April 28, 2008

Aku yg dah jadi nenek si bongkok tiga, siang mengantuk malam berjaga

Huih bosannya.... Dah tak larat nak tido dah. Asek tidooo je keja aku siang harini. Yea.. mlm ni hari kedua aku keja kat tpt baru, di malam2 hari. Kalau hari pertama haritu, macam takde benda dgt nak kena buat, harini the real challenge bermula. Attend training pada jam 10.30 malam. Fuh. Macamana ntah aku nak survive.

Hehehe... sebenarnya aku sendiri taktau kenapa aku boleh sesuka hati je decide nak keja malam. Banyak benda yang aku jeopardize. Kesihatan aku, masa aku, kehidupan sosial aku, dan termasuklah jugak relationship aku dengan boo. Ye la.. kalau dulu at least seminggu mesti dalam lima atau nam malam kitorg akan tido sama, tapi skrg ni.... ujung mggu je la. Itu pun, kalau kami masing2 takde komitmen keluarga. Maksudnya, aku tak balik kg. dan adik dia tak balik ke rumah. Kalau tak... Nil... yilek... hehehe.

Masa untuk pergi berjenjalan dan bermakan2 kat kakendu maupun bershoping shopang kat memana pun dah tinggal weekend je. Even worse, aku sort of tinggalkan dia berseorangan di waktu malam. Hmmmm... Memang aku tak boleh ada bersama dengan dia, tapi aku boleh guarantee, setiap kali dia call aku.. aku akan angkat. Dan kalau dia perlukan aku, aku akan cuba untuk menghadirkan diri aku bersama dengan dia. Setakat ni, itu yg termampu aku buat. Masa depan, kalau ada lebih peluang, aku akan penuhi kesunyian dia.

So, kalau tetiba ada sesapa yg nak mengata aku tak reti nak jaga partner, ataupun tak pandai nak jadi seorang protector, even better, mengata aku tak bertanggungjawab sbb biarkan je dia macamtu... Siapalah aku untuk menutup mulut2 itu. Iye la kan... dalam dunia ni mmg sesungguhnya dipenuhi dgn manusia yang bertanggungjawab, sehinggakan tanggungjawab org lain pun dia yg boleh gariskan kat sini atau kat sinun. huhuhu.

Tapi kan... dah macamtu sekali pun.. kenapa aku sanggup terima kerja baru tu? Selain dari gembira dapat decide sendiri apa yg aku nak... tapi... apa yg aku nak sebenarnya??
Gaji? Huhu... Aku buat freelance lagi masyuk.
Masa? Korbankan waktu tidur berkualiti aku dengan dia setiap malam? Gilo kopo...
Minat? Ramai yg tau aku minat menulis, dan keja ni takde kaitan sangat dengan menulis.
Peluang pi jenjalan free? jalan sambil keja ingat best ke?


huhuhu... sesungguhnya, takde sape yg pernah tanya aku bebetul kenapa aku nak kerja ni, dan sanggup korbankan banyak benda... hehehehe....

huargh.. gue nak sambung tido....

April 27, 2008

Bila aku tengok cerita LOVE

hah! Giler kentang. Hari2 aku memang bz memanjang sampai nak menulis pun tak sempat. Semuanya kerana aku sibuk dgn pertukaran kerja aku. Yeah! Alhamdulillah, aku dah selamat keluar dari kampeni aku yg dulu, dan malam jumaat lepas aku mula masuk keja kat tpt baru. Huhuuu... mrasa la keja malam pulak. Masuk kol 10 sampai 6.30. Kalau banyak keja nak stayback pun cam takdo mood je. hehehe.

Anyway, dalam masa sibuk2 gitu aku ada la jugak masa nonton filim 'LOVE'... ala.. filem Indonesia yang ala2 cerita CINTA dulu tuh.



Kenapa aku nak tgk cerita ni...
  1. Aku nak tengok kesamaan plot dan jalan ceritanya dibandingkan dengan cerita CINTA yg Malaysia tu
  2. Aku rasa cerita Indonesia biasanya lebih ber'jiwa'
  3. Saje gatal nak merasa GSC kat Alamanda Putrajaya.
Huhuhu...
Hasil dari penontonan ini.. GSC kat Alamanda tu mmg not bad. Sebeso2 pawagam tu, hanya ada empat row je yang berpenghuni. hahaha... yahuu. Lagipun, kebetulan haritu petang khamis kot. Itu fasal la takde worang. So, kesimpulannya, venue menonton mmg best lah!

OK, ini ai tetiba nak bagi spoiler... Perkara pertama yg aku nak tau ialah... watak2 filim Love yg sejajar dgn watak2 filim Cinta, semuanya ada lima kapel kan..

Kapel 1: Pasangan Tua
Dalam filem Love ni adalah kisah di antara Pak Guru Nugroho (Sophan Sophiaan) dan Bu' Lestari (Widyawati). Secara kasarnya mmg takde beza kapel ni dgn kapel yg filem malaysia. Seorang tua alzheimer, yg asyik nak betulkan jam yang rosak. Yang bezanya cuma Makcik Rubiah kg. Baru tu ada kedai laksa, tapi Bu' Lestari ni bukak kedai soto ayam.. so.. itu je kot. Yg lain hampir kesemuanya sama. Komen aku... aku lagi suka Rahim Razali dgn Fatimah Abu Bakar sbb ternyata pelakon Malaysia lebih bersahaja dan lebih nampak honest dalam melakonkan watak ni. Nothing much to say kot.. sbb... jalan cerita pun tak banyak beza.

Kapel 2: Cinta di kedai buku...
Kalau filem Malaysia kisah mamat kayo penerbit majalah yg jatuh cinta dgn awek cun... Tapi utk versi ini.. seorang penulis perempuan, Tere Wijaya (Luna Maya) yang tersukak sama mamat jaga kedai buku yg ganteng bernama Awin (Darius Sinathrya). Kalau kapel ni aku suka yg kapel Indonesia. Sbb bagi aku percintaan mereka berdua ni lebih berpengisian dan lebih realistik. Kalau si Eizlan Yusof siap ada bawak orkestra lagi dan makan candle light dinner di bawah sinaran rembulan lagi... tapi dalam cerita ni, sambutan besday Awin mmg la ada wine2 bagai, tapi Tere cuma order KFC delivery sajork. Aiya... so sweet!!! (hmmm bila KFC nak ada delivery ek? hheheheh) See.... tak semestinya yg mahal itu aje yg best kan? Its the thought that matters. Ingat ye para2 materialistik sekalian. hahahaha... Lagi satu yg best sebab Tere dan Awin ni dedua ala2 writer gitu.. so.. takde la nampak cam ala2 si cantik dan si hensem yg plastik. so... huhu..

Kapel 3: Cinta tak semestinya bersatu
Kalau dalam filem Cinta, Nanu berkorban untuk adiknya yang membawa kepada kematiannya... Tapi dalam filem Love, kisah ini tidak di antara adik beradik, dan tiada pengorbanan yang berlaku. Ini kisah pasal Restu (Irwansyah), sorg mamat tah pape tah yg kejanya pegi kolej dan naik bas sahaja terpandang sorg pompuan yg dia suka. Pastu dia kejor2. Pompuan tu, Dinda (Laudya Chintya Bella) memula tak suka, tapi mmg dia suka pun sebenarnya. Tapi bila Dinda bagitau dia ada penyakit bawak maut, Restu macam terkejut dan lari. Tapi pastu dia jumpa Dinda semula, masa minah ni dah nak mati.... huhu.. aku kureng suka sket kapel ni sbb si Irwansyah tu yg menggelikan ketiak aku. hehehe... Kalau Nanu dgn Que haidar boleh buat aku sedih.. depa ni aku tak sedih sgt pun. hehe

Kapel 4: Si isteri yg sebenarnya takde la cinta sangat kat suami tu pun....
AKu tgk pasangan Gilang (Surya Saputra) dan Miranda (Wulan Guritno) ni cam agak membosankan sket. Pada mata aku la. Sebab kedua2nya macam sembelit. Macam ada benda yg terbuku kat dada tapi takbleh nak lepas. Tapi mmg pun hakikatnya masing2 ni simpan rahsia percintaaan tersendiri sbb tu la diorg kelihatan sembelit kot. huhuhu... Kalau versi Malaysia, si Rashidi mmg sangat2 cintakan isterinya, siap buat rumah bagai, tak marah, tak mengamuk bila tau si isteri tu ada affair dgn org lain... tapi suami versi Indonesia ni romantik jugak, cuma bila dapat tau bini dia ada affair, dia mengamuk2 sampai sepah2kan bilik. Huhu.. Betul la tu kan. Kalau tau bini ada affair, sapa taknak mengamuk. hehe.. Tapi utk kapel ni, scene depa bergaduh dalam bilik tidur tu, time suami tanya..."Do you love me...?" si isteri tersenyap sikit sebelum menjawab... "I don't know.." Argh.. bodo btul. Tetiba membuat aku terimbau kenangan lampau la pulak. nasib baik mak dah tak meroyan dah. ALmaklumlah, dah lebih setahun pun aku clash, kalau tak recover2 lagi.. baik la jadi baby milo kan? huhuhu...

Kapel 5: Cinta mamat mulut sikit dan minah mulut banyak
Huhuhu.. of all the couple dalam filem ni, ini kapel yg aku paling suka. Macam bestnyaaaaaaa... Sedihnyaaa... kesiannya... hahaha... Secara keseluruhan, pasangan ini merupakan mangsa yang dibodohkan oleh percintaan yang akhirnya bertemu dan everything then becomes soo sweet. huhu... Ini kisah di antara Rama (Fauzi Baadila) dan jugak Iin (Acha Septriasa). Watak Iin tu mmg sejibik la macam yg dilakonkan oleh Sh.Amani. Bising2, sedih2, poyo2. Aku suka la plak tgk Acha kat sini. Takde la asyik jadi budak mengontrol ayu je kan. hehehe.. Tapi watak Rama tu jauh lebih berpengisian kalau nak dibandingkan dengan Taufiq (Pierre Andre). Rama punyai cewek yang kahwin dengan abangnya. Dan dia sanggup buat kerja bodoh selama bertahun2 semata2 untuk memastikan dia dapat melihat wajah bekas kekasihnya. Dan Rama ni hobinya mengumpul kata2 cinta yang mana kertas2 berisi kata2 cinta itu semua menjadi wallpaper di rumahnya. Huhu... Bila Rama dah jumpa sama Iin, baru masing2 sedar, takde guna membodoh2kan diri tunggu cinta yang tak tahu ntah ke mana sebenarnya ia pergi.


Secara keseluruhan, bagi aku ada pro and kons la kalau nak dibandingkan di antara Love dan Cinta. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. Tapi kalau dari segi dialog dan tuturkata, mmg yg Indonesia punya macam lebih sentap la. Bait2 cinta yang terucap macam best je. Tak tau la kenapa, mungkin sebab Bahasa Indonesia memang sebenarnya lebih 'indah' dan 'original' kalau nak dibandingkan dengan Bahasa Malaysia, er.. Bahasa Melayu.. er.. eh.. Bahasa Malaysia ek? hehehehe... see see...

So, sesapa yg suka menjiwang.. tgk la cerita ni. Cambest la plak kan.

Akhir kata...
Ada insan hanya mencintai, tanpa dicintai kembali
Ada yang dicintai namun tak mampu mencintai
Bersyukurlah sekiranya kita dapat dicintai dan mencintai.

Boo... terima kasih kerana menerima cinta saya, dan mencintai saya kembali..



April 16, 2008

motif jiwang???

Something happened
For the very first time with you
My heart melts into the ground
Found something true
And everyone's looking round
Thinking I'm going crazy

Trying hard not to hear
But they talk so loud
Their piercing sounds fill my ears
Try to fill me with doubt

But nothing's greater
Than the rush that comes with your embrace
And in this world of loneliness
I see your face






Hey..? Look at me. I love you... Believe me ok?

meet aunty kapal...

huyeh... KLIBF baru je abis kat PWTC kan? Ada sesapa pegi?

hehe..
AKu tahun ni tak duty la plak. Tetiba aku tergelak2 sorg2 bila teringat cerita yg KLIBF tahun lepas, aku dapat phone call yg mengejutkan. Phone call yg sesungguhnya bebetul merubah perjalanan hidup aku.

Kalau dulu aku sedih macam nak kena semelih. Tapi la ni, bila aku kenang2 balik.. Pergh! Macam ada rasa bersyukur pun ado kot. Sbb kalau leen tak tinggalkan aku, aku mmg konfem tak merasa bercinta pada zaman dewasa yg mana semuanya ala2 oke. Tgk gambo ini, oke. tengok gambo itu pun.. oke.. boley buat. Ai takde hal punyer. hahahahaha... Being a scorpio, jangan nak salahkan aku yg suka mengaplikasikan apa yg aku lihat di dalam gambar. huhu.. cheh! apokobondo aku cakap nih?

Anyway... bersempena KLIBF tahun ni, alhamdulillah, aku tak dapat phone call yg mengejutkan lagik. (maybe sbb aku tak duty kot), yg aku dapat hanyalah phone call yg memggembirakan, tapi tak semuanya tak menyedihkan. haha.. bengong ayat ni weh!

Bulan ni projek aku menulis sudah sampai ke penghujungnya dan alhamdulillah sudah dapat la nampak nombor kat kertas kuning. (kertas kuning??? haha) Bulan ni jugak aku akan insyaAllah merambus meninggalkan kampeni aku skrg ni yg sesungguhnya sudah lama menjadi devil you know sampaikan the you in me dah takleh nak tahan dah! Heish..

So, bulan depan tuko keja baru, environment baru, waktu kerja yg baru jobscope pun baru. Boleh ke aku buat ni?

Mmg la kalau nak dikira2, apa yg aku dapat tu, nilainya macam gaji sebulan korg2 ni je, yg selalu bleh bertuko henbeg LV, dan jugak chenchen berliyan selang tiga bulan. Aku tak kisah lah! yang penting aku puas! Puas sbb dapat buat apa yg aku nak!!! Akhirnya aku berjaya keluar. Parut dalam hati aku yg disebabkan oleh kehilangan diri sendiri ini berjaya aku atasi. Setahun beb!! Setahun aku baru terasa macam... alhamdulillah... syukurnya aku dengan semua nih. huhu

Mungkin betul kata leen sblm dia tinggalkan aku dulu. Kalau dia pergi, aku lebih boleh berjaya buat apa yg aku nak. And I guess dia mmg betul. Masa dia cakap tu aku macam ala2 tak caya la kan. tapi.. kekdahnya, makasih la sbb bgtau aku macamtu. Aku cuma harap aku boleh terus membuat apa yg aku nak. (dan skrg ni pun aku tau dia dapat bebenda yg dia dah lama nak tapi dulu aku takleh bagi... hehehe)

Tapi kan.. aku maybe tak boleh terkeluar dari belenggu ini semua, kalau takde insan tercinta yg bernama 'boo' yg sentiasa berdiri di samping aku. Yang walaupun payah, dia tetap cuba paham, dan cuba berdiri di sebelah aku. Aku tahu ada banyak masanya yg dia tumbang, dan aku pun tumbang (kadang2 tumbang menumbang juga...), tapi tanpa semangat dan jugak keyakinan dan juga sokongan dari dia... aku tak rasa aku boleh buat semua ni.

Thanks a lot boo... you might not realise it, but it is your passion that steers me through...

er... tajuk mmg langsung takde kaitan dgn entry...

April 7, 2008

Aku tgh kemaruk pasal zodiak... huhuhu

Huish...
adalah amat jarang2 sekali aku terasa ala2 bergumbira di hari isnin pagi ketika di pejabat. Biasaknya monday blues membuatkan aku terasa macam monday bluekkk. Tapi harini, sbb mlm tadi boleh bukak sesi kutuk mengutuk sesama sendiri dgn boo... tetiba pagi ni terasa cam ceria plak. Kesimpulannya kutuk mengutuk mmg best. hahaha...

Oh yeah... apa yg kami kutuk? huhu.. Skrg ni aku tgh mode research pasal zodiak. Biasa la, mmg selalu mode research pasal benda ni, tapi tetiba aura itu datang kembali, so.. nasib la kan.

Dekat website Marie Claire. Ada la plak ruangan pasal horoscope nih. So, aku yg sebenonya berniat utk mencari pasal satu topik spesifik tentang zodiak ni, tetiba terjumpa la pulak website ni dgn maklumat yg menarik.

Topik itu adalah tentang "Bagaimana nak mengorat org berdasarkan zodiaknya". Dekat situ dia tulis la pasal Do's and Dont's utk mengorat seseorang berdasarkan zodiak mereka.


Memula aku baca sensorg. Aku dah pakat gelak2 sensorg dah, sebab fakta2nya mmg macam ala2 betull je. Mlm tadi aku ajak boo baca sama. Semata2 sbb nak dapatkan feedbacknya samada betul ke tidak apa yg ditulis kat website tu.

Hasilnya, boo pun tergolak2 sambil tergolek2 dek kerana banyakk yg betul apa yg ditulis kat situ. Dan berdasarkan tafsiran zodiak di antara aku dengan dia, mmg sah2 la perkara yg kami fokuskan dalam kehidupan ini tersangatttlah berbeda. Itu la yg tetiba termasuk sesi kutuk mengutuks tuh. Dia kutuk aku... aku kutuk dia balik. last2 padan muka, masing2 sedar diri la yg kitorg berdua mmg layak dikutuk. hehehehe..

Adeh.. So, untuk sesiapa yg terasa2 nak mengetahui teknik2 utk mengorat org baru, ataupun nak lebih memahami relationship yg sedia ada.. moh la pakat reramai pegi ke website ini.. dan pilih la zodiak mana yg kamu suka. huhuu..

http://www.marieclaire.com/horoscopes/love/seduction/

p/s: Sesapa yg nak ngorat aku, korg dah tau kan apa zodiak aku? hahaha...

April 5, 2008

Bila aku merapu pasal virginity.. lagi??

huh... ini hari sabtu. dak boo tgh sibuk buat keras tangan yg ditempah oleh opismate dia. huhu.. gegeh makcik tu mengeraskan tangannya. Motif keraskan tangan? haha..

sambil di mengeras2 kat sebelah ni, aku plak seperti biasa, men game sambil baca2 buku la kononnya. Sambil2 tu terbukak la cerita pasal virginity. huhuhu... Sesungguhnya topik virginity ni mmg membolehkan seseorang itu membuat tesis kekdahnya. Tersangatlah komplikated.

Apokobondo lah virginity tu? Kedaraan?

Dalam masyarakat kita, melayu especially ni, virginity ni much hyped. Dan aku rasa, ini mungkin disebabkan oleh sifat pro-male yg berleluasa dalam masyarakat melayu khususnya, dan jugak org2 asia secara general. Lelaki sangat marah kalau isterinya sudah tak dara. its a disgrace untuk perempuan dan juga keluarga perempuan. Tapi kalau lelaki tu sendiri dah pernah engage dlm sexual intercourse sblm menikah, takde la plak dia akan malu lagi dimalukan. Parents dia bleh je kata..
"anak aku jantan, mmg la nature dia suka pompuan. Budak Pompuan tu la tak tau malu, main bagi je kat anak aku.
Huh! Sabo je la kan? hehe...

Eh.. termelalut plak. Balik kepada soalan aku tadi. Apokobndonya virginity tu?

kalau diikutkan kamus2 omputeh... virginity ditakrifkan sebagai "keadaan seseorang yang belum pernah melakukan hubungan seks" maksudnya, dara merupakan org yg belum pernah melakukan hubungan seks.

OK.. berdasarkan definisi aku tadi... so, sapa yg kita kelaskan sebagai dara, dan siapa yg bukan? Macamana nak kelaskan? Kena la tau dulu, apa definisi 'hubungan seks'... kan?

Kalau secara hetero nya, hubungan seks ialah.. well.. penetrasi vagina oleh penis. So... mmg kalau kita fikir di track yg tu, ok la kot. hehe.. takde la masalah sapa dara sapa bukan...

tapi bila dah termasuk konteks org2 homoseks, especially yg pompuan la kan... Sapa dara sapa bukan?? hehe... semuanya berbalik kepada definisi korg terhadap hubungan seks.

Adakah hanya hubungan seks yg melibatkan penetrasi je yg boleh disifatkan sebagai penghilang dara seseorang itu? Maksudnya, kalau setakat gosok jangan tak gosok sampai berkilat tu masih dara la ek? iye ke? isk isk isk... Kalau dah sampai gosok2 style gunting tu? Itu bukan hubungan seks ke? well.. semuanya berbalik kepada, macamana definisi korg terhadap hubungan seks.

Bagi aku, kalau pendapat aku la.. kalau sudah sampai tahap gosok2 tu, aku dah define benda tu sebagai hubungan seks. So dara di mana? bye bye.. hehehe
Tapi itu aku la. Aku define berdasarkan background aku, dan jugak pengalaman lampau aku. Lain padang lain belalang kan. Mungkin definisi korg lain.. so.. terpulang deh.

Dan selama ini, itu jugak la definisi yg aku pegang. Yang mana, bagi aku, virginity adalah satu perkara yang konseptual, dan bukannya satu fizikal. Sbb aku tak define virginity as 'kehilangan selaput dara'.

Oh yeah... ramai yg mendefinisikan kehilangan dara berlaku apabila selaput dara, ataupun dak hymen tu dah terkoyak. hmmm... very anatomy oriented gitu. Walhal kekdahnya hymen sebenarnya terdiru macam2 benda yg boleh mengoyakkan sang hymen seperti bersukan terlebih, penggunaan tampon, eksiden, pemeriksaan di bahagian ittew... semuanya boleh mengakibatkan kerosakan kepada selaput hymen itu.

So, bagi aku, penggunaan selaput hymen utk mendetect virginity bagi aku adalah satu hikayat yang digembar gemburkan sahaja oleh para penggembur kedaraan. hehehh..

Sebagai contoh la kan. Kalau nak didefinisikan kehilangan dara itu melalui kerosakan selaput dara, maksudnya... seorang perempuan yang dengan ganasnya berhubungan dengan lelaki, dengan hanya melakukan oral sex, dan juga anal sex.. masih boleh dianggap dara la ek?? isk isk isk..

Apa2pun, ini pendapat aku, berdasarkan otak aku yg terlebih mkn msg harini. Korg semua ada definisi masing2 kan? Kalau tak setuju dgn aku, jgn la plak gaduh dgn aku... fikirkan je la sekapal ni sokrang budak bodo yg layak utk dibuat bodo sahaja.. makasih!

Dan seperti boo cuma gelak2 sambil gleng2 kepala je dgn ayat2 poyo aku mempertahankan pendapat aku pasal virginity ni.. cis.

Aku:
So boo... what do you think. You agak make sense tak argument i?

Boo:
U nak tau apa I think?

Aku:
ha.. what u think?


Boo:
ting tong!


Hampeh punya dak boo...

April 2, 2008

Kesan luka...

Sayonara kasihku,
Walau kata akhir ini tidak didengar olehmu,
Kedinginan perpisahan ini tetap menusuk ke kalbu.

Harap ku bisa dengar dari bibirmu,
Tidak pernah sesaat dikesal kenangan lalu,
Walau selamanya semuanya palsu...






Kehidupan ini tidak sunyi dari kelukaan.
Luka yang meninggalkan kesan,
Luka yang membawa kesengsaraan,
Cuma akal fikiran yang bisa mengubah kelukaan menjadi pengajaran dan pengalaman.

Apalah guna direnggut sang pungguk, andai sang bulan tetap dirindui.
Apalah guna direnung sang bulan, andai sang bunga mula melingkar di kaki.
Apalah guna dibiar sang bunga di kaki, andai ia bisa bertakhta di hati...