadar nak menyokong filem melayu! Dan juga mungkin pelakon melayu, ataupun.. produsernya... ataupun penaja2 filem ini.

Oleh itu kengkawan, ayuh kita menyokong filem tempatan!! yeak yeak yeaaa!!

aku ni pun cakap je lebih, bukannya tgk lagi pun cerita ni....

Sungguh-sungguh kampung!

Ujung minggu aritu aku balik kg. Sesampai je kat sana aku terus pi bawah pokok moktan dan mengait moktan. Kebetulan plak masa tu mak abah aku masih lom balik meniaga lagi. So, takde sapa la nak gelakkan aku. Kalau setakat adik aku yg gelak tak heran, aku gelakkan dia balik. heh.. Tapi sebenarnya tu je la pokok buah yg abah aku tanam. Kitorg bukannya ada tanah terberendang maupun sekoyan dusun. Yg ada cumalah pokok2 kat blkg umah, sayo2 kampung dan jugak ayam+kucing. Apa2pun, itu tetap kampung. Dan kampung aku mmg terrrrrsangatlah kampung. Sesapa yg mmg tak lalu kena gigit nyamuk, langgo lumpur, tgk tinja ayam, buang air besar kat luar umah.. toksah la dtg ke kg aku.

Sepanjang kehidupan aku yg tak sampai setengah abad nih, kalau tetiba org cakap kat kita... "Kau ni kampung betul lah" kebanyakannya akan lebih dikaitkan dgn kekolotan dan ketidak-trendy-an. Contohnya cakap cam org kampung, penyanyi kampung, style baju cam org kampung, dan byk lagi la. Kiranya kalau nak mengutuk pasal ketidak-up-to-date, guna je la pktn kampung, kompom semua org boleh paham.

Tapi kenapa mesti kampung? Kenapa tak gunakan perkataan lain? Adakah org yg duduk di bandar ni mmg giler rabak up to date? Ataupun menuduh orang kampung tu hanyalah sebagai satu cara utk melarikan diri daripada masa lampau? Ntah sapa yg memulakan istilah kampung ni, aku pun tak tau.

Yang lagi aku tak puas hati tu siap ada yg kata kalau mkn sayur kampung, tak up to date. Camtu jugak kalau makan ikan sungai. Punnnnnn kena kata kampung jugak. Setakat kena kata kampung tu takpe lagi. Ni yg bangsa cakap cenggini.. "Eiii.. camna u boleh makan bebenda macamni? I geli lah." Tu yg kengkadang aku terpanggil nak lepuk je org camtu. Kalau kau tak makan satu makanan tu, jgn nak menghina org yg makan plak. Asalkan benda tu halal, berkhasiat.. sudah ler.

Rasanya masyarakat bandar ni mungkin lupa dgn nilai2 murni yg ada kat kampung. Kat kampung lah kenduri kendara senang nak buat pasal ramai jiran tetangga yg boleh tolong. kat kampung jugak kita boleh berbuka pose dgn pelbagai jenis lauk hasil pemberian org sebelah menyebelah. Kampung jugak lah tpt yg mana surau2 akan berpenghuni setiap kali waktu solat. Dan bebenda macam ni mmg jaranggg2 ada kat kwsn bandar. Bandar ni adalah kawasan penghuninya menjadi 'selfish'. Dah tu, boleh la kita kaitkan 'selfish' tu dgn up-to date la yea? hmm hmmm..

Kesimpulan yg utama pasal kampung ni ialah, manusia mmg terer beri alasan, janji boleh nampak trendy. Kenapa? Sbb time nak menjaga status, ramai yg tak mengaku org kampung. Tapi bila time nak raya... hampir semua mengaku org kampung. Takda kampung lain Kampung Baru, Kampung Dato' Keramat pun jadik lah! Ini sebab, balik kg di masa hari raya tu adalah trendy. Sapa dok KL time raya.. tak gerekk aaah! kan kan?
hahaha..

August 12, 2005

Kalau gatal, kena la garu. Kalau takde org nak garu, garu la sendiri.. huhu

pergh... hari ni opis aku hampir mencapai tahap sifar. Ini semua gara2 jerebu yg melanda lah nih. Semalam boss kasi balik awal, hr ni semua org tak dtg keja. Tapi bagus jugak, ada la masa utk aku merapu bermain YM dgn org2 yg dha lama tak bertegur sapa dan bertanya khabar. huhuhu.

Tapi sebenarnya hari ni (kat tpt aku la.. ) jerebu takde la teruk sgt. Kiranya tghari ni nampak la cahaya mentari menyinari hari Jumaat yg best ini.. (Best pasal esok cuti daa...). Tapi selepas tghari tadi aku mengeluarkan diri dr inkubator ini utk pi makan. Tup2 masuk je opis sudah gatal2 tekak. Aisehmen.. bukannya senang nak menggaru tekak gatal. Kalau benda lain yg gatal boleh gak mintak tolong ChefD garukan.. er.. contohnya cam gatal tapak kaki ataupun gatal belakang badan la kan..

Sebenarnya perkataan gatal ni mmg lah sungguh pelbagai guna. Ada gatal kena gigit nyamuk. Ada gatal gelenyor, ada gatal tekak, gatal mata, buah gatal, Menggatal Sabah, dan bermacam2 lagi. Tapi adalah paling best cerita pasal gatal ni adalah gatal gelenyor... Sesapa yg kurang paham gata gelenyor ini adalah istilah org org yg gatal dalam ertikata nak mengorat.

Ramai om pompuan suka kata org lelaki mmg rata2 gatal. Pantang nampak pompuan berdahi licin, musti naik merenyam dia tu. Paastu ada plak klausa yg mengatakan 90% nafsu lelaki adalah kat pompuan. Dan ditambah lak dgn kebenaran berkahwin lebih drpd satu. Semua faktor2 ni sebenarnya boleh dikatakan sebagai penggalak/pemangkin kegatalan. Atas alasan... 'ala, dah mmg nafsu lebih ke situ. Mmg patut pun.' Alasannn...

Tapi kengkadang yg dok sibuk mengaku dia gatal ni takde la gatal ke mana. Silap2 yg senyappppppp tu yg rupanya ada affair. Acam dlm cerita Desperate Housewives tu, dia ada kata.. External affair akan berlaku di antara dua org yg taknak nampak rapat sgt di khalayak ramai. Tapi tu kata dia. Kengkadang yg sebaliknya jadik.. pun boleh!

Aku? Gatal? hehe... Sikit2 tu ada la. Tapi lebih2 tu cam takde je. Lagipun kita kena menggatal kat org yg sudi menggaru. Bak kata akak Siti, meminta pada yg ada, merayu pada yang kasih, maka.. kena lah menggatal pada yang garu.

Sebenarnya kalau sendiri gatal, tapi takde org nak garu, tak jadik jugak. Ni masalahnya ialah tukang2 garu nih. Kena masuk kelas la supaya tidak tergaru2 di tpt yg tidak betul.. hehehe..

harubiru betul entry nih..

When realisation struck like lightning..

Have you ever wake up one morning and realise everything that's been happening throughout your life is a mistake? You're wearing the wrong clothes, sleeping on the wrong bed with the wrong person, and even think that you are inside the wrong body. If you haven't, one thing for sure.. Buffy and Faith have, well.. I mean in terms of switching bodies.

I don't really know whether the realisation is good or not. But maybe there's pro and cons. As usual... God will never put something un-beneficial in this universe. There must be something good it'll bring, no matter shown or hidden.

OK, back to the topic of 'The realisation of living the wrong life'. To tell the truth, it happened to me? Though it is not what i consider a full-blown realisation of mistake.. still, it happened, and still happening. One fine morning, without the 300+API of haze, i woke up and somewhat felt curious. A question of 'Why the L did i live the life i've lived' (ahah! tongue twister..) popped out. It's like... why? Why me? Why this? Why here? Why her? Why am i not straight? Why blogspot? and, well.. you know, things like that.

At that moment of truth, the only thing that seems right for me is to remain in bed, and let the feeling subside. Then only the daily routine can start. Bathe, walk, work, feeling dumberer at work, feeling even dumberer back home.

And then the realisation struck again (mostly due to the dumbness). Why? Is this life materialises as a consequence of the pact i made with The Almighty when my soul was breathed into? Or maybe I was meant to lead another path, but my tenacity/apathy leads me here? Can't help but questioning. One thing good about this realisation is it makes you diagnose and post-mortem your life. And this may promise a better future.

Still, no matter how long-winded the question get, just remember that too much questioning is bad.. very bad. It made you think, reason, and reason s'more. When human infer all the time, it shows that you will never accept that you are capable of doing mistake, hence everyone else is wrong. And it cannot help but exemplifies the doubtness in the Greatest Power. What happen after that?.. let's hope it's not 'The Sky Kingdom'. Uh uh..

They say that the only constant thing in life are changes, thus, we are changing. But because changes create history, hence it is also constant. The great thing is, once you change, you're history.
Ahhh.. the sweet taste of reality+logic!

August 11, 2005

Jerebu, balik lambat, baca pasal anime senget

Fuiyoooop.. jerebu makin menggila. Kepala tekak aku pun makin menggatal. Dan harini boss aku dah halau semua org balik kol 5, sbb kengkononnya concern la tu. Kalau concern lagi, naikkan le gaji aku. haha.. Tapi aku dan beberapa kerat bebudak holickerja kat opis ni masih lagi tersadai membuat keja. Tapi aku menyadaikan diri bukan sebab keja aku. Tapi sebab keja partner aku. Pasal dia masih tidak boleh balik lah. Maka aku pun terpaksalah mengholick kan diri jugak.. uwarghhh.. cedeyy!

Maka dalam keadaan boring2 nih aku pun bukak la website afterellen. Lamo gile tak sempat nak bukak website nih. Dan dgn bestnya terbaca la diorg menulis pasal anime/manga yg senget2. hahaha.. akhirnya. Afterellen skrg ni nampaknya makin bukak mata pasal lesbianism ni media2 bukan omputeh. Tapi mmg syiok la baca pasal research yg dibuat pasal anime/manga tu cam boleh tahan jugak la. Kiranya dapat la menambahkan pengetahuan. Tak kisah la pengetahuan dapam bidang apa.. janji boleh menjadi lebih tahu. Itu yang penting. Lagi2 tau pasal bebenda yg sesenget nih. Pergh.. mmg bahan bacaan yg sungguh digemari lah kiranya.

Meh sini aku petik sket artikel tu..
"Sailor Moon features the best-known yuri relationship in history,
between Kaioh Michiru (Sailor Neptune) and Tenoh Haruka (Sailor Uranus).
The series, however, includes lesbian subtext between most of its female characters."

Best known in history tuh.. Dasat tak dasat lah. At least diorg bersetuju jugak dgn pendapat aku yg sebelum ni dok menguwar2kan Haruka/Michiru. Dan kepada sesapa yg kata SailorMoon tu cerita tegak. Hahahaha! Meh dengar aku gelak... huhuuu.. Yeshh!!

Dan dgn bestnya aku tau jugak ada satu lagi cerita selain SMoon dan Utena yg ada bebenda senget. Anime tu bertajuk Battle Athletes Victory. Aku tgk2 site yg berkenaan dgn anime ni, cam byk jugak watak pompuan. Caya lah... tunggu aku pi cari dulu anime ni kat Tower Records ye.. Nnt boleh kita cerita sesama..

Aiyah... dah 7.30 nih, partner aku ni lambat betul laaaaaaaaaaah... Cepat la yang.. rindu nih. huhu!

August 9, 2005

jerebu yang mengkelabukan minda

Keadaan jerebu kat tpt aku keja ni semakin menjadi2 la plak. La ni kepala pun dah jadik weng weng. Omputeh kata cam 'light-headedness' tapi ommelayu kata apa ek? Keringanan kekepalaan. hahah.. blasah ler. Tapi mmg teruk sampai aku rasa cam nak pitam bila berlaku perubahan postur. ececeh ayattt...!

OK, semalam kita cerita pasal kawin awal. Tapi harini aku taknak la cerita pasal kawin plak. Karang ada yg bosan, dahtu langsung ilang selera nak kawin. Aku nak cerita pasal kawan... dan kawin jugak. huhuhu

Ada org yg taknak kawin dgn kawan dia. Tak kurang juga mereka yang taknak kawan dgn org yg dikahwini. Aku teringat satu ayat dr novel 'One Degree of Separation' hasil tulisan Karin Kallmaker (cerita lesbian la nih!!), salah sokrang watak dlm cerita tu menyatakan.. 'I f*ck what I f*ck."
Kiranya bila dia dah intim dgn seseorang tu, mmg kompom la hubungan yg dijalin tu akan hanco. Maka kalau lah dia imtim dgn kawan baiknya, sah2 la secara tak langsung boleh merisikokan persahabatan. Bukan setakat ilang gelpren, ilang kawan lagik...

Pikir2 balik, betul jugak apa yg dikata tu... Kalau lah jatuh chenta dgn kawan baik, pastu bila clash... mmg dgn kawan2 sekali terbang. Ini kalau org macam aku la. Kengkonon bila dah clash taknak tgk dah muka ex tu. Cam bagus je kan? Tapi ramai jugak org kat dunia ni yg propesyenel.. dah clash pun still boleh bertepuk tampar cam biasa. Buang yg keruh, ambil yg jernih.. ehehehehe.. Tapi kalau aku, keruh ke, jernih ke, berkeladak ke... semua aku buang. hard feeling lah kononnya ni. heheheh

Org yg taknak berkawan dgn pasangan yg dikahwini pun ada jugak. Pun banyak... Ini biasanya berlaku bila mmg tak pernah langsung nak ajak pasangannya jumpa dgn kengkawan. Pagi pi keja, malam baru balik. Sblm malam plak kuar pi minum2 kopi, makan yakitori dgn kengkawan. Dah malam baruuuu jumpa dgn pasangan. Ada jugak tu yg taknak kenalkan pasangan lepada kengkawan. Alasan, malu pasal pasangan kita tak reti nak borak sama level dgn kengkawan kita. Atau pasangan terlalu kolot utk bergaul dgn kengkawan. Org camni kiranya cam lebih seronok keluar dgn kengkawan bbdg dgn pasangan, atas alasan, pasangan pi kuar jenjalan leceh, asyik nak shopping je... sedangkan kawan seronok.. hassle free.

hehehe.. cemacam la manusia ni. Aku pun takleh lah nak kata mana yg bagus, mana yg tidak.. Tapi itu semua, preference masing2. Sukati korang la. Cuma mmg kita takkan boleh dapat satu hubungan yg sungguh perfect. Pepandai la nak maneuver hubungan sesama manusia...

Bak kata Michelle Branch dlm lagunya 'Goodbye to you'...
"It hurts to want everything and nothing at the same time,
I want what's yours and I want what's mine"

huarghhhhhhhh...

August 8, 2005

Gila2 pengantin remaja, gila lagi pengantin 'dewasa'!

Aku ni la ni baru je berumur 28tahun. Tapi kalau dikira umur aku dgn jangkamasa hubungan aku dgn partner aku, mmg boleh la dikatakan yg aku ni tergolong dalam org kawin muda. Bak kata ada sesetengah dr korang, aku dgn chefD ni kes Gila2 Pengantin Remaja. haha.. Tu le, gatal sgt nak kawin awal (aku la tu).

Mmg la akan ada ramai yg kata.. bestnya, dah sepuluh tahun bersama dgn org tercinta. Dan akan ada jugak la yg akan kata, best la, dah settle down, takde nak sibuk2 mencari pasangan, maka boleh konsentret kat karier. Hmmm... bagi aku itu adalah di antara kelebihan org kawin awal. Cuma takde anak je la, kalau leh ada anak, akan ada jugak yg berkata, senang la, anak2 dah bebeso. hehe. kalau leh ada anak la, mmg aku kena beli van la jawabnya.

Tapi sebenarnya di samping kelebihan tu, ada jugak kekurangannya, dan cam banyak jugak kekurangannya. Di antaranya ialah tak sempat nak menggatal time2 tgh hormon keremajaan tgh mencanak2. Iye la... umo 19tahun dah ada steady, cuba la bayangkan cemana ropanya tu. hehehe.. haru.
Dan bila dah ada steady time 19tahun... berapa banyak pun bebenda yg diketahui pasal cemana nak menghilangkan kerinduan. Masa tu masih innocent bantut lagi. Tau pun setakat dua tiga benda je. Tu pun nasib baik la ada TV, kalau tak? Ntah... Nak ikut naluri je? Silap la... macam la naluri tu terrer sangat. Lagipun zaman 80'an dulu, cerita2 kat TV semuanya cam innosen2 gitu.

Aku tak tau la apa akan jadik kalau masa aku awal2 dgn ChefD dulu kitorg berpeluang tgk cerita cam The L Word. Mau bergegar sampai ke hujung jari! Tu la, ada rasa cam rugi jugak. Bukannya apa, pasal time memula kenal tu la eros membuak2 dan mmg gile full blown lah melepas rindu tu.

Tetapi itu tak de la bermaksud bila dah lelama tu tak full blown, melampau la kalau aku kata takde. Cuma aku teringin jugak nak rasa... cemana agaknya kalau masa aku mula2 gatal berchenta dalam umur dan pengetahuan macam sekarang nih. Silap2 dalam keta/bas/komuter pun jadik! haha... *garuk dagu*

Apa2pun, tulisan ini adalah bertujuan utk menyampaikan mesej bahawa, tak semestinya bila kita lambat jumpa cinta hati tu tak best. Ini tak kira lah hubungan senget atau stret. Ingatlah bahawa sekiranya sesuatu tu lambat tiba, mungkin kita akan lebih 'bersedia' menghadapinya dan hasilnya pasti akan lebih memuaskan hati dan jiwa dan raga dan bakul dan tilam dan bantal...

Kepada sesapa yg dah terkawin awal cam aku... bagus gak. Sonang la, pasal takyah pi masuk bursa saham.. hehe. Cuma masalah nya kalau terclash... jenuh la nak carik gelpren baru. Maklumlah, dah berkarat.

August 4, 2005

Marilah mari... pergi afundi

Laaa hai... mmg lama sungguh laaaa aku tak sempat mengupdate blog. Sebabnya seperti biasa la, aku byk giler keja2 yg perlu disiapkan. Dah lah connection internet kemain susah nak dapat (almaklumlah, internet pun curi2..hehe). Aku cuti sehariii je haritu pasal nak settlekan hal2 pindah2 umah. Balik semual ke opis, dah menimbun benda yg perlukan attention aku. ececeh.. macam berchenta dgn keja la plak. huhu.

Hah, aku dah selamat pindah umah. Timacih yg tidak terhingga diucapkan kepada is&anne yg sudi nak tolong angkut2 barang dr umah kami yg tingginya setingkat tu. Jasa korang Tuhan je yg boleh balas dengan setimpal. Tapi nnt jgn lupa dtg ke umah yg baru tu tau. hehe.. Kepada yg lelain, doakan la aku ada rezeki lebih, kot2 aku buleh jemput datang parti memanaskan umah ke.. (uik, bunyik cam sungguh tak seswaiii) haha

Anyway... nih bersempena AF dah nak abis ujung minggu ni, marilah aku bercerita pasal AF3 buat kali terakhir. Yang mmg hampir pasti, minggu depan Mawi akan dapat sebijik keta dan sebijik rumah. End of story. So, AFUNDI sebenarnya cam takde pape lah.

Yang menarik perhatian aku ialah satu undian terbaru yg dikenali sebagai AFVOKAL. Ini kengkononnya utk peminat mengundi pelajar yang dirasakan mempunyai vokal yg paling best lah! Tapi dah namanya peminat yg undi, silap2 Mawi jugak yg menang. Tapi aku tak rasa la Mawi menang, pasal peminat2 fanatik dia sure mengafundi sampai kering. Kalu tidak, org lain yg menang karang, sesia je mengundi dr awal.


Nih aku rasalah, kalu astro mmg dah bebetul nak bebanyak undi, baik buat beberapa kategori af-af yg lain. Ni aku sesaja nak bagi pendapat aku pasal takrifan af-af yg ada, dan juga cadangan af-af yg lain utk kegunaan di masa hadapan...

  • afUNDI - utk pelajar yg tak kira cemana hampeh pun tapi paling diminati
  • afVOKAL - utk kasi can kat pelajar yg kengkononnya sore bagus tapi tak ramai yg minat
  • afMASUK - utk masukkan balik pelajar yg astro dah sediakan lagu kat peringkat akhir, tup2 tak jadik plak masuk final
  • afBRO - utk memana pelajar yg cambagus belagak cam bro kat akademi pastu self-appoint diri jadik ketua
  • afGEDIK - utk memana pelajar yg penonton rasakan gedik dan buang di konsert pertama pembuangan pelajar dilaksanakan
  • afCUN - utk pelajar yg mmg cun dan diminati oleh golongan tegak dan senget
  • afSENGET - utk memana pelajar yg dirasakan paling layak menggolongkan diri dalam golongan GLBT
  • afPOYO - utk pelajar yg paling poyo dan menggeletek hati peminat tapi masih tak cukup undi utk lawan pengundi2 fanatik pelajar lain
  • afCENGENG - utk pelajar yg dirasakan paling kuat menangis mintak undi simpati
  • afLANGUT - pelajar yg paling kuat melangut dalam kelas dan tak 'pokess'
  • afSIRU - utk pelajar yg paling tinggi lagaknya walaupun keluar di konsert keenam
  • afSATULAGUSAHAJA - undi utk pelajar yg hanya boleh menyanyikan 'SATU' sahaja lagu dgn baik dan yg lainnya hanco!
  • afLIAT - untuk pelajar yg tetiap minggu dok di dua tangga terbawah tapi berjaya maintain sampai ke konsert final.

Yeay... selamat menonton konsert final..! jgn lupa bawak tisu premier dua kotak, rambutan tiga kilo, duku langsat sebanyak mana yg ada dan air mineral sorang 500ml.. ok?! huhu