March 30, 2009

Aaahhh....

Memula aku nak mengucapkan tahniah kat baby boo aku sbb dia skang dah jadik senior citizen kat kampeni tu. heheheh... dah tua awak rupanya kan? Tapi apa2pun aku bbangga dgn boo sbb segala penat lelahnya selama ni tak sesia nampaknya. Yeah!

Dan kemudian satu lagi berita yg diterima, kalau takde aral melintang, maka dia pun akan meninggalkan aku selama beberapa lama sbb kena pegi training kat tpt yg aku kena pergi dulu. Haih.. kalau lah kami leh pegi sesama kan best. Hanimun yg ditanggung kampeni lagik. (macam yg boss aku buat... boleh? huehehe)

Apa2pun, hanimun atau tidak... minggu ni kami bcuti-cuti melesia... sampai hari rabu baru masuk keja. Release tensen dan jugak akibat dipaksa memperabihkan cuti.

Whatever it is... congratulations boo. I wish you all the best. Dan semoga lebih berjaya memajukan diri!

March 10, 2009

Makan je sakit perut! Makan je... makan je...

Huh... aku skrg ni senang betul diserang masalah sakit perut. Samada sakit perut aseksual maupun yg berjantina perempuan. Mmg hampeh kerana sakit perut menghalang aku beraktiviti. Jadi, pesanan kepada perut aku, sila la buat hal pada hari kerja sahaja supaya aku boleh MC... jgn sakit time hari cuti yg aku boleh bersuka ria. Dua perkara yg membuatkan aku ralat dan terkilan akibat sakit perut ialah... satu: perut aku buat hal semasa Black Friday. Time tu lagi seminggu nak balik mesia, dan aku miss sopping. Dasar buaya! dua: aku takleh gi makan2 sbb perut aku sakit... cit! enuff said utk org yg suka makan macam aku.

Anyway, sakit perut punya pasal... aku nak cerita pasal makan. tapi aku takmo ingat perut yg sakit.

Skrg ni aku hepi sbb boo suka bawak aku mkn tempat merata2. Selama ni aku je yg ajak dia makan sini sana, skrg ni dia amik baton bawak aku gi jenjalan dan makan2.

Yg paling bestnya ialah, dia suka bawak aku mkn sarapan. Yes yes, bekfas is my feveret meal. Especially time aku bangun awal.

Beberapa lama yg lalu, dia bawak aku pi makan kat Pantai Dalam. Kat sana ada nasik lemak best katanya. So, pepagi lepas balik opis... kitorg terus pi ke sana. Nasib baik aku dah terer bawak keta kat area tu. Kalau tak.. harus la jadik bangang guna GPS model 800... keh keh. So, sbb aku tau jalan, GPS model 800 boleh tido dengan nyenyaknyee..

Smpai2 je, parking la merata2 tpt yg ada parking. Pastu terus oder. Nasik lemak ayam goreng 2, pastu nasik lemak tambah satu. Haha.. dasat gile utk org yg kengkonon nak dayet. Beberapa saat lepas oder, brader nasik lemak dtg...
"Sori la dik, ayam goreng sedang digoreng. Boleh tunggu ke?"

Brader tu kata dalam 5 minit la kena tunggu. Sbb mmg boo kata ayam goreng dia yg terbest... aku sanggup je tunggu. Tapi boo kurang sanggup berlapar, so dia hamek beberapa ketoi kuih utk diratah sblm nasik lemak sampai. Aiyo.. makannn!

Jadi, secara keseluruhan:
Makanan yg dimakan = Banyak!

huhu...

Okeh...

Pastu, ada satu hujung minggu lagi, boo ajak gi kawasan yg dedekat dgn rumah lama dia... Dia kata, kat situ ada lontong dgn nasik lemak best. Mendengarkan lontong aje, aku pun terus la terliur... sedapnye lontong!!

Maka... pada pagi yg hening itu, berbondong2 la kami berdua ke kedai lontong itu. Mmg kena la berator kalau nak makan lontong tersebut. Boo tanya.. nak lontong ke nasik lemak. Aku pikir2 nasik lemak kat memana leh dapat. Lontong tak semua tpt ada. So, aku nak mkn lontong la kan.. apo laie.

Tetiba bila order datang.. ada dua mangkuk lontong dengan sepinggan nasik lemak. Ait! Nampaknye dia soh jugak aku rasa nasik lemak tu.. Mmg tak sesia la dia oder lebih, sbb sedap jugak nasik lemak itu. Kesimpulannya, sarapan dimakan dgn banyak jugak.

On the way ke tpt parking keta, lalu kat depan kedai mamak. Boo kata kat situ la sedaap segala mala putu mayum, dan indian food yg aku sendiri taktau nama dia.. haha... Dan sbb macik ni sangat la suka sama vadei.. aku pun tapau la vadei sampai tiga ketul. Ingatkan boo makan. Rupanya dia tak suka. Apalagi.. ai sapu la tetiga. Sedap la pulak... haha

gile makan sungguh.

Dan sesungguhnye, aku sangat2 suka pegi breakfast dgn dia kat tpt2 yg dia pernah kunjungi sebelum kitorg kenal. Dan biasanya, lelepas bekfas tu, kitorg pusing2 perabih minyak keta, sambil la dia jadik tourist guide, cerita kat aku pasal bebenda bersejarah yg berlaku di sekitar tempat itu... contohnye, jalan yg gelap yg dia lalu tetiap hari balik tuisyen, dan jugak parit yg pernah digodaknya... hahaha... habis la semorang tau boo pernah godak parit DBKL time kekecik..

Minggu lepas saya sakit perut... minggu depan kita nak gi mana plak boo? hehehe...