May 18, 2010

Interbiu, interbongkang lah kamu tak dapat keja...

Mengantuknye, lambat betul dak Boo ni nak balik. Aku cam dah tesengguk-sengguk kat meja ni. Nak buat keja sendiri malas. Haruslah makanya aku mengesurf ke sana, dan ke sini dengan gigih dan sampai satu tahap, ntah ape yg aku nak baca, aku pun taktau.



So, penat membaca, mari la kita menulis pula. ahaha... Haish.. nak tulis pasal apa ni? oh yeh... skang ni kat opis aku byk bukak internal post. Utk bebudak dlm opis ni naik pangkat. Dan seperti biasa, utk naik pangkat tu, sah2 la depa kena di intebiu bagai kan. hehe...



Agak2, apakah soklan intebiu yg paling biasa di tanya, dan bagaimanakah pula cara untuk anda menjawab soklan intebiu tersebut, dengan penuh kebijaksanaan, dan kehaibatan.



Tapikan, kadangkala sesuatu yg poyo juga, sebenarnye boleh dijadikan jawapan, sekiranya anda pandai mengolah dan mengkelintingtong di merata bahagian.



Ceritakan tentang diri anda...

Saya merupakan seorang yang suka makanan dan juga suka makan. Jadi disebabkan kegemaran saya yg sebegini, maka encik boleh jamin yang saya ni akan menjadi pekerja yang tekun dan gigih berusaha, serta rajin buat OT. Kerana, dengan adanya duit, saya boleh makan makanan yang hebat2 seperti rusuk lembu, isi ikan mentah, ayam penyek, bak-so-bijik pentol itu, dan lain-lain lagi.





Apakah pencapaian tertinggi anda di sepanjang karier anda?

Dengah ketinggian saya yang tak sampai 150cm ini, boleh la dikatakan saya telah mencapai pencapaian yang tingginye melebihi ketinggian saya. Contohnye, saya pernah kerja di pejabat yang tingginya sangat tinggi iaitu di tingkat 32. Tinggi kan? Ntah2 encik pun tak pernah mencapai setinggi itu. Kadangkala, kalau saya terasa bosan, saya akan melawat ke KL Tower dan berada di puncak yang tinggi, sambil berputar. Di syarikat lama saya juga, saya pernah ditugaskan untuk menggantung banner di tiang-tiang lampu, untuk mengiklankan tawaran pinjaman peribadi yang ditawarkan untuk sesiapa sahaja, walaupun yang blacklisted. Encik nak meminjam? Jam tangan Tag Hauer tu kalau buat cagaran tu, banyak leh dapat tu cik! Oh, berbalik kepada pencapaian. Encik rasa berapa tinggi saya pernah capai di syarikat lama saya tu? Tinggi betul, sampaikan sehingga ke tiang ke 47, bomba terpaksa datang untuk menurunkan saya. Jadi, encik boleh pasti yang saya akan terus menaik dan menaik dan hanya bomba yang boleh menurunkan saya!



Kalau kerja tak siap, sanggup tak kerja lebih masa?

Oh, mesti sanggup. Sebagai contohnya, semasa saya bekerja di syarikat kedai dobi dulu, biasanya diorang bagi deadline untuk satu bakul kain yang perlu dilipat tu, dalam masa 1 hari sahaja. Saya memang akan pastikan kerja itu menjadi lebih masa. iaitu, satu bakul, akan saya lebih2kan masanya sehingga kadang2 boleh mencecah 3 hari ye. Bukan senang nak maintain prestasi kerja lebih masa macam saya ni. Sehinggakan, boss saya pun akan respek sangat kat saya, sehingga dia tak bagi saya kerja banyak-banyak. Sampai satu masa, dia suruh saya datang kerja 3 hari sahaja seminggu. Saya memang seorang yang menurut perintah, maka memang 3 hari sahaja saya datang kerja. Hari lainnya, saya tetap datang kerja, walaupun tak dibayar gaji, sebab saya nak berbual mesra dengan isteri boss yang cantik rupawan, lebih cantik daripada sendayu yang tertinggi. Jadi, kesimpulannya, saya memang flexible, cik. Cuma belum sampai tahap leh masukkan badan kat reket tennis je lagi.

Nyatakan ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada untuk jawatan ini.
Yang pertama sekali, seharusnye kepimpinan melalui tauladan. Setakat boss2 yang cakap tak serupa bikin tu, kirim salam aje la kan. Semua reti cakap, tapi taktau buat. Lepas tu dengan adanya kepimpinan, saya harus mampu memimpin tangan semua anak buah saya. Dan kebetulan saya ni pun memang byk pengalaman memimpin tangan ni. Maklumlah, sepanjang umor saya ni, dah pernah ada 27 orang awek. Semuanya saya pimpin tangan diorang, masa melintas jalan, menaiki tangga, menonton wayang, memandu kereta dan juga semasa makan durian. Lepas tu, kalau saya sedang memimpin mereka sambil memandu kereta, lepastu ada kereta yang bawak dgn kadar lemah lembut di hadapan saya, maka saya pun akan pimmpinnnnn keta diorg. Jadi, encik tak usah bimbang, saya memang penuh dengan bakat kepimpinan.

Soalan terakhir, berapa gaji yang awak nak dengan posisi yang kami offer ni?
Kalau posisi baring, murah je pun takpe, sebab senang. Tapi kalau posisi2 yg memerlukan saya menggunakan flexibility tubuh badan saya, tu kena bayar lebih sket la encik. Mana tau kot tepeleot sana sini kan, nak servis dgn obehol tu bukannye murah cik. Kalau nak servis extra seperti mandian dan urutan, itu kena ikut harga sebotol minyak masak dengan shower foam, yang perlu dibayar dalam kadar menaik dalam nisbah 3:1.

Sebelum awk berambus dr sini, ada sebarang soalan lain?
Bila encik plak nak berambus? Saya nak gantikan tempat encik plak.... Berapa gaji encik?
Agak2 kalau satu hari keja saya cuma tgk e-mail aje sambil goyang2 kaki kena buang keja tak?
Siapa kat kampeni ni yang boleh saya ampu untuk naik pangkat?
Kalau saya EL lepastu tak isi borang cuti, agak2 ada orang perasan tak?
...
...
...


Entry ini ditujukan untuk orang yang berjawatan *tutt tutt tuttt* di syarikat saya, dengan ucapan... Awak takyah pergi toilet ek satu hari. Leh je dok dendiam kat tpt awak tu. kan?

fewit!! tck tck tck

May 13, 2010

Matchmaker

Aku percaya ramai jugak di antara korang yg suka tengok animasi terbitan Disney. Animasi kegemaran aku sudah semestinya lah Beauty and The Beast. Sapa tak suka dengan Belle tu kan. Haih.. termasuk2 ke dalam mimpi. Selain Belle, Disney memang banyak puteri2 yang chantek2 belaka yang membuatkan orang kuat berangan macam aku ni terasa cam boleh bercinta dengan watak kartun. (Tapi kekasih kartun aku yang utama semestinyelah Michiru ku... aiyo, lamanye aku tak jumpa dia sejak ada kekasih realiti yg skang nih. ahaha)

Anyway, kalau korang tengok cerita Mulan. Permulaan cerita tu, adalah scene Mulan nak pegi jumpa dengan matchmaker. Dan kalau pompuan yg disukai oleh matchmaker tu, maka akan la di kenenkan dengan lelaki yang bagus2 dari keluarga yang baik2... (ok, keluarga baik2 seharusnye jaga anak depa, jgn kasi kuar umah ronda2 naik keta selepas kol 2 pagi.. boleh? Kalau keja cam aku ni takpe la kot. Ai cari rezeki utk dibuat membayar hutang kredit kad.)

Tapi Mulan ni dia ala2 tomboi sket (tetapi tidak senget ye), dan memang tak mampu menambat hati matchmaker tu. Ditambah pulak dengan bantuan cricket yg memang tak membantu. Matchmaker tu sesedap rasa je cakap yg dia takkan dapat pasangan dari orang baik. dan seterusnye dia takkan dapat bagi 'honour' kat family dia...

And thennnn... putar2an peristiwa, Mulan akhirnye dapat memberikan honour kat family dia.

Kesimpulannya, matchmaker tu memang tahpape. hahaha

My point now...
Aku tak percaya dengan matchmaking. Selalunye kalau ada org nak matchmake aku dengan sesapa ke, aku akan buat muka cam.. heh? dan org akan rasa aku ni cam... "eleh belagak, org nak kenenkan takmau, ko pikir ko bagus sgt leh dpt pompuan yg ko suka?"

as it turns out, ye.. aku memang bercinta dengan orang yg aku suka, dan org yg sukakan aku. Takyah nak matchmake bagai. Maybe sebab tu kot jumlah percintaan aku yg terjadi dan terlingkup tak sampai pun 5 org.

Apa tujuan org yg matchmake tu? Nak tengok kita ada pasangan supaya tak perlu la depa mendengar masalah dan permasalahan kita? hehehe...

or maybe itu pendapat aku sorg je.
Ramai je yg di matchmake, dan hidup bahagia sampai ke tua. Dan banyak je yg pilih sendiri, tapi akhirnye melingkup di tengah jalan.

Atau mungkin org yg matchmake tu, sebenarnye yg nak kat org tu.. know what i'm sayin'

A kapel dgn B.
A + B kawan baik isikuku dgn C.
A suka kat D.
A matchmake C dgn D. Dan secara tak langsung dia akan jadi isikuku jugak dgn D.
A can later jumps into D's bone.

It's all connected!

ahaha.. maafkan aku. Aku terlalu banyak menonton drama, dan lesbian, dan lesbian berdrama...