May 27, 2009

Boo, ayam, rusa

Boo skang tinggal kat kampung Padang Rusa. Tapi aku konfem, seko rusa pun dia takkan penah nampak.

Rusa aside...

Korg pecaya ke ada org sihat walafiat sanggup tak makan ayam selama sebulan. Ada. Boo la org nye. Sanggup dia makan ikan dan makanan laut semata. Kalau aku? ish ish ish.. kenot tahan meh!

Lagi satu yg best... boo jumpa budak senget kat kedai buku. So, boo... belikan buku yg saya tak mampu beli haritu ek? he he heee.. (er.. muat lagi ke beg awak?)

Buku apekah itu? Ini lah dia!

May 22, 2009

Koroke di tpt baru, makan dalam dulang

Aku bercuti panjang. Sampai selasa depan baru masuk keja. Satu benda aku suka pasal Americans, diorg suka lajak2kan cuti sampai empat hari termasuk sabtu dan ahad. So, alang2 dapat cuti di siang2 jumaat ni, aku gi melalak di koroke berthreesome besama2 bebudak opis ku.

Dan utk kali ni, kitorg pegi ke AMP Square Karaoke, kat Sunway Pyramid, yg letaknye kat bawah tanah. Apa yg bestnya kat sini.. ini tempat baru, so, kusi pun chantek lagi. Makanan, kalau bukan member dlm rm19++ sorg.

Seperti biasa, aku sbb dipromo amik membership card, dan reganya murah iaitu rm10 setahun. dan kalau ada kad, sorg cuma bayar rm16++. So, congak2, kalau aku amik, atau tak amik, tetap sama gak. Makan 3 org, sorang dah save rm4, kali tiga, RM12. So, sbb menguntungkan, aku pun amik la membership kat situ. Seppp! Maybe lagi jimat kalau amik lifetime membership, RM30, then again, mana kita tau benda tu leh btahan selama lebih drpd 3 tahun. hhahaha...

Amoi tu kata (kalau aku tak salah dengar), kalau time besday aku, kalau datang, satu kepala leh free (iaitu kepala aku la kan... ) dan kalau lebih drpd 4 org, nnt dapat sebijik kek. Chantek. Makanye opismate aku yg bdua tu pun dah offer diri utk diajak ke besday aku yg munculnya tah bbulan2 lagi jauhnye.

Selain dari keberuntungan dpt untung jadik member sebegitu rupa, yg bestnya makan kat sini, utk time pagi lah, semua org mkn dlm dulang. Tokojuit bila dulang tiba. Ada mknn, fries, kolslaw, popia, dan sup. Kiranya, ok la utk lebih kurang rm20, dpt mkn, minum, melalak.

Downside... micropong ada dua je. So takleh fefeeling nyanyi lagu 'bila ku rindu aku tersebut namamu' sambil mengayun tangan berthreesome kekdahnya. heheheee
Lagi downside, aku tak jumpa lagu group Cokelat, sampai la aku pi carik kat bahagian Others. Oh, tapi sebab aku pi others tu, berjaya la jugak mak nyanyi lagu jepun... "Mariaaaaaaaaa!!! Ai subeki hito ga ite"

So, rasanya, ok la jugak kalau nak pi sini utk nyanyi, dan makan, dan meronggeng bagai.


Moral, oh yea, so i'm hanging out with stret ppl skang, dah diorg je yg tak keja waktu siang... lagipun, kalau diorg kendu apa salahnye.. kan? hahaha... gatai!

May 16, 2009

Cat Cora nak dapat anak lagi...

Ho ho ho...
Tadi langak2 dpn TV, tgk rancangan feveret aku, iaitu E! News (giler gosip!!), terpandang la plak celebrity chef feveret aku iaitu akak Cat Cora. Rupanya dia tgh mengandung skang. Gugel punye gugel.. tahun ni tetiba dia pregnant sekaligus besama2 dgn partnernya Jennifer Cora. Wah haibat!! huhuhu..

Ini gambo sblm depa pregnant daaa

Sblm ni Cat dan Jenn dah ada dua org anak. Dan cara diorg menjadikan anak2 itu anak mereka ialah bermula dgn proses mendapatkan sperm donor yg sama utk kesemua proses2 in vitro yg bakal dijalankan. Dan sperm donor itu haruslah bukan set2 yg ze p*enis, ze p*ussy, ze baby... keh keh keh.

Utk anak pertama diorg, sperm di senyawakan secara in vitro menggunakan ovum Jenn. Dan kemudiannya, embryo hasil persenyawaan tersebut di implan ke dalam uterus Cat, dan anak itu dikandungkan dan seterusnya dilahirkan oleh Cat.
Anak kedua pula, diorg tbalikkan. Guna ovum Cat, dan kemudian dikandungkan oleh Jenn.

Pandai kan diorg ni? Kekecik dulu minum susu apa lah ni ek? hehehe..

Oh, utk anak ketiga dan keempat diorg, depa main campo je dedua ovum, dan implan je kat dedua org. So, taktau anak sapa, dikandungkan oleh sapa.

So, lepas ni, Cat Cora akan ada 4 org anak dgn pasangannya. Maka meriah lah majelis Thanksgiving kat umah dia nnt.. huhu...

All in all, ai tabik dgn creativity depa ni buat anak. Kenapa laa aku tak penah tepikio cenggitu sekali ek? hehehe...

May 12, 2009

Mimpi oh mimpi

Sampaila ni kalau aku ingat2 pasal mimpi Boo smlm mmg aku akan tersengih sensorg.
Dia mimpi aku ada affair dgn org lain. Dan yg lagi kelakonye, org yg aku berskendel itu adalah org yg kitorg berdua mmg tak suka. Nak kata tak cantik, takde la tak cantik mana. Tapi... sah2 la budak tu bukan taste aku. hahaha... (tapi mungkin taste dia kot. hahaha)

Dan yg lagi bestnya, dia siap leh buat statement.

"Tah kenapa tah i mimpi u dgn budak ***** tu. Kalau u ada affair dgn si **** takpe la jugak. Sbb u mmg baik dgn dia..."

Boleh ayat camtu? Ada plak skendel yg diapprove ek? hahaha...

Sori boo, its just too amusing not to blurt it out. Tapi dah saya tetiap hari webcam dgn awak dr bilik tido.. takkan la saya ada sorok pompuan kot. Adeh...

May 10, 2009

Bila aku tengok cerita retro!!

Harini keja aku melangut kat umah, sambil basuh toto dgn alas tilam, sambil chatting dgn boo, sambil tgk tv. Hai la, dia takde kaki ni nak melangkah kuar rumah pun malas. Kalau hal2 tedesak je seperti mknn kucing abih, ataupun nak gi mencari topap dak boo, baru la aku kuar. haha.. kes telebih vitamin M.

Anywayhoo.. harini, sebab i langut tgk tv kat umah, so, lepas boo dah masuk tido (setelah tetido2 atas sofa dgn comelnye akibat sakan gi soping!!), aku tertgk la cerita kat Astro Kirana. Kebetulan plak tayangkan cerita delapan pulohan dahulu, iaitu filim Marah Marah Sayang. haha... (ha, dan bila ku gugel2, ada gak yg memblog pasal cerita ni. huahaha)

Sedikit background, cerita ini pelakon utamanya ada 6 orang. Kira cam tiga kapel la.
Suhaina Yahya & Isma Aliff sebagai Salina dan Rostam
Norlida Ahmad (Connie) & Ebby Ali sebagai Sarina dan Roslan
Liza Abdullah & Shah Reza sebagai Satina dan Rosdin

Cerita ni, cam besa. Tiga lelaki. Ngorat tiga pompuan. Memula marah, pastu sayang. Pastu kawen. Pastu ada kes marah2, tapi last2 sayang. haha.. concise gitu sinopsis aku.

Kepada sesapa yg mmg langsung tak kenal dengan pelakon2 cerita ni. bebudak yg tak penah jumpa tv tanpa remote control mana tau pelakon2 ni kan. hahaha... Aku walaupun muda lagi (cit poood), tapi kat umah parents aku masih ada lagi tv takde remote control. Antik kononnya. hehe..

OK, bila tengok2 cerita ni, mmg la zaman lapan plohan dulu, zaman eksploitasi wanita agak haibat di filim2. Macam dlm cerita ni. Ada yg scene mandi berkemban, t shirt basah, cuci kereta pakai hot pants. Gamaknya fetish gitu. Bila lagi kan? haha

Dan ada jugak babak dan line2 yg macam poyo gile dan sangat turn off. seperti contohnya, bila si jejantans tigeko ni nak ngorat bebudak pompuan ni tgh soping. Bole buat scene ngorat tu time pepompuan ni tgh soping pakaian dalam kat Sykt. Fesyen New Hong Kong (huhuhu, lawak...). Dialog plak camni bunyiknye..
"Beli suar dalam? Coli saiz berapa?"

Huhuhuhuh... kalau la ni ada org ngorat style camtu. Memang sentap. Sungguh kurang sopan!! Tapi, bagi kekaum pompuan seperti aku, kes bertanya coli saiz berapa kat potential gelpren, mungkin tidak di anggap kurang sopan kot. hehe.. (ah, and yet another bliss of being a gay lady...)

Tapi mmg la exploitasi di zaman tu. Semua org skrg boleh nak kutuk. Cuma kita ingat balik, baik sangat ke kita ni skarang? Takde ke filem yg eksploit? Ada kan. Adegan sex pun cam dah jadik casual je.

Bbalik pada cerita ni, all in all.. seronok la di tonton utk memperabih masa di hari minggu. Err secara jujurnya, aku memang suka cerita ni. Sebabpe? Sebab ada pelakon comel. Boleh kan terima jawapan sebegitu? Macik Connie tu kiut la. Agak2 skang camna la muka dia ek? hehe...

Sebab2 lain, sebab cerita ni ada 3 kapel. Aku kan mmg suka cerita ceriti yg ada byk pelakon ni. Byk karakter yg boleh dikembangkan. Tapi sayangnya dalam filem ni... Karakter utk kapel2 ni tak di enhance sangat. Sampaikan ketiga2nya nampak cam sama je perangai. Kamon peeps, enjoy diversity!! Apa2pun, tetap ada 3 kapel, dan kita bole pilih kapel feveret kita yg mana. Kalau takmo pilih kapel, pilih je heroin tu. Pon bole! (aku dah chop heroin aku!)

Satu lagi sebab kenapa aku suka, ialah sebab lagu2 dlm cerita ni adalah catchy (bagi aku la, kalau korg tak suka tak apa, tapi jangan mengata.. haha). Kiranya lagu2 tersebut membuat aku humming sampai ke malam. pOyO kan? Takpe, aku dok umah pun sensorg. Tak sapa marah aku humming lagu retro. Macam2 lagu ada, bukak pintu, nasik goreng, marah2 sayang, dan tah pape lagi yg aku taktau lirik dan tajuk. Dan lagi best, semua dinyanyikan oleh sang artis itu sendiri. Tak kira la pitching ke hutan ke, tetap nyanyi. Ye.. semangat itu yg kita mau ye puan2...


So, apatah lagi? Mari sini aku tepek salurkamu (omputeh kata youtube) yg ada lagu feveret aku dr filem ni... ayuh kita... dengar bersama.




Oh, dan utk membuktikan kat korg yg aku masih senget (perlu ke sebenarnya?), sini ada satu lagi lagu. yg kalau dikopek2, macam kesah pompuan senget bercinta dengan pompuan stret yg dah kawen atau dah btunang... yang menyebabkan kemudiannya cinta tak kesampaian.




nah hamek, lirik pun ada! Cam senget je kan? hahahah.. ailaikk

Sekuntum bunga yang merah
Di dalam taman itu..
Bau nya harum dan mewangi
Indah dan suci..

Terpesonaku memandang mu
Tersentuh jua hatiku..
Melambai-lambai bunga itu ditiup bayu..

Inginku meraih kubelai penuh hati..
Sayangnya bunga itu dikelilingi duri..

Ku cuba utk mencapaimu
Tersusuk duri jariku..
Nampaknya luka dan berdarah
Ku tak berdaya..

May 9, 2009

Keja2 mengkopek lagu

Haih.. rasanya cam dah lama gile tak bebuat keja mengopek lagu ni. Sedangkan mengopek buah pun dah lama tak buat, apatah lagi mengopek lagu kan. wahahaha... maksud berdubel namanya itu. hehe.

Ini hari, lagu yg ingin saya kopeki (buruk okey bunyiknya) ialah yg berjudul "Song for the Leftovers" atau dalam bahasa translasi di blog aku ini boleh la dibaca sebagai "Lagu untuk si saki baki" haha... (huh, patut le aku tak penah lulus amik peksa sijil penterjemah kat DBP). Dan dengan ganasnya aku mendeclare dlm kopekan aku ni, leftovers merujuk kepada manusia2 yg pernah ditinggalkan oleh cinta (macam ai ni ha.. wahahah.. self promo lagik!). Nasib la sesapa yg tak setuju. Ini blog korg ke? keh keh

Lagu ni dah lamee. Dinyanyikan oleh Nina Persson dgn band A Camp. Nina ni juga merupakan vocalist utk the Cardigans. Dan di mana aku terjumpa lagu ni, tak perlu la aku cerita, kerana panjang ceritanya. hehe..

Ok, ayuh start mengopek

The night is on the edge now
Hanging low against the tide
The world is at it's best now
When the loveless ones collide
It's a long night
A beautiful night
And we're the first leftovers of the night


Rasanya lagu ni ada kaitan la dgn nama band nih. Sebab first time aku baca rangkap ni, tetiba aku teringat sesi perkhemahan selepas berbasikal dlm The L Word musim ke 5.
Scenary yg aku bayangkan...

Hari dah makin menginjak subuh, kelihatan dua orang wanita sedang duduk memandang kaki langit yang semakin mencerah. Masing2 kemudiannya saling berpandangan seraya tersenyum memikirkan perbualan panjang yang berlaku sepanjang malam. Bercakap tentang cinta, bercerita tentang pengalaman di tinggalkan kekasih. Dan puas apabila segala yang terbuku di dada dapat diluahkan, bersama yang memahami. Malam yang panjang menjadi indah, bila dua hati sepi mula belajar untuk bersatu.

I'm thinking 'bout the last times
And the people I had to hurt
I wonder why they couldn't touch
And why I never gave it up

Dan di sini aku mula mengangankan monolog berlaku.

"Kenapa ye? Kenapa aku cam bebodoh? Sibuk nak memikirkan org yg pernah disakiti, dan menyakiti hati aku ni? Kenapa la aku sesibuk memikirkan sebab musabab diorg taknak semula kat aku? Kenapa laaa aku tak pernah berputus asa? Bodoh kah aku?"

tettt tett... bodo ke? Ye, cinta sememangnye lebih merbahaya daripada semut di dalam air, sekiranya termasuk dlm badan, ia bisa membodohkan manusia lebih daripada 40 hari, ada yg mencecah sehingga 400 hari... tck, tck, tck... hahaha..

Kita teruskan...

You weren't hard to find
You didn't run and hide
We were the first leftovers of the night
Hide of the night

Dan masih lagi monolog...

"Dengan kau, aku cam tak berapa bodoh lagi. Kau mudah didekati... segalanya mudah. Kau tak cuba lari dari aku. Dan yang penting, kau tak pernah lari dari masalah dan kebodohan masa lampaumu. Aku bersyukur kerana kau lah yg pertama ku jumpa, yang memahami keadaan ku. Dan terima kasih malam, kerana menemukan kami berdua.. hanya berdua..."

The silence is a burden
When you don't really want to talk
I'm trying really hard now
To set alight my sleepy heart

Ini pula monolog seorang lagi daripada dua leftovers itu...

"Kenapa pulak tiba2 kau diam? Lidah begitu lancar menuturkan kata sebelum ini. Tiba2 kau menyepi. Aku rasa terbeban, memikirkan kau tidak lagi mahu berbicara dengan aku lagi. Mungkinkah kau rasa apa yang ku rasa? Kerana sekarang seperti segalanya terang, jelas dan nyata. Duniaku semakin cerah dengan kehadiranmu..."

We made a pretty sight
It seems we've found some pride
In being the first leftovers of the night
Hide of the night, i-ight

sambung monolog org kedua...

"Sepertinya kita cocok berdua (gaya2 indonesia sket nih!!). Dan dengan mu aku temui keyakinan, ku yakin diri ini masih berharga. Dan aku yakin, sungguh tinggi ku sanjung dirimu. Aku bersyukur kerana kau lah yg pertama ku jumpa, yang memahami keadaan ku. Dan terima kasih malam, kerana menemukan kami berdua.. hanya berdua..."

And everything is alright now
Everything is alright now
Everything is alright

Kemudian dia bangun, dan menuju ke arah pasangannya. Tangan dihulur, lalu disambut mesra. Dan mereka beriringan, berpimpinan tangan, meneruskan perjalanan dalam hari yang semakin cerah...

You're not what I was after
But I'm happy with what I found
To dream of new beginnings
When the end is all around

"Senyuman mu itu, mampu membuat hariku ceria. dan aku mahukannya terus membuat hariku ceria. Bukan aku usulkan pertemuan ini. Namun takdir lebih kuat. Aku gembira menggenggam tanganmu. Aku tak sabar menanti hari ini berterusan denganmu di sampingku. Hari yang aku tak pasti bila akan berakhir. Semoga tidak salah aku memohon akhir kita akan tetap bersama?"

I think you're alright
You qualify
For being my supernova
It's a gambling life
A lonely strife
But I think we're the best leftovers of the night
Hide of the night, hi-hide

"Memang kau tidak memiliki kualiti yang aku agung2kan selama ini. Ciri2 yang aku pinta dan canang seantero dunia. Tapi kau membuatkan aku melihat sinar di hadapanku. Yang lebih bercahaya daripada yang sebelumnya. Dan apa hak aku menolak kelayakanmu untuk bertakhta di hatiku? Terima kasih takdir kerana menemukan aku dengan yang terbaik malam ini. Terima kasih malam yang membolehkan kami berselindung di sebalik keheninganmu."

And everything is alright now
Oh everything is alright now
Everything is alright

Dan segalanya semakin jelas, secerah mentari yang semakin menyinar...


Sekian kopekan aku utk harini. Hmmm.. kenapo la tetiba ter jiwang.org plak harini nih??

Moral, so what if we are leftovers, we are still the best leftovers. And to all the leftovers (and leavers) out there. May you bring out the best in one another.

And to my boo... you know something better you have brought out of me. And that is why i am practically lifeless without you.

Aisehmen, jiwang lagik!! Utk mendengar versi penuh lagu ini, sila klik butang 'play' kat widget Lagu la ni.. makasih... (Valid until aku tak bosan dgn lagu ni.. haha)

Satu lagi entry yang boleh diabaikan (akibat tersiru)






Sekiranya anda seorang coffee aficionado (like me; or at least i think i am...). Dan anda menerima voucher dari satu kedai kopi... apakah yang mahu anda buat dgn voucher tersebut...

EY: Minum kopi semahunye, sampai darah pun berbau kopi...




BEE: Shopping bebarang utk buat kopi. Fefeeling mengkisar dan mengbrew kopi sendrik gitu...


SEE: Belanje sume org minum (which is very unlikely utk macik bakhil seperti aku.. haha)



DEE: Framekan saje voucher itu.. hahaha...

keh keh keh...

May 7, 2009

Bette dgn Tina pun nak kawen. Aku pun nak jugak!!!

Fuh... selesai dah kenduri kawen adik aku ujung minggu lepas. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Walaupun malam sblm kenduri tu ujan lebat menn, tapi hari siang terang benderang. So, dapat jugak la ramai org datang utk makan kenduri dan jugak merewang. Aku tolong pun takde la byk sgt. Ada la buat tugas2 drebar. So sebenonye takde la letih sangat. Kalau nak dibandingkan dgn parents aku yg mmg tak duduk rasanya dalam masa dua minggu.

But the best thing lahir sebagai org jawa di komuniti jawa, ialah sifat bergotong royong yg menebal. Org dah mula datang rewang sejak tiga hari sebelum kenduri. Makanya tuan rumah takde la memerah keringat dan membanting tulang sensorang, hatta mengerah tenaga adik badik dan kaum kelorga sahaja. Berat sama dipikul, ringan di tiup2kan sahaja. Gitu la gamaknye.

Satu perkara terbest tentang kenduri ni... apa?... ha.. apa lagi kalau bukan makanannya. Huahaha.. Aku cam leh berbangga la jugak sbb mknn kenduri kat umah aku haritu sedap. Nasiknye lembut. Ayam pun sedap. Dalca yg tak cair heberr. Kesimpulannya, mmg best lah. Cuma yg kureng sket, aku yg takleh nak mengadap utk asek makann aje, sbb cam ala2 takde selera nak mkn, sangkeng berkejaran ke sana dan ke mari. fefeeling bz. Almaklumlah, kakak perantin.

Perkara paling takbest pasal kenduri, seperti biasa, ialah pertanyaan bila nak kawen.Adiknye dah sudah, akaknye bila pulak. Hahaha.. Kalau 2 tahun dulu aku akan melenting dgn pertanyaan2 sebegitu, sekarang tidak lagi. Aku dah prepar jawapan2 stended seperti:

  1. InsyaAllah, ada jodoh tak lama lagi, ada la.
  2. Tunggu je la kad jemputan. Ada la tu nanti.
  3. Cuti sekolah... cume tak sure tahun bila.
  4. Heheheee
  5. (sengih tayang gigi sambil fefeeling belek bunga telo)

Ntah le.. rasanya lagi dipikir2 pasal persoalan org lain tentang kawen, lagi pening kepala. Maka adalah lebih baik play along, and go with the flow. Kita tak sakit hati, diorg tak keep on membebels. Bila abis kenduri masing2 balik umah jugak kan? Kita tetap balik ke dalam dakapan wanita tercinta. Ada beza? hehehe.. (ada beza kalau wanita tercinta kita berada di zon masa yang berbeza.. uhuhukk..)

Yang penting, kenduri dah abis! Pasni boleh lupa daratan balik. hahaha... (macam la selama ni ingat... asyik ke laut aje..) huahaha..