February 29, 2008

Topik hari semalam: Mencurang dgn ex.

Ow yeah... Ini entry yg sepatutnya aku aplod pg semalam, tetapi di atas sebab2 teknikal dan kepoyoan, maka ini hari baru aku bley aplod. Harap maaf segala reference masa yg tak berapa tepat dah kalau korg baca harini... mbwahahaha...

here goes... nyehnyehnyeh...

----

Haiiyakkk!
Lamanya tak apdet. Tetiba sesaja la plak biarkan entry yg ada gambo sendiri lama2. Motif? megalomaniac kah kekdahnya? huhuhu..

Anyway, aku ingatkan macam nak tulis pasal mencurang dgn ex sendrik.. Tapi.. nak tulis ke, taknak... nak ke... taknak.

Apa kata survey? haha. Harus la ai nak kan.

Okey, sebelum tu, kita cari konteks yg sesuai utk mengaitkan topik ini dengan perkara yang pernah berlaku.

The L word episod 505, ada perbualan di antara Bette dan Tina. Ye, mereka merupakan pasangan yang telah bersama selama 7 tahun, kemudian terpisah akibat masalah treason and insecurity. huhu...
Dialog dlm episod 505 itu Bette kata, dia 'adore' dan 'admire' jodie... tapi when it comes to Tina, Bette kata.. 'it doesn't really compare'

Maksudnya... Jodie memang best, tapi tetap tak dapat tandingi Tina dalam hidup Bette..

Hmmm let's see... selepas berapa lama baru Bette dan Tina terasa masing-masing sebenarnya macam sepatutnya bersama semula?
End of season 1.. blabla bla *pandang atas bawah sambil berfikir* 4 tahun? Camtu la kot..

hehehe..
Lagi bestnya, apabila bette dan tina mencurang berdua, ramai plak yang bertepuk tangan. suka lagi. termasuk lah aku yg dok yeay yeay seorang diri di malam hari, pada pukul tiga pagi..
huhuhu.. uuuuu.. fire! auw!

tapi tu la yg aku ala2 muskel tu, boleh la pulak aku suka tgk org mencurang. kalau tak, ai kan memang ala2 bengkek dgn org mencurang dan pasang dua. Tapi bila tiba bab Bette/Tina.. okey la pulok kan. hahaha.

Kesimpulannya, tak orang tak kita, kalau kita rasa nak suka kat benda tu, kita akan suka je, walaupun jauh di dalam kepala kita, kita tau yang benda tu sebenarnya bertentangan dengan nilai hidup yang kita ambil. So, kapal, kau mengaku tak kau pun ada masanya macam lalang jugak. harini kata lain, esok kata lain?
'ye.. saya mengaku..'
hahaha... kalau aku mengaku... anda semua bagaimana? undi untuk mengaku jugak ke? heheh.. apa2pun, itu hati punya dalam, tak sapa pun tau kan?

Okey la.. aku taknak question hal value aku yg tetiba boleh plak nak terima org yg mencurang, kalau dgn ex sendiri yang dah pernah tinggal bersama selama bertahun2. huhu.. lawak btol.
So... kalau ada sesapa yg aku tau mencurang dgn ex sendiri, ai boleh terima la kot. Iye ke kapal? hahaha... tatau.. tatau.

OK... soklan seterusnya..
Sekiranya anda ada peluang... mahukah anda mencurang dgn ex sendiri?
Sapa mau.. angkat tangan?

Huiyo... *pandang keliling* ramainya yg dok angkat jari telunjuk aje. Angkat bawah meja plak tu. Ailaikk.. korg semua masey begairah dgn ex sendiri ka? Motif? Ex terlalu kendu gamaknya. Sehinggakan, nak bercinta dah tamau, sbb menyesakkan kepala, tapi nak tutt mau, sbb dia tersangat kendu.. gitu ke?

Aku tanya orang ni... aku angkat tangan ke?
*pandang kiri kanan*
Errr... rasanya, gf aku baca blog ni. ex aku? gf ex aku? ex gf aku? (mateila kompius kan?) dan org2 yang mengenali kami semua yang membuktikan what a small world the sengetians komuniti is? hahaha...
harus ke aku tulis kepenghendakan aku mencurang?

Tapi kalau ye pun aku nak mencurang dgn ex aku.. takkan nak cakap kekuat kot. Dan... kalau ye pun aku cakap, betul ke aku nak? Mana tau aku sesaja memain aje sbb nak bikin gempak je. Mana la tauuu...

Tapi kan.. er... *boo tutup mata, jgn baca stetmen kat bwh ni, unless awk tak jeles..*

err... kalau diberi peluang dan diberi izin oleh gf aku... er.. aku macam sudi aje melakukan proses 'satu malam berdiri' ataupun berbaring, dgn ex aku.
ermm.. ex aku yang.. er.. yang mak aku kata muka dia macam Maria Farida. tapi aku kata dia sebenarnya maria yang gelap, ataupun black maria. bley gitu? heh heh...

Boo bagi ke boo? hehehe..
Oh... boo kata apa? sebelum sempat jumpa ex tu, ai dah kena sunat dulu? hehe... Sanggup ke nak sunatkan ai? weehu!

Tapi kalau boo bagi pun, aku rasa, sah2 la partner ex aku tu takkan bagi. Harus dihempuknya kepala batu aku ni dengan mesin cuci kedai dobi. hehehe

Eh, tapi kalau partner masing2 bagi, takde la namanya mencurang kan? Bukan ke topik harini pasal mencurang dengan ex?

yeahu.. ha.. apa lagi?
speku jgn tak speku...

hahahaha...

---

sekian dr aku yg tak abih2 la pulok cerita pasal curang. adehhh...

February 28, 2008

Apabila aku terduduk kat bawah tempurung lama sangat..

Hari ni setelah sekian lama aku baru boleh buat keja-keja merapu di intenet, seperti baca blog org lain dan mengesurf lelaman sesawang yg bersawang...

ekceli aku dah tulis kat opis tadi pasal mencurang dgn ex, tapi kekdahnya tak lepas plak utk diaplod. hahah... esok aku aplod...

tapi... awatnya harini aku pegi blog sume bebudak senget ni asek cerita pasal kawan makan kawan. kawan tikam kawan, menjaga tepi kain kawan-kawan. kompius aku. Bukan ke lesbian ni mmg sah2 la kekdahnya suka mkn sesama sendiri kan?

Org yg aku makan skrg ni pun, kawan aku jugak dulu. Masa aku dgn yg ex aku yg first, pun memula kawan. pastu aku makan dia. Lepas tu aku kawan plak dgn leen, dia pun aku makan. Pastu aku kawan jugak dgn tunang org tu, yg tu aku tak sempat buat mkn tghari, cuma breakfast sahaja... Pastu si boo ni pun kawan aku jugak. pun aku makan jugak.. hahaha...

Apa? Bukan makan macamtu ek? Habis tu? Makan macam tikam belakang? Pulak.. ada ke?

heheheh...

Ala.... senang kata la kan. Semua org akan bersetuju dgn mereka yang sama agenda dan sama parti politik. Bak kata aku jugak dulu, hati dan perasaan boleh berubah...

Macam aku la... dulu kemain anti lagi dgn org yg mencurang. Org pasang dua, semua aku kutuk shoohhh.. shooh..
Tapi bila Bette mencurang dgn Tina. Apsal aku boleh suka? Siap bleh teruja lagi tgk depa tu. huhuhu...
Jawab kapal jawab...
Tiada jawapan kan? hahahaha...


Satu lagi kes.
Alice berkawan dgn Dana. Masa tu Dana dgn Lara. Alice pernah kata diorg tu kapel yg cute.
Tapi lepas tu Dana/Lara bermasalah.
Alice pulak bercinta dgn Dana...
Bila Dana balik kepada Lara... kenapa Alice marah?
Sebab.... Alice dgn Dana pernah bercinta
Kalau Alice TAK PERNAH bercinta dgn Dana? Mungkin dia suka bila Dana balik semula dgn Lara...

So... kesimpulannya, toksah kata ahli politik, manusia ni mmg ada agenda. Dan sesiapa yg ada agenda yang sama... itu lah yg terpilih utk membentuk parti perikatan... yang lain? ada tangan garu, ada kaki goyang...

Ye lesbian mmg penuh drama... Jom la kita buat drama lesbian di malaysia... ada sesapa nak jadi acam Jenny? ehehehhe...


Apa2pun, tanpa kengkawan hidup kita tak banyak warna. Dan menjadi senget seharusnya la kaler pelangi bagai.
Oleh itu, ayuh la kawan2 sekalian, marilah kita bersama2 turun mengundi, dan bersama makan kakendu... yeah!

February 21, 2008

I miss you



Where are you?
And I'm so sorry
I cannot sleep I cannot dream tonight
I need somebody and always
This sick strange darkness comes creeping on
so haunting everytime

And as I stared
I counted the webs from all the spiders
catching things and eating their insides
Like indecision to call you
And hear your voice of treason.

Will you come home and stop this pain tonight?


February 20, 2008

Kalau benda tu memang menyakitkan. Tak guna nak tambah jadi lebih sakit.

Adalah amat menensenkan sebenonya kalau tido lewat, boleh bangun pagi.. tapi bila tido awal, tak bleh la plak nak bangun pagi. Adusss.. Sabo je la kan? Nasib baik bangun2 je takyah go thru proses2 utk memilih baju nak pi keja. Kalau tak.... mmg sah2 la aku melambatkan diri ke opis dgn lebih teruknya...

Huhu... topik hari ini, pasal breakup lagi?
hahaha... you bet lah. Gf aku pun dok tanya, apsal entry aku lately ni pasal breakup. Jawapan aku adalah, sbb aku kena sogok. Sapa sogok apa aku pun tatau.

Dan harini, nak cerita pasal... kalau tak suka tu, jangan la nak tipu.
Semuanya idea ni dtg sbb aku tgk cerita Bella kat TV3 semalam. Sesapa yg tak tgk... macamni la snippet adegan yg membuatkan aku cam leh tetiba terpikir nih.

Alkisahnya... bila Rayyan nak melamar Bella. Si Bella ni sibuk la kata, mak ayah dia yg tak restu. Sbb taraf hidup la.. blablablalala. Pastu di Rayyan yg bendul ni pun pegi la jumpa mak ayah Bella, dok mintak restu... Bila mak ayah Bella dah okey, tuptup... terkantoi la plak si Bella dok berdatingmating dgn Zahar. ahahaha... jengjengjeng.
So.. sebenarnya, bukan masalah mak ayah Bella. Tapi si Bella tu sendiri yg taknak kat Rayyan. Mak ayah tu alasan pusing2 je. Bila Rayyan confront Bella, katanya.. dia taknak cakap hal sebenar sbb taknak Rayyan tinggalkan dia. Sbb dia taknak hilang kawan.

Tapi bila dah tau cerita sebenar, lagi la sakit hati kan?
Bagi aku... one word je... 'selfish'.

Kalau ko mmg takde rasa cinta tu, cakap je la. Dan kalau betul pun Bella tu lebih sukakan Zahar daripada Rayyan. Cakap je la terus terang... camni ke...
"Rayyan, aku tidak bolih terima chinta kao, karena, aku chinta sama Zahar..."
Camtu aaa kan...

Jadi... tak perlu la nak pusing sana, pusing sini. Salahkan mak bapak, salahkan perubahan masa, salahkan tempat kerja, salahkan beg sekolah dan liquid paper... Bukan ke itu semua hanya membazirkan tenaga untuk terus mencari idea supaya boleh keep on menipu?

Rasanya lah, kalau sudah berani mempunyai perasaan begitu, berani la terima consequence. Cakap je. Dah memang kalau cinta ditolak tu sakit rasanya, kalau cinta ditolak, dan diri ditipu, berdabel2 la plak sakit tu.

Contohnya la, imaginary gelpren aku yg muka giler rabak kendu ala2 tiada wanita lain di dunia ini yg sekendunya tetiba terjumpa la seorang lelaki yg dia suka dan nak jadikan suami.
Ayat yg sepatutnya:
"babai kapal... i dah jumpa lelaki yg best. I nak kawen. Hidup dgn u takde arah tujuan..."

Ayat tipu yg tak patut tapi kengkonon nak jaga hati la kan...
"Kapal.. I rasa, tujuan hidup kita dah tak sama. Lagipun, parents i dah bising suruh I kahwin. I tak tahan pressure. So.. ada baiknya, kita berpisah sahaja. Andainya ada jodoh kita, insyaAllah, kita tetap bersama juga akhirnya."

hahahah... dedua ayat pun melukakan hati kan? Habistu? Apsal mau tipu?

Dan harus la hati aku akan jadi panas, kalau aku dapat tahu yang dua hari lepas clash, dia terus hangkut lelaki itu berjumpa ibu bapanya, dan terus plan2 nak tunang bagai.

Bukan kah seperti makan cipan rasa itu. hahaha.. adeh.

Apa2pun, ayat DISKLEMER... tak semua org clash dgn cara kaver2an ini. Ramai je yg cakap terang2. Samada terang selepas tersuluh dengan tangan merah. Ataupun terang sbb mmg tak reti nak kaver2.
So, tahniah kepada mereka yg berterus terang. Yg tipu2 tu, takpe, cuba lagi di lain masa..

Oh ye.. nanti bebila ada masa, kita cerita pasal mencurang dengan ex sendiri pulak ek? hahahahaha... daaaaaa..

February 19, 2008

Aku yg fefeeling nak buat entry muzikal (yang langsung tak menjadi)

Tetiba harini aku dok bedek2 komputer org lain... pastu terjumpa la ada org yg mengeshare runut bunyi filem cinta.. (haha.. mateila runut.. bunyik cam adik badik kentut la pulok)

Anyway tetiba harini aku nak cakap tentang cinta. Tapi macam biasa la.. cakap pasal cinta pun, aku tetap tak reti kot... nak gunakan perkataan2 ala2 romantika seperti berikut:

Namun + diri
Contoh ayat: Namun ku sedari kekurangan diri ini...

Maaf + mampu + bahagia
Contoh ayat: Maafkan aku kerana aku tidak mampu membahagiakan kamu.

Sesungguhnya + luka + luluh
Contoh ayat: Sesungguhnya hati ini telah terluka dan luluh kernamu.

Terimalah + dariku
Contoh ayat: Terimalah payung ini sebagai hadiah dariku bagi menghalang titisan hujan dari membasahi dirimu.

Arkkkk!! mateila cizinyerr.. hahahaha...
sudah lah.. topik pengskemaan kesusahteraan ayat ni pun aku boleh buat satu topik. Tapi takut kang kena bambu dgn pakar mekap bahasa yang berleluasa di luar sana plak kang.. wahaha..

Ok ok.. berbalik kepada topik yg ada kat kepala aku nih. Cinta, love, pyaar, wapucetau...

Oh yeah.. dalam runut bunyik filim cinta kan ada lagu 'Cinta' yg misha sama jac nyanyi kan... Entah mengapa tiba-tiba hati ini tertarik dengan bait ayat yang terakhir nan tersusun indah sehingga merenggut tangkai hatiku ini (wahahaha.. bestnya ayat aku!! ptuih ptuih...)

OK... perkataan2 itu adalah seperti berikut...

Cinta,
biar saja ada,
yang terjadi biar saja terjadi,

Bagaimanapun,
hidup hanya cerita,
cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan...

Wahahaha.. tett tettt tetttttt..
Adakah itu je maknanya cinta? Cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan?

Secara penuh logika, memang semua cinta akan menyebabkan berlakunya perpisahan. Sebab semua orang akan mati. Unless kalau orang itu immortal. harus la aku takut kalau dapat gelpren immortal. Especially kalau dia tu, lebih tua dari aku. Mak takottt.. takut dia bela bebenda ntah apa2. Na'uzubillah...

Okeh, kita tinggalkan benda tu jadi waris jari hants..

Tapi.. kalau kes pasangan yg sehidup semati ni. memang kalau boleh, nak mati bersama, sebab sakitnya tinggal sensorang dan punya la setia sampai takmau cari gf baru (iyer ker??) Eh... aku rasa, mmg ada org macamni.. kalau tak takkan la ada lagu yg liriknya macamni..

Sejak kau pergi tinggalkan bumi,
tinggal ku di sini

Turunkan matahari,
usir bintang-bintang,
putarlah utara ke selatan.
Untuk apa lagi semuanya?

Ambillah jiwa retak ini.
Ku tak ingin lagi...

Putuskan ari-ari bumi.
Aku ingin pergi menuju abadi,
selamanya...

Tapi... org macamni, memang ada, cuma aku rasa... takde ramai kot. Sbb kalau ada dah sah2 akan jadik ceritera cinta seperti laila majnun, dan jugak romen jilat.. eh.. sori, silap.. romeo juliet..


Rasanya lebih ramai pasangan yang tersungkur di medan peperangan, ataupun belum sempat berperang dah menggelupur lalu tersungkur. Kalau kes yang sambil berperang, sambil menggelupur tu.. pempaham aje la yea..

So.. kes2 tersungkur sebelum ajal ni, aku rasa, ramai orang dah rasa. Especially dalam komuniti macam kita ni. langsung takde ikatan. Setakat bersandarkan lidah yang takde tulang tu.. hurm... senang kata, tak orang tak kita.

Macam aku yg menulis ni pun, sambil mengata diri sendiri jugak. Janji yo yo oo.. last2, aku biarkan je dia tunggu aku kat stesen bas. Aku plak... dok yeay yeay tour dengan awek baru. Dimanakah keadilan?? (keadilan muncul apabila tetiba anda menerima phone call menyatakan, sorry, i don't want you anymore, please don't try later...)

Bottom line is... selagi bumi berputar, selagi manusia boleh berfikir, selagi itu evolusi boleh berlaku... Dan ada jenis2 manusia yang berevolusi pada katar rata, iaitu dua tahun sekali. Tahun ni nak kuih donat. Dua tahun lagi nak batang burok pulak. Dua tahun lepas tu, suka apam balik la pulok..

isk isk.. kesian si donat sama batang burok, mereka pun menyanyi lagu yang sebegini bunyinya...

Alangkah sedih hatiku,
bila pulang dari rantau,
terlihat kau bersama teman baru.

Bertahun lama terpisah,
kiranya kau telah berubah,
janjimu hanya tinggal kenangan.

Hatiku menangis dengan seribu pertanyaan
mengapa, oh mengapa?
Dari jauh ku lihat kau berlalu pergi.
berbahagialah di sampingnya...

Pastu bila dah clash... maka akan terbuka la peluang baru, pintu baru, aweks baru yg lebih segar. Dan sebab manusia ni ada rasa ingin dicintai dan mencintai, maka boleh la terbuka lembaran cinta baru... yang membolehkan sang kekasih baru bercinta menyanyikan lagu seperti ini..

Aku bermimpi riang terbang,
pagi sampai senja.
Cinta di hati sudah kembang,
untuk engkau saja.

Tidur atau jaga,
rindu sentiasa...

Huhuhu... indahnya bercinta..

Dan setiap percintaan membuka kehidupan baru... and gear satu untuk vicious cycle yang baru pun bermula. Berapa lama boleh bertahan? Kita kena tunggu dan lihat...

hah hah hah hah hah (gelak cam org jahat...)

DISKLEMER:
Sekapal mintak ampun kalau entry dia berbunyi agak kasar2 gittew. Makcik kapal kata... ini lah padahnya kalau tgh kemaruk berkorok, terkurang tido, dan terlebih kafein. So, jgn la minum kopi bbnyk. Harap maklum.

February 15, 2008

Aku bukan hero yg ada power

Ahhhh... nyamannya di hari jumaat nan indah ini. Dengan proses bermalas-malasan nak buat kerja, di tambah pulak dengan perut kenyang akibat banyak makan. ahaha.. yo la kan. Takkan la perut kenyang sebab banyak menonton TV plak. Kalau cenggitu gayanya, sah2 la org yg menonton tv tu ada power utk makan makanan yang ditayangkan di kaca tv. Fuh... enak sih. Kalau semua yg dilihat dlm TV boleh di makan. Harus la aku asyik nak melihat Giselle Bundchen sajork.. wahaha... ailaik!! yeak yeak yeay!!

oh yeah.. tetiba dah tertulis pasal power nih, aku yg tadi macam nak tulis pasal lain, tetiba teringin nak tulis pasal power la pulak. Bukan kasut Power ataupun Power puff girls maupun power root, tapi ni mau cerita pasal power ala2 cerita Heroes tu. Yang mana aku dengan bangganya hanya menonton episod terawal dan terakhir untuk setiap season. haha... Mmg bengong, tapi ada jugak yg tgk tv macamtu.. iaitu aku. Huh...

Kalau la korg semua boleh isi borang utk pilih apa power yg paling korg berkehendak, apa power yg korg nak? Yang pastinya aku takmo power macam Claire Bennet yg boleh sembuhkan luka koyak2 tanpa masalah. Gilerk ah. Nanti aku dah tua nyanyuk, tak reti2 nak mati lagi. Takutss... Masa tu harus la suruh nyamuk aedes je gigit aku, biar aku mati sebab denggi. kehkehkeh..

Habis tu? Aku nak power macamana? hehe

Kalau dapat power x-ray vision ok gak kan? Tapi takmo la x-ray yg tgk tulang je, aku nak sampai boleh tgk salur2 darah manusia, daging2 dan jugak tulang2. Senang kata MRI vision la. haha.

Paling2 aku boleh la jadi mak tabib. Kalau sesapa ada masalah demam2 ke.. pening2 ka.. ataupun kena santau ka... Aku suruh je org tu duduk kat depan aku. Pastu aku tenunggg dia bayekk punya. So, boleh la nampak kalau2 ada paku ka, dan apa2 aje lah bendasing... So, takyah la korg yg ada penyakit nak jumpa bomoh2 siam bagai kena sembur dgn air2 berbau tungkik. Dan takyah la jugak nak kena masuk dlm mesin MRI yg membuatkan org claustrophobic menjadi lebih takut2an lagik.

Pastu, kalau ramai org dah tau ke'power'an aku, nnt aku akan masuk dlm sokkabo Metro yang bertajuk Gadis MRI Vision.. wakaka.. ekselen! Pastu mana2 hospital dan klinik2 yg tak mampu nak beli mesin MRI, panggil je aku dengan sorg lagi pelukis handalan. Aku sebut apa aku nampak, yg pelukis tu lukis la. Iye la kan... takkan la nak cucuk lubang idong aku dgn printer/monitor plak.. Mateila aku kena karan.

Lagi lama... aku jadi lagi glamer. Pastu penerbit cerita Heroes pun amik aku jadi consultant utk siri tu bagi musim2 seterusnya sbb ada satu watak yg akan ada power macam aku. Bila aku dah diambik jadi consultant, aku sure akan insist mintak watak tu dijadikan watak senget. At least ada la jugak watak senget dlm cerita Heroes tu. Semangat la sket nak tgk kan.. hahha..

FUh... glamer, kayer.. cukup la tu. Apa lagi aku nak? Oh ye... kalau tetiba aku kot2 terasa cam tergersang dan tergatal terlebih, (yang mungkin hanya berlaku sekali dalam masa lapan tahun, wakaka) aku akan ejas vision aku tu supaya bleh tengok sehingga melepasi batasan pakaian sahaja, dan jangan lepas batasan kulit. wahahah... Fuh fuh! Itu macam kalu, takyah la simpan cita2 nak gi nude beach bagai. Kat kakendu je dah bleh cuci mata kow2 punya.. yeahuu!!! Dan pada masa tu, sekali lagi aku akan bersyukur sbb aku ni perempuan. Takde lah keseronokan aku tu boleh 'dilihat' dengan jelas. wahahaha...

Haiyo... mampos la nnt kengkawan aku yg dah tau aku ada power ni langsung takmo jumpa aku lagi dah. Masing2 takut ternoda. keh keh...
Apa2pun, berangan mmg best!

Tapi.. korg sure ke aku takde power nih? hehehehehe...

February 14, 2008

What I have is You

My heart
Desolate without your love

My soul
Wander without your passion

My body
Corpse without your touch

My life
Astray without you

Everything becomes nothing
When 'us' discontinues

Happy Valentine's Day, my baby boo...

Tinggalkanku... jangan tinggalkanku...

Lately ni... aku banyak dengar cerita pasal breakups. Aku sendiri baru je lepas mengalaminya dalam jangkamasa yang tak sampai setahun. Memang... segala kisah putus kasih, memang memeritkan. Lebih perit apabila kita menjadi insan yang tertinggal dan terkapai2 tanpa ada sesiapa yang terus boleh kita tuju. Memang ada yang boleh kata, semua pihak sakit kalau berpisah ni. Tapi hakikatnya, hanya salah seorang daripada yg terpisah itu yang terus ada insan yang mampu menjadi pecinta yang seterusnya.

Hmmm.. AKu bukan nak cerita pasal kesakitan. Aku dah rasa. Dan rasanya, kalau pun aku putus kasih lagi, aku dah boleh hadapi semuanya tanpa sebarang masalah. 11 years relationship aku musnah... apatah lagi kalau hubungan itu masih belum mencecah angka setahun. It will definitely hurt. Tapi... perhaps keremukan hati tu tak teruk sangat kot. ehehe

Sebelum satu perpisahan itu berlaku, memang sebenar-benarnya bau2 untuk perpisahan itu berlaku memang dah ada. dah ada tanda2. Terutamanya kalau salah seorang daripada pasangan itu, sebenar-benarnya ada pasang dua.

Masa tu, apa yang pernah dirasai, semuanya dah jadi tak sama. The kiss... dah kurang rasa. Kalau dulu sentuh sikit2 aje karen meletup2 dan meluap2. Tapi... sebenarnya, kalau ada masa benda dah jadik hambar, semua tu tak terasa.

Kalau dulu, setiap kali keluar berjalan berdua, ada aje masanya tangan tergesel, berlaku beberapa display of affection, walaupun tertahan. Seperti senyuman yang penuh bermakna, ketawa yang penuh keikhlasan dan juga rengekan yang memang mampu digambarkan sebagai satu kemanjaan. Tapi... kalau benda dah tak menjadi. Rengek dah jadi rajuk. Tawa hadir kerana terpaksa. Senyum pula datang apabila dipinta oleh akal. It may be funny... tapi kenyataannya, perkara ini tidak boleh disangkal.

Even the sex. Apabila ada yang meminta, ada aje alasannya untuk tidak memberi. Tak kisah la samada alasan tu sebab penat, letih, takde mood, panas. It's just... not happening.

Maybe one of us will wonder. Kenapa? Kenapa jadik macamtu? Adakah kerana kita terlalu memaksa? Ataupun... masa dah membuatkan semuanya sedikit hambar tak seperti biasa? Mungkin masing-masing dah terlalu terbiasa sesama sendiri sampaikan kadang2 perasaan cinta tu kureng, yang keluar perasaan kasih sayang yang mutual di antara dua orang sahabat.

Sampai bila boleh bertahan? Kerana apa boleh bertahan? Mengapa sanggup bertahan?

Ada yang sandarkan pada kenangan. Ada jugak yang merasakan umur dah terlalu tua untuk gamble dan keluar dari relationship yang dah hambar. Dah berumur, macamana? Ada ke lagi yang nak? Kalau takde sapa yang nak? Sanggup ke membujang sampai ke tua? Tapi hakikatnya, sanggup ke bertahan dalam satu hubungan yang hambar? hehehe...

Sampai bila waktu masa untuk perpisahan itu telah hampir tiba.... tanpa disedari, salah seorang daripada kita kata.... Sorry sayang, I dah ada yang lain. I masih sayangkan you sebagai kawan. Anggaplah pemergian I ni sebagai satu cara untuk mengelakkan hubungan kita dari terus dilanda masalah. Nampaknya, jodoh kita tak panjang... Maafkan I.

heh... Again, seorang lagi menjadi mangsa ditinggalkan kerana orang ke tiga.

Persoalannya di sini, kenapa bukan yang main kayu tiga itu yang memulakan langkah untuk memutuskan perhubungan yang dirasakan telah mula hambar? Kenapa kena tunggu betrayal of trust yang memainkan peranan?

February 12, 2008

Lamanya bertapa tapiran

Aiyo... lamonya den bertapa. eheheh....
Byk sgt la plak masalah dan permasalahan untuk aku menulis. Dah lah opis aku yg haiperbest itu telah memblok internet access.. hehehe.... langsung takde can aku nak mengapdet dr opis. cis cis.

Ok... disebabkan aku takde idea nak tulis bebenda yang merapu terlebih, aku nak, seperti biasa, cerita apa yg berlaku pada aku pada cuti raya cina haritu. Oh... sebelum itu... selamat hari raya..! Banyak korg soping? ahahah...

Hari raya pertama aku dgn boo balik kg. Kebetulan dia pun nak pegi majelis kawan dia yg rumahnya tak jauh dari kampung aku pun. Kesian kat dia... Bila balik kg, kena la jadi terkontrol2. Aku pun sama jugok la. KOntrol sini sana... Dah lah aku skrg ni sedia maklumi dgn diri sendiri bahawasanya aku sangat takleh nak mengelak utk tidak PDA walaupun aku sendri tak pernah reti nak godek bendalah bernama PDA.. huahaha...

Kesian kat Boo sbb dia balik rumah aku time malam jumaat. Bila malam jumaat, bapak sama emak aku mmg la pakat2 buat solat jemaah sambil mengaji reramai bagai. Nasib baik laaa kakBoocuk tu berjaya melakukan bebenda yg kitorg lakukan tanpa sebarang masalah.

Sekali lagi kesian kat dia, sebab time nak balik ke KL tu aku diserang angin kuskus yang amat sangat dan dia kena la mendrive balik walaupun aku beria2 nak bawak keta dlm keadaan perut membelit2. Dan atas sebab-sebab keselamatan, sbb mak abah aku pun ikut sama, aku kasi je la dia bawak keta.

Tapi lepas tu bila aku risik2 dgn mak aku, rupanya dia kata dia suka plak kakBoo bawak keta sebab macik tu bawak keta laju... Kalau aku, harus la mengikut halaju yang ditetapkan. Maklumlah, aku tak koser nak memperabih duit aku tetiap bulan utk membayar saman.. huahaha..

Hari ni tadi aku baru je lepas anto parents aku balik.. so, mlm ni aku tido dgn kakBoo setelah berhari2 kitorg tak tido sama. yeay... Nyenyak la sket aku tido.. wahaha

Sudeh ler. Aku takmo tulis lagi blog ni selagi takde idea. Kalau tak korg sure melwat kan. haha.. daaaa...

February 5, 2008

My dearest baby boo...
Thank you very much for an amazingly wonderful weekend...

It's a little bit funny this feeling inside
I'm not one of those who can easily hide
I don't have much money but boy if I did
I'd buy a big house where we both could live

If I was a sculptor, but then again, no
Or a man who makes potions in a travelling show
I know it's not much but it's the best I can do
My gift is my song and this one's for you

And you can tell everybody this is your song
It may be quite simple but now that it's done
I hope you don't mind
I hope you don't mind that I put down in words
How wonderful life is while you're in the world...



'Saya nak yang lagi besar!'

huhu... Betul ke setiap yg lebih besar itu lebih best? hehehe... Tak semestinya lah kan.. Maybe kalau kita bercakap dalam konteks rumah, atau TV, ataupun ayam KFC ketika sedang kebuluran... memang yang lebih besar tu lebih best! Tapi kalau bercakap tentang laptop, ataupun gelpren (utk sesetengah org) yg kecik lagi best la kot. Agaknya la...
Kenapa aku cakap pasal bebenda bebeso ni? Kerana aku sekarang sangat sangat memerlukan meja yg lebih besoo! Baik meja kat opis ni, maupun meja keja aku kat umah. Tensen betul la. AKu dah tatau nak letak kat mana barang2 aku. Letak sini ada itu. Letak situ ada ini.
Kalau kat opis ni kertas la yg lebihnya. Segala kertas2 dari zaman batu awal ada kat meja ni. Rasaya mmg dah harus di dispose. Kalau kat umah plak, meja aku penuh dgn kunci, brooch, cepit kuku, file2 berisi resume bagai, benda2alah yg aku buat reference, mug yg makin hari makin bertambah kuantitinya, wayar2 yg tah pape, dan jugak kucing sekor. Bottom line is... workspace aku mmg jadi tak conducive. Lebih2 lagi kalau kucing sekor tu hobinya juga menaip macam mama bulatnya ini..
Huhu.. acamno nak buat ni? Hahaha.. buat apa la nak bising2... ada dua je cara utk menyelesaikan masalah ini. Yang pertama.. harus la buang bebenda yg tak diingini tu ye. Toksah la fefeeling nak jadi pusat pembuangan sampah. Kalau rasa2 ada benda2 yg macam tak sure nak simpan atau nak buang, apa nak buat? lambak je la dlm satu kotak. Kalau dah lepas sebulan masih tak guna jugak bebenda yg dah dilambak dlm kotak tu... sah2 la boleh dibuang dgn kotak2 itu sekali.. huahaha..
Itu solution pertama. Solution seterusnya ialah dengan membeli meja baru atau pun meja extension. Kasi sambung you punya meja. Ini boleh dilakukan samada dengan membeli sendiri, ataupun boleh jugak suruh gelpren tolong belikan. Tak susah sgt pun nak mintak gelpren tolong beli... sepah kan je lelebih, sampai mata dia pun sakit. Nnt tau2 je ada meja baru.. hahahah.. ailaikkk. Tapi ni aku dah tulis kat sini, sah2 boo dah tau trick aku. Isk.. takde can la dapat meja pree.
Er... kalau gelpren takleh nak bagi, boleh jugak la buat muka tak malu mintak sesapa yg sama2 baca blog ni buat sumbangan derma ikhlas kepada aku. Kalau korg taknak dikenali pun takpe. Bgtau je kat org2 IKEA tu alamat umah aku. Nak tau alamat umah aku, email la ai... auw!! (mateila tatau malu... haha)
Ala.. tapi sebesar mana pun meja, kalau dah mmg suka sepah2 barang... mmg akan bersepah jugak.
Jadi... kesimpulannya. Toksah la nak salahkan benda lain. Sendri punya attitude kena betulkan dulu.
Huhuhu.. tetiba dpt kesedaran la pulok. dah lah.. Aku nak kemas meja ni.. daaaaaa....
Fakta kesihatan kali ini:Salah satu penyebab bau pada angin puspus ialah komponen sulfur (hydrogen sulfite & carbonyl sulfite) yang hadir disebabkan oleh pemecahan protein.