October 26, 2011

A glimpse of you
Reminded me what air is supposed to do

I'm breathless, yet so calm

October 13, 2011

Gathering 2011

Wah, akhirnya tamatlah sudah gathering 2011 yg telah dipikirkan dan diusahakan oleh Payid beserta konco2nya iaitu cik gf payid, rozek dan partner, serta AJK cenderahati sengetians seumur hidup iaitu cik cik Semut. sapa sakit naik atas. atas apa tatau.

Secara keseluruhannya saya sangat gumbira dgn gathering tersebut. Seperti biasa, utk aku, gathering sengetians adalah utk bersua muka dgn kengkawan yg baru dan jugak yang lama, juga yg selalu jumpa time open house, tapi dlm keadaan yang lebih selesa. Lebih selesa kerana tak perlu masak, tak perlu kemas katil lepas tido, dan tak perlu nak kontrol2 kesengetan sesangat.

Utk gathering 2011 ini, first impression, ialah saya sangat impressed dgn cenderahati yg diberikan kepada peserta sebaik sahaja kami melangkah masuk ke resort tersebut. Gudibeg yg gagah, bandana berwarna-warni, coaster berjenama sendirik, dan juga pamphlet event yg menggiurkan. Tapi dlm byk2 tu, pamphlet tu la yg paling impressive. Kerana apabila korg selak bahagian "tokei dan boss berkata-kata" muka ai di situ sepertinya sangat fotogenik okeh! Ada yg tak pecaya kerana ai kelihatan sangat hensem di situ (perasan much?!). haha.. Mekasih kepada sesiapa yg mengphotoshop muka ai. Like byk kali!!!

Kemudian sesi urut2 belakang dan tulis2 pinggan pun jugak menarik. Dan mungkin lebih menarik kalau ada mihun goreng yg leh di makan di pinggan tersebut. (makan aje..).

Walaubagaimanapun the perk of the event sudah semestinya la acara gLee club. haha..persembahan nyanyian lagu2 sekolah rendah. Masa tu la nak celen koreografi masing yang tak kurang hebatnya. Apa2pun, yg penting biru muda mmg best. Sbb bukan sahaja kami ada koreografi dan nyanyian, tetapi juga ada lakonan. Ingat senang ke nak casting makcik eskacang sama adik2 pembeli? Kena ada ujibakat dulu wo! Dan rasanya, kalau lagu ada banyak, konfem kitorg leh bikin cerita ala2 Magika. haha.. perasan itu mesti.

Dan acara bersukaneka di siang hari tu. Ai yg memiliki koordinasi tangan dan mata dan kaki yg fail, mmg sah2 la malas nk bersukan kan. Tunggu masa nk terjun sungai aje katanya. Nasib baik la dapat jejak kaki kat air2. Basah sesikit pun jaadilah, daripada tak basah langsung. haha

Akhir sekali, upacara penyampaian hadiah dan anugerah tu memang sangat mengharukan. Setinggi2 penghargaan kepada para gogonizer dan juga penaja2 hadiah di atas usaha gigih anda memberi pengiktirafan kepada kengkawan yg unik di antara kita. Dan sungguh tak disangka2 adalah anugerah wargamas yg diberikan kepada aku.

Masa dapat mic tu aku dah cam dem, kang leleh kang. Mungkin kalau lagi 30 saat aku berdiri kat situ, mmg insyaAllah hujan. Terharu gitu.. T_T. Dan sekarang plak hikmat tu telah selamat aku simpan kat gobok kaca umah.

Tetiba Boo tanya... "Kang kalau mak datang, mak tanya, u nk jawab apa?"
Jawapannya, kita tunggu bila masa itu tiba. Skang ai malas nak pikior. bleh?

Apa2pun, gathering ni memang berjaya mengekalkan keseronokan dan kebestan Gathering Sengetians yang sebelum ni. Dan rata2 komen yg aku dengar ialah masing2 tak cukup masa untuk berborak dan bersantai dengan lebih lama lagi. Mungkinkah utk tahun depan kita kena bikin selama 3 hari 2 malam? Takpe2, simpan dulu eksaited. Tahun depan kita pikior.

All in all... gathering fun times utk breakaway dan masuk ke dalam kawasan yg majoriti adalah org2 senget. Motif sangat kalau tak like kan?

October 5, 2011

I dont wanna be lonely katanya

Aku memang manusia yg takleh tak berkapel. Rasa cam kalau sensorg macam kosong gile, dan takde sesapa yg bagi second opinion. Sbb aku ni tak berapa reti nak buat decision. So kalau takde partner, nak makan kat mana pun jadi isu utk diri sendiri.. sbb aku takleh decide nk mkn kat mana. Hampeh sgt kan.

So, sememang2nya aku tabik spring kat org yg boleh kekal single. I'm not saying being single is not a good thing. Its great actually. Sbb org single pandai berdikari. Kalau aku ni, aku berkapel bukan sbb aku nak jaga orang, tapi hakikatnya aku nak ada org yg jaga aku, dan tolong buat keputusan bagi pihak aku.

Kenapa tetiba teringat nak tulis pasal single mingle ni... Aku tetiba teringat, gathering bakal nk tiba ujung mggu ni. Teringat masa buat gathering yg ke-2. Masa tu aku baru je clash dgn gelpren lama. Gila jadi bodoh tak reti dan tak tau nak buat apa. Nak bajet makanan byk mana, dan macam2 hal miscellaneous yg aku tak reti nak decide. Nasib baik la masa tu ada kawan2 yg menolong. Kalau nk harapkan aku sorg, mmg konfem lah gathering tak jadi. Sbb aku akan terus2an muram dan merundum seperti awan yg nak ujan tapi tak ujan2. huhu

Dan sementelah terpikir pasal kes menyingle ni, punya la hopeless aku ni, setelah dikira2 balik, berapa bulan je aku pernah menyingle dlm sela selepas clash.

Lepas clash dgn first ex, aku takde masa single. Sbb aku mencurang. haha...
Lepas clash dgn yg ke-2, menyingle ada la dlm dua tiga minggu... sbb lepas tu ada fling2. kes ala2 rebound gitu.
Pastu bosan dgn fling2 yg tak ke mana, single la dlm sebulan lebih, sblm mengambil keputusan utk memasukkan diri dlm relationship seterusnya.

Kengkadang rasa mmg tapape, takleh ke aku dok berdikari dan mengambil kesempatan utk flirt sebanyak2nya sementara masih single. haish...

Tapi ini takde la bermaksud aku nak menjadi single kembali. Gile nk lepaskan yg skang ni? Hidup ai lengkap zahir batin kekdahnya. Aaamin!