December 31, 2007

Ahhh... let's get cryptic..

Pada suatu malam tu hujan lebat turun dgn petir sabung menyabung. Dengan tak semena2 satu petir yg maha dahsyat telah berjaya menumbangkan sebatang pokok. Hasilnya, pokok itu tumbang dan menutup separuh daripada jalan untuk masuk ke rumah aku.

Jadi, keadaan trafik menjadi sedikit terganggu disebabkan jalan menjadi sempit. Tapi sbb kat jalan tu mmg tak banyak kenderaan pun, dan kebetulan ada lagi jalan alternatif yang lain, maka... takde la pihak berkuasa pun nak amik kisah utk alihkan pokok itu. Begitu juga org2 sekeliling yang rasa macam.. tak perlu la dialihkan pokok tu. Sbb dirasakan pokok tu pun selama ni dah banyak berjasa memberikan tempat berteduh dan jugak oksigen kepada manusia. Furthermore, pokok kan lama2 boleh mati sendiri, dan tanpa perlu dialihkan, ia akan dimakan bumi jugak akhirnya... kan?

Tapi.. setelah berbulan-bulan pokok itu di situ, tiba2 satu lori yang parking ngam2 dekat tepi jalan, dan sedikit menghalang separuh lagi jalan yang terselamat dari tumbangan pokok tadi. Ingatkan lori ni parking sekejap je.. tapi dah 3 hari, masih tak bergerak2. Kenderaan yang lalu sedikit stress, dah mula sumpah2 dan marah2 sang pokok tumbang dan juga sang lori yg parking.

Persoalannya, apa yang seharusnya aku lakukan utk memperbaiki keadaan?

Aku boleh...
Cari owner lori suruh alihkan lori tu sbb dia mengganggu kelancaran trafik yg takde la lancar sangat pun.

Ataupun, aku boleh...
Alihkan pokok tu dan benarkan jalan menjadi lancar seperti biasa

Kalau aku takde kederat sgt nak buat bebenda tu. Aku boleh guna konsep cabut lari...
Guna je jalan alternatif dan lari dari segala kesesakan yang disebabkan oleh punca yg tah pape tah itu.

Tapi kan.. adakah penyelesaian masalah itu harus ditanggung oleh aku? Dan bukan masyarakat di sekeliling aku yang turut sama menggunakan jalan itu?

Dan.. susah sangat ke owner lori tu nak simply alihkan je lori tu dan jangan parking kat tepi jalan tu?

Lagi satu, aku rasa... kalau lah aku jadi pokok yg menghalang di jalan, sudah tentu sebaik sahaja selepas jatuh, aku sendiri akan bangun dan keluar dari menghalang jalan itu. Nak buat apa terbaring kat situ. Hiasan? Nak suruh orang notice kwujudan kau wahai sang pokok? dan seterusnya menghasilkan lebih banyak gangguan?
Ataupun sang pokok sebenarnya sakit hati dgn petir yg memanahnya sehingga dia tertumbang? So, dia nak tunjuk dgn petir..
"Look petir, kau ingat kau aje boleh musnah kan aku? Aku pun boleh bawak kemusnahan tau!"

Pokok juga boleh salahkan lori kerana diletakkan di situ.
"Hey lori.. sebelum kau datang, semuanya okey je kat sini. Org takde nak marah2 aku halang jalan!"

Namun pokok pangkalnya, kalau pokok itu tak menghalang jalan, semua masalah takkan timbul.
Kadang2 kita tak sedar perbuatan yg kita lakukan sebenarnya membawa kesan yang besar kepada kehidupan orang lain. Kita pikir benda tu macam kecik je, tetapi, almaklumlah, kalau hidup dah bermasyarakat ni, mmg satu decision akan jadi perkara berantai yang akan memberikan domino effect.


So.. Adakah aku harus jadi pokok, atau lori, atau jadi diri sendiri?

yahuu... another entry terbelit yg aku sendiri pun macam tak paham, but i definitely know what i'm writing... yeak yeay!

Kenapa aku mengantuk??!!

Ngantuk.. ngantuk.. ngantuk..
Itu je yg aku boleh tulis skrg ni. Takde perasaan lain yg kurasakan melainkan ngantuk belaka.. huhuhu..

Kenapa ngantuk? Sbb kehidupan aku di hujung mggu ini terrrsangatlah meriahnya dgn kehidupan berjalan2 dan bermakan2 di luar rumah. Walaupun sebenarnya takde la semeriah org yg berkemampuan dan boleh pergi berjalan2 naik2 kapalterbang tetiap bulan, tapi.. meriah la jugak sbb bleh berjenjalan beramai2. ehehe..

Hari sabtu tu pukol 4 lebih pagi2 buto dah kena bangun tido, sbb ada plan nak pi picnic ke pantai PD bersama cik Jh dan cik Ch.

Aiyo.. gegeh aku bangun dan terjun masuk bilik air semata2 nak menyiapkan sandwich utk berpicnic. Tu la.. sapa suruh tido lambat itu malamnya, hehehe.. rasakan la menggelupur bangun terlewat.

Boo kononnya plan nak tgk langit gelap menjadi terang di tepi pantai (ye la.. karang kalau kata nak tgk sunrise kang.. apa je yg bleh nampak.. ye tak? huhu) tapi apakan daya, kerana keterlambatan, tgk je la dr dlm keta. hehehe.

Sampai sana, mereka bermandi manda, aku melangut je amik2 gambo, ushar awek2 kendu tahap 3, dan baring2 atas pasir. Biasa lah, ai kan lowrat skets. Mana nak mandi2 berpasir2 nih. HUahaha.. bestnya jadi org lorat!

Tghari lepas balik dr pd terus anto boo pi keja, dan aku pun tido sblm amik dia balik kol 6. Lepas tu mlm dia pegi keja lagi, manakala aku plak pi berpoye2 dgn kengkawan kat kakendu. eheheh.. Mmg sesungguhnya aku sangat2 rasa bersalah sbb biarkan dia ke opis sorg2, tapi sbb dah janji awal2 lagi, so... dia pun membenarkan aku jadi single satu malam. Tapi masalahnya, ai tak reti la plak nak fefeeling single lelebih bila gf takde di depan mata.. saba je la. Apa2pun tengkiu boo sbb benarkan sy keluar. ailabyu!!

Oh... nampaknya cik eid yg baru pindah ke kelumpur ni telah berjaya memijakkan kaki ke kakendu dan mkn chaketiau. Len kali kalau cukup korum, bersedialah utk balik selepas jam 2 pagi. hehehe... yahuu..

Hari ahad pagi plak.. boo call aku lepas subuh, dia kata, suruh aku sesiap, sbb kol 7.30 dia dtg amik aku, ikut dia dan family dia ke genting. Aku yg masih lagi kemalasan ni dgn gumbira la bangun, basuh baju bagai, main2 dgn saly, sementara tunggu dia tiba.

Kol 8 dia tiba, dan kami berjalan-jalan rayau2 sarapan pagi, pegi ke sana ke sini.. dekat2 jam doblas lebih jugak la baru tiba di puncak genting. Aku yg tak advencheres ni cuma naik corkscrew je. hehe.. yg lain semua ai tamau beratur dan tamau kecut perut terlebih. Boo siap bleh main terbang2 lagik.

Tapi sbb pegi dgn family dia, aku tahan je la dan terus mengeraskan diri dan mengelak dari bermesraan terlebih, walaupun keadaan di sana yg agak sejuk semalam sangatttt mengujakan untuk aku menggesel2kan diri dgn gelpren aku. Huih sabo sabo... harus la dua tiga minggu lagi aku akan ke sana semula melepaskan apa2 yg tak berjaya dilunaskan seperti main bumper car dan jugak masuk dlm snoworld. Keh keh keh...

Lepas pusing2, makan, main2, dalam kol 10 jugak baru kitorg gerak balik ke kl. Lepastu, gedebak gedebuk, sampai umah dlm kol 12 lebih jugak. Lepas mandi manda... dlm kol 1 lebih jugak aku tido. Dan pagi ni dah kena pi keja?!! Wargh... harus la aku ngantuk!!

December 24, 2007

Mementang la baru lepas raya korban.....

Aku mmg suka tgk industan. Korg pun tau kan? Aku siap boleh melalak lagu hindustan komplit satu lagu dlm keta tanpa segan silu. haha.. Tapi itu industan zaman kajol dan juhi chawla la.. Zaman priyanka chopra ni, ai mmg fail... huhuh.

Ada satu cerita industan ni. Dilakonkan oleh Kajol, Manisha Koirala dan Bobby Deol. Jap aku google tajuk dia... Ahah! Tajuk cerita tu 'Gupt:The Hidden Truth'. Dalam filem ni Kajol dapat Filmfare Award sebagai Best Villain (dan juga the Hottest Villain!!), pada tahun 1997.

Okey.. sesapa yg taktau, ataupun tak ingat sbb tahun 97 tu korg masih tak reti tgk industan. Dalam ini cerita, sang hero terjatuh cinta dgn Kajol. Lepas tu, ada sorg lagi pompuan (Manisah) yg suka kat mamat ni. Blkg, bapak tiri mamat ni dapat tau yg manisah ni suka kat anak dia. Jadi dalam satu majelis besday mamat ni, mamat tu ingat nak announce dia sama Kajol mau kawen, sekali tu lain yg jadi... bapak tiri dia terlebih dulu announce nak tunangkan hero ni dgn manisah. Apa lagi, sang hero mengamuk la, siap nak tikam2 bagai. Dia ni dah la mmg taksuka sama bapak tiri dia. Harus la amuk kan? Tapi... keesokan harinya, si bapak tiri ni ditemui mati ditikam. Hero ni yg kena tangkap masuk lokap, padahal bukan dia yg bunuh. Tapi si hero ni dapat lari dari penjara, untuk menjejaki si pembunuh.

Sapa bunuh? Kalau dah Kajol yg menang award orgjahat terbest tu, takkan la tatau plak sapa yg bunuh kan? hehehe..

Apa yg menarik minat aku pasal filem ni ialah salah satu dialog dia yg aku taktau nak tulis dlm bahasa industan, dan aku tak ingat la exactly acamna wording dia. Tapi kat sini aku kupas terus je la ek.

Basically... its about 'cinta dan pengorbanan'.

Kajol ni, demi cinta sanggup mengorbankan orang lain, semata2 sebab, terminal objektif, dia nak bersama dgn org yg dicintai tanpa gangguan org lain. Walaupun di tetengah jalan org yg dicintai tu terpaksa diseksa buat seketika...

Si Manisah plak... sanggup mengorbankan diri sendiri , asalkan org yg dicintai mendapat kebahagiaan. Tak kisah la... ai rela asalkan yu bahagia. Gitu la kekdahnya..


So... korg tergolong dlm yg mana satu? hehehehe...

Being a possessive scorpio... definitely korg tau la aku kat mana. Bagi aku, mmg aku nakkk sgt bersama dgn pasangan aku. Dan aku cam tak bleh nak pikir utk mengorbankan diri sendiri. Aku lebih rela buat dia menangis malam2 buta sbb aku suruh dia pikir dan buat apa yg aku nak. Teruk kan? Hahaha... let's blame the ruling planet.

Tapi... org cam aku ni, kena la pikir balik. Sampai bila nak hidup dlm keegoan dan rasa posessive macamtu?

Simpulkan? Bagi aku (ayat disklemer) tak salah kalau kita bukan jenis yg sanggup berkorban diri sendiri demi cinta, cuma nak mengorbankan org lain tu, pandang la kiri kanan. Jgn sampai, tau2, relationship kita yg terkorban..

"Apa?!! Lembu dah lari?"
Bak satu kisah di pagi 10 Zulhijjah...

December 21, 2007

Celcom ... ada segalanya! Ecewahh!

Wahahaha... harini sungguh tenang kurasakan di opis. Kenapa?
sebab ada empat org je kat dlm opis ni, yang mana aku sorg je org pompuan. hehehe... yahuuu.

Disebabkan kemeriahan orang lain beraya sakan, aku meriah dtg opis sbb cuti aku dah abis, dan aku kena cuti time krismas. Hampeh kan? Motif memandang ke barat?

Anyway, tghari tadi aku pun mengambil kesempataan ini untuk mengulau keluar opis dan pergi buat benda yg tak boleh tidak, mesti aku buat, iaitu, tukar simcard aku ke 3G, semata-mata sebab skrg ni ai dah kemaruk nonton internet dari rumah. Dan juga disebabkan keadaan yang mencemaskan di mana aku terpaksa sorok2 kat mana2 kedai ber wifi semata2 utk gunakan line fre diorang kalau ada bebenda urgent. Sedih kan? Haha.. aku pun sedih tgk diri sendiri jadi kombat.

OK.. meh aku cerita sket pasal 3G

Harini, aku tuko simcard kuno aku tu, kepada 3G... kenapa? Sbb lepas ni aku boleh cucuk je tipon ke laptop dan nikmati dunia broadband celcom. Sesapa yg tatau... Celcom ada 3 plan broadband:
  • Plan guna malu2 - 10sen/10kb
  • Plan hari ini aku pulun - RM8/24jam
  • Plan aku pakai postpaid laaa.. - RM68/bulan-384kbps atau RM98/bulan-3.6Mbp (ini hanya boleh digunakan oleh pelanggan postpaid celcom sahaja)

Apa yg kena ada utk gunakan broadband ni (selain daripada komputer)...
  • simcard 3G celcom dan
  • 3G phone beserta data cable sebagai modem, atau...
  • datacard, atau...
  • bendaalah kecik kenit kaler putih yg mahal giler tu, aka sengkenit
Pastu cucuk la apa yg patut, dan wallaaa! Boleh donlod cerita senget. Yahuuu... lipsticklesbian kekdahnya!

Aku personally dah try dah guna celcom broadband ni kat umah aku yg letaknya di ceruk2 bukit tu. Terima kasih kepada buahati yg it/techie dan gadgety savvy..

Dgn mencucuk henpon dia ke laptop, menggunakan plan 'hari ini aku pulun', kami boleh la dapat dlm 460kbps data transfer rate. Boleh la. Walaupun nak tgh youtube agak terseksaaa jugak. Tapi.. boleh la dikatakan kendu tahap 3.5.

Kalau sesapa yg taknak menyusahkan kehidupan henpon 3G korg, haruslah korg pegi je beli data card atau menatang sengkenit itu. Tapi tadi aku pi celcom, rega datacard lima rats lebih, manakala sengkenit itu berharga Rm1100++. Tapi kalau alang2 pakai sengkenit tu, harus la amik pakej yg RM98 sebulan tu, sbb sengkenit tu ada kait mengait dgn HSDPA yg boleh bagi transfer rate yg lajunya berMBps adanya..

So.. kesimpulannya, kepada sesapa yg macam tak koser nak isi borang dan kuarkan duit berlebih2 utk pasang streamyx kat umah, aku cadangkan gunakan lah celcom broadband ini. Mudah, cepat dan pantas... Hanya dail *118# untuk keterangan lanjut. Makasih...

Tapi kalau korg ada hati buat enterprise of downloading kat umah, syudeh2 la... pegi tipon TM, mintak install streamyx.

p/s: Terima kasih celcom sbb bagi kredit free RM10 bersempena aku yang mengetopap di hari raya.. yeahuuu!!! Bleh broadband!

December 19, 2007

Giladonat!

Adusss... mataku mengantukkk.... Mlm tadi dapat tido 4 jam je akibat aku tergegeh2 bangun pi keja awal. Awal tapi lewat jugak sebenonya.

Semalam masuk opis pun pagi je, pastu sibuk dgn meeting yg aku pun takde nak cakap apa-apa. Hari sebelumnya, aku buat2 bz kat opis sampai tak larat nak apdet blog. huhu..

anyway, hari sabtu yg lepas, akhirnya aku berjaya jugok mencapai satu cita-cita yg telah lama aku pendamkan iaitu.. jengjengjeng..

hahaha... sabtu mlm yg lepas, aku pegi pavilion. Terimakasih kepada kampeni kakakebun yg membuat dinner kat Prince hotel, maka dapat lah aku menapak sahaja ke pavilion itu, setelah kereta aku parking di hotel tersebut... Eh, rasanya menapak bukan perkataan terbaik, tetapi melenting-lenting adalah lebih sesuai. kehkeh.

Dari prince, aku lenting2 ke pavilion dgn semangat nak makan donat! Ingatkan aku akan sesat mencari kedai donat itu, tetapi semasa aku on the way nak ke suraunya di basement 2, aku terlalu la di level 1 yg menjual j.Co donut itu.

wahwah.. lobang idong ai pun kembang semacam melihat dedonat yg disediakan dan juga barisan yg panjang. naik je dari basement 2, aku terus berator... berator dan berator.. sampai lah lebih kurang 20 minit baru sampai ke depan.

sewaktu aku beratur tu, ada la plak aku di interrogate oleh seorang budak pompuan yg keja kat pavilion jugak. disebabkan dia hanya kendu tahap tiga, ditambah pula dengan perbualan yg kurengg menjana mindaku, aku bo bo layan layan je la. hahaha...


Tapi ai tak gagal la memberikan senyuman sepanjang masa, walaupun budak itu tak boleh nak agak besar kecilnya perbezaan di antara RM2.3x24 dengan RM33. (ha.. kira cepattt!! banyak tak bezanya?)
hehehe

anyway, aku yg ala2 poyo ni takde la beli byk. Takut karang tak kena dgn tekak mengada aku nih. So, aku beli la setengah dozen sahaja (setengah dozen berapa ketul???) hehehe...

sampai je kat kaunter.. aku kata nak half dozen, budak jaga donat kuarkan kotak kecik. aku pun tunjuk2 enam donat yg aku nak.. yg mana nama2nya aku tatau, tapi last2 aku tau jugak la sbb aku pandai baca menu. keh keh..

Lepas aku pilih2, mamat tu tunjuk nombor. Ingat nombor tu, sebab dekat kaunter nnt, takut kita terambik donat orang lain. Pastu kat kaunter, sila la bayar kepada awek yg kendu tahap 4 di situ.. ahhhh.. nyamannn...





Donat yg aku amik (tengok gambo secara clockwise)



Glazzy (yg dah kena geget tuh)
Don Mochino
Cheese Me Up
Coco Loco
Oreology
AlCapone

6 ketul tu aku kena bayar RM11 + 5% tax. Kita sendiri berapa...



Apa kejadahnya nama2 donat sedemikian rupa? eheheh...

Okeh..
Glazzy
Donat berlobang yg ada selaput gula di atasnya. nampak macam tak begairah, tapi sesungguhnya, sewaktu digigit.. pergh. Rangup di luar, lembut di dalam. Harusla menjerit kesedapan. Ini ai punyer feveret.

Don Mochino
Donat takde lobang yg di atasnya dipenuhi coklat dan di dalam nya ada krim kopi.. Mateila kendu!!!

Cheese Me Up
Ini donat berlobang yg di atasnya ada krim berperisa keju, dgn ditabur jugak dgn parutan keju yg lezatt.. sesuai dimakan oleh orang2 yg tak suka donat manis, macam ai la.

Coco Loco
Ini donat takde lobang, kat belah atas ada coklat cair yg meleleh2 bila dimakan, dan kat dalam dia juga ada krim coklat yang takde la manis sgt. Sedappp.. Seswai la utk org yg suka mkn cekelat.

Oreology
Ini donat berlobang. Di atasnya ada beskot oreo yg dah hanco! hehehe.. Sesapa yg giler minat oreo harus la makan donat ni. Aku tak suka sgt oreo, tapi aku teruja tgk pekerja yg masak donat menggelek muka donat dlm kehancuran oreo.. huhu.. padan muka donat.

AlCapone
Ini donat berlobang jugak yg di atasnya dipenuhi dengan hirisan badam. Yg bestnya, bebadam di atas donat mmg sentiasa rangup walaupun telah dibawa ke dalam kedai buku, dalam kereta dan kedai mkn kerang.. hehehe


Wahahaha.. aku skrg ni tgh berkira2 nak pegi lagi, sbb aku tetiba tersedar yg aku tak amik donat yg bernama Tiramisu, yg di atasnya krim TiraMissU, dalam nya krim vanila... aiyohyoh.. kesedapan lagi.


Hmmm.. selain daripada donat tu, kepada food lover, aku cadangkan korg pegi la pavilion ni sbb ada byk good food. Aku tgk kat food court dia macam2 jenis mknn... melayu, cina, india, korea.... dan sangat mengujakan ialah aku tetiba terliur nak makan bibimbap.. boley? Harus la i kerinduan makanan dalam kapalterbang balik dari hawaii dulu.. isk iskkk...

This is the way we live and love...

if only...




You never expect life to throw you so far off plan,
That you turn around and everything...
Everything you wanted is gone.
And then there's nothing left to lose.

So you make your decision to take a risk,
on something you didn't even know was there...
That you can't help but to go for it,
and stop worrying about what everyone thinks of you.

Does it matter?

Forget them, stay true to yourself
you can't help who you love
so just open your heart
and listen...
and let it take you wherever it wants to go....

December 14, 2007

Edisi KapalSutra - Dilema dalam jilatan...

Hahahaa... tetiba aku nak tergelak. Er.. ini aku nak tulis sikit (sikittt je pun) pasal bebenda kamasutra, so, sapa tak suka.. larikkkk... hehhe

Macamana kan.. kalau tetiba ada org tanya dgn korg soklan camni..

"Wey... kau pandai 'jilat' tak?"

Ye.. aku tau ini soklan deja vu bagi sesetengah orang, but rasanya we never discussed on acamna nak respons dgn soklan macamni.. kan?

hahaha..

OK, skrg, mari kita lihat jawapan2 yang mungkin boleh diberikan, dan apa padah yang akan berlaku (yg boleh aku pikir) sekiranya kita menjawab sedemikian rupa, tak kira la padah itu negatif ataupun positif.

Jawapan 1
Pandaiiiiiiiiii!!!

Padahnya...
Macamana sendiri boleh judge diri sendiri pandai jilat? Apa korg punya body cukup flexible kah untuk melaksanakan perkara sedemikian dgn cara Do It Yourself? haha... jawab jawab..

Ok satu lagi padah yg mungkin berlaku.. Kalau la katakan korg mmg dgn berani jawab sedemikian, sekali tu yg bertanya tu berminat la plak nak try test korg punya kebestan penjilatan. Bila dah try chet ptuih.. langsung tak best. Tidak ke korg rasa word akan spread mengatakan korg ni cakap tak serupa bikin?

Logik jugak la si bertanya tu akan sosek2 bila nampak korg. Sosek2 tu boleh la berbunyi lebih kurang macamni.
*sambil jeling2 kat korg, sambil bisik dgn member dia*
"kau tau tak.. budak yg baju kuning tu, dia mengaku dia pandai jilat, tapi bila aku try... cheh.. baik aku suruh kucing aku je jilat."

Pergh! pedas giler.... Lepas tu, nickname baru korg ialah 'kucing pun sodap' camno? Berani nak mengaku pandai ke? huhuhu..

Tapi ada jugak kemungkinan bila diorg dah test, mmg korg haibat. So.. nothing to lose la.. nasib baik korg mmg pandai jilat. Org pun takleh la nak kata apa. Korg boleh la angkat hidong tetinggi ke langit. Cuma hati2 la.. jgn sampai termasuk belalang kunyit dalam idong ye..

OK.. next!!

Jawapan 2
Aku tak pandai jilat la...

Padahnya...
Sekampung akan tau yg korg ni tak terer buat sex. hahaha.. Mmg la tak ramai pun yg nak mengaku dia terer buat sex (kecuali mereka yg jawab pandaiii tadi), dan walaupun dlm dunia ramai je org yg memang tak haibat sangat pun di ranjang, tapi.. hello.. harus ke mengaku?

Kalau dapat tukang tanya soklan tu jenis yg kuat gelak dan kutuk orang, lagi la haru. Sure dia akan bagi nickname 'budak tak pandai jilat' kat korg.

Tapi kan, ada jugak padah yg positif... contohnya, korg jawab tak pandai, tapi tukang tanya tu nak gak try... dan kalau mmg korg tak terer, harus la dia menyanjung kejujuran korg.

Tapi kalau it turn out to be korg cakap je tak pandai jilat, tapi sebenarnya sungguh hebat melakukan acara cunnilingus itu, harus la saham korg meletup2 di bursa saham (kalau pun ada bursa la bebudak senget ni pun). Dan tak mustahil jugak akan lebih ramai yg beratur di pintu bilik korg, semata2 mau dijilat oleh korg. Dan di samping itu mereka akan keluarkan ayat camni..
"Dia tu bagus, low profile je.. tapi.. terrer jilatt!!"
huhu.. tak kembang ke? Kalau aku la, sah2 la tetiba terasa cool semacam je. Best tuu... haih.. kalau lah aku pandai jilat.

Seterusnya!

Jawapan 3:
Jilat? apa itu? Aku tak pernah buat pape dgn gf aku la...

Padahnya..
Apa padah2?!! Menipuuu la tu kan? Dah kapel seblas tahun pun mengaku tak pernah buat pape lagi dgn gf korg. Cit porah. Sudah2 la kengkonon nak merendah diri tu. Kan dah kena pijak dgn org yg pandai 'up' diri sendrik... hahaha

Adoi..Erk.. alamak.. macam familiar je org yg selalu kuarkan ayat tu ek? Tapi takpe, org tu dah takde. Dia dah terjun gaung.. hehehe

Lagi!!

Jawapan 4:
Macamana jilatan yg best tu?

Padahnya..
Aku mmg tak galakkan la jawab macamni, sebab padahnya mungkin akan mengerikan korg sendiri. Sebab... kalau dibuatnya org yg bertanya tu tetiba tolak dan bukak kaki korg, aku tak berani nak kata apa la. Mana tau, kot2 org yg bertanya tu nak bagi korang rasa kesedapan jilatannya ke.. kan? harus la korg kena jadi spesimen receiver. kehkeh.

Okey... aku dah takde idea2 jawapan yg lain. Korg ada? Kalau ada.. share la jugak. bley?

Tapi kan, yang bertanya tu kemain lagi nak tanya. Dia tu acamna? Haibat sgt ke? (harus la guna jawapan ke4 utk mengetahui lebih lanjut kan..)

But the point is, apa ke pekdah nak tanya soklan pandai jilat ke tidak ni? Kalau setakat terer jilat je, benda lain hampeh tak reti, takde makna gak kan..

So, sesapa yg rasa tak pandai jilat tu, atau mau memperbaiki teknik jilatan, sila2 lah lawat blog guru kamasutra utk tutorial lanjut. Saya juga sudah khatam tutorial. kah kah kah..
Dan ingatlah.. size doesn't matter. huhu.. yahuuu!

Sekian sahaja..
Kita bertemu lagi, di lain rancangan kapalsutra pada waktu dan masa yang tah bila2 lagi tah.

Heiiiyakkk!

Intisari rancangan hari esok

Kalau lah setiap hari kita kena plan apa yg ingin dibuat untuk hari esok secara bertulis.. Agaknya camni la ropa plan aku utk esok...


0800
bangun tido + guling2 bwh selimut sambil main gigit2 kaki dgn..er... saly.. hehehee
0815
mandi manda si anak dara.. (dara??!! cheh!)
0830
gi bfast kat KFC blkg umah. Ada kupon RM8 mkn utk dua org. KFC kata murah tu. tapi sebenarnya mateila mahal kan? Kalau mkn roti canai sama teh tarik baru dlm empat ringgit lebih duorang. Dua kali ganda tu...
0930
Pegi servis keta comel kat mana tah.. USJ kot. Kalau madam kata ok la nak pegi servis
1100
(harap2 siap la servis keta by kol 11) Ingat cam nak pegi apgred simcard ke 3G kat celcom shah alam. So... buleh la aku enjoy celcom broadband dengan harga RM8 selama 24 jam tanpa henti. Aiyoh.. I am desperately in need of internet on the go la. Mateila kutu2 aku kat kg nanti. huhu. Tapi aku tatau, celcom branch bukak ke besok? Adeh...
1300
Makan tghari, balik umah.. Tgk tv lagi.. Ahh.. tak busan ke tgk TV ek? tatau tatau...
1730
Sesiap nak gi anto boo-cuk pegi dinner opis dia. Dah la kat KL nun. Mak aih, aku plak bukannya reti sangat nak ke hotel tuh. Harus la tergegeh-gegeh mencari map.
1800
Kena kuar dah ke KL mencari2 jalan ke hotel itu.
1900
Dinner dia start.. Aku? Aiyaaaa... kena la melangut kat memana sblm pegi mengambik dia yg maybe abis dlm kol 2330. Mampos la aku membazirkan masa. mana mau pigi? KLCC, Pavilion.. Tapi nak ke Pavilion aku tak reti la plak selok belok parkingnya. Huh.. harus la kompius lagik. hehehe
2300
Pegi semula ke hotel tu dan tunggu la dak boo siap dan balik
0000
Sampai umah.. tido. Tido ke. Hah.. tido atas laptop.


TETAPI!!!

Segalanya mungkin berubah kalau...
  • bangun lambat!
  • kedai servis keta penuh dan keta lambat la plak siap, ataupun kedai langsung tutup.
  • celcom branch pun tak bukak jugak. cis!
  • letrik kat umah takde utk boo gosok baju nak gi dinner.. (heheee.. horror seh!)
  • aku sesat lagik di kelumpo
  • ada perhimpunan kat tetepi jalan sampai jalan semua jadi hampeh kena tutup


Kesimpulannya...

Mmg la kita merancang, Tuhan yang mementukan. Dan dengan mengambilkira ketetapan ini, maka, kita harus pantasss utk memiliki plan B, C, D, E, Z atau U...
Atau dengan kata lainnya.. hidup kena flexible dgn memberi priority pada yg mandatory, dan yg nice to have tu, boleh lah di ejas secukup rasa.

Baiklah, skrg kita dengarkan Panggilan Haaangitttttt.... Silakan kak melah..

Trett trettt...
Haluu.. Saya Ramelah dari... -fade out-

December 13, 2007

Bila aku mengamuk lagi.. Adeh....

Huhu... haritu aku tulis pasal tipon kan? Rasanya pasal henpon, public pon, miskol, received call dan jugak tipon sampai tergayut2. Ini aku nak cakap plak pasal tak angkat tipon.

AKu mmg ada hangin kalau org tak angkat tipon bila aku call. Dan kehanginan aku akan menjadi2 kalau org itu adalah gelpren aku sendiri. Argh... Susah sangat ke nak angkat??

Dan sbb hangin ini jugak la aku semalam telah membuat kesilapan kat boo semata2 sbb aku call sampai tiga kali, dan dia tak angkat. Masa tu ada rasa nak baling henpon sendiri pun ada. Nasib baik la aku waras lagi mengingat kalau henpon hancor macamana la aku nak berkoling2 lagi kan..Adeh.

Bila dia angkat je call aku yg ke4, suara aku pun tiungggggg naik tinggi. Dia masuk dlm keta aku punya muka mmg macam si bangang naik hantu.

Sori boo.. next time i cuba kontrol lagi. Mmg tak patut i buat u acamtu semalam.

So... untuk buahatiku yg sorang itu, this one is for you...

I don't mind you telling me what's been on your mind lately
I don't mind you speaking up
I know sometimes I can be all wrapped up and into me
I can be in such a rush

Just slow me down
Tell me tomorrow everything will be around
Just slow me down
You're the one who keeps me on the ground

Baby, you can be tough
Say enough is enough
You could even be blunt
Just do it with love

Tell me I'm wrong
That I'm coming on way too strong
Don't think I'll be crushed
Just do it with love.

I can take your honesty, all your words weigh heavily
Listening to you all the time
I wanna be there for you, the way you've been there for me
Always help me walk the line

Just slow me down
I know you will always be around

All this time we finally know each other
Now that I've been leaning on your shoulder
I can tell you baby that
You're right, when you're right
You're wrong, when you're wrong
And I can be weak 'cause I know you'll be strong

Just do it with love.



December 11, 2007

Bila manusia suka berbicara, tapi lagi best kalau nampak muka...

Bila last korg guna public phone? hehe.. sure ramai yg dah lama giler tak guna kan? Aku? Last guna semalam...


Alkisahnya smlm henpon aku abis bateri lagik. Tensen betul. Aku pun sebenarnya tatau kenapa, tapi mmg dah berkali2 bateri abis kat opis, yg sah2 la aku tak bawak chajer. Masa kat umah, sblm tido tgk ada 2 bar lagi, aku relaks2 je, bila dah kat opis ada satu bar je, start la aku panik. Hampeh btol... Macam masih tak reti nak guna henpon pun ada jugak.. cheit.. Dan time tghari... elok je boo call, belum sempat aku angkat, itu talipon punya bateri sudah terjun. cis.

Maka terpaksa la aku buat aktiviti seperti semasa di zaman aku kat unibersiti dulu, iaitu, guna telepon public. hehehe... Mungkin ada gak la yg terpelik2 kot, kenapa masa dah masuk unibersiti masih guna tipon public? hehe.. takkan takde henpon lagi kot?

Haaaa... jgn la ingat aku ni muda lagi dan jugak kaya rayap sewaktu kat uni dulu. Sesungguhnya, semasa aku dah abis belajar, masa tu henpon 3210 baruuu je kuar. Dan sesungguh nya time tu rega talipon bukan calang2 mahalnya. ehehe.. So, sebab itu lah aku terpaksa guna tipon public utk tipon mak aku. Beraturr tuuu.. Especially time2 nak exam. Masa tu la baru masing2 gegeh nak mintak doa restu dari mak abah. Cheh.. sabo je la..

Bercerita pasal henpon... henpon aku yg perrrrtama ialah nokia 3210. Masa tu dia punya haippening mmg tuhan je yg tau. Betapa kegilaan untuk memperolehi henpon pertama tanpa antena dan henpon yg boleh tukar2 baju ini menjadikan manusia berpusu2 untuk membeli henpon 3210 ini. Termasuk la aku, yg tertinggal selama beberapa tahun, sbb tak cukup duit. Tapi merasa la jugak, masa aku beli tu rega dia dlm tujuh ratus lebih. Skrg ni dgn rega tu, bleh dapat yang ada kamera bagai.. Masa tu, skrin pun takde kaler,kecik plak tuh.. aiyoh..

Mmg giler lama jugak la aku pakai henpon tu. Sampai bateri dia dah naik hancus, akibat bergayut dgn org sekampung, yg memaksa aku tukar bateri. Lepas tu aku lenjan lagi, bateri kong lagi. Aku beli bateri baru...




masa ni ex aku dok bising2 sbb henpon aku problem, maka aku pun digegehkan supaya membeli henpon baru, walaupun time tu kekeringan poket ku mmg kering di tahap tekak org baru lepas orgasm... So, aku pun beli lah henpon baru.


Aku pakai nokia 3120 plak, selepas lebih kurang empat tahun aku pakai nokia 3210 tu, . hehe.. nombor model pun tak jauh beza. heheh
Henpon yg ni aku pakai mmg best. Kecik kenit, takde problem apa pun. huhuu... Mmg la takde kamera, takleh men mp3 sume bagai. Tapi yang penting, aku boleh sms, boleh make call dan jugak boleh main game sewaktu kebosanan di dalam tandas.


Masa mula2 dulu henpon ni mmg langsung la takde masalah bateri, aku siap bley caj bateri sambil off tipon lagik. Punya la takde kehidupan lain dan takde sapa nak call aku melainkan ex aku dan jugak al-familial aku.. tapi, lepas aku clash dgn ex aku tu, start dahhhhh bateri dia buat hal. Sbb masa tu ai tetiba gegeh bergayut seperti munyit sebelum, selepas dan juga semasa tidur. hehehe.. Tapi tipon yg ni masih belum dlm kondisi boleh buang la. Sbb ia masih tersangat efisien mengejutkan aku dari ketiduranku di waktu pagi..

Masa aku pakai tipon kenit ni, start la jugak aku berangan2 nak tukar tipon baru. Yg terbaru yg aku terjatuh chenta ialah henpon nokia 6500 classic.. fuh.. merembes la jugak tgk hitam anggun aluminium itu..

Adeh... Tapi rupanya, tipon yg ni tak melepasi spesifikasi yg telah ditetapkan oleh sirim kat umah aku. Sbb.... ada 3G tapi takleh nak video call pasal takde kamera kat depan. Bley?
Apa ni nokia??! Why u do dis to me?!!



Yg model 6500 slide boleh pulak ada kamera kat depan..Aku la plak tak suka yg slide2 punya tipon ni. Aku biasa la, takmo la selak2 ni, leceh. Aku nak terus direct je nampok segala butang2 yg ada.




So... disebabkan kekurangan henpon itu, aku mendapat rezeki tipon yang boleh la buat kesemua benda yg mendapat endorsement dr sirim umah aku.. which is, boleh video call, boleh amik gambo utk mms dan jugak boleh macam2 lagi yg aku sendiri tatau nak guna.. huhu.. Cuma kalau nak guna bebenda tu, harus la aku kena apgred ke simcard yg bleh 3G.. aicesh.. aku mmg tertinggal sokmo bab teknologi nih.. *maluu*

Kesimpulannya... mmg kita manusia ni kuat memilih. Dan kita ada kriteria memilih yg dah ditentukan awal2 lagi.. Tapi, ada masanya kriteria itu boleh di timbang2 semula menurut kehendak semasa..

Yg pentingnya, aku bukan a music person, so... Sony Ericsson? timakasih saja lah.. hehe.. Even iPod shuffle aku pun digunakan oleh pegawai sirim ittew...

idop Nokia.. Connecting People... tingtingtongtengtung (nyanyi cam nokia tune)..

Ingat, beli yg original... Nokia, bukan Norkiah...

December 6, 2007

Lain yang di cari, sekapal yg di dapat. keh keh

Haih... sejuk giler harini. Tetiba terasa nak pakai sarung tangan sama snow cap dan scarf ke opis.. kah kah... lawak la plak nnt ropanya kan.. Motif tetiba fefeeling winter? heheh..

Bosan2 camni, buat keja lompatblog best jugak. Tapi tetiba aku rasa cam takde tenaga nak melompat. So, lompat setempat je la. Tak aktif langsung kan? hahaha.. takpe, aku mmg tak suka bersukan kecuali sukan2 setempat sahaja. timakasih.. ehehe

Bila melompat dlm blog sendiri, ada jugak la idea utk mengapdet blog.. So, bukan la keja tak berpekdah sebenonya. heh.. mmg hobi aku tgk macmana org boleh termasuk katblog aku ni.

Ada yg jumpa blog ni dari link from blog lain yang sesenget denganku. Di antara blog yg selalu aku tau membawa org ke blog aku ialah the everpopular blog acik uL, blog cik picky, blog cik zorro, blog toh puan eid dan juga blog sengetianssentral... Timakasih semua, tanpa anda, siapalah saya.. ececehhh...

Ada juga yg jumpa dari search engine. Diorg tu taip perkataan sekapal, sengetians, dan perkataan2 obvious yang lain yg korg pun tahu kan...

Tapi yg paling best sekali ialah bila org masuk ke blog aku, dari search engine, yang mana diorg taip bebenda yg decent dan baik2, sekali tu tercampak plak ke blog senget merapu aku ni. hehehe.. nak buat camna kan? Nasib korg le.. So, ini adalah di antara search keyword yang mencampakkan manusia2 tidak bersalah ke dalm blog merapu nih...


"karangan bahasa inggeris"












"cara nak kurus badan"













"beza renjatan elektrik dan kejutan elektrik"










"mesin rumput tolak"












"CERITA HANTU JEPUN"










kehkeh... kepada sesapa yg sampai ke blog ni sebab decent keyword, tapi tak dapat apa yg korg cari, blame google/yahoo/whatever... Always kill the messenger.. huhuhu

December 5, 2007

Test tube baby

Aku nampak benda ni kat blog picky.. hahaha.. ai pun tiru ler. bley? Sesapa rajin, jawb la soklan2 ni, sapa betul semua ai belanja chaketiau kakakendu.. boleh?

Leaderboard
Create your own Friend Test here

Baca lain tapi dengar lain...

hehehe... Apsal aku gelak? saje je.. tabley? huhu..


OKlah.. kalau aku tulis acamni:

"Aaaaaaaaaaaaahhhhh"

Menurut persepsi korg, apakah ekspresi org yg menyebut perkataaan itu?


Mungkin ada yg kata.. itu adalah org menjerit sebab tension dgn something.
Camni... "Aaaaaaaaaaaaahhhhh geramnyaaaa".

Ataupun, mungkin itu orang yg baru memperolehi kefahaman tentang satu2 perkara.. camni. "Aaaaaaaaaaaaahhhhh.. baru aku pahammm"

Ada jugak yg mungkin kata itu jeritan org yang terjun bangunan.
macam.. "Aaaaaaaaaaaaahhhhh toloooooooongggg".

Tak kurang jugak yg akan mendengar jeritan itu sebagai jeritan best selepas memperolehi kenyamanan minum air sejuk di waktu panas..
Berbunyi seperti "Aaaaaaaaaaaaahhhhh segarnyaaa"

Dan aku tau bunyi itu juga boleh didengar seperti org yg tgh syiok sbb mendapat keseronokan bersenggam...
yang mana bunyinya boleh didengar seperti "Aaaaaaaaaaaaahhhhh.. yessss.. kat situ sayang.."

hehehe...

kesimpulannya, lately mmg ntah pape je entry aku kan?

Cuma yg aku nak cakapnya, walaupun huruf yg disusun sama, tapi bunyinya mungkin berbeza, begitu juga persepsi orang yg membacanya. Itu aje..

Jaa ne!