September 28, 2007

Perfume dan Perempuan yang Pernah Hadir dalam Hidupku

Yea... kebosanan melanda hari jumaatku ini hari. Malas yaampun mau buat kerja. Dgn keadaan body ai yg dok lenguh2 sini sana, lagi la aku macam terasa langsung tak berada dalam keadaan kesihatan yg merah jambu sekarang ini. Skrg ni masalah hidung berair dan kebersinan bertalu2 menjadi perkara rutin dalam kehidupan di waktu siang hari. Hidung aku yg berair dan tersumbat ni seterusnya mengganggu la selera aku utk menghidu makanan dan juga menghidu keharuman dan kebusukan alam semesta. hehehe...

Kalau org kata, mereka yang suka mendengar bebenda yg payah utk didengar, digelar telinga lintah. Aku ni mungkin sebenarnya mempunyai hidung lintah. Aku sangat gemar membau, terutamanya yg wangi2 la ye. Yg busok2 tu aku serahkan kepada jaringan penapis hidung utk menapisnya sahaja.

Aku punya kebolehan membau yg agak kuat, sehinggakan, sampai sekarang, kalau aku terbau perfume2 yg dipakai oleh perempuan2 yg pernah dekat dgn aku, akan aku tertoleh2 berkali2. Kengkononnya terasa macam pompuan itu ada berdekatan dengan aku lah. So ini hari aku nak cerita pasal perfume dan perempuan yang pernah hadir dalam hidupku. (ye, sama macam tajuk kat atas tu ye..)

Mmg sebenarnya org2 pompuan ni suka banget laaa tukar2 perfume. Tapi hanyalah perfume yg mereka pakai sewaktu bercecinta dgn aku, itu je yg aku anggap valid utk menjadikan hidung aku seperti hidung lintah.

Ex aku yg first, yg menjadi inspirasi kesasauan aku semasa aku berumur 16 tahun dulu memakai perfume Body Shop Activist.

Ye.. mmg perfume tu utk lelaki, tapi sbb dia pakai, aku punya otak sudah kata itu bau dia. Skrg ni kalau aku gosok2 hidung takde batang aku ni, masih boleh lagi aku ingat bau perfume itu. Masa aku terpisah dgn dia selepas SPM, dia bagi aku sekor beruang kecit, yg aku rasa dah dicelup dlm perfume itu. Beruang yg aku kepit macam org giler setiap kali sebelum aku nak tido. Setiap kali aku bau, setiap kali itu lah aku terbayang2 wajahnya. Ah! Jiwang karats sungguh. Ahahaha.. sungguh poyo kalau diingat2 kisah lama time aku meroyan dulu.



Ex aku yg seterusnya. Yang ni berkapel dgn aku sampai 11 tahun, so,sungguh la banyaknya perfume yg dia pernah pakai sepanjang masa kami bersama. Sampai aku pun tak tau dah bau trademark dia. Try gak gosok2 hidung ni, macam byk sgt la plak percantuman bau yg ada. hehee..

Tapi yang aku paling ingat sekali, ialah perfume yang dia sangat2 idamkan semasa kami berada dalam tahun 1. Sungguh giler dia menginginkan Estee Lauder's Pleasures. Oleh sebab itu jugak, aku dgn gegeh la pegi ke Sogo, tersenget2 macam budak yg sedang menyiasat kes pencurian je (sbb aku pegi sama2 dgn dia, harus la kena cam undercover sket kan..). Dan untuk besday dia tahun tu, aku hadiahkan satu set perfume ni dgn losyen dgn shower gel lagi. Ahahah.. aku gumbira sbb dia wangiii. Dia pun suka sbb dia sudah boleh wangi2! ahaha..

Dan walaupun selepas tu dia dah tukor2 pakai perfume lelain seperti Gucci No 5, Elizabeth Arden's Fifth Avenue, dan tah pape lagi yg aku tak leh nak ingat, aku akan tetap teringat kat dia, setiap kali aku membau Pleasures itu..


Seterusnya, bekas kekasih gelap aku yg mmg giler2 buat aku menjadi insan meroyan mabuk chenta (walaupun semasa sedang berpartner.. huhu), merupakan seorang yg giler dgn perfume. Masa kitorg tgh hangat bersama, dia merupakan pengguna Emporio Armani for Her.

First time aku jumpa dia, aku punya hidung sudah keluarkan antena. Waaaa wanginyaaaaaaa!! Aku rasa dia mmg tetiap hari mandi guna air perfume tu gamaknya. Sbb aku bau dari hujung rambut, sampai ke hujung kuku kaki dia ada bau yang sama. Dan mmg bau tu buat aku jadi gila bayang dan sasau tahap 5 bintang. Kalau jalan2 kat memana ke, terbau je bau tu, leher aku jadik panjang macam zirafah. Mana tau kot2 terserempak dgn dia. hehe..


Kemeroyanan aku semakin menjadi2, apabila pada Valentine's day tahun 2001, dia bagi aku hadiah seekor beruang yg berbulu yg juga aku saspek telah dicelup dgn perfume itu. Wanginyaa.. mmg tak tido malam ai dibuatnya. Dan perjumpaan terakhir kami sebelum dia kawen, dia bagi aku sekebat gambar2nya yg aku rasa juga telah dicelup dlm perfume itu. Yg berjaya membuatkan aku jadi org gila dan tidur bertilamkan gambar2nya pada malam2 yg aku tetiba terasa sangat2 rindukan dia. Adeh.. Dia mmg berjaya buat aku gila. Tapi.. beruang dan gambar2 tu semua sudah kena tiunggg sama my ex. hahaha.. motif dah kawen meroyan kat org yg dah kawen? hehehe... Tapi skrg ni aku konfem, sure dia dah tak bau tu lagi, dan aku pun tak meroyan lagi dah. heheheh.. (iye ke?)

Gf aku sekarang ini..(eh, sekapal dah ada gf? sosek sosek sosek) hahaha... macam byk giler la plak perfume dia yg aku nampak. Different perfume for different occasion gamaknya. Cuma satu perkara je yang pasti, ialah pada satu pagi yang hening, aku terdengar jeritan dia..
"Alamak!! perfume dah nak abis!!"


heh.. sabo je la...

September 27, 2007

Kesibukan manusia yang menutupi kekurangan minat

Tetiba aku rasa aku takde keja kat opis ni. Hahaha.. bestnya. Yahuu! Semua project team member pegi meeting kat cyberjaya. Aku punya presentation session ntah bebila tahun lagi baru on. Tadi plak dengar cerita rupanya projek ni dah ada kampeni lain yg buat, tapi klien tak tau. Bley gitu? Harus kena tukar mode lagi projek ni. Haritu dah sekali tukar. Kalau tukar lagi, harus la pecah kepala aku.

err... selepas dipikir2 balik, sebenarnya ada jugak keja aku. Tapi semuanya aku tak larat nak buat. Bukan sebab low priority, tapi sbb aku saje takmo prioritise. Nak betulkan design page tu, dah happy2 aku jumpa solution, sekali tu tersangkut plak kat area lain. So, aku tunggu ilham timbul time tido je la baru aku betulkan. Ada keja plak, aku tak kuasa nak tulis. Daripada aku buat writeup yg akan direjek berkali2, baik aku tulis blog. Sekurang2nya pekdah jugak utk aku baca balik semula. So.. aku pun tak hingin nak prioritise. Dan hasilnya, aku malas nak buat lah.

Hmmm.. bercakap pasal low priority nih, sedarkah kita bahawasanya kesah2 low priority ini biasanya di tutup dengan perkataan 'sibuk' dan jugak 'bz'? hehehe..

Sebagai contoh lah, aku bagi dialog yea...

A: Aku sms kat kau, apsal tak reply?
B: Oh.. aku BZ la.

A: Bila last kau tipon mak kau?
B: Dah tiga minggu lepas la. Aku BZ la.. asyik tak sempat je nak call.

A: Kau ada jenguk jiran sebelah umah tak?
B: Mana sempat, balik keja lewat, terus kena masak, pastu buka, pastu buat keja lagi. BZ la..

A: Kredit tipon kau byk lagi tak?
B: Biasak la, ujung2 bulan, nak habis dah. Lgpun, aku kan dah ada gf baru. Harus la selalu gayut.
A: Er.. tak bz plak nak gayut dgn gelpren ek?


OOps!! hah... nak reply sms kawan, tak sempat, sbb BZ. Nak tipon mak abah kat umah pun tak sempat gak.. sbb BZ jugak. Tapi kredit tipon liau tetiap bulan sbb gayut dgn gelpren. Eh, time gayut dgn gelpren tak BZ plak ek? heheheh...

Kesimpulannya, bagi si 'B' kawannya itu, dan jugak menelipon ibu bapa di kampung bukan lah priority bagi dirinya. Akan tetapi, bergayut dgn gelpren merupakan satu priority sehinggakan ada sahaja masa yang boleh di khaskan untuk perkara tersebut. Hmmmm.. so, walaupun BZ tahap gaban sekalipun, still ada masa kan? heheh


Jadi, sebenarnya, apakah takrifan BZ seseorang? Adakah apabila dia kata dia BZ, menunjukkan yang kita bukan priority dlm hidup dia? Ataupun, kalau mmg kita ni sesangat high priority dlm hidupnya, akankah sentiasa ada masa untuk kita? erkk.. berbelitnya ayat aku. heheh.. Huh, kena pikir2 la plak. hehehe

Tapi kan, sebenarnya, kalau mmg seseorang tu dah bz, memang sedikit sebanyak masa yang boleh dihabiskan kepada satu2 perkara akan jadi terhad. Dan sesungguhnya la org itu akan lebih mempergunakan masa yang ada untuk perkara2 yang penting sahaja, seperti, makan, mendapatkan semangat dari yg tercinta dan juga tido sekiranya perlu. Dan bila dia dah tak bz lagi, mrasa la korg.. balik2 nampak muka dia je lah. hehehe.

Oleh itu, buat kawan2 kita yang BZ di luar sana, renung2kan lah, korg mmg bebetul BZ ke.. ataupun korg mmg dah tak koser nak bagi priority? huhuhu...

Huargh!!

September 26, 2007

Apabila kesejukan dan kebosanan tapi tidak mampu ketiduran

Huhuhu... sujukkk..

Kat luar tu ujan lebat. Dalam opis ni semua org dok menayang baju sejuk masing2. Tak kurang jugak ada yg menayang kehaibatan mereka dalam bidang pekerjaan yang telah diceburi selama berbelas2 tahun. Cheh! Sabo je la aku. Nasib baik aku tak dengar sangat. Kalau tak sah2 pahala puasa aku boleh terbatal akibat mengumpat. Sesia je aku menahan napsu tgk makanan dan pompuan di bulan2 ramadhan nih. heheh

Jadi... apabila telah hujan ni, otak nak berfikir pun agak terbeku2 akibat kesejukan di dalam dan di luar badan. So, nak wat keja pun cam malas2 kan. Pastu kalau tido cam cliche la plak di bulan Ramadhan nih. maka, meh sini aku bagi perkara2 yg best dibuat di opis sewaktu ujan dan kesejukan, selain daripada tido, tido dan tido..


  • Belek slip gaji sambil pikir cara nak menambahkan nombor kosong di belakang gaji sedia ada
  • Kemas segala mala kertas yg bersepah seranah atas meja
  • Korek balik kad2 raya yg tak sempat di pos, supaya tahun ni boleh tukar alamat dan pos kat org lain. hahuuu
  • Asah segala pensel2 yang dikebas dari hotel yg berlambak2 dalam laci meja
  • tengok orang keliling, dan belajar cara2 menghilangkan boring drpd diorg
  • Tegor segala contact yg ada dlm YM/GT/ICQ.. (tapi awas! jgn tegur org yg bisa membuat mood anda menjadi lebih terukk)
  • Tulis menu buka poser utk hari esok, sampai la hari last poser
  • Tgk gegambo gathering sengetians dan gelakkan kengkawan anda dan juga diri anda sendrik
  • Tulis surat cinta kat Angelina Jolie menyatakan betapa anda ingin mengangkat anak2nya dan jugak mengangkat dirinya sekali. (tapi alamat kena cari sendrik la..)
  • Lukis graffiti kat page facebook kengkawan anda
  • Tulis blog
  • Baca blog adik sendirik.... motif? hahahhaha..

dah la.. pegi solat asar, satgi balik.. bebuka! yahuu.

Rasala ketupat ini, dengan rendangnya sekali, sudilah rasa kuihku, pilih la yg mana satuuuuuu!!! hey!!

September 25, 2007

Ujian kesabaran di bulan puasa... lagi...

I am uptight about time. Well.. to rate myself whether too uptight, slightly uptight or moderately uptight, i also cannot tell. But bottom line is. I am uptight about time. bladibladiba..

Kalau hujung minggu yang lalu, puasa aku diuji dengan rasa keletihan dan kedahagaan macam budak kecik, semalam puasa aku teruji dengan perasaan kekurangan masa yang amat sangat. And yes, i think at various points i am losing my patience and tend to act like a person losing control over oneself. Cheh! Sabo je la.

It all started in my office. I was supposed to leave at 5 tajam, but due to some ntahapa2 that i did, i clock out at 5.10. Sepuluh minit tuuu! Lama tu.

Selepas berlari2 anak ke parking yang letaknya tidak dekat dari opis, aku terus menderum balik. Kat kepala ni masih tak berenti berpikir pasal lauk berbuka poser. Alkisahnya boo requested me utk masak telur bungkus. Ini semua gara2 aku la yg tergatals mulut janji nak masak itu ini kat dia. huhuhu.. And for everything that she did help me, here and there, what's with fulfilling a request kan? Harus la tetiba aku teringin menunjukkan rasa terimakasih.

Sambil aku memecut kereta yg boleh berlari sekadar 110km/j itu di jalan ke cyberjaya, aku tergatal la mata menengok ke lorong yg bertentangan. Aiyoh.. jem sangattt kat trefik lite itu. Tetiba aku hangin. Tgk jam dah kol 5.40. Mana nak masak? Pastu ada barang yg tak readily available kat rumah, kena pegi beli dulu. The journey to her office requires another 5-8 minutes. The way back jem la plak. Abeh tu takkan nak masak nasik dgn telo bungkus je? Apa lagi aku nak masak? Arghhh... kepala aku dah makin pening memikior.

Sampai kat opis dia, muka aku mmg macam asid asetik. Dia nak tegur aku pun takut. Aku plak tetiba terpelik2 apsal la plak macik ni takmo senyum kat aku? So, on the way back to, i did la interrogate her behaviour.

Aku: Saya nampak macam nak makan orang ke?
Dia: Ha'ah

Aku pun cam.. try kontrol sket, sambil merapu rapan tentang perkara yg memeningkan kepala aku.

Dia: Kalau tak sempat masak takyah la. Kita beli je lauk buka.
Aku: Takpe.. sempat.. *degil*


Sampai kat tpt jem. Aku yang hangin ini sudah mula mengeluarkan hangin melalui korda vokal aku yg seterusnya mengeluarkan bunyik.

Aku: %$^#@ $#@(*~@ 

Dia dengar je. Aku try perati dia, nampaknya macam dia tak koser nak tgk muka aku dan melayan bebelan aku. Sbb takde sapa marah, Sekapal pun naik tocang la dan meneruskan satu demi satu bebelan tanpa mengenang yg Sekapal sebenarnya sedang berpuasa. Hadus.. panas sungguh hati ai time tu tau!

Sampai kat kedai blkg umah, time aku nak parking, sempat lagi mulut aku mengeluarkan perkataan2 yg kurang enak. Dan time ni la dia sudah tidak tahan lagi, dan dusyummm aku kena tegur sebijik. Adeh.. tersentap la pulok. Pastu terus aku jadi cam ayam berak chalk tersenyap dan tersengih. huhu.. padan muka. Yeah.. this is one bad habit of mine. I tend to do as i please, without considering ppl around me, until the reality is thrown back to me, hard! Padan muko den. Kengkawan semua, jgn dibuat cam aku ni, mmg sah2 mudah je ditinggalkan dek kekasih hati nnt.

Lepas beli barang, sampai umah dan jam 6.20. Mmg dgn baju2 keja tu aku terus ke dapur. kelentung kelentang kelenting.. Siap aku masak nasik, tomyam ayam dgn telo bungkus. Nasib baik la ada assistant yg gegeh melayan kerenah aku yg semak di dapur. Tgk jam, dah kol 7. Aku yg dah melekit2 ni terpaksa jugak mandi utk membolehkan aku berbuka poser dgn tenang.

Buka poser, seperti biasa, minum ais tak hengat dunia. Last2 malam tadi takleh nak tido, sbb batukungking yang lebih hangat daripada biasa. Sekali lagi, kesabaranku teruji. Sabo je la bebulan poser nih.

hari ni ntah apa plak ujian utk aku. Yg pasti, yesterday, i sort of failed to retain my patience, hopefully today, i'll be able to muster my kesabaran.
آمين

September 24, 2007


I'm only pretty sure that I can't take anymore
Before you take a swing
I wonder what are we fighting for
When I say out loud I want to get out of this
I wonder is there anything I'm going to miss

I wonder how's it going to be
When you don't know me
When you're sure I'm not there
When there is no one there to talk to, between you and me...

Third Eye Blind - How's it gonna be

Rapuan Rawak hari yang lalu

Huh.. semalam akhirnya aku berjaya jugak berposer setelah berhari2 termangu2 di depan tangga. hehe... So, untuk hari pertama poser, aku cam ala2 tereksaited gaban sket.

Bangun pepagi dah terlajak sahur. Kalau lajak sikit2 tu takpe la jugak. Ini tak hengat terusss masuk jam delapan pagi. ergh.. Hancus segalanya. Pastu kengkonon nak tido je, tapi cam rasa bersalah la plak dgn katil dan tilam. Osmet aku dak uL rasanya sure tengah sedap tido lagik. Almaklumla, kitorg ni mmg nama je serumah, tapi dia mengamalkan konsep kelawar yg berjaga di waktu malam, manakala aku mengamalkan konsep ketiduran, yg tidur selagi boleh. huhuhu..

Lepas aku cam ala2 pepening taktau nak buat apa, maka aku pun melayan la si kecik berbulu main kat luar. Kengkononnya main nyorok2 kat celah2 lalang yg mengalahkan serai kekdahnya kat belakang rumah aku tu. Sorok punya sorok, berapa banyak la kaki aku kelukaan kena siat dek lalang. Anak aku ok je, sbb dia ada bulu. So, sbb kebengangan, aku pun cari sarung tangan, pakai dan memulakan operasi mencabut lalang.

Sambil cabut tu, sokmo la tangan aku asyik kena terkam dek anak aku tuh. Dan kadangkala aku terterkam jugak anak katak yg bergembira2 di celah rumput. Huh... Nasib baik ai pakai protection.

Siap je clear blkg rumah, tetiba aku rasa dahaga. Cis! Aku mengeluarkan peluh di waktu poser rupanya. Dah la tak sahur. Tetiba muka aku pun naik pasrah dan merasakan betapa ibadah puasa ini memerlukan kesabaran yang tinggi. ahaha..

Masuk umah, mandi, kepala aku dah ala2 lalok. Anak aku pun cam dah lalok2 gak. Dan belum sempat aku tido, dia dah lagi dulu tido. Memula dia kongker katil, pastu aku baring sebelah dia, dia plak cam amuk2 tak cukup ruang.. (motif? macam la ko bso sgt ek? huhu). Pastu dia lepak kat atas kotak. Kejap2 terlentang atas lantai. dan setiap kali aku terjaga sbb terbatuk, aku tgk setiap kali la posisi dia berubah. Sampaikan ada sekali tu dia masuk dlm rak baju. Fefeeling gebu la tu bertiduran atas baju aku.

Aku yg konon2nya nak bangun kol doblas lebih, tak terjaga2 jugak dan terus melajakkan tidur sampai kol 2 lebih. Yg bestnya, sampai lah aku bangun ptg tu, anak aku langsung tak bangun2 lagik. Aku rasa dia sama2 la fefeeling poser hari pertama macam maknya yg poyo ini jugak.

Bila dah bangun tido, kepala mula la pening2 pikirkan apekebenda yg aku nak makan utk berbuka. acik uL awal2 dah pingin nak mkn kfc. Laagi la aku pening tatau nak buka apa. Yg aku terbayang hanyalah air.. air.. dan air.. hehehe

So, utk mengelakkan kepeningan yang berterusan, lepas asar aku tido lagi. Dapatkan ilham dan akhirnya aku memilih utk goreng ketiau sahaja. Dan alhamdulillah, ketiau aku ada rupa cam ketiau, dan bukannya laksam goreng. So... ok la. haha..

Bila time buka pose, aku balun air lima gelas yg terdiri dari pelbagai warna. Hijau, oren dan cekelat secara bergilir2. Baru la makan ktiau dan jugak kebashh KFC acik uL beserta nasik2 kismisnya.

huhuhu... tetiba aku terasa macam budak kecik yg sungguh berselera dan gumbira time berbuka poser. haha..

Whatever it is, i think its nice to sometimes satisfy your innermost cravings, regardless how you may sound, or look.
heh...

September 21, 2007

Life Thrust

Too much in life?
Not requested

Too little?
Not wanted

Stay in the middle?
Not definite

In the end,
what life promises?

Constant.
Dissatisfaction.

September 20, 2007

Bila tetiba aku cakap pasal rezeki la pulok..

Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa. Semoga setiap hari mendapat keberkatan, dan cuba2 lah elakkan melakukan perkara lagha di bulan Ramadhan seperti mencuci mata tgk bonts dan juga membazir membeli juadah berbuka yg akhirnya dimakan oleh tong sampah sahaja.. (Pergh, macam kuliah zuhur la plak.. hehe).

Huargh.. hmmm. Hari ni aku baru boleh bertulis pasal bulan Ramadhan dan bulan poser. Sbb kengkonon sblm ni ada bbrp entry tertunggak yg terpaksa dilunaskan (namun.. tidak begitu sama maksudnya dgn melunaskan bil air tertunggak sblm poser yea..). So, harini, ayuhlah aku bertulis pasal rezeki di bulan Ramadhan ini.

Alhamdulillah, walaupun aku macam giler2 kopak sengkek bulan ini. Aku masih lagi dapat berbuka puasa dgn mknn yg lebih daripada sebiji kurma, air yg pelbagai jenis, dan juga kuih muih yg reganya lebih drpd RM1. Tapi kengkadang ada jugak la ralatnya, sbb ada jugak mknn yg terbazir yg tidak mampu dimakan dek perut yg kosong. Nafsu membeli mknn tu mmg bukan nafsu setan, tapi nafsu diri sendiri gamaknya. Iyo la.. setan semua kena ikat.

Dan bulan Ramadhan tahun ni, adalah sesuatu yg baru bagi aku. Sbb aku dah menjadi seorang yg lebih berdikari dgn ada tanggungjawab ke atas diri sendiri. Disokong kuat pula oleh seorang manusia yg sayang dan hormat pada aku. Yg buat aku sentiasa feel good. So.. tekanan bulan ramadhan macam kurang sket la. Cuma satu je tekanan yg tinggi, ialah proses ketiduran selepas berbuka. Cheh... sabo je la ek. huhu..

Everything is quite simple la tahun ni. Kalau terasa nak masak, aku masak. Kalau terasa malas masak, aku beli je kat luar. Takde la jugak tekak aku sibuk2 mengidam itu ini ke. Cuma kes mengidam paprik ni tak langsai lagik. Huhu.. takpe, resipi sudah ada. Tinggal campak2 dan masak2 je.. hehehe..

Well.. tapi itu aku. Itu rezeki kurniaan Tuhan utk aku dalam bulan ni. Org lain mungkin ada rezeki yang lebih. Hari2 buleh berbuka dgn juadah yg melayakkan masuk pertandingan raja kari adabi. hehe.. Dan kalau rezeki orang lain juga rezeki aku, buleh la aku merasa sekali. Berkongsi rezeki gitu...

Tapi ada jugak orang yang rezekinya sedikit kurang berbanding aku. Kiranya, takde la boleh berbuka sampai terkenyang2, tapi takde la kelaparan tak makan. Semuanya ala kadar.

Tapi itu rezeki dari segi makanan dan juga bebenda tangible yg boleh dilihat. Tak semestinya mereka yg byk rezeki tangible ni dpt byk rezeki intangible. Contoh rezeki intangible ini ialah rasa kepuasan dalam menjalani hari demi hari, walaupun dgn kehadiran bebenda tangible yg biasa2 sahaja.

Bottom line, kita sendiri tak tau, siapa yg Tuhan kurniakan rezeki yang lebih? Adakah kita yang sentiasa tiada masalah mendapat apa yg diingini? Ataupun mereka yang sentiasa rasa cukup dengan apa yang ada?

Cuma, konsepnya di sini, sempena Ramadhan yang penuh keberkatan ini, di dalam kemelut membeli persediaan untuk raya, memakaikan kereta dengan baju baru, membelikan sepersalinan khas utk kucing anda...
Sejauh manakah kita telah bersyukur dengan apa yg dikurniakan?
Dan, sejauh mana pula kita harus berusaha untuk memperolehi rezeki tangible di bumi Tuhan ini?
Dan.. adakah dengan menjadi seorang yang berkuasa dan mampu menuai rezeki dengan lebih kita harus menunjukkan kuasa ke atas orang lain?

Makanya, bulan poser ni, aku tetiba cam nak tgk balik, apa yg berlaku kepada aku. Apa kesilapan yg dah aku buat. Apa benda baik yg pernah jugak dimangkinkan oleh aku. Apa rezeki yang pernah dikurniakan, ditangguhkan dan juga ditarik balik. Dan melihat kembali hikmah yg ada di sebalik setiap kejadian. Sometimes benda yg hilang, bukan membuatkan kita sengsara, tapi melepaskan kita daripada sengsara. So, instead of kita rasa benda tu rezeki yang hilang, sebenarnya, itulah rezeki buat kita. Cuma masa yang boleh memberikan pemahaman sebenar.

Sementara itu, enjoy kurniaan yang ada, dan ingatlah pada tanah tumpah darahku... yeahh!!

September 19, 2007

Gambar2 sepanjang perjalanan aku

Mmg terbz dan terdemam2 je aku skrg ni. Benda ni sepatutnya dah lama aku hapdetkan, tapi nggak berkesempatan. So, inilah entry terlewat waktu. huhuhu..


Ini view dari bilik hotel kitorg. Mmg tak memberangsangkan. Tapi takpe lah, janji ada tpt tido.. huhu..


Pantun empat kerat yg haibat.. haha.. (sabuk keselamatan = tali pinggang keledar)

Motif? Menggalakkan ber'romen'? huhu..


Ini obat seswai utk para2 pompuan utk diberikan kepada pasangan mereka yg ala2 ganasz sebelum event berjumpa dgn ibu bapa sendri time hari raya


Hmmm... kuriusnya aku ini, apa yg harus dilakukan dgn jamu dodol ini? Dimakan, atau disapu di tempat kejadian? wahahaaha..

Gambar terakhir yg sanggup aku paparkan kat sini. Atas permintaan tanpa henti kakakeboon.. jeng jeng jeng...


habis...

Happy Belated Besday My Boo...

Semalam, 18 September 2007 adalah besday kakakeboon yg ke.. er.. hahaha.. lima tahun lagi muda drpd aku.

so...
HAPPY BIRTHDAY kakakeboon!!


Ucapan standard:
Semoga panjang umo, murah rezeki, dan mendapat apa yg dihajatkan, insyaAllah.

Ucapan pepoyo tambahan:
nak mintak ampun dan mahap sbb saya cam masih terpoyo2 dan tak reti nak menselebret dgn belon2 dan kek2 bagai.. huhu. Whatever it is, let love lead the way.

Lagu standard:
hapy besday to you..
hapy besday to you..
tho ur name is kakakeboooon..
we know in hospital u born...

hoyeayy!!

September 13, 2007

Aku yang makan kat Indonesia

Waaaaaargh... lama giler aku tak sempat mengapdet blog nih. Nak baca blog orglain dan diri sendiri pun takde masa. Kesibukan kat opis punya pasal la nih. Sblm aku merapu dan merayau dengan leibh lanjut lagi, izinkan aku mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua yg teringin nak puasa dan sambut bulan ni. Sesapa yg rasa cam malas2 je, takpe, tahun depan ada lagi, kalau panjang umo, sempat la korg sambut, kalau tak... bulan Ramadhan terbebas je la.. eheheh..

Anyway, aku tak de di talian dalam jangka masa yang lama sbb aku dok pergi berjenjalan ke negara jiran. Kekdahnya, aku mengikut kakakeboon ke Indonesia. Ikut sebagai apa, aku pun tak sure, yg penting, aku bukan la bodigad dia, sbb, dia lagi kuat angkat aku. haha...

Dr LCCT kitorg mendarat di Bandar Udara Internasional Soekarno Hatta kat Jakarta. Kat sana kitorg kena tunggu selama beberapa banyak jam untuk menunggu flight seterusnya ke Surabaya. Sampai2 je kat sana, mmg tercangang2 la macam kambing masuk jakarta. Nak bertanya tempat utk check in utk domestic flight, kaunter pertanyaan hanya dipenuhi oleh para2 cleaner yg masing2 menjual kat topup. Toleh kanan, org2 teksi, toleh kira, pun org2 taksi jugak. Kengkonon berjalan taknak kena tipu la kan, so, takmo la ternaik teksi utk ke tempat yg kitorg sendiri tak sure kan.. last2 tanya pakgad yg ada mengwisel teksi2 yg tak reti2 nak jalan di sekitar airport.

Lepas dah tahu cara yg percuma utk ke terminal domestik, kitorg pun, makan la... Utk tghari tu, makanan yg dimakan ialah Bakso Malang, yg berasal dari daerah Malang, utk org2 yg takmo bernasib malang.. agaknya la.. hehehe








Sbb lama melangut kat epot tu kan, makan byk la benda yg aku dok perati. Di antara perkara2 yg macam pelik dilihat oleh aku (yg mungkin tak pelik pada org lain) ialah..
- Surau kat epot tu campo lelaki dan perempuan, merasa la solat sebelah org lelaki.. auw! hahaha
- Masa solat, diorg leh selamba2 je tinggalkan laptop kat luar surau, berani sungguh, takde sape nak amik kot?
- Tandas kat epot antarabangsa sama tarafnya dgn tandas kat stesen bas kat bandar muar. heheh.. pakai baldi dgn gayung tuuu

Dah letih menerawang keliling epot, kitorg pun naik la flight ke Surabaya. Ya ampun... pramugari AirAsia Indonesia jauhhhhh lebih kenduuuu drpd peramugari airasia malaysia. Dan aku cadangkan kepada korg semua, supaya, time diorg buat demo cara memakai tali pinggang tuh, toksah la pandang depan, tapi pandangla peramugari di belakang anda.. yea yeay! *erk.. pose.. pose..*

Sampai kat hotel, dilayan oleh pekerja hotel yg kendu gilerrr.. Kakakeboon giler teruja tgk perempuan itu. Sehingga ke dalam bilik hotel dia tersengih2. Ingatkan aku je yg gatal, rupanya dia lagi gatal drpd aku. Acamna rupa perempuan yg digilai Kakakeboon itu, lihat la gambar di bawah... haha..
lalala... pandangan udara sahaja ye puan2, jgn harap korg semua nak mencuci mata lelebih bulan poser ni. yahuuu...


Sbb kitorg menginap kat hotel Sheraton Surabaya, maka adalah amat mudah sekali utk aku merayau2 ke soping kompleks, kerana kekdahnya hotel tu attach dgn Plaza Tunjungan (ada 4 building) dan juga Sogo. So, mmg la terasa seperti hidup di celah2 soping kompleks adanya. Walaupun ada promosi soping gede-gedean, tapi sebab duitnya nggak gede, ye, nggak sopping.. haha.. So, aku pun, makan la jugak.. Utk lunch haritu, makanan aku ialah mi ayam jamur (sama cam mi kering je) dgn teh botol sosro.. Feeling cambest la plak minum teh dalam botol. haha
Teh Botol Sosro - Rasa cam bunga (kata kakakeboon)

Utk dinner, aku makan KFC je. Teringin nak rasa KFC perasa Indonesia. Yang bestnya, kat sana semua fast food ada serve nasik. KFC, McD, A&W, semuanya ada nasik. Aku yg tak nak makan nasik ni pun terpaksa la jugak makan, demi kerana terasa nak mkn kfc gaya indonesia. heheh..

Hari kedua kitorg kat sana, adalah hari merayau2 berjalan2 memperabih duit naik teksi. Yg mmg sesungguhnya, duit habis kat teksi dan juga mknn nasi padang yg menjerut leher kitorg. Hampeh betul. Baik aku makan bakso je.. cis cis.. tapi, takpe la.. pengalaman la kononnya kan..
Inilah sebahagian daripada lauk yg telah habis kami bedal..


Mlm tu punya mknn, kami mkn kat futkot kat Plaza Tunjungan lagi. Aku makan ayam penyet dengan roti keju. Kaitan di antara keduanya? takde.. Kakakeboon plak macam tak reti2 nak puas, asyik nak makan baksooo je. Siap semalam pun dia bleh tanya lagi.. kat mana ada jual bakso kat malaysia ni ek? haha.. suka benda bulat2 ke? heheheh...

Anyway, sebelum kami kembali ke Malaysia pada hari ke tiga tuh, sempat la jugak kami makan kat satu restoran kat Plaza tu jugak (tak abih2 kat situuu je kan?).

Gado-gado


Nasik Ulam (tangan yg comel tu tangan aku la tuh.. haha)


Anyway, mknn yg terbest aku makan ialah yg aku beli di kedai bernama 'k-patat', yg mknn itu namanya 'pat-fries'.
Amenda mknn tu? haha... bunyik cam ngeri je kan? Benda tu sebenarnya fries je, yg digaul dgn bumbu yg seperti bumbu utk jajan super ring tu (yg cheese2 kaler oren tuh) dan di tambah dgn dua jenis sos yg korg sendiri boleh pilih. Macam2 jenis sos yg ada, perasa lemon, mayonis, bbq, stroberi, blubery, cili, tomat, yg aku sendiri kena pikir duaminit utk memilih saus pilihan.. harga utk fries biasa ialah Rp 8000, yg lebihkurang Rm3.. Tp feeling makannya, enak sekali... heheh..

Cuma sayangnya, patat ini tiada gambar, kerana dikhuatiri boleh menjejaskan perut2 serta kelenjar liur korg2 semua yg berpuasa. hahaha...

Apa2pun, lepas kes jalan2 dan makan2, kitorg pun pulang ke kelumpo pada hari isnin lepas, dan tiba ke tanah air Malaysia tercinta pada isnin malam tu. So.. harus la selasa pun aku cuti kan.. letih meh! Diagnosis utk MC, sakit pinggang. Kenapa sakit pinggang? hehehehe... sbb byk sgt angkat beg kot.. haha..

Dah dah.. sesapa yg rasa terliur tgk mknn kat entry aku ni, risiko tanggung sendirik. aku taknak tanggungjawab kalau korg terbukak pose sblm maghrib. Ikut kata iman, jgn ikut kata aiman yg sokmo tak kisah...


Akhir kata... Patats Rulezzz!!!
yeahuu!

September 6, 2007

Peranan yang tersayang dalam mempengaruhi mood semasa.

huh... skrg ni waktu menunjukkan jam 22.46... er.. kol 10.26 malam. Haruslah aku ni fail sokmo bila tiba part2 membaca jam berumur 24 ini. hehehe... Haah.. malam aku tulis, tapi pagi esoknya la aku aplod kan..

er.. sebenarnya aku cam nak memblog semalam, masa kat opis (obviously), tapi, tetiba ada perkara yang berlaku yang membuatkan aku terasa cam nak hantuk kepala ke dinding dan jugak menangis dan menangis dan menangis. Ini semua kes anak berbulu aku tu yg kuar dari umah, dan bila aku cari punya cari di tengahari terik buta, langsung tak berjumpa. gegeh tu balik umah time lunch utk tgk dia. Merata longkang aku jenguk. sampai terpijak singgam (kata pendek utk chewing gum), tapi tak jugak jumpa. Puas jugak la aku tertonggeng2 dan terbongkok bengkok mencari dia. Hampeh, semuanya tak berhasil. Last2 aku cam pasrah je la, dan mintak tolong boo antar balik opis, sbb badan aku dah letih tahap ultraman kehabisan lampu.

Kat opis mmg muka aku tak macam ultraman (sbb aku tak pakai topeng ke opis smlm). Akan tetapi, muka aku lebih teruk lagi daripada cipan kendu tahap 3. Sedey tuu. Boss panggil meeting pun, aku still mempertahankan keadaan kecipanan yang melampau itu. Nasib baik mood boss aku baik, kalau tak, mmg dah kena hantar ke kebun binatang negara la kot.. oops.. hahaha... jgn marah kakzu, ailebyu.. huhuhu..

Balik dr opis je, rupa2nya anak aku tu ada dalam longkang depan umah. Tapi nampak je muka kitorg, dia mencecet lari. Aku pun memulakan aksi tonggeng yg tidak mengghairahkan untuk mencari dia. Last2 aku nampak dia kat dalam rumah org. Aku pun tanpa segan silu masuk je la ke porch org tu, dan aku cekup la dia balik. uhuhu...

Masa ni baru la aku bleh tersenyum, tersengih dan makan dengan pelahapnya. hehehe... Adik.. adik, mama susah hati tau adik kuar umah!

Er.. skrg ni, dia tgh fedap tgk aku menulis dan membelek2 henpon, maka dia pun melangut la kat luar bilik. Biarkan aku terketik2 kibod ni sensorang. Tak apa la.. asalkan dia ada dengan aku, hidup aku bahagia.

Mungkin org lain merasakan aku ni poyo sebab kes kucing kuar umah pun boleh meratap menghiba. Macam org tua boss kat opis aku. Ada ke time aku cakap pasal kucing aku hilang, dia soh aku cari kucing lain je. Belakang dia pun bukak cerita kucing2 dia yg mati kat luar rumah. Bley? Mooootif menyesakkan kepala aku?

Oh ye... sblm aku terlupa, Dil-A..BCDEFG.. heheh.. selamat hari besday yang ke... er.. er.. belum 30 kan? huhuhu... Muda lagi beb. Byk lagi gadis chantek di depan mata yang boley diusha. Byk masa lagi nak kumpul duit, dan byk masa lagi nak jadi tua macam aku ni. hehehe... All the best!

Kpd korg yg ada kat stebeng semalam.. sori la korg, aku cam terbz2 la plak, takleh borak cam mesraaaa2 gitu.

Aiya.. mata mengantuk.. Ayolah.. selamat, selamat, hari raya. Izinkan aku menulis serangkap pantun di hari raya.

Bila tiba hari raya ,
Atas meja umah org ada kuih tat,
almond london, kuih koya,
semperit dan kek coklat.

yeah!

September 4, 2007

Semua orang mengabiskan mega sale secara besar-besaran

Wah wah.. sungguh lama aku tak menulis dlm ini blog. Siap ada yg rekemen kat aku, kalau bz sangat kat opis, tulis la kat umah, pastu dia tlg apdetkan pepagi. hehehe... Masalahnya, kat umah pun aku tido sampai kol 3 pagi. Nak ngapdet hapanya.

Anyway, sebelum basi, dan sebelum hari Malaysia disambut tak lama lagi, selamat hari merdeka buat korg2 yg tak reti2 nak balik kampung masa merdeka haritu. Sebab apa? Shopping tanpa henti. hahaha.. merata2 aku sms korg2 semua, semuanya kata shopping..

midveli? sunway pyramid? OU? The curve? IKEA? sogo? sume ada. hehehe.. Ada tu siap mengulang2 pegi midveli. Tak kurang juga yg bersoping di kesemua tempat itu pada hari yang sama. kan kan? heheheh... Aku? bulan ni seperti bulan2 sebelum ni, kopak kapik, takleh gi soping. Org beli barang aku tgk je la tingkap2 yg ada. hahaha...

So, sebenarnya, walaupun aku takde la membeli belah sangat, tapi aku ikut la jugak soon menghabiskan masa berlegar di soping kompleks.

Hari jumaat malam merdeka, aku ikut boo gi amik adik dia. Tapi sebab adik dia lambat, kitorg plak yg pegi soping kat midveli. Dia la yg beli seluar keja. Katanya seluarnya tak byk dah. Er.. iye ke? Aku tgk cam lagi byk dari seluar aku je. huhu.. Aku plak? Memperabih wang ringgit beli dvd Strawberry Panic! yg sudah kunjung tiba.. yeaha...

Hari sabtu plak, aku kengkononnya ada keja kat umah. So aku menghabiskan masa beromen dengan laptop aku, dgn diganggu oleh sang bulu yg tak abih2 kuar masuk dan panjat meja. Makanya aku takde la mengikut dia ke ikea. Pegi la dia dengan adik dia. hehe.. rasanya kalau aku tak ikut, lagi tenang la jiwa dia nak membeli belah.

Balik2 je, mmg sah la jiwa dia tenang. Tetiba aku rasa umah aku dah ada rug yg dibentang depan tv, bantal golek tak busuk, meja utk memasak kat dapur, rak utk meletak kasut, dan jugak kotak yg tatau nak isi apa. Yang paling happy sang bulu la, sbb skrg ni dengan rasminya dia ada tempat tido baru, iaitu di atas rug di depan tv.. motif suka tido depan tv? agaknya sang bulu mmg suka tgk america's next top model sblm tido macam mama dia jugak.. huhu... ooops! hahaha..

Tapi kes soping yang paling best ialah pada hari ahad tu, di mana aku dengan dia pegi meronda kat tpt yg sangat banyak dikunjungi oleh pelancong berbanding org malaysia sendiri. Tak lain dan tak bukan, Petaling Street la.. apo laie. Aku sebenarnya tak reti gi jenjalan area tu. Tapi sbb memfollow org yg expert kan. Aku ikuttt je la. Tah mana2 ceruk dia bawak aku. Ceruk2 yg aku tak pernah terexplore pun sebelum ni. hehehe.. mmg haru soping kat sana. Tapi adventurous giler, dgn aksi berlari2 dan berpatah balik. hehe.. matei la, soping dlm keadaan ketakutan. huhuhu..

So, abis cerita merdeka sale. Lastly aku nak ucapkan timakasih yg dtg mlm mkn2 kat umah aku haritu. Maafkan lah segala kekurangan ye. hehehe.. thanks a lot kat master shuvaji dgn permaisurinya yg byk tolong. My boo jugak yg susah payah mengipas dan bergaduh dgn arang.. Next time sy jemput kakakendu la utk masak. takyah kita semua masak. hehehe..
dan.. er.. ehem ehem.. cik cin'dara'ella, u manyak utang sama kita semua woo.. motif berahsia? hehehe..

Er.. eh, dah abis dah satu entry aku tulis? hehehe.. Takde la susah rupanya nak mengapdet blog ni. hahahahaha..