June 28, 2013

Bikin passport pun nak cerita ke?

Siang tadi, aku pegi buat passport. (Bodo sgt kan start entry dgn ayat stetmen macamtu. Apa kau ingat ini karangan BM??).
Anyway.. haha.. selama ni aku pegi buat passport kat PKNS Shah Alam. Kiranya, sblm pegi buat, leh amik gambo dulu kat PKNS, pastu buat passport, pastu sementara tunggu, lepak2 la dulu cari tudung ke, jubah ke, baju kurung siap ke... Macam la aku pakai baju kurung kan? haha

Siang tadi sbb macam malas nak menempuh dugaan dan cabaran memandu ke s.Alam, maka aku pegi la kat pejabat passport Presint 15 Putrajaya.

Menurut cerita kawan2 yg pernah buat kat situ, ada yg kata parking tak cukup. Aku pun tatau la kenapa parking tak cukup, tapi aku sesuka hati speku yg kawasan putrajaya mmg takde dedicated parking spot. Lagi satu aku pikir, kat mana plak nak amik gambo. Kalau putrajaya tu, sah2 la semuanya opis gamen, ada ke kedai gambo (spekulasi lagi! haha). Tapi terimakasih kepada google, aku dapat tau ada tpt amik gambo kat putrajaya. So, on je la.. pegi putrajaya.

Keuntungan org keje malam ialah, abis keje je, dlm kol 8 dah kuar dr opis. Pejabat tu pun kebetulan bukan kol 7.30, so cantik ah tu, takde la awal sgt, tak la lmbt sgt kot. haha.

Sampai2 je kat sana, aku tgk parking boleh tahan byk gak kat tepi2 jln tu, yg berbayar pakai meter lima pose sejam. Pastu ada jugak basement parking yg utk visitor, aku pun turun je la parking kat bawah.. free. hehe.

Naik2 je tangga, kena sergah dgn sorg aunty ni. Dia beria2 suruh kitorg amik gambo kat kedai dia. katanya RM10 utk 4 keping, dgn fotostat IC free. sbb takbleh tahan dia bising2, kitorg pun pegi la kat kedai dia, walhal terang2 nmpk kat dalam building pejabat passport tu ada tpt bergambo gak. Ntah la.. aku kena kencing ke pepagi tu, ai redha je. Janji ada gambo.
So maksudnya, mmg byk je tpt nk begambo kat situ. senang. Pilih je mana mau.

Dah settle hal gambo tu, pegi la berato amik nombo. Lengang uols. Aku amik nombor je, terus kena panggil. Tapi takbest la kan cerita pasal lengang2 nih. Aku nk share pasal renewal passport...

Dulu aku amik 2 tahun je, dan passport aku mati bulan Jan 2014. Kiranya ada dlm 6 bulan tuuuu.. tapi sbb nk travel bulan 7, harus la kena buat passport baru, sbb kalau tak lepas kat airport, menangeh! So, aku pun tanya la, kalau aku buat ni, carry forward tak baki yg 6 bulan tu? baca kat intenet macam boleh.

Adik tu pun kata, boleh, kalau aku buat passport 5 tahun. Tu diah, sayangkan 6 bulan punya pasal.. terbang duit aku lagi RM200. So, peringatan kepada sesapa yg nk renew passport, baki boleh di carry forward hanya jika korg buat passport 5 tahun. 2 tahun.. bolayan... tapi kalau kat pejabat passport lain, lain ceritanya, wallahualam.

Sementara tunggu passport siap, gi mkn kat kedai mamak kat bawah tu, pastu kami berdua menderu ke Alamanda yg berjarak 5-10 minit pemanduan kereta. Dekat jerr, tapi aku pakai GPS gak, hahaha.. Dah jenuh bejalan gi Cold Storage (makanan sahaja, haruss), aku dtg balik kat pejabat pasport, tunjuk nombor, terus dapat. Takyah beratur dan tunggu2 lama sgt. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

So, org jakun mmg dpt je yg baru terus tak sabar nak belek. Belek2, passport aku akan mati pada bulan December 2018. Yeay.. i got the 6 months. Dannn.. passport ini akan mati selepassss visa US aku mati. Harus la pergi US tahun depan uols.. aaaaaminnn! (sambil cukur bulu kaki utk dijual...)

Maka itulah cerita aku buat passport semalam... Lepas ni, mmg buat kat putrajaya je la. Sbb tak ramai manusia yg suka dtg ke putrajaya yg berbelit2 jalannya. thank you people!

Ni dah cerita pasal passport ni, tetiba terasa nak share pengalaman/tips gi jenjalan kat blog. Tapi... mampukah aku komited utk bercerita? hahaha

June 26, 2013

Kenapa plak ko taknak terima pendapat org stret?

Bapak byk draft dlm blog aku ni. Entry kat bawah ni pun sebenarnye draft dr beberapa bulan lepas. haha.. so sad. tak sempat nak menghabiskan cerita.

Anyway, harini terpanggil kembali nk tulis blog sbb aku teringat perbualan semalam dgn opismate. (ish, balik2 opis, balik2 opis.. sure ada yg boring kan.. naseb la.. haha)

Alkisah, smlm masing2 bukak cite pasal sorg budak ni yg pi Korea. Terbukak pulak cerita org2 Jepun yg tak kisah mandi bersama sesama jantina, dgn mak, dgn bapak, tanpa rasa segan silu atau gatal gedik. Thennnn.. terkeluar statement dr opismate aku ni yg berbunyi...
"I don't think you were BORN gay. There has to be some exposure somewhere."

Dan sebab mood aku baik smlm, dan aku tak pernah suka nak mempertahankan kehidupan senget ni, sebab agama kita tak kasi ye, adik2. Semua atas dosa sendiri tanggung ye... , so sbb tu aku  cuma angguk2 je sambil makan. Mengangguk tak bermakna setuju, tapi mengangguk sebab aku terima pendapat dia.

Honestly I believe that was just her naive comments, as someone who accepts the gay community.

Tapi untuk org yg senget, bila aku dah matang2 dan dan tua2 ni, aku percaya ada orang yg memang rasa dia born gay, ada yg sebenarnya diaruh oleh faktor2 tertentu, sblm dia jadi gay.

Org macam aku, aku rasa mmg aku born gay. Sbb pusing tang mana pun.. aku tetap tertarik dengan pompuan. Kalau satu hari nnt hati aku terpusing, wallahu'alam. Tapi.. setakat ni, mmg masih suka kat pompuan. Sbb pompuan wangiiii... sebab pompuan lemah lembut dan mampu emotional dan rational tanpa perlu rasa nak iritasi sgt. Dann.. aku tak rasa nak jadi lelaki pun w/pun aku suka pompuan. girl on girl kekdahnya.

Tapi, ada jugak org yang terpengaruh dan berubah menjadi gay. Contohnya, org2 yg kononnye straight tegar, tapi tetiba terjatuh hati sesama jantina. Dan bahagia bersama selamanya, semakin hari semakin serasi. Org2 mcm ni terpengaruh dgn ayat manis si pengorat. haha.. biasa la kan.. ramai je pompuan senget ni yg pandai mengayat.

Ada jugak yg terpengaruh dgn rakan sebaya. Tgk cambestt je jadi senget ni. Leh tido sebantal tanpa perlu pregnen. Ada org sayang, ada geng2 yg cool.. senget je la kan. haha.. pon boleh la kalau camni. haha... (tamau komen lelebih).

Ada jugak yg senget yg dipengaruhi dgn kejahatan jantina berlawanan. Ni kes yg mcm.. 'lelaki.. tak guuuuunnnaaaa...' baik i cari wanita, janji hati i happy!

meh aku simpulkan, ikut apa yg aku pikir, org leh senget sbb mmg senget, atau faktor tarikan dr jantina sama, atau juga faktor tolakan dr jantina berbeza.

So, korg senget sebab apa? jgn plak bgtau aku korg senget sbb mak bapak (or mak/mak, or bapak/bapak) korg yg suruh senget. haha...

Oh, satu lagi peringatan, toksah la gaduh dgn org straight yg memberikan pendapat mereka yang korg rasa tak sama dgn pendapat korg. Diorg tu takde pengalaman jd senget, maafkan je la. Kalau korg rajin nk cari gaduh, nnt seluruh persatuan senget akan mendapat nama busuk. Tak kose...


Kenapa saya suka opis saya

Mmg aku keja malam, dan ramai je yg soh aku cari keja lain supaya hidup macam org normal. Family, kengkawan, bukan kawan.. macam2.

Diri aku ni memang jugak teringin nak kerja waktu macam orang lain. Tuka gi opis lain.. tapi.. ada beberapa perks yg aku dpt kat sini, yg tak dapat kat tpt lain, seperti...


  1. Parking basement free
    Memang langsung takyah bayar parking. Dapat kad utk parking free. Kat basement lagi. Cuba kira berapa ringgit aku untung sebulan?
  2. Lokasi yg strategik
    Dari opis ke rumah aku, amik masa 20 minit je. Kalau bawak slow motion, paling bangang 40 minit. Takde tol ok... jimat lagi.
  3. Takde jem!
    Yang ini penting. Kalau mmg aku bajet nak sampai opis kol 11 mlm, aku kuar kol 10.30. InsyaAllah sampai on time. Kecuali kalau ada pak polisi tetiba buat road block. Memang ai stress. Dan bila tetiba gatal nk kuar gi KL ujung minggu, mmg aku kena bawak jajan dlm kete. stress kalu, makan kita!
  4. (almost) Flexi hour
    Katalah aku tetiba terbangun lambat, pastu mmg gile lambat pegi keje. Bgtau je boss msk lmbt, pastu ganti la balik dgn balik lewat. Kacang je! Janji keje siap.
  5. Ada gelpren kat opis
    Hahaha.. hari2 leh mkn dgn partner sendiri, tgk muka dia, lepak2 kat meja dia. Perks jugak nih!
  6. Ramai aweks
    Need I say more? haha. yg lagi bestnye, awek2 tu tak kertu. Kebanyakannya adik2. gituu... tetiba teringat awek berwajah Fazura. ish.. nasib baik aku ada gelpren kat opis. Maka terhenti kegatalan.
  7. its Cyberjaya!!
    pengalaman berpindah opis di kawasan lain dari cyberjaya membuatkan aku gile rindu sama kedai2 arab/mamak/melayu/mahal yg melambak2 bukak 24 jam kat sini. Setarbak pun 24 jam uols. Tu tak kira lagi dgn kedai2 gedik yg boleh dikunjungi sblm jam 11 mlm seperti chatime dan sebagainya.
    Tpt basuh kete pong tutup pukul 3 pagi. Dua bulan tuka opis, 2 bulan gak la kete aku tak basuh. haha.. dasar pemalas...
So, kesimpulannya... kalau ada rezeki dgn perks yg lebih best kat tpt lain, boleh la aku kira2 utk tuka keje. Kalau tak, relaks2 je kat sini dulu...