June 26, 2012

Bila pompuan zaman batu buat perangai! Detss it!!

Rasanya ramai je yg tahu, kat opis sekarang, aku mmg dah out. Dan pada kebanyakan masanya, diorg tau sbb cara aku yg manja dgn boo, dan jugak boo mengkonfemkan yg kitorg mmg together.

Sejak tahun 2009, dah beberapa ramai yg tau aku senget. Tapi kebanyakannye mmg setakat tahu, dan buat dek je. Takde pun nak perli2 yg aku ni senget, dan takde pun amik port apa bebenda intim yg aku buat dgn boo.


Nak dijadikan cerita, dlm tahun lepas ada la sorg budak kat opis mula dapat tahu dan dapat mengkonfemkan kesengetan aku dgn boo. Dgn bersangka baiknye aku pun ingatkan dia ni sama la macam yg lelain. Jenis tak amik port.


Walaupun masa memula tau tu, dia ada la dia cam pandai nak bagi2 remark macam perli2 keintiman aku dgn boo. Things like... What we did when we are alone, and those sort of things. Tapi masa tu, aku ingat, sbb minah ni dah kawen, maka dia suka la nak kecoh pasal benda tu. so...aku mengabaikan aje. Oh ye, utk narration purposes, aku gelarkan dia 'pompuan zaman batu'.


Lately, ada sorg staff baru, yg senang aku gelar as budak kecik. Kebetulan la pulak budak kecik ni jenis memanja la plak. Dgn aku dia gegedik manje, dgn boo pun tak kurang gediknye. Tapi sbb boo selalu bz kat opis, maka dia rapat gak la dgn aku.


Yang aku sakit hatinye, si pompuan zaman batu ni, tak abis2 nak perli2 kononnya aku ni menggatal dengan budak tu, siap dok ckp2 kat boo apa yg aku buat dgn budak tu. Aku amik air sama nak repot, borak bedua nak report... Gile kak nam! Kengkonon nak boo tau la yg aku mencurang kat opis. Mmg mcm cilakss...


The best part is, boo tau je apa yg aku dok cite2 kat budak tu. Dan boo pun rapat jugak dgn budak tu. Kira macam, kitorg bedua seronok adopt budak tu dan heret kemana2 sbb dia suka sajes tpt makan yg menarik2. Perut punya pasal...ai suka je.


Berbalik kpd pompuan zaman batu ni... Makin lama makin banyak dia dok perli2 aku. Mengata aku buat maksiat la kalau kitorg gi toilet atau ke surau berdua. Ckp aku dah tak ingat kawan lain la bila aku gi lepak kat pantry dgn budak tu. Yg peliknya, kalau dah nmpk kitorg pegi lepak pantry, apa payah sgt kalau kau join? Motif nakkk jugak perli?


Prkara yang membuatkan aku rasa bengang sangat ialah...aku boleh rasa la, kalau aku ni tak senget, sure dia takde nak perli2 mcamtu. Ramai je bebudak pompuan rapat bedua kat opis tu, kenapa aku gak yg dia nak kecam?!

Honestly, I feel she violates my right to get acquainted with female colleague! Apa ingat sbb aku senget, aku berniat utk masuk dlm seluar semua bebudak pompuan kat opis tu? Pls la, aku sangat sangat happy dgn boo. We have a working relationship, dan aku ni masih pompuan. Tolong jangan samakan aku dgn suami2 gatal di luar sana. I am monogamously comitted.


Sekarang ni, dah kau perli aku luar dalam, tak mengira depan org ke, belakang orang ke.... Boleh kau nak buat muka sedih bila aku dah malas nak layan kau? Hehehe... Silap la buat hal dgn org pendendam macam aku ni. Awal2 tu aku ok...malas nak layan, tapi sekarang ni... Nasik sudah menjadi bubur, ko buat la muka kesian macam mana pun, muka kau tetap kelihatan macam tapai basi di mata ku.


Oh, moral entry kali ni, aku dah serik nak come out kat opis. Ingatkan multinational company yg agak gay friendly ni org2nya agak bijak utk buat bodo je...tapi tidak. Masih ada lagi org2 zaman batu yang kononnya macam boleh terima, tapi hakikatnya, menghakimi kita tanpa disedari.


Bukan senang aku nak menerima diri aku ini tak macam orang lain, tapi tolonglah jangan susahkan lagi hidup aku...

June 13, 2012

Mengorat... is not a trick question

Its Monday morning...

Utk aku, perasaan berada dalam isnin pagi sangat indah. Boleh bangun lewat, sbb hari semalam dah kemas rumah ataupun pegi melilau merata kelumpo. So, monday is to enjoy breakfast with my beloved and together dread the coming night, when we again need to go to work... Sighhh... Tapi harini, boo ada team outing plak dengan anak2 buahnya, maen tembak2 lagi.

Dan sbb harini aku rasa sangat antisosial, dan sangat malas nak beriadah, maka aku breakfast la sensorg. Enjoying the view, becoming a second hand smoker...

 Oh yeah, tercerita pasal opis aku, ada sorang mamat kat opis aku ni, berjantina lelaki la kan, yg byk kali aku dengar cerita, dia ni single, tapi gopoh gile nak mengorat. Beberapa bulan lepas ada insiden dia ni nak mengorat, tapi masa tu sbb pompuan yg diingini tu sama kecoh dan gopoh, so, tak jadi, but it is a mess sbb satu opis tau reputasi mamat ni, akibat si pompuan tu gigih bwk mulut bercerita kat semorg.

Ni baru2 ni, ada dengar cerita lagik, ada yg tak selesa lagi dengan dia. Sbb macam cuba mengorat2 dgn tanpa rasa segan silu.

Haih... Kesian mamat ni, haruskah dia belajar macamana nak mengorat daripada pompuan2 senget? Hehe.. Dalam dunia yang mana kebanyakan pompuan mementingkan kecantikan dan wang ringgit, sesapa yang tak hensem dan tak kaya raya, seharusnya ada taktik utk mengorat, dan jangan main terus2 je mengendeng2 mana2pompuan yg disukai. Kena ada perseverance. Sabar dan yakin! Baru boleh dapat pompuan yg diidamkan.

 Tetiba nak tercerita pasal diri sendiri. Aku mmg rupa langsung takde, duit pun jgn la nk harap. Tapi dalam kehidupan senget aku, pernah je aku dapat mengorat pompuan yang sah2 dah ada boyfriend. So, macamana cara nak dapatkan pompuan yg korg suka, walaupun tak hensem, tak kaya dan tak romantik macam aku.

 Tips yg pertama,mestilah pilih perempuan yang rasa2 boleh dipikat. Memang kalau nak diikutkan, nak set2 nasha aziz, set makhluk Tuhan paling seksi, tapi... tinggalkan la diorg tu utk org2 yg kaya dan hensem. Pendek kata, sblm mengorat, ukur baju di badan sendiri. Sbb bila dah dapat, takleh nak lari. Haha

Tips yg kedua, jangan gopoh. Memang niat selepas pertama kali bertentang mata ialah untuk mengorat, tapi... Jangan sampai dia perasan yg kita nak ngorat dia. Nanti dia rasa tak selesa dan tak pasal2 korg kena rejek sebelum bermula. Gelojohss sgtss.

So, di awal2 proses pengoratan tu, apa kata jadi telinga yang baik, dan jadilah pendengar yang rajin. Jgn judge apa2 yg dia decide atau buat. Kalau lagi bagus tu, campak2 la sket lawak2 barang sekeping dua, buat dia tergelak. Supaya, dia akan rasa suka bila bersama dengan kita. Gituu..

 Dan apabila sampai masa dia tetiba suka mengadu kat korg pasal boyfriend dia... Boyfriend tak baik la, tak romantik la, itu la, ini la... Maka, penantian tu tak lama la tu. hehe.. Its just a matter of weeks, before she responds to your touch. Ngahaha

 Dn jugak, apabila sudah berjaya heret ke katil, sila jangan gopoh jugak. Buat la segalanya slow2, supaya ada lebih masa nak sampai ke.. er.. akademi fantasiaaa! Kalau awal2 dah menuju puncak, karang cepat pulak nak turun ke tanah pamah. Best ke? takbest takbest.

Kesimpulannya, mengorat bukan satu anugerah ye, ia adalah satu skill yang boleh digilap. Lagi tua umurnye, lagi terer mungkin skill mengorat. Maka, berhati2lah dgn senget2 yg dah tua2 ni. Yg dan lebih 35 tahun ke.. ish ish.. bahaya! Senang je kang korg kena ngap! Sekian...