July 18, 2009

Aku yang masih tak mahu menghilang....

Tak.. Aku belum mati. Dan aku jugak takde ke mana2. Malahan lebih banyak memperabih masa kat umah je skang ni. Byk sgt benda nak kena settle. Hal2 fizikal, mental dan jugak spiritual. Tapi semuanya tak reti nak settle2 lagik. Blasah la. Yg penting, aku ok je kalau org kata aku saiko a.k.a. psycho. Sapa tau, nnt aku boleh buat filim pasal diri sendrik bertajuk Psycho XXVI... heh heh..


Dan tidak jugak aku terlupa akan blog ini. Byk gile macam benda yg aku nak apdet. Seperti perasaan frustrasi aku dengan pengurusan untuk menangani isu H1N1 yg rasanya macam masih tak reda, tapi ramai org dah tak kose nak amik pusing. Korg pun leh kata ini isu basi, tapi skang ni masih je lagi universiti tutup, ramai je jugak yg kena, dan kebanyakannya local transmission.


Logik ke kalau aku rasa dan katakan yg local transmission ni bukan shj disebabkan oleh org2 yg balik obersi tu malas nak pegi check, tapi takde sgt pun emphasis dr kerajaan Malaysia. Dah tu, bila kita pegi ke hospital, macam takde prosedur yg standard. Siap dah sampai, boleh pulak kena suruh ke tempat lain, sbb takde doktor yg free utk attend. Kalau hospital tu letaknya di ceruk hulu tah memana, takpe gak. Tapi kalau hospital tu letaknya di tempat terduduknya pejabat2 kerajaan malaysia? camno tu. haha... Dan aku tak cakap ni sbb dengar2 cerita orang, tapi sebab aku sendiri yg bawak gf aku pegi utk check masa dia balik dr US bulan lepas.


Tapi kampeni aku, mmg aku respek. Semua yg balik dr US, diorg suruh kuarantin seminggu kat umah. Kalau negatif atau takde manifestation of any symptom, baru leh dtg keja. Dan sbb aku pun terlibat sama dlm exposure (yg agak berlebihan) dgn org yg potential, maka aku pun diorg suruh keja dr rumah. heheheh... Best2. takyah aku amik cuti utk mengspend masa dgn dia time dia baru je balik. hehehe... Diorg cam tau2 je kitorg kapel kan, dan kalau diorg tau pun, nak buat apa? Aku keja kat kampeni yg base kat Netherland, yg mmg sah2 la tak diskriminasi sexual orientation. And it is written in our policy handbook!!! Bangga, bangga.... haahah.. saiko.


Oh, selain dr isu2 H1N1, macam banyak la plak isu yg berlaku sepeninggalan kegagalan aku mengapdet blog nih. Seperti kehilangan raja pop Michael Jackson yg setelah dia takde, org semua baru rasa nak rindu kat dia. Macam tak biasa, kat Malaysia lagi teruk kes mengenang yg dah tiada ni.. bila org dah takde, baru dapat pingat itu ini... heh. Tapi rasanya, kalau aku la takde, takdo sapo heh nak kenang. Kecuali kalau aku berlakon atau menyanyi. hehe...


Another thing yg aku nak luahkan kat sini... Sesungguhnya aku yg ketinggalan zaman ni, macam baru tahu yg bahawasanya agak ramai ibu bapa yg sanggup membawa anak2 yg masih bersekolah rendah untuk keluar berjalan2 pada jam dua tiga pagi. Kat mana aku jumpa ni? Kat Bazaria Larut Malam di salah satu tpt gi kelumpo ni la. Dan aku harap, bukan orang2 itu yang sanggup merotan anak2 mereka kerana tidur lambat akibat main game, atau tengok tv.

Kalau mak bapak boleh compromise things utk kepentingan sendiri, kenapa tak anak2? Kepimpinan melalui teladan?? Apa tu?


All in all.. its been a long long month... Byk sgt benda yg aku perati. Dan skarang ni kepala aku cam dah naik gile sket sbb tetiba aku cam suka memikirkan berjuta2 perkara yg aku nampak...


Sampaikan aku boleh terfikir yg beg plastik ni pelik. Apa yg peliknye? Korg tgk la sendiri...