April 22, 2006

Mmg aku musti nak amik gambo ni.. tapi kenapa??

Ini adalah benda yg aku ternampak dan sempat amik gambo masa baru2 ni aku pegi San Francisco... eh.. bukan... masa aku pegi Terengganu... huhu. haibatt!!!

April 18, 2006

Aku yg pegi makang anging dan jugak makanang2 laing

wahaha... lama giler korg kena membaca rapuan cik sri sekapal kat bawah tu ye. Aku ni pun takde la plak masa nak menyempatkan diri mengapdet blog aku nih. huhuhu.. Tapi disebabkan ada evente yg menarik gitu berlaku pada aku, maka dgn ini aku telah terpanggil untuk menceritakan apa yg berlaku pada diri aku dan jugak partner aku.

Alkisah di hujung minggu ini, aku dgn ChefD ku pegi meredakan ketensenan yg melanda dgn memakan angin2 yg ada di pantai timur semenanjung malaysia selama tiga hari dua malam. Utk memudahkan aku menulis menurut kronologi of evente, tanpa menerawang merapu tanpa memikirkan garis masa, ada baiknya aku bercerita ikut tarikh.. huhu..

Sabtu 15 April
Sesudah subuh sepi'ie aku dgn chefD dah kuar rumah. dan seperti biasa dia dah tunggu kat tepi keta aku masih lagi terhegeh2 sikat rambut dan pakai setokin. Mmg kelangkalibut la aku dibuatnya. Kalau lambat karang.. ada yg mengaummm. hehehe... Tapi lepas sedetik menjalankan keta, dia ada tertinggal barang plak (hari ni aku dgn dia sama2 lupa barang apakah itu...), maka dapatlah aku mencapai bbrp barang lain yg aku jugak terlupa. haha.. nasib baik.

Kemudian selepas berenti di satu stop utk mengambik peta bandar Kuala Terengganu, kitorg pun berlepas la menuju ke arah timur semenanjung.. Kami jugak berpeluang utk kali pertamanya melalui lebuhraya heteroseksual (utk sesapa yg tak paham... heteroseksual = straight = lebuhraya pantai timur yg sungguh tegak.. kalau tak paham jugak, samtingrong la tuh.. haha).

Drive punya drive... sampai laaa. Kitorg check in dlm kol 1.30, lepas tu terus pi kat kedai mamak kat hotel tu utk makan tghari. Aku mkn mi goreng mamak dgn ayam goreng, chefD plak mkn nasik kandar buffet.. Selepas tertido kepenatan, partner aku pun cebur dlm swimming pool dan aku bertenggek cuci mata tepi swimming pool. haha.. lagi besh! Mlm tu kitorg tak dinner haibat2 la, cuma mkn bekalan dr KL shj.

Ahad 16 April
pepagi buta aku dah bangun sbb nak pegi breakfast. Mmg setakat ni mana2 hotel yg aku dah pegi, hotel yg ini lah ada breakfast yg paling marbelesss sekalik. Pagi tu je aku makan nasik dagang; bubur dgn ikan bilish; croissant yg kusumbat dgn tiga jenis cheese dan dedaging potong sejuk; sosej; dedaging potong panas; beberapa potong kaki kambing panggang bersama sos black pepper; fruit cocktail+yoghurt; dan guava juice.. Dasattt!! byk giler aku makan patut la gumuk.. haha

Partner aku plak kengkonong diet la nih.. makan buah potong; baked beans dgn scrambled egg dgn sosej; cheese omelette; sebijik half boiled egg; roti canai cicah gulai ikan tongkol; roti berkeping2 dan jugak mango juice..
Macam nak diet, tapi... byknye makan telor?!! Tambah tenaga kot? huhuhu.

Bila masuk tghari, mula lah berpikir2 kat mana laaaa plak nak mkn tghari. Niat di hati nak mencari makanan2 lautan. Kemudian kami pun mengambil la keputusan utk ke area Merang setelah ada info mengatakan ada sotong celup tepung yg mmg best kat situ. Tapi di tengah jalan, kami terjumpa la plak satu kedai mkn yg mmg giler ramai org yg ada jual ikan bakar berempah. Apa lagi, di situ la plak destinasi kami. Makan ikan pari bakar berempah cicah budu. Aisehmen... syedap!

Tapi kami masih jugak nak carik sotong celup tepong nih.. Maka merayau2 lah meraban2 tak jugak jumpa2. Tapi tengah2 jalan tu jumpa la jugak satar dan otak2,pun sedap jugak. Makan lagi!
Pusing punya pusing, last2 kami berpatah ke area lapangan terbang dan kat sana jumpa la sotong dan udang goreng tepung. Apa lagi.. order air sirap sambil mengunyah dua benda tu. krupkrap.. perut makin penuh... takpe, janji tekak puas

Dinner???
Kami dibelanja oleh guest officer hotel tu makan steamboat. Aiyoyo... haibat stimbot diorg. Dua jenis kuah (tomyam dgn sup) dgn ikan, ayam, udang, sotong, ketam, crabstick, bebola perikanan, sayur sawi cinonet, cendawan, kobis yo yo'o, mi beso, mihun. Ada jugak nasik goreng dan sate..
Adeh, rabak perut gue mengabiskan bebenda tuh. Sedap dan dahsyat kitorg berdua makan.
Hasilnya mlm tu kami berdua mengabiskan masa menyapukan minyak angin ke perut masing2... giler kekenyangan..
Alhamdulillah, murah rezeki. hehehe.

Isnin 17 April
Musti breakfast la dulu kan? Aku mkn cam smlm jugak cuma hari ni aku mkn jugak roti canai, penkek, cereal tujuh jenis dan hash brown. Sayangnya hari ni kaki kambing panggang takde daa..
Selepas breakfast dgn ganasnya kitorg pun balik rumah la. Hari selasa dah kena keja. takkan nak melangut kat KT sampai berjanggut kot. hehehe. Sblm balik tu singgah la jugak membeli kopok2 buah tangan utk dibawak balik kepada kucing kesayangan aku kat umah tu..

Sekali lagi melalui highway heteroseksual dgn partner aku memandu, dan aku berdengkur dgn haibatnya di sebelah. Lepas Zuhur, aku plak kena pegang stereng. Malasnyerrr lah hai. Dan kami tiba di KLCC dlm kol 3.30 utk mkn mknn kota (haha) sebelum bergerak balik ke rumah kami di selatan Selangor...

Kesimpulan drpd pengalaman jenjalan cari makan aku nih...
Next time mmg aku akan stay kat hotel yg sama dan aku akan tambah lagi satu hari utk terus berjalan2 dan mencari lebih banyak makanan di bandar Kuala Terengganu.
Selain mknn, satu lagi perkara yg best kat sini ialah awek2nya yg mmg sungguh comei2 belaka... Masuk pasar payang tu.. aiyoyo... mmg best. hehe

Sekian coretan tanpa-arti travel-travel find food drpd aku.. muahahaha

April 10, 2006

Sesi bersama Cik Sri Sekapal - Part II

Fuh, sejak dua menjak aku dok perasan menjadi penyelesai masalah ni, ada la plak pembaca blog aku yg menghantarkan soklan2 mengenai masalah mereka kat aku. Yg bestnya ada sorg tu berjenih2 soklan dia bagi sampai naik lupa2 aku. heh heh.. sowi la ye. makcik dah tua.

Ada jugak yg kata suruh bagi soklan2 prektikal yg biasa berlaku dlm kehidupan harian. Macam2 lah kerenah pembaca ni yg puan-puan. haha *cakap macam org yg mengajar masakan dlm TV*.

So, inilah dia soklan2 yg ala2 aku bikin ikut suka aku (dan ada jugak soklan yg mmg benar dikirimkan oleh pembaca). Sila baca dan jangan ambik hati sesangat. Aku bukan penjawab masalah bertauliah.. sekian sahaja..-cik sri sekapal-

***
cik sri,
Saya dan pasangan saya telah pun bersama selama 7 tahun.Namun,akhir akhir ini pasangan saya makin lama makin tidak interested dengan saya dan lebih menyedihkan lagi bila pasangan saya tidak pernah mahu mengaku saya ini sebagai pasangannya walaupun hubungan kami ini sah di segi undang undang di
negara kami menetap.Apa pendapat cik sri tentang situasi ini.

Saya telah mengambil kata putus "whatever happens,happens.I dont give a shit anymore" kerana saya tak mahu seperti perempuan yg tidak bermaruah.Kalau org dah tak sayang,kita tidak boleh memaksa.
- junior jauh

cik junior...
mmg terharu saya membaca permasalahan ini. Tetiba terpikir, punya lah kita kat Malaysia ni nak membolehkan hubungan itu diterima, tapi yg dah undang2 terima plak bermasalah. Mmg sadis.
Nesiyat saya kepada cik junior supaya memutuskan untuk mengambil kata putus yg telah diputuskan. Dlm ertikata lain, tak salah la kalau cik junior mengemas beg di tetengah malam buta dan kemudiannya lari dari rumah tanpa meninggalkan seurat benang pun. dan kalu cik junior nak give shit pun takpe, give je la air luir, tedy bear ataupun jus peria katak pada dia. Kalau org dah taknak tak guna tunggu lagi. Baik lah mengenjoy rasa kebebas-bujangan yg bukannya sonang nak dapat.

Ingatlah, walaupun kumbang takde ekor, bunga bukan sekuntum. kat Malaysia yg takde musim bunga ni pun banyakkkk bunga2 senget. tapi taktau jugak, kot2 setelah berjauhan baru pasangan cik junior terasa kehilangan dan kemudiannya datang kembali. macam2 boley jadik...Apa2pun semoga berjaya. yeay!

**

cik sekapal,
saya ni ada gelpren yg cun. Dah la cun, pandai melayan plak tu. Kebelakangan ni ada plak la sorg manusia yg ala2 dah suka kat dia. Suka gila2 mengalahkan babi nih! Dah la tu, gelpren saya plak tak sampai hati
laaa nak melukakan hati pompuan gila ni. Apa harus saya buat? Perlukah saya kurung gelpren saya ataupun bantai pompuan gila ni?
yg tak gila.

cik yg tak gila..
kalau anda mmg konfem org gila tu bebetul gila, sungguh mudah menyelesaikan masalah ini. Anda tipon je sepital gila, soh diorg je kurung pompuan gila tu. Habis cerita. Gelpren, hidup dan wang anda akan selamat.

Tapi kalau masih belum ada bukti pompuan tu gila, mmg takleh la mintak tolong sepital gila. Nescaya anda perlu membiarkan saja dia dgn kemaruk-gilaan dia tu, sehinggalah dia menjadi gila dan bebetul layak masuk
hospital gila. Pokok pangkalnya, usahlah bergaduh dgn org gila, karang tak pasal2 kita pun leh jadik sasau dibuatnya.

Gelpren anda tu plak, takyah la 'kurung' dia, cukup la dgn meminta dia pakai baju 'kurung'. haha. Apa2pun kepercayaan dan hormat menghormati merupakan kunci kebahagiaan (ni dalam maknanya nih, silalah pikirkan dgn lebih mendalammm).

**
Makcik Sekapal yg berseri2,
Saya sebenarnya takde masalah, tapi saje je nak menguji kebijaksanaan cik sri menjawab soklan. Cam teka teki la nih. Katakanlah saya dan gelpren saya berjiran. Tapi kami tgh plan nak stay sesama. di rumah manakah patut kami duduk? Ha.. jawab jgn tak jawab.
- Seri Pah Eni

Aiyoyo seri pah eni,
kau jek aku berseri2 ye. takpe2, aku akan jawab soklan kau.. baca bebaik.jawapannya ialah. Duduk la di rumah sendiri dan bukannya rumah jiran.
huhuhuuuu

**

Cik Sri,
Saya ni dah ada gelpren. Tapi dua tiga menjak ni dok la terjatuh chenta dgn sorg pompuan lain, yang jugak kawan kami. Lagi best, kami saling mencintai. Boleh la kan saya pasang dua? Lagipun takde undang2 yg kata pasangan senget ni takleh poligami kan? uhuhuhu...
- di sini menanti, di sana menunggu

aik? kau ni bukan nak nesiyat aku kan? kau nak aku kata OK pasang dua kan? tak gitu? Ecewah cewah, pandai yea.... Aku mmg hangin dgn org yg suka2 nak pasang dua ni (tgh emosi nih!).
Almaklumlah, aku pun pernah bercita2 nak pasang dua, tapi tak mampu dr segi emosi. Bukan senang nak membahagi kasih. Adalah lebih baik kau pilih je salah satu. Kan senang, leh fokus kat sorg gelpren je.

Lagipun entah2 gelpren kau tu pun tgh ada affair dgn org lain, tunggu kau blah je. So, apa lagi... buat pilihan dengan bijak.
Dan kepada sahabat yg suka nak mengkebas partner kawan sendiri, ingatlah hukum karma yg bakal menanti anda.. muahahahhaaha!
**

aa akak sekapal,
pasangan saya suke cemolot dgn saya pagi2.masalahnya saya tak sampai ati nak cakap mulut dia busuk. tepaksala saya layan air liur dia tu kerana saya tak mahu hatinya dilukai. harap akak sekapal dapat
meleraikan masalah saya ini.
- manis 17

ye cik manis paling comel bola2 api,
ini adalah masalah universal yg sukar dileraikan dgn kata2. Ada beberapa cara fizikal yang anda boleh cuba:
  1. Sembur mulut dia dengan perfume setiap kali sebelum dia comolot dgn
    anda.
  2. Hulur berus dan ubat gigi setiap kali sejurus selepas dia membuka mata.
  3. Berlari lah ke bilik air setiap kali selepas bercomolot dan buat lah bunyik2 muntah. Lakukan selama beberapa hari berturut2, nescaya kalau dia tak paham mmg poyolah partner awak itu. huhu..
Tapi, kalau susah2, bgtau je lelembut camni..
"Sayang... mulut u bau tungkik la. Pegi la gosok gigi dulu boleh tak? Pastu kita leh comolot ye."


**

Cik Sekapal cayang..
Saya ni tgh dalam keadaan ketakutan nih. Haritu adik saya terjumpa majalah senget yg ada di bilik saya. Tapi dia takde la komen apa2. Macamanalah kalau satu hari yg hening dia tetiba bertanya kepada saya.. "Akak ni
lesbian ke?".. Apa saya nak jawab? Mati la kalau mak bapak saya tauu!!
- saya ler

ehehheh cik saya ler, cayang ke? ah cayang jugak laaah. huhu
er, kalau kes cenggini kiranya macam menunggu buah soalan yg tak gugur la yea ek? Tapi kalau lah adik awak ada bertanya, jawab je la macamni...
"Buku tu je yg lesbian, aku bukan. Kat malaysia ni mana ada lesbian. Kalau ada pun bebudak pompuan yg rapat2 tu semuanya bukan kapel. Diorg tu semua TTM.. Teman Tapi Mesraaa.."
Lepas tu awak nyanyi lah lagu Teman Tapi Mesra, dari mula sampai habis, nescaya adik awak tu pun akan jadik pening2 dan tak reti nak tanya lagi. Lagi bagus, dia pun nyanyi sama..
Awak: Aku memang suka pada dirimu!
Adik awak: uuuuuuuu.... pap paaaaaaaaa!