February 24, 2006

Apabila melihat ayam kena bunuh, inilah padahnya

Unghh.. dah beberapa hari aku tak online. hari selasa MC. Hari isnin haritu aku cuti sbb antar adik kesayangan aku masuk asrama. Dahhh masuk asrama adik aku tu, rasa cam baru haritu je aku tgk dia kat sepital masa baru dilahirkan. iskk.. Sebenarnya aku tadi dah prepare nak tulis pasal adik aku ni, tapi ntah kenapa setiap satu baris yg aku tulis, dada aku sebak. Makin byk yg aku tulis, makin byk plak air mata yg meleleh. Maka kesimpulannya, mmg tak boleh jadi, kira kensel aku nak tulis pasal dia, karang tak pasal2 tersedu2 aku nangeh kat sini... eheh.

Anyway, rasanya skrg ni mmg ramai yg tak sihat. Dan ingatlah, sekiranya anda berada dalam jarak yg dekat dgn tpt2 yg dikirakan sebagai kawasan hitam selsema burong, sila lah pergi ke klenet utk dapatkan suntikan vaksin bagi memastikan anda tidak akan dijangkiti selsema burong. Kesian aku tgk ayam2 kena bunuh semata2 sbb diorg tu boleh jadik pembawak penyakit.

Sebenarnya kita sebagai manusia ni sepatutnya sungguhhh bersyukur, sebeso mana pun kuman yg kita bawak, betapa terrernya pun kita menyebarkan penyakit, masih lagi manusia takkan dibunuh cam ayam2. Kalau nak dikirakan bertebaran manusia yg membawak penyakit.

Termasuklah aku yg tak abih2 batuk siang malam pagi petang nih. Sekali aku batuk, org2 yg ada di sekeliling aku semuanya akan mendapat dedahan kepada bakteria yg menjangkiti aku. Pastu silap2 diorg plakk yg kena batuk2 cam aku. Tu la, kalau la kata aku ni ayam, mmg dah lama kena sembelih nih. hehe

Tapi boleh gak diberikan alasan, ala, batuk tu benda kecik, jangkit pun tak membawak maut, takpe la kalu menjangkit pun. Takyah la nak bunuh si sekapal tuh. Acamna plak dgn penyakit2 yg mmg boleh membawa maut? Contohnya macam penyakit AIDS. Ntah berapa byk bertebarnya pembawa HIV yg ada di sekeliling kita ni.
Skrg ni dah la zaman seks bebas, di mana sesiapa yg sudah berumur tapi masih lagi belum mengalami pengalaman seks dikatakan sebagai tak trendy gituu.. ahaha, macam kat negara omputeh dah kita skrg ni. *mana taknya, lesbian dan gay pun kemain byk lagik <-- mengata diri sendiri*Ha... balik kepada isu yg aku memainkan tadi, pembawa HIV takde plak dibunuh, siap di jaga dengan baik lagi. Cuba bayangkan kalau ayam bawak virus yg membawa maut, sure kena bedal la. Sama gak mcm babi yg bawak virus JE, habis semua kena bunuh.

Hmm.. mungkin manusia jugak boleh lagi bagi alasan, w/pun org yg bawak HIV ada, tapi toksah la buat apa2 hubungan dgn dia. Nescaya takkan menjangkit punye! Sapa yg buat tu mmg mencari nahas le kan. Tapi camna plak dgn pembawak penyakit kanser paru2 yg mmg jumlahnya jawoohhhh lebih byk dr pembawa HIV. Bolehkah anda mengelak dari menghidu asap rokok? Boleh, tapi bukannya mudah la. Dah la baru2 ni aku terbaca pasal potensi utk mendapat kanser peparu utk perokok pasif pun adalah tinggi. Dan takde la plak perokok kena salai cam ayam. Yg kena gantung cumalah penagih dadah.

Maka dengan ini bolehlah disimpulkan bahawa, kita manusia ni beruntung. W/pun membawak penyakit, tapi tetap tak disalai beramai2 cam ayam yg bawak penyakit selsema burong. Dan jugak boleh disimpulkan bahawa, pengedar dadah yg sabit kesalahan, samalah dgn ayam yg bawak kuman selsema. Berhati2 lah ketika melintas jalan raya ye..

February 15, 2006

Adalah telah menjadi kemakluman bagi setiap orang yg bahawasanya kaum wanita itu perlulah hidup dalam keadaan penuh kesopanan dan jugak kesusilaan. Kiranya, kita sebagai org timur ni meletakkan byk kriteria la utk membolehkan seorang perempuan tu menjadi insan yg kengkonon katanya penuh dgn ciri2 keperempuanan. huhu. Contohnya cam org pompuan kena lah pakai baju yg kelernya matching, rambut ala2 tersisir rapi, muka tidak berminyak, cakap pelan2 taknak org dengar, gelak tetutup molot, mkn pun takleh bebanyak dan pendek kata, penuh dgn sifat aisehmen malu2 lah!

Sekali pandang mmg lah kita akan rasa cam 'Wah bestnya perempuan ini, sungguh seronok kalau buleh buat dia jadik gelpren.' Setiap manusia akan mudah tertarik dgn bebenda yg kelihatannya sungguh cantik, ala2 perfecto dan jugak mencairkan hati yg gatal. Tapi bagi aku itu adalah tarikan pada pandangan pertama, dan jugak pada awal2 perhubungan time tgh hangat2, di mana kesensitifan hidung adalah sungguh berkurangan.

kalau cam aku la, lelama dgn org yg terlalu mengawal diri sesangat sure aku leh jadik sesak napas. Byk masalah yg akan timbul...
  • Sampai bila dia nak hidup dgn muka tak berminyak? Kalau muka dah berminyak nnt cantik kah dia?
  • Takkan lah aku je nak jadik DBKL tukang memperabih mknn dia sbb dia terlalu mengawal diri dgn mkn seciput shj, sbb mkn bbnyk tak elok dan menggemukkan?
  • Boleh tahan ke aku bila aku buat lawak dia hanya menutup mulutnya dan tergenyum (gelak sikit senyum byk) penuh kesopanan? Tak ke nnt aku rasa cam lawak aku tak mencecah tarap profesyenal?? Oh no, i kennot!
  • Adakah aku mampu menahan nafsu aku utk mkn dan melepak kat kedai mamak semata2 atas alasan dia lepak kedai mamak adalah sooo not feminine?
  • Sanggupkah aku melayan dia memilih pakaian/aksesori/mekap/kasut selama berhari2 dan berejam2 semata2 sbb dia tak jumpa yg cukup feminine utk dirinya?
Adoi... mmg aku tak boleh berkapel dgn insan yg terlalu feminin. Tapi jgn mudah terasa plak, ayat2 aku kat atas tu bukan ditujukan oleh kesemua insan feminin yg ada kat dunia ni. Mmg tak semua org macam yg aku tulis kat atas tu..
Cumanya, aku sungguh2 turned on dgn perempuan yg masih mengekalkan ciri2 kefemininannya, dan dalam masa yg sama, tidak malu utk mengekspresi diri, minat, hobi, lawak jenaka dan jugak makanan kegemaran.

Ahh... pokok pangkalnya, tak guna kontrol sana sini dan menunjukkan kebaikan diri, kalau kita sendiri masih tercari2 diri yg sebenar.

Apakah kepentingan mempunyai kawan/partner yg berkongsi nilai yg sama?

What is the importance of having friends and partner who shares same value?
We are only human with different agenda and different objective/s in life. It is a fact of life and we comply. I don’t know what is the actually the initiator of this idea that I am writing but it has something to do with my work. Need no further explanation.

Sometimes we find that ourselves are truly attracted to someone, most of the time the attraction is definitely physical attraction. After a session of "woo"ing each other, let say we manage to get that person what not. First trimester (sounds a bit like midwifery thingy isn’t it?) would be great. We just can’t have enough of each other and we are extremely confident and at the peak of optimism that we can go through whatever challenge that will come up. What will happen after, let say one year? I know the spark will still be there but what if you know that you are a different type of person and your partner is completely a different one.

Check this out .......
You are a very “tak kisah” type of person and you never care about what other people are thinking about you, as long as you know that you are doing the right thing. While your partner is someone who wants to appear very “good, mcm bagus” in front of other people but deep in the heart, with evil (OK evil is a bit too much) or bad intention. Once or 10 times, it wont be an issue definitely; but what if it happens everyday? Worse, almost every hour of your life? Can you be satisfied just with great “sex” or great “look”? This is not about opinion or appearance or even preference, this is about value. Its about “niat”. The deepest part of us.

I’ve encountered one or two myself. They are not bad people but they always have something in their heart which is “not clean” for me. Dirty? Not dirty, just not clean. It could be something positive somehow but that person just didn’t have that. It is good to take something as challenge in our life. It is very positive, very constructive, provided that you take it positively. Without challenge, we wont improve. But what with this “I have to show that I can be better than that person that person, I’ll own more money and everything (apa haram entah) and don’t think that he/she will be better forever… and bla bla bla”. For me this is very negative, when they can take it very positively, like “I will be like her/him with money, power and everything, I can be as good as others, I can have better life” Even in Islamic teaching, we have to always want to improve and keep improving but with a very clean “niat”. You don’t have to show that to that particular one person. Just do whatever you want and by all mean, challenge yourself. Most probably you can be much better compare to that one person. This is what I define as value and “niat”. (with this I remind myself as well)

It doesn’t matter if we are different. Mana ada org yg identical kat dunia ni. It doesn’t matter if we have different hobby, different personality and different preference, as long as we share the same value in life. Cheers !!!

-ChefD with her two cents-

February 10, 2006

mengkupas bahasa melayu yg tak betul bersama dgnku

Huarghhh.. Selamat Hari Jumaat semua.. Esok cuti yeay! Tapi aku takleh cuti la plak, sabtu dgn ahad ni kena pi buat keja2 bodo. Dah lah replacement leave takde. Tak aci! Tapi nasib baik la tak sampai ke mlm, kalau kena sampai malam, mmg tiada ertinya kehidupan ini. ececehh.. Hari ni aku nak cerita pasal belajar bahasa melayu yg tidak berapa betul.

Masa belajar dulu, kita semua ada che'egu ajar pasal kata berganda. Ada gandaan berima, gandaan berulang, gandaan berganda-ganda (eh, ada ke), dan tah pape tah lagi yg che'egu BM melalut kat depan kelas (Kesian che'egu BM aku, penat dia ajar, last2 aku bikin rosak bahasa melayu, sungguh kurang sopan aku ini. hehe). OK, berbalik kepada kata gandaan tadi, sebenarnya Bahasa Melayu ni menggandanya tu takde la sepower cam bahasa arab. Sbb bahasa arab dia ada utk dua objek dan juga utk objek yg lebih drpd dua. Kita org melayu ni, bila dah digandakan, kompom lah objek tu lebih drpd dua...

Kalau lah.... bahasa melayu pun mendefinisikan objek dgn penambahan kata ganda sebagai dua sahaja, agaknya camna la kita nak menggandakan objek2 tu kalau dia adalah lebih drpd 2...?

1= Gunung
2 = Gunung-ganang
>2 = Banyaknyaaa gunung

1= Batu
2 = batu -batan
>2 = batu bertan-tan

1 = buah
2 = buah-buahan
>2 = buah berbuah-buah

1=Kuih
2=Kuih-muih
>2= Kuih-kuihan di dlm pinggan

1= buku
2= buku-buku
>2= buku ber-rak-rak

1=haiwan
2=haiwan-haiwan
>2=haiwan dizoo

aiyoh, i can go ferever la camni. Kesimpulannya, biar lah kita bahasa melayu ni hanya ada gandaan satu dan banyak sahaja. Sekian hasil penulisan poyo sekapal di tghari jumaat yg megkebulurkan...

February 8, 2006

Kemain byk lagi cenel radio baru yg ada skrg ni ye. panas panass!!

huarghhh!! ngantuk. Mmg bosan kena dok opis time lunch. Tapi lagi bosan kalau kena kuar gi mkn dgn insan2 stret yg tak best! hahah (macam la semua org yg senget tu best!! bluekkk!!) hehe..

Anyway, skrg ni aku nak cerita pasal benda yg mmg hangat la kengkononnya di pasaran iaitu pasal Hot.fm. Frankly speaking aku mmg sungguh gembira dan ceria sbb setiap pagi aku dapat mendengar celoteh Fara Fuzana yg skrg ni ada di radio tetiap pagi dr kol 6 sampai kol 10. huhuuu!! Punya layan si Fara Fauzana ni sampaikan project meeting aku pagi tadi pun siap ada tempias2 minah ni. Dan tidak ku sangka akak HOD aku yg mmg sesungguhnya masih bujang itu pun minat kat FF. Hehehe.. kiranya part minat kat FF tu kitorg sekapal la. Tapi kapal senget... mungkin tidak kot. heh.

So, skrg ni mmg la byk radio yg mencanak2 naik. Smpaikan ada opismate aku yg sorg tu siap mintak aku tlg tanyakan kat sorg kawan aku yg DJ di sebuah radio, camna nak jadik DJ. Lawak tol la. Tak sangka skrg ramainyaaa yg nak jadik DJ. Berbalik pasal radio yg bertimbun2 muncul skrg ni. Awal bulan satu haritu naik Suria.fm, pasru bulan 2 ni plak Hot.fm. Sblm2 tu ada byk lagi la radio2 yg berkumandang di udara Malaysia. Ada yg boleh didengar di seluruh negara, tak kurang juga yg hanya serve telinga2 org2 di kawasan tertentu sahaja. Cuma satu je la yg aku nak sampaikan hasrat hati kat sini... Byk2 radio, takde ke yg nak memuaskan telinga2 kita2 golongan senget nih? hehehe..

Sbb aku rasa kat internet ada jugak radio gay.fm (ini klu aku tak silap la..) bila lagi malaysia nak ada radio yg berala2 kesengetan? Tapi pikir lak balik, kalau radio senget nak cerita pasal apa? Bubuh bebenda ni boleh kot...
- Lagu2 yg dinyanyikan oleh artis senget cam Melissa Etheridge, KD Lang
- Lagu2 yg diminati oleh org2 senget.. (lagu apa??? sure byk giler!)
- Lagu2 yg keluar kat The L Word dan jugak segala mala cerita senget yg ada
- Iklan pasal forum/circles/blog org senget yg ada kat Malaysia
- Review pasal buku, filem, drama senget
- Gossip senget yg panass panasss
- Ruangan berkenalan dan mencari pasangan (ala2 mekar sejambak gituu)

hehe.. cheh! byk gak yg boleh diisikan kalau kita ada satu radio utk org2 senget.. kan?
Ada sesapa byg terasa byk duit, jom kita bukak satu stesen radio yg logik kalau diberi nama senget.fm. boleh gitu? haha

February 6, 2006

What is friendship and what are friends

Hari Isnin seperti biasa, hari e mail saya akan tertimbun timbun dgn apa apa entah maklumat dari dlm opis, luar opis dlm negara atau luar negara… (mcm best sebenarnyer sbb opis ni ada kat luar negara …bukan personal, nak harap personal dari luar negara…. saya tak le sebest tu)

Mmg hari ini tak syiok sbb Monday tapi saya rasa sungguh syiok sbb dua org kwn dari Sydney kembali ker opis. Masa kat sana dulu byk aktiviti saya buat dgn dua org ni. Sampai sini diorang masih kat sana, rindu kat diorang, tapi skrg diorang dah balik. Best sgt. Sya tahu mereka tak baca blog ni tapi saya just nak beritahu “ W** L** dan C******, I am so happy that you are back in the office. You are among my best workmate and my best friends. I love you both guys. Hari ini ditengah tengah kesibukan keje dan kemenyampahan kpd beberapa isu tpt keje, tetiba saya terasa long lost friendship yg kami ada dulu. Masa dedulu semua kami baru lagi kat tpt ni. Kami semua training sesame, walaupun a few dah senior masa tu. We enjoyed ourselves so much. We were close friends in the office. We celebrate birthdays together, this small group of friends knows sekapal and they accept me as I am. Yeah the senget me. They are good with my partner and I am very happy for that. After a while, some of us got promoted and the fellowship just gradually breaking off to pieces. Not that there were jealous, but because some of us are really busy and they feel like we are “fraternizing with the enemy”. Its not that friends. It’s our job. It was stated in our new JD and as an employee, we have to follow our JD or they’ll sack us.

Sometimes I just wish that they understand how we feel to deal with you friends as our subordinates. I know I shouldn’t say this but I want all of you to know that its not nice to give some instructions to my own friends, see. But yeah, work is work, we are working and work is work. Some can take it slowly and they are better now since they can see but for some who cant see, we can’t do anything. We are trying our best, but to be fair is to be fair when it comes to work.

I know that they are not reading this blog but L***, A***, C******, S***, P*******, P***, S****, D***l, W**L**, K******, R******, A*****. I just want to say that you guys keep me happy at work and I love all of you.

Special for A*****, even now you are not one of those who manage, I still honor you as one of the best TL. I respect your decision and I am happy for you. Yeah, your health is the most important thing and I wish you happiness.

D*** yg baru beli kereta baru yg vogue, nnt I nak naik kereta you tau. Jgn lupa tu.

S****, L***, R*****, yeah hopefully we’ll help each others out and we’ll work things out together, hopefully better.
Pals, you give me strength day after day. I am happy just to see you around.

-chefD yg nostalgik sikit hari nih-

February 2, 2006

Aku yg sudah menulis kembali. yeay utk aku!

Wah wah wah!! Mmg giler lama aku tak menulis sendiri dlm blog nih. Nasib baik ada penulis jemputan. ChefD mmg hebat! Siap ada peminat lagi. Aku menghilang lama bukannya apa, la ni internet kemain susah lagi nak dpt kat opis nih. Tambah2 plak dgn kesibukan aku mengarau kat 'sengetians' tu, so masa aku utk mengupload blog adalah amat terhad. Tapi aku ada dah upload blog dgn terlewat. Kat bwh tu bbrp tulisan yg aku tulis di masa kebosanan dan baru je sempat diupload. Kalau korg rajin nak baca, pegi la baca. Kalau rasa aku ni mimpi ngeri di siang hari.. hehehe... kawosss la korg, aku dah menulis semula..

Byk benda yg berlaku smenjak aku last update blog haritu tapi kalau aku nak uwar2kan satu persatu, alamatnya, jenuh la plak aku nak menulis. Anyway, baru sat2ni gelpren aku sudah tipon, dan dia sudah mau balik dr opis, aku ni pun gamaknya kena balik la... esok la jugak jawabnya aku mengapdet blog betul2 realtime punya.

Ucapan terakhir, selamat menyambut tahun baru 1427H..
Hijrah itu pengorbanan. Tapi bukan senang nak berhijrah yg memerlukan pengorbanan. tckk!

Kawin lagi dan lagi. Semua org sebuk pasal kawin...

Ntah kenapa harini aku tergatal telinga plak nak mendengo satu 'talk' pasal poligami. heh heh heh.. Kelako sungguh mendengarnya. Mmg apa yg dinyatakan oleh 'talker' tu betul dan aku terima, tapi kengkadang ni cara penyampaiannya membuatkan aku rasa cam.. ler.. diorg ni bersungguh2 cari bukti2 sejarah pasal betapa ramainya umat lelaki yg berkahwin lebih drpd satu. Tapi agak2nya la, cuba kita tanya pasal sejarah wanita2 yg sanggup berkorban demi suami/buipren/bapak.. adakah diorg tu tau? heheh.. biasalah tuu. Kalau tak berminat utk dimanipulasikan, takkan la diorg nak amik tau. Betul tak?



Kita selalu mengingatkan diri sendiri, bahawa kalau nak kawin lebih dari satu, seorg lelaki tu mestilah mampu. Mampu menanggung nafkah zahir dan batin. Dan biasanya menanggung nakfah zahir tu ada perit sket la utk lelaki2 yg bekerja cam besa2 dan jugak berhutang utk beli kereta. hehe. So, kita selalu ingat yg lelaki berkahwin lebih drpd satu ni, kalau tak berapa mampu bagi nafkah material, musti akan mengalami sedikuit kesempitan. Or is it??



Pada pendapat aku, skrg ni situasi bukan camtu lagi. Aku sangat2 percaya bahawa, kebanyakan lelaki yg berpendapatan sederhana berkahwin lebih drpd satu utk membantu meningkatkan taraf pendapatan mereka? Ada yg tak setuju dgn pendapat aku? Meh aku buktikan teori aku ini sebenarnya boleh digunapakai.



Skrg ni, kaum wanita yg bekerja hebat2 mmg mencanak2 jumlahnya, sebanyak jumlah bulu kucing aku yg gugur. Dan mmg majoriti wanita2 yg berkarier ni belum kahwin. Sebabnya, samada malas nak kahwin, ataupun dah terlajak dan tak koser nak carik calon suami (sbb sibuk sgt bekerja), ataupun cam kita2 ni ler.. dah jadik senget (instead of ada suami, ada gelpren lagi gituu). Fakta ramai wanita berkarier, berumur dan bujang ni mmg pernah jadik isu hangat yg dibincangkan di sokkabo2 tempatan, yg juga merupakan isu menggalakkan poligami utk mengurangkan jumlah so-called ANakDARaTUa ni (iye ke anak dara???).



So, kat Malaysia ni mmg ramai lelaki yg pandai mengayat. Tanpa mengira bangsa, taraf hidup dan jugak daya intelek. Kalau yg jenis kuat mengayat tu, senang je buat pompuan cair. Dan, pompuan yg berkarier hebat ni, biasanya mmg tak memandang rupa, status perkahwinan, maupun harta dlm bab memilih suami. Asalkan cam baik, boleh senangkan hati, dan mampu menjadi teman di hari tua, sudah kira cukup la.

Maka mmg lah akan ada wanita2 kayo ni yg jadik isteri kedua. Dan sbb dia kayo, sebenarnya secara tak langsung sang suami pun tumpang semangkuk jugak harta benda isteri kedua tu. Jadi bila ada second income, boleh lah dia gunakan duitnya lebih sket utk tanggung family dari isteri pertama.

Aku pun dah pernah jumpa dia tiga kes yg mana sang suami kelihatan lebih senang dr segi kewangan setelah dia berkahwin baru. mmg ada aku pernah dengar isteri kedua tu menanggung belanja persekolahan anak tirinya. Fascinating! Dan kita takleh nak salahkan sang isteri kedua tu, sbb kita kena paham, setiap manusia ada keingingan dan kehendak utk berpasangan, paling2 pun ada org yg boleh buat bergantung dan jugak boleh menemankan kita di hari2 kwsp. Lagipun kalau agama korg kata poligami tu tak salah, why not.

Tapi kalau pompuan senget lain cerita la.. Itu dah kes buang buku. Sebenarnya dah kawin, dan dah dipenuhi kehendak utk berpasangan dan jugak kehendak2 lain yg mengada2 nak menempel. Maka kalau ada lelaki yg nak mengahwini pompuan utk dijadikan isteri yg nombornya lebih drpd satu dgn tujuan utk mengurangkan jumlah andartu di Malaysia ni, tanya2 la dulu kat pompuan tu. Karang tak pasal2, awak balik umah isteri pertama, isteri plak bawak balik pompuan lain balik. Baru haruuu! haha

Mencari rezeki halal??!

Semalam aku dok membaca2 sokkabo yg ada terlepek kat atas meja kat umah aku. Berita muka hadapan sokkabo tu menceritakan pasal ribuan ompompuan di Malaysia ni yg bekerja sebagai tukang urut dan memperolehi pendapatan sehingga mencecah RM6K sebulan. Pergh.. mmg best. Keja cuma mengurut je.

Yg aku baca semalam ada dlm 4 jenis urutan yg ditulih kat sokkabo Kosmo tu, urutan tpt2 pilihan, urut satu badan, urut tapak kaki dan jugak urut alatan kesulitan. Dan setiap satu jenis urutan tu, harganya dr lbh krg RM20-RM100. Tukang urut plak akan diberi komisen dlm 50% dan boleh mencecah 100% kalau urut tpt2 yg best2..

Sekali pandang kita tgk benda macam ni mmg satu perkara yg boleh memalukan. Apatah lagi kaum wanita yg terlibat utk mengurut tu terdiri dr mereka yg tak pass peksa, sehinggalah yg lulusan universiti. Mmg kita akan lihat benda ni macam satu disgrace utk masayarakat Malaysia. Sebab duit... sanggup diorg tu mengurut2. ish ish ish.

Tapi kalau dipikir2 balik, bagi aku takde masalahnya kalau nak cari duit dgn cara ni. Sbb bukannya org tu mencuri, meragut, merompak... diorg tu urut dan kemudiannya diupah atas servis yg diberikan. Dan servis yg diberikan tu bukannya seks. W/pun ada la bau2 seks dr jauh tapi yg penting, ini bukan perkhidmatan seks. (Tapi kalau yg nak bagi seks tu, takleh nak kata apa la).

Aku ni menulis bagi pihak yg mmg bebetul mengurut. Apa salahnya diorg cari rezeki. bayangkan la kalau satu hari ada 10 klien. Pastu satu klien diorg dapat upah purata dalam, toksah byk la, RM10 shj. Buatnya keja 22 hari?? Tak ke dah dapat RM2200 sebulan. Sapa nak bagi? Paling2 duit tu boleh buat tanggung anak2 pegi sekolah, bagi kat mak bapak dan jugak pegi shopping kat MNG (para2 awek mmg suka shopping kat MNG, kan kan.. muahaha)

Maka dgn ini aku menyeru kepada mereka yg ada rasa nak pandang serong kat org2 camtu, pikir la byk2 kali. Dalam dunia serba materialistik ini, di mana sarapan pagi yg paling murah bernilai singgit dan bukannya doposen, ramai org boleh melakukan apa yg tidak bercanggah dgn prinsip hidupnya utk mencari rezeki. Toksah la kutuk diorg tu. Tapi kalau ada sesapa plak yg lain yg walaupun dia keja menteri mentera, tapi dia menyusahkan hidup korg, sila lah kutuk... hahaha..

February 1, 2006

Bujang dua hari..

Cik sekapal tengah drive, on the way dari rumah dia nak balik KL. Utk dua hari saya jadik org bujang. Family saya dtg hari sabtu hingga Isnin. Bawa adik ipar baru saya ziarah rumah sedara mara saya yg di KL. Lepas diorang balik saya pergi ke rumah Is dgn Anne. Diorang kesian tgk saya sensorang dan invite saya bermlm kat rumah diorang.
Is, Anne, TQ sbb jemput saya dan layan saya yg super merapu nih. Akhirnyer Is dgn Anne menemui jln utk sama sama memilih furniture rumah baru mereka. Suka saya tgk mereka sama sama puas hati. Sbb before this mereka ada beritahu saya yg mereka mempunyai taste yg berbeza. Is akan go for “carved heavy wooden” type of furniture dan Anne akan go for “ikea, contemporary” type of furniture. But finally diorang dpt jugak yg diorang sama sama berkenan. Dari bedroom sampai ke sofa. Dari air muka diorang, aku tahu diorang happy dgn furniture tu, sama sama suka. As a friend, I am more than happy for both of you. Tunggu house warming party je nih. Ehhehhehe.

Sebut pasal house warming party, teringat pulak saya ke cik lily lotus. Dulu dia ada sebut pasal nasik lemak yg saya masak masa Isrockstar dgn dia dtg ke rumah saya. Masa tu kami reramai jumpa. uL, Is dan anne, pires, isrockstar, lily, kapal dan saya. Lepas tu lepak jap rumah saya tgk “saving face” kalau tak silap. Pires ada hal masa tu tak dpt proceed ke rumah kami berdua. Takper, lain kali nnt saya jemput semua dtg mkn di rumah, saya akan buat nasik lemak mcm hari tu lah yer cik lily. Nnt buleh la dtg. Dan ingat nak jugak ajak sesapa lagilah yg sudi nak jumpa kami ni. Boleh la kiter berkenalan dan harap harap dpt menjadi kawan.