September 29, 2009

8 hari di hari raya...

Adeh... raya ke 8... dah masuk keja. Malas tak terkira nak membukak mata di memalam buta ni. Cik boo pun sedap je tido kat umah mlm ni. Isk. jelesnye dgn org yg leh tido memalam.

Ho... apdet pasal raya. Tahun ni first time aku beraya kat umah mak/abah, dan bukan kat umah atok. Raya tahun lepas atok kembali ke Rahmatullah, maka kali ni, semua org beraya dgn kelorge nukleus memasing aje.

Anyway, sbb beraya kat umah sendrik, maka dapat la buat aktiviti sendrik. Raya ke 1, semayang raya, makan2 aidilfitri, dan pastu, melangak depan tv tunggu muzikal raya yg tak muncul2. So, sbb kebosanan, maka baik la tidur sahaja. Org beraya pun tak ramai, so, mak takde la marah kalau tido kan. hahaha... Dah time petang tu, kami sekelorga beraya kat keluarga belah Abah, yg memang selalu terabaii kalau berkumpul kat umah atok pada raya2 sebelumnye. hihi...
Raya ke 2, mak tambah menu, sbb ada ramai adik badiknye nak dtg umah. Kitorg buat beryani gamm, yg mmg almaklum licin sesudah tamatnya hari raya kedua itu.

Raya ke 3, balik la ke umah atok, pegi melawat pusara arwah atok dan tok ayah. Pagi raya keempat tu pulak ada la tahlil kecil2an, lepas tu kitorg pun terus bercuti2 raya ke Melaka. So, gambo raya tahun ni, mmg kat depan kota A-famosa.. bley? Cam rasa kelako pun ada gak. Tapi yg penting hapy. Aku pun taktau, skang ni suka gile pi Melaka. Sampaikan smlm bila aku mencadangkan utk berjenjalan ke melaka, cik J berkata, dan aku quote..."U ni, asyik melaka je"..
Macam la dia join time kitorg lepak kat Melaka haritu kan?
Betul ke tidak? (ulang 3 kali macam Datin Wan Abe...)

Kat melaka jugak, aku ajak boo dtg. Maka 'beraya' la kami bersama. hehe.. Sungguh pedih rasanya jauh dgn dia. Aku balik ke kg one day before raya, hari raya ke 4 dah jumpa balik dah. Raya ke 5 aku dah balik kl dgn dia.

Raya ke 6... nak cari kayu... nak cari kayu... hehehe... jumpa kayu. Rumahnye je lom siap lagik. Semangat2!! Tah bila la ada masa nak membuat reban kucingku...

Raya ke 7, aku dah buat makan2 raya kecil2an. Tetiba rasa ilang stress bila dah ajak kengkawan makan raya. Takde sapa nak tanya, rumah kau bila lagi. hehe. Kan best tu.
Macam tahun lepas, takde sape nak tanya. The year before that mmg sangat sedikit kekdahnye org yg aku jemput. Boleh dikira dgn jari tangan sahaja. Dan timekasih kepada catering percuma yg mensedekahkan makanan pada mlm itu. Licin nampaknye ek. hehehehe... Another one of your successful projects gitu.

Korg yg tido kat umah mlm tadi. Mahap sesangat sbb tuan rumah bantai tido sampai tak tejaga nak bukak pintu. Nnt kita panaskan umah org lain plak ek...

All in all... (lack of moral sungguh penulisan aku ni), mmg Raya tahun ni tak sama sungguh dengan yg sebelum2nye. (err.. except for raya tahun lepas yg mmg so takmau experience lagik). Tak join marhaban beramai2, tak payah bagi duit raya banyak, tak byk sgt drama sedih kat tv. Tapi... bersyukur sebab masih mampu diraikan dgn org2 yg penting dlm hidup kita. Masih mampu merasai kasih sayang yang ada. Hari raya tidak semestinye hyped (terlebih sedih/meriah/makan/eventful) macam kat dlm tv.

Yang penting ikhlas! Pada diri, keluarga, dan persekitaran.


Trivia bulan raya...
"Kalau katanya Ramadhan bulan mulia, mengapakah bermaafan di bulan Syawal?"

.... itulah aku, 8 hari di hari raya.

September 18, 2009


September 17, 2009

Malas nak raya

Tahun ni tetiba aku rasa malas gile nak sambut raya. Patutnye, dah tahun lepas tak dapat beraya, tahun ni cambest la sket kan. Tapi tak. Masa soping raya pun... byknye aku teman org lain soping. Aku... cuma beli selipar raya je, itu pun smlm baru jumpa. Beli pun sbb takmo mak aku bising kalau aku bantai pakai crocs Cayman bangang tu pi beraya. Tak seswai, mak marah ok. Kalau mak abah aku orait je, mmg aku takdenye nak beli selipar raya.

Memula aku cam pikir la.. kenapa la pulak aku malas gile nak raya. Cuti panjang sampai seminggu nak la plak kan. haha...

Setelah direnung2 ke dalam diri (oh, bola mata takleh tegolek ke dalam ye...), aku tetiba mengerti, aku sebenarnya cam sedih gile nak tinggalkan Ramadhan ni. Aku rasa (dan berharap) inilah Ramadhan terburuk yg pernah aku lalui. Bukan sebab byk musibah menimpa diri. Alhamdulillah, ada lagi rezeki melimpah ruah yg masih dikurniakanNya.

Tapi.. tahun ni pengisian Ramadhan aku hampir kosong!! Ziro! Toksah la nak kata perkara sunat2 biasa, sunat muakkad yg satu tu pun tebuk2. Even pahala termudah, buka puasa pada waktunye, punn aku biasa termiss.

Aku taktau la apakehei yg menyebabkan aku sangat susah nak bgn tido time puasa ni. Dan bila dah ttido tu, ehem ehem.. byk la jugak yg terlajak nye. Adeh! Sakit jiwa kalau memikirkan betapa kurusnye pahala puasa aku tahun ni.

Itu tak termasuk lagi venting out ketidak puashatian kat opis ni. Dgn adanye manusia2 yg kita harap boleh bantu kita, tapi nampak macam sangat tak capable. Dan nampak sgt macam memperabih duit kampeni. Mmg kampeni ni bukan makpak aku punye, tapi kalau gaji gibu-giban, keja dok passing2 sana sini, apa initiative dia pun tak berapa nmpk... camna tu? Berapa lama kami mau tunggu inisiatif kamu. Dua minggu? Satu bulan? Tiga tahun? Bagi can punye pasal, kami bagi 2 minggu, tgk apa yg dia bawak, drpd obersi nih! Bluek!!

Lepas raya ni ada lagi org baru masuk, ada lagi training. Itu bermaksud, ada dua org keluar. Reason keluar? Untuk kebaikan semua org. Org lain dah tak koser nak buddy korg sampai bebulan2. Dah la keja malam, nak fokus pun susah, mata ngantuk. Kalau asyik buat silap je, harap boleh la berhenti menyusahkan org lain..

So far, dr apa yg aku perati time training, mmg boleh nampak la muka2 yg bermasalah. Yg tu mmg lambat memanjat, dan kalau tak pun, ada masalah attitude... yg lebih baik cari keja lebih berpekdah.

Persoalannye skang, aku ni, bila nak tuka kerjaya yg lebih berpekdah. Takkan nak terperuk dlm akuarium ni sampai tiga pat tahun? Ish... kesimpulannya, apa kita nmpak kat org, itu la diri kita... dan truly.. aku la kot sebenarnya yg kurang fokus atas apa yg aku nak buat dlm hidup...

So, apa yg aku nak???

September 10, 2009

Apabila Blogger juga satu virgo


Happy birthday blogger. Wpun aku tak penah 'jumpa' dgn kamu. Tapi tanpa kamu, siapalah aku. heheh... Dan kekdahnya blogger jugak satu makhluk berzodiak virgo ropenye.
Anywhoo... aku skang ni tgh muak dgn celebration besday. Menjadi sangat2 overrated kat opis aku ni. Ada sambutan utk the whole floor. Ada jugak sambutan yg dianjurkan oleh specific team, dan ada jugak sambutan oleh kroni2 ahlul besday itu.
So, sebulan, ada peluang lebih drpd 3 kali makan kek resepi rahsia. Dan skang ni, rasanya dah tak rahsia lagi resepi2 tu. Sbb kitorg dah leh agak apa yg dibubuh dalam kek tersebut. Ye... seronok sbb makan free, tapi tak seronok kalau asyik benda yg sama je (eh aku ni, kenapa skarang ni mudah merasa bosan ya? hairan... hairan...)
Dan baru sat2 ni je, aku pun turut sama bersekongkol menselebret besday DatinM. Semalam dah selebret, tapi sbb takde kek, harini selebret lagi. Seperti biasa, kek cekelat mewahwahwah dr kedai resepi rahasia. Dan dalam pada mengkomplen2 aku harini, satu setengah piece jugak aku makan, demi utk mengelakkan daripada pembaziran dr pihak dak boo. Ish, apart from the free food, mmg aku rasa terlebih sudah bebudak yg selebret besday kat kampeni ni.
Ah... dan rasanya 14hb nnt besday si TikusTechie plak. yg ini macam dilema... nak selebret, atau tak.. haha.. harus la bias. dan di waktu org semua dah pegi becuti raya, besday dak boo plak. Yg tu ai tatau acamna nak selebret. takkan nak kissu2 di tetengah lautan opismate ni plak. I hate skendel kononnya.
Sesungguhnye, or.. kemungkinannya, kerja seperti kat kampeni aku ni, mmg seswai kot dikerjakan oleh org2 berzodiak virgo. Yang kononnya meticulous, detail, attentive, organized, tak suka buat salah, tak suka org nampak depa tak best, tak suka partner depa nampak takbest (wpun partner tu mmg takbest pun [and i can't even start on this])... hehehehe...
virgo, oh virgo...
sebagai seorang bukan virgo yg dah terjatuh chenta dgn org virgo... ianya seperti, ditelan, adeh, payah gak nak cope... Diluah plak macam.. takleh woo, depa 'jaga' bayekk punye.
dilema? mungkin tidak...
apa2pun, tahun ni aku beraya di sini. kehkehkeh...

September 5, 2009

dan kesimpulannye...

Ada kawan aku bagitau cerita ni tadi... Dan seperti biasa, aku tokok tambah elemen dramatik supaya sedap dibaca.

Ada sokrang suami. Dia ni kaya dan hensem. Isterinye pula tidak la burok, malahan cantik adanya. Elok rupa, dan tutur kata.

Satu hari yg hening, si suami bekata kepada isterinya...

"Abang nak kawin lain."
Isteri sedih tidak terhingga. Menangis teresak2 adanya.

"Kenapa bang.. apa yang kurang pada saya? Tak cantik kah saya ni?"
Suami mengeluh...

"Bukan tak cantik, tapi... kita ni dah setahun kahwin. Saya sunyi. Nak anak2."

Isteri pelik seketika.
"Bukan ke dulu abang yang nak kita tunggu. Dah dua tiga tahun kawin baru nak anak?"

Suami menjawab
"Itu dulu... sekarang saya sunyi... Okey, kalau awak taknak saya kawin lain, awak kena beranak utk saya."

Maka si isteri akur, lalu berusaha dan bersusah payah mengandungkan bayi selama sembilan bulan. Alhamdulillah... rumahtangga aman kembali.

Tapi setelah anak berusia beberapa tahun, si suami mengeluarkan perkataan yang sama kembali.

"Saya nak kawin lain."

Sekali lagi si isteri tersentak.

"Kenapa bang? Bukan ke saya dah bagi anak untuk abang? Apa lagi kurangnye saya?"

Suami mengeluh. Pandang isteri ke atas, ke bawah.

"Tak la.. dulu sebelum beranak, awak ni cantik aje. Lepas beranak, badan menggelebeh, perut pun dah nampak, dagu pun dah dua..."

Isteri pun hairan, padahal takde la teruk sangat berat badannya naik selepas beranak. Dia yg semakin sedih tak mampu menahan dan terus menangis.

Suami rasa cam serba salah. Setelah berfikir2 memandang siling.... dia berkata.
"Baik. Kalau awak taknak saya kawin lain. Awak kuruskan badan. Dapatkan balik bentuk badan macam sebelum kita kawin dulu..."

Si isteri ni pun, akibat sayang dan patuh pada suami, di turuti jua permintaan itu. Turun naik gym lah dia. Bersenam yoga, jaga pemakanan, London weight management, marie france.. apa je yg tak dicuba... sehingga akhirnya dia berjaya menguruskan badan, malahan lebih lazat daripada sebelumnye.


Dan apabila dirasakan rumahtangganya berjaya dikawal... suami berkata lagi... ayatnye kali ini...

"Saya dah kawin lain..."


*silence*


... dan kesimpulannya... cinta bersyarat memang tak akan kekal lama. Lebih baik blah je. Sebab apa jua yg kita buat utk puaskan hati dia... memang dia tak akan puas hati...