Anywayhoo.. harini, sebab i langut tgk tv kat umah, so, lepas boo dah masuk tido (setelah tetido2 atas sofa dgn comelnye akibat sakan gi soping!!), aku tertgk la cerita kat Astro Kirana. Kebetulan plak tayangkan cerita delapan pulohan dahulu, iaitu filim Marah Marah Sayang. haha... (ha, dan bila ku gugel2, ada gak yg memblog pasal cerita ni. huahaha)
Sedikit background, cerita ini pelakon utamanya ada 6 orang. Kira cam tiga kapel la.
Suhaina Yahya & Isma Aliff sebagai Salina dan Rostam
Norlida Ahmad (Connie) & Ebby Ali sebagai Sarina dan Roslan
Liza Abdullah & Shah Reza sebagai Satina dan Rosdin
Cerita ni, cam besa. Tiga lelaki. Ngorat tiga pompuan. Memula marah, pastu sayang. Pastu kawen. Pastu ada kes marah2, tapi last2 sayang. haha.. concise gitu sinopsis aku.
Kepada sesapa yg mmg langsung tak kenal dengan pelakon2 cerita ni. bebudak yg tak penah jumpa tv tanpa remote control mana tau pelakon2 ni kan. hahaha... Aku walaupun muda lagi (cit poood), tapi kat umah parents aku masih ada lagi tv takde remote control. Antik kononnya. hehe..
OK, bila tengok2 cerita ni, mmg la zaman lapan plohan dulu, zaman eksploitasi wanita agak haibat di filim2. Macam dlm cerita ni. Ada yg scene mandi berkemban, t shirt basah, cuci kereta pakai hot pants. Gamaknya fetish gitu. Bila lagi kan? haha
Dan ada jugak babak dan line2 yg macam poyo gile dan sangat turn off. seperti contohnya, bila si jejantans tigeko ni nak ngorat bebudak pompuan ni tgh soping. Bole buat scene ngorat tu time pepompuan ni tgh soping pakaian dalam kat Sykt. Fesyen New Hong Kong (huhuhu, lawak...). Dialog plak camni bunyiknye..
"Beli suar dalam? Coli saiz berapa?"
Huhuhuhuh... kalau la ni ada org ngorat style camtu. Memang sentap. Sungguh kurang sopan!! Tapi, bagi kekaum pompuan seperti aku, kes bertanya coli saiz berapa kat potential gelpren, mungkin tidak di anggap kurang sopan kot. hehe.. (ah, and yet another bliss of being a gay lady...)
Tapi mmg la exploitasi di zaman tu. Semua org skrg boleh nak kutuk. Cuma kita ingat balik, baik sangat ke kita ni skarang? Takde ke filem yg eksploit? Ada kan. Adegan sex pun cam dah jadik casual je.
Bbalik pada cerita ni, all in all.. seronok la di tonton utk memperabih masa di hari minggu. Err secara jujurnya, aku memang suka cerita ni. Sebabpe? Sebab ada pelakon comel. Boleh kan terima jawapan sebegitu? Macik Connie tu kiut la. Agak2 skang camna la muka dia ek? hehe...
Sebab2 lain, sebab cerita ni ada 3 kapel. Aku kan mmg suka cerita ceriti yg ada byk pelakon ni. Byk karakter yg boleh dikembangkan. Tapi sayangnya dalam filem ni... Karakter utk kapel2 ni tak di enhance sangat. Sampaikan ketiga2nya nampak cam sama je perangai. Kamon peeps, enjoy diversity!! Apa2pun, tetap ada 3 kapel, dan kita bole pilih kapel feveret kita yg mana. Kalau takmo pilih kapel, pilih je heroin tu. Pon bole! (aku dah chop heroin aku!)
Satu lagi sebab kenapa aku suka, ialah sebab lagu2 dlm cerita ni adalah catchy (bagi aku la, kalau korg tak suka tak apa, tapi jangan mengata.. haha). Kiranya lagu2 tersebut membuat aku humming sampai ke malam. pOyO kan? Takpe, aku dok umah pun sensorg. Tak sapa marah aku humming lagu retro. Macam2 lagu ada, bukak pintu, nasik goreng, marah2 sayang, dan tah pape lagi yg aku taktau lirik dan tajuk. Dan lagi best, semua dinyanyikan oleh sang artis itu sendiri. Tak kira la pitching ke hutan ke, tetap nyanyi. Ye.. semangat itu yg kita mau ye puan2...
So, apatah lagi? Mari sini aku tepek salurkamu (omputeh kata youtube) yg ada lagu feveret aku dr filem ni... ayuh kita... dengar bersama.
Oh, dan utk membuktikan kat korg yg aku masih senget (perlu ke sebenarnya?), sini ada satu lagi lagu. yg kalau dikopek2, macam kesah pompuan senget bercinta dengan pompuan stret yg dah kawen atau dah btunang... yang menyebabkan kemudiannya cinta tak kesampaian.
nah hamek, lirik pun ada! Cam senget je kan? hahahah.. ailaikk
Sekuntum bunga yang merah
Di dalam taman itu..
Bau nya harum dan mewangi
Indah dan suci..
Terpesonaku memandang mu
Tersentuh jua hatiku..
Melambai-lambai bunga itu ditiup bayu..
Inginku meraih kubelai penuh hati..
Sayangnya bunga itu dikelilingi duri..
Ku cuba utk mencapaimu
Tersusuk duri jariku..
Nampaknya luka dan berdarah
Ku tak berdaya..
1 comment:
huhuuh....adalah sgt detail penerangan anda terhadap cerita dan lagu2 dlm citer nih...ekekkeke
Post a Comment