July 24, 2008

Pengalaman pertama aku... kehkeh...

Ngantuk...
Buat pertama kompleksnya aku harini melihat kehadiran cahaya matahari masuk melalui celah tingkap opisku.. wahaha... tetiba bebudak satu opis dgn aku semuanya fefeeling vampire yg ala2 berdebu nampak matahari.

Tapi al-qaedanya, sebab kitorg semua kena stayback, pasal opis belanja sarapan free, gegeh la jugak stayback. Dapt la merasa makan nasi goreng, migoreng, ayam kari, karipap, kapkek, dan jugak popia. hahaha... meriah perut aku rasakan ini hari.

Sebenonya ini kes mau cerita pasal smlm. Buat pertama kalinya aku terkurung dalam lif yang rosak. Ini lif kat opis aku ler ni. Kejadian ini berlaku pada jam 11.30 malam. hahaha... dasattt. Nasib baik aku tak panic. Kalau tak, panic in the lifsco la jawabnya.

Cuma the best part is aku bukan terkurung sorang. hahaha... aku terkurung dgn sapa?? Bukan... bukan dengan jantans takbest. Ha? Awek kendu? Oh no no no... ini lagi best daripada awek kendu. Aku terkurung berdua dgn partner aku.. hahaha... ailaikk..

Kisahnya, aku macam nak nganto dia turun ke tpt parkingla kengkonon. Masa kitorg tekan butang lif tu, nampak macam dah bengong2 dah lif tu. Sbb dia parking pun macam terangkat sedikit. Tapi aku konfiden je cakap dgn boo yg lif tu ok. So kitorg berdua pun lompat la masuk ke dalam...

Masuk2 je, pintu tutup... lif tu pun konfiden je macam nak turun bawah. Sekali tu, tetengah jalan, tesangkut. Tekan2 butang... dia main enjit2 semut plak... asek naik ke atas. huhuhu.. Dah dekat 3 minit macamtu, boo pun dgn machonya tekan la butang yg ada gambo talipon. Pakgad pun tanya mengapa. Kitorg pun repot kat pakgad yang memberikan harapan kengkononnya depa bleh tolong lepaskan kami.

Pastu utk 3 minit seterusnya macam relaks je la kan. Pastu pakgad tanya lagi, melalui talipon itu yea, kat mana lif tu berenti. Kitorg kata la level 5. Dia bleh soh kitorg turunkan lif ke tingkat satu. Ngek btol. Kalau lif tu bleh turun, watpe lak kitorg kat dalam. Bila aku kata lif tamau turun, depa cam ngeluh2 dah. Macam susah nak bukak pintu sbb takleh panjat kot. agaknya la.

Aku masa tu masih tahap bertenang lagik. Sempat la jugak mengingat adegan laga2 tapak kaki bette tina. hahaha... Walaupun sebenarnya takde la membantu sgt fantaasi dlm lif tu.. hekhek...
Tak lama lepas tu, pakgad call lagi, soh kitorg bersabo. Dia kata kena panggey technician, sbb lif tu fius rosak. BIla aku tanya, daripada lokasi yg diberikan, adalah dlm 20 minit paling cepat pun org tu nak sampai. Hampeh.

Masa ni idong kembang kempus dah. mula la nak jadik mek-gaiver. aku cuba sedaya upaya menggunakan jari2 keras aku nih utk mengumpil pintu lif. Tapi ala2 takut2 gak kalau2 terjepit. Jari cari makan nih!!! Pastu boo terus kuarkan kasut dia.. *huhu.. sunggh resourceful partnerku.* Maka aku mengopek pintu, dia sambil menyumbat calah pintu dengan kasut tometnya yg tajam dan tinggi. BUnyi macam senang, tp percayalah... langsung tak senang. hehehe

Akhirnya dapat jugak kami dedahkan lidah pintu lif tu, dan pintu terbuka.. Melenting la kitorg keluar. hahahah.. yahuu!!
AKhirnya boo bleh balik umah, aku plak.. terlewat 15 minit masuk kelas treneng. Nasib baik takde sape yg marah kalau aku masuk lewat. yak yeay!

Kesimpulannya... kalau korg terperangkap dlm lif, toksah la berangan nak buat perkara2 macam bertanduk2... sbb kepanikan tersangkut tu lagi best drpd keseronokan menanduk... sekian pengalaman pertamaku tersekat dlm lif. kuikui... makasey.

July 22, 2008

Entry org lapar yg takleh nak tido...

huih, giler kentang putar la si kapal ni tak apdet2 blog. Dah karam ke?
Oh... tidak tidak
Aku belum karam
Apatah lagi sumbang mahram

haha... mode gile la nih.

skrg kol 10 pagi. Tetiba partner aku takbley nak online. Aku dah terlelap, pastu terjaga2 sokmo. Ntah pesal dah jadi mengong2 pun tatau. Mungkin aku lapo kot.

Byk giler mknn yg aku nak makan, tapi tak sesempat nak pi makan. Di antaranya ialah durian yg berlonggokan di dlm lori on d way aku nak pi keja. Tapi kekdahnya kalau aku pi mkn durian kang, kol brp la plak nak sampai opis? Pastu nak masuk opis dgn bau harum semerbak kasduryan bagai. Takpe lah... Ai pasrah togok air liur saje.

Pastu aku nak makan sushi. Mmg dah lama gila, selama tahun cahaya aku tak pi makan sushi. Haritu nak ajak boo mkn sushi sekali tu tersedak2 la plak. Last2 tak jadi mkn... tapi masing2 kebulorean sampai terpaksa cari mcd kol 2 pagi... Tapi takpe lah. Paling2 pun leh mkn mcd sebagai late supper on bed gitu. haha.. harus la penuh kerak roti atas katil.

kesimpulannya... i want eat sushi. Giler teringin nak telan bulat2 salmon maki. lembut di luar keras di dalam.. macam ai je kekdahnya. Pastu terleleh air liur nak mkn kepak salmon goreng kat sakae sushi. Mkn kepala sotong (bas)mini kaler merah pun sedap jugak. Terasa kerangupan mata sang sotong. wahaha...

Partner aku plak gile mkn teppanyaki. Sejak duamenjak asek takleh mkn makanan berminyak ni, tetiba kemaruk la plak. Dulu aku gak yg ngajo dia makan bendaklah ni, wpun aku takde la suka sgt. Skrg ni mcm selang dua hari la plak mengidam. haih

Selain itu aku cam teringin gak nak makan Wendy's tiga tingkat, dan jugak cikan chop kfc, juga ayam tandoori haji tapah, termasuk la jugak chaketiau kakendu. pastu ada gak terasa2 nak makan nasik beryani. Wah wah... terngiang2 bau kedai nasik beryani kat Tesco shah alam. Oh yeah, pastu roti trumpet berinti tuna kat Baker's Cottage pun cambest la plak.

wahwah.... besarnya tekak. Muat ke nak sumbat kat perut aku nih? makin lama makin maju dah nih... haih..

ye, saya sedar, saya mmg suka makan..

hahahaha

July 9, 2008

Sepi dan Sunyi

Sepi...

Akhirnya aku dapat jugak tengok cerita ni. Nasib baik ada cuti panjang, kalau tak, jangan la harap. hehe..

Entahlah... bagi aku, cerita ni macam sangat memberi kesan kepada aku, dan secara tak langsung membuatkan aku terfikir banyak perkara.

Aku sangat tertarik dengan kesepian yang dialami oleh Sufi. Sikap acuh tak acuhnya terhadap keluarga, dan terlalu mementingkan kerjaya, akhirnya membuatkan dia sendiri jadi merana. Isterinya mati dalam kemalangan jalanraya, yang juga disebabkan oleh perasaan tidak mengambil endah. Mungkin kerana orang itu terlalu biasa dengan kita, sehinggakan kita sentiasa rasa..

It's ok. She will be there for me.
It's ok. She is mine, there will be time for us.
It's ok. This relationship is here to stay, so what's the rush.

Langsung bila kesunyian dikurniakan dalam sekelip mata, sesal bukan jawapannya, sebab kita tidak mampu mengubah perkara yang telah berlaku. Bukan kuasa kita untuk mengembalikan masa dan mengubah kecuaian yang dah berlaku.

Tapi Sufi kemudiannya dianugerahkan dengan cinta kedua. Cinta yang hadir dengan nama Marya. Mungkin itu anugerah dari Tuhan di atas kesabarannya menempuh dugaan kesepian. Atau mungkin juga Marya hadir untuk mengajar Sufi bahawa cinta yang tidak mungkin dimiliki secara fizikal, mampu mengajarnya untuk lebih menghargai cinta.

Cinta tidak semestinya bersatu.

Hatinya mungkin milik kita,
tapi kehidupannya milik mereka.
Cintanya mungkin satu,
tapi perhatiannya beribu.

Memang sebenarnya dengan segala kelebihan yang ada pada Sufi, dia mampu memiliki Marya, namun pemilikan itu mampu dilakukan dengan mengorbankan hati dan kehidupan orang lain. Tapi sekali hati lain terkorban, rentetan daripada kejadian itu mungkin maha hebat dan mampu mengorbankan lebih banyak hati.

Jadi apa pilihan yang ada?
Kenapa perlu korbankan hati yang berjuta, hanya untuk menjaga hati yang satu ini?
Kenapa harus dihalang kebahagiaan insan lain hanya kerana kita tak mampu merasa bahagia?

Mungkin ada yang kata, kita perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Determination, sweat and blood.
Tapi mungkin mereka lupa, kekuatan diri untuk kekal bersendiri, ketahanan untuk membenarkan diri gembira dengan kebahagiaan orang lain. Itu bukan calang-calang determination.

Pokok pangkalnya, hubungan seharusnya diasaskan dengan perasaan saling cinta mencintai. Namun kalau hanya kita yang merasa cinta itu, tapi bukan dia... Adilkah untuk terus melihat si dia merana bersama kita?

Memiliki satu kejayaan, tapi kejayaan melepaskan pergi itu lebih perit untuk dicapai.

Namun Tuhan maha adil. Dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan kelak yang tiba mungkin lebih indah dari yang dilepaskan. Mungkin kita juga dikurnai Marya yang sanggup menunggu sehingga ke hujung waktunya.


Tapi, benarkah cinta seterusnya yang terbaik untuk kita?

Sekiranya inilah ketentuan
Di saat ku pasrah bersendirian
Kau beri aku ketenangan...
Biarkanlah diri ini
Sepi.


p/s:
Takziah kepada boo dan keluarga di atas pemergian sepupu yang sangat disayangi.
Takziah kepada uL dan keluarga di atas pemergian bapa yang dihormati
Semoga roh mereke dicucuri rahmatNya dan pemergian mereka menjadikan kita yang masih di sini, insan yang lebih baik dari sebelumnya.
Amin...

July 4, 2008

Ayat poyo 'orang itu'...

Kawan 'orang itu':
Kau suka dia ke?

Orang itu:
Tak... tak boleh la.

Kawan 'orang itu':
Dia kiss engkau?

Orang itu:
Ha'ah

Kawan 'orang itu':
ALa2 french kiss la nih?

Orang itu:
Ha'ah

Kawan 'orang itu':
Habistu apa kau rasa?

Orang itu:
Nothing... langsung... Sebab tu la aku takleh gi dgn dia tuu.

Kawan 'orang itu':
oooo... So, dia nak french kiss kau, tapi kau tak balas aa?

Orang itu:
*diam*

Kawan 'orang itu':
Aik? Kau balas ke? *pelik*

Orang itu:
Ye la... dah dia masukkan lidah, aku rasa aku bertanggungjawab la membalasnya.

Kawan 'orang itu':
Bertanggungjawab??!!!


Nota Sekapal:
ntah apa kejadahnya la 'orang itu' kan? bertanggungjawab membalas kiss la pulak? So, kalau ada pompuan goda sampai ke katil, makanya, bertanggungjawab la jugak utk me.. meng.. mengrrr grrr... walaupun takde rasa pape.

hahaha

Gile.

Ataupun, adakah logik semata?

July 1, 2008

Karma: Di antara skru dan paku.

Karma adalah pasti.
Iye?
Iye la kan. Mmg Tuhan pun dah janji... buat baik balasannya syurga. Maksudnya, setiap apa yg kita lakukan, mmg akan dapat balasan. Baik, buruk.

Kalau kita bernasib baik, balasan itu akan datang kat dunia ni jugak. Yang baik ke... yang buruk ke. Sume boleh ada.

Itu kata karma yang berdasarkan perbuatan baik jahat kita.

Karma juga akan kembali, bak kata pepatah melayu kerana mulut badan binasa.

Kalau dulu kita mengata anak pompuan org sebelah rumah tu yg pakai tak ubah macam jantan. Tapi jangan terkejut kalau anak pompuan kita sendiri usung satu demi satu anak dara orang ke katil...

Dulu kita kutuk orang yang kebas makwe kita. Tapi tetiba orang tu la pulak yang berbaik hati pulangkan makwe tu balik kat kita. Takkan taknak cakap terima kasih?

Tapi pepatah melayu ni pun bukannya 100% betul.
Katanya kerana mulut badan binasa, tapi ada banyak masa mulut membuatkan badan gembira. Hatta lebih banyak gembira daripada binasa kot?

Contohnya...
Hari panas terik. Tekak dahaga. Kita nampak orang yang sedang jual air.
Mulut berkata: "Air singgit bang!"
Mulut juga kemudian meneguk air.
Bukankah itu bermaksud kerana mulut badan gembira?

Sampai bila nak hidup dengan pepatah, kalau kita sendiri tak tau masa bila ia patut dipatahkan, dan sampai bilakah ia kekal tak patah-patah?

Kesimpulannya, karma bukan setakat pengembalian yang jahat, ia juga pengembalian yang baik, sebagaimana ayat pertama entry aku tadi.

Akhir kata... kata untuk harini ialah skru.

Perabot ada skru.
Manusia pandai skru.
Ada yang menskru.
Ada yang kena skru.

Ish, jangan nak tipu.
Ada perabot yang takde skru.
Tapi ada paku.

Life is like furniture (????)
If you can't nail it, screw it!

Haha... see... aku kriptik lagik. Terima kasih estrogen!