February 27, 2010

Kronisme...

Mari aku cerita satu cerita 'DI OFIS' saduran Sekapal.

Pada suatu masa dahulu, ada satu geng di opis ni. Ramai yg terpaku dengan meraka ini. Kebanyakan kami nampak mereka sebagai sangat cool dan haippening sebab diorang ni set yang kerja, kerja jugak, tapi... diorg yg menjadikan kehidupan di opis ini penuh dgn fun, fun and fun without the sun . Boss geng ini dikenali sebagai Mr.T.

Mr. T, mula mengumpulkan rakan2nya setelah dia pulang dari training di US. Balik dari sana dia memang terasa best gilerk ah!

Dalam group Mr. T ni, ada assistant utamanya, Miss J (ini bukan MizJ sengetians ye..!). Dan kemudian Mr. T mula mendapat lebih ramai pengikut, satu demi satu bebudak yg baru masuk, yg suka fun fun ni, jadi geng dia. Termasuklah Mr.Don, Mr.Ant, Miss Jo, dan ramai la lagi Mr. dan Ms. (tetapi bukan Mrs.). Setiap pagi lepas abis waktu kerja, Mr.T akan buat round, tengok ahli2nye, borak kekuat, gelak gembira2 dan suka2 suki2.

Diorg ni memang terer buat org lain rasa intimidated, dan rasa cam sooo un-cool. Sesapa yg rasa uncool bila tak dihampiri oleh Mr. T, akan datang mendapatkan Mr. T, dan berbaik2 dengannya dgn harapan dapat jadi salah seorang yg juga cool di opis ini.

Tapi seperti jugak artis paling popular di Malaysia (Siti, Mawi), ramai yg suka, maka ramai jugak la yg anti gila2 sebab terasa annoyed tahap gaban.

Korg boleh la imagine Mr.T ni macam Datuk Seri Anwar (sebelum kena guling). Terer bercakap, penuh karisma, semua org rasa.. ye.. dia lah yg boleh menjadi senior, memimpin kita, menjadikan tpt kerja ini fun di waktu tengah malam buta. Walaupun kerja tak seberapa tapi cara dia cakap macam dia lah yang terbest di seantero opis nih.

Jadi bila ada opening utk jawatan senior kat opis ni, Mr.T sesunggunyalah rasa dia yang paling layak. Akan tetapi walau dengan kelantangannya dan ke fefeeling terernye itu, Mr.T tidak terpilih menjadi senior. (padan muka dia, keja macam taaaa...)

Yg terpilih adalah Kak K yg memang sesungguhnya sangat annoyed dgn Mr.T yg ckp byk, keja tadak. Apabila Kak K terpilih, Mr.T mula menaburkan propaganda tentang pilih bulu yg ada di opis. Hampir kesemua kroninya memberontak. Semakin ramai yg didedahkan dengan political injustice di pejabat ni. Api mula marak. Silap sikit, kroninya yang lantang akan panas. Debat bermula dan cuba untuk tidak dipadamkan. Sesungguhnya radicality yg ditunjukkan olehnya menarik lebih ramai pengikut.

Dan ramai pengikut, bererti, bertambah ramai juga org yg menyampah dengannya. Terutamanya orang yg menyokong Kak K. Termasuk lah aku yg merupakan penyokong kuat angkat sepanduk utk Kak K. Dan oleh kerana Kak K sebenarnya memang layak naik, ramai juga ahli pejabat ni yg jenis malas nak gaduh, dan anggap kerja adalah satu perkara yg perlu dibereskan, dan bukan utk didebatkan, mula menjadi rapat... Tapi kami tidak kelihatan sebagai satu kroni. Kerana kami diam. Kami cuma nampak cam.. baik2 gitu2 je la.. Setakat pegi makan sama, share makanan sesama.. gitu2 je...

Tapi, berdasarkan trend Datuk Seri Anwar... korang boleh teka apa yang berlaku pada Mr.T sekarang. Dia buka minda negatif kroninye... dan penyokong kuatnye (Mr.Don dan Mr.Ant) mula keluar dari kampeni. Dan sebab mereka jenis yg open, loud, suka cari pasal... tercetus juga pergaduhan sesama sendiri di antara kroninye. Miss J yg menjadi penyokong kuatnye telah berselisih paham dgn Miss Jo. Dan sekarang Miss J bukan lagi kroni Mr.T. Ini membuatkan Mr.T kehilangan penyokong kuatnye dan watak yang paling loud di dalam groupnye.

Sekarang ni...apabila group Mr.T dah berpecah dan dia tidak lagi kelihatan sebagai satu entiti yang digeruni... Meja mula terputar...

Apa yg berlaku kepada kawan2 Kak K yang semakin ramai?

Ye.. sekarang kami pula di lihat sebagai pengamal kronisme di dalam opis ni. Aku boleh rasa la, bebudak opis ni nmpk kitorg sebagai grup yang loud dan berlagak.
Yes...

Tapi... kitorg mmg tak perlu berlagak.. memang anggota so-called kroni aku ni memang terer2 dlm bab keja.

Buktinye... hampir semua pernah terpilih utk training kat US, kitorg in charge buat product high revenue, dan kebanyakan daripada kitorg pernah dapat performer award. ada sorg tu pernah dapat dua kali lagi! (belagak ek ni? hahaha)

Aku tak rasa kitorg kroni yg mementingkan kawan dan mengenepikan kepentingan kerja. (atau mungkin sebab aku part of it, sbb tu aku tak rasa. haha.)
Yang bagusnye ialah, kitorg berlumba untuk menaikkan taraf masing2, dan berlumba buat benda yg best2, sebab semua org cambest. Malu la kalau tak best.

In a way, aku jadikan kronisme sebagai platform utk kitorg menjadi yang lebih baik.

Tapi... pandangan luar yg memandang kronisme kami sebagai perkara negatif, tetap tak boleh dielakkan. Ada juga remark2 takbest yg terkeluar secara sarkastik kepada kak K especially. Tapi sebab kitorg skema, memang kitorg tak kuasa nak kaver2 salah kroni sendiri. Ada yg silap, kita share knowledge. Len kali jangan buat lagi. Motif kaver2? Nak jadikan kroni sendiri bodoh?

Sebenarnya, aku lebih suka dilihat sebagai "sekumpulan manusia yang mempunyai minat dan disiplin yang sama" dan bukan kroni.

Hmmm.. tapi dengan keadaan yang berlaku sekarang, betul ke aku tak mengamalkan kronisme?
Dan... bilakah masanya kami pula akan berpecah dan digantikan oleh kroni lain?

... ini hanyalah politik di pejabat kecil yang memiliki pekerja kurang daripada 50 orang. Bagaimana organisasi yang lebih besar? Sebuah negara? Semua yang naik, boleh turun. Hanya masa yang menentukan... :)

FYI...

Kronisme merupakan bahasa malaysia, yg disadur dr bahasa inggeris, yg sebenarnya mungkin berasal dari perkataan greek.

Perkataan asal dalam bahasa Greek... chronios bermaksud long-lasting, atau tahan lama.

Dalam bahasa Inggeris, Crony membawa maksud, "a close friend especially of long standing"

Dalam bahasa melayu pulak.. bila aku rujuk kamus dewan... Kroni bermaksud "kawan atau teman yg rapat (biasanya digunakan dlm situasi negatif atau yg melibatkan kepentingan peribadi.)"

Kronisme pula memberi maksud "amalan mengutamakan atau memen­tingkan teman rapat dlm pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dsb."

kenapa dlm bahasa melayu kronisme ni terpusing jadi negatif??? hmm..