December 29, 2006

Cakap2 bermasalah bersama cik sri sekapal.. versi yg seterusnya.

Soklan 1

Cik Sri...
Saya ni dah dekat lapan tahun berkapel dgn partner saya. Memang memula dulu kitorg sungguh rapat bak cebisan roti dalam puding roti. Tapi skrg ni macam dah makin lama makin bosan la plak... apa caranya utk menghangatkan lagi hubungan kami nih?
- Yang dah lama tak bujang

cik tak bujang, ini masalah mmg ada banyak berlaku dalam dunia. tak kira la yg senget atau tidak. Ada banyak cara utk menghangatkan balik hubungan yg dah suam2 kuku ni, dan boleh pilih la penghangatan secara positif ataupun negatif.
Penghangatan positif ialah dengan pergi bercuti dan mengenang kembali kenangan2 masa zaman2 moda2 dulu. COntohnya, kalau yg bercinta kat sekolah dulu tu, pegi la melepak balik kat bawah ampaian tpt korg berdating time sekolah dulu.

Penghangatan secara negatif pula ialah dengan pegi dok jauh sket dgn partner korang. Toksah jumpa dia selalu2. Kalau yg dok sama tu, baik la pegi cari rumah tumpangan mak minah supaya korg boleh menenangkan diri. Nescaya bila dah lama tak jumpa tu, boleh lah menghangatkan hubungan yg ala2 dah sejuk macam air batu dalam lori...

Apa2pun, cuba lah bertahan. Tak tahan kalu, cari la tanah baru. huhuhu..


Soklan 2

Cik Sri Sekapal,
Aku suka makan, dan umur aku makin meningkat, kadar metabolisme pun dah kureng. Dulu masa memula aku ngorat partner aku, body aku ala2 tough+slim. Skrgni dan jadik tough+boroi. Dan akibatnya, bini aku skrg ni dah tak stim dgn aku. Bila aku dtg dekat je, dia wat pandangan pelik dan macam.. layan je la. Apa patut aku buat supaya dia ada la sedikit syiok bila tgk aku macam dedolu? Nak kuruskan badan ke?
- Perutku jalan dahulu


Encik perut...
masalah ini mmg peningkatan berat badan ni mmg menjadi dilema bagi org2 yg dah berumur, termasuklah aku jugak. Semakin lama badan semakimn berat, pastu lebih malas, dan semakin banyak seluar jeans terbazir. isk isk.. *eh, aku plak yg mengadu*

Anyway... ada byk pilihan sebenarnya utk menyelesaikan masalah ini dah mengembalikan ke'stim'an partner kau bila dia tgk kau. Satu cara yg paling obvious ialah dengan menguruskan badan. Tak kira lah kau guna apa cara sekalipun; samada tak makan, berubah menjadi herbivor, pergi mary france bodyline, makan julap, bersenam sepanjang masa ataupun pegi stapler perut... Ada banyak cara nak kurus, layan masalah ketahanan diri je la.

Tapi kalau kau takmo nak kurus, ada banyak jugak taktik yg boleh digunakan bagi membolehkan dia stim. Tapi kena byk intervensi sket la. Kau kena tanya atau siasat perkara yg boleh membuatkan dia stim selain drpd diri engkau yg kurus itu. Ajak dia pegi tgk video tak bermoral ke, ataupun kalau dia stim lepas makan ikan kukus, masakkan lah ikan kukus sebelum masuk tidur di kala kegersangan. Yang penting, kena pastikan apa yg boleh membantu penghasilan wap air (stim) dari dia.

Ada satu lagi cara ialah kau suruh dia makan bebanyak sampai dia pun boroi jugak. Bila dedua dah jadi wanita bertubuh besar, takde alasan lagi la untuk dia buat muka di atas perut kau, kau pun boleh buat muka juga di atas kebesaran tubuh badannya.. wahaha..

Tapi kau plak agak2, kalau dia semakin gemuk, kau stim tak bila dengan dia? Kalau kau pun sama gak tak stim dengan makwe yang dah gemuk, ucapan hari raya aku ialah.. padan la dgn mukamu.. Mari kita cuba pakai kasut masing2.. fewit.. hahha.


Soklan 3

tok cik kapal...
Nak tanya soklan pendek je nih. Macamana nak ngorat pompuan? Sila bagi jawapan panjang2 sket ye.
-cucu kapal


Cucu kapal??
Eh budak, aku tak pernah ada anak le. Acamna la plak aku boleh ada cucu? nak kata taboq benih merata pun takde gak. Mana ada benih.. haiyoh. Kau ni khayalan ke kenyataan? ish ish

Menjawab soklan kau tu, aku takyah guna ayat pepanjang. Sebenarnya mengorat ini adalah satu perkara yang sungguh exeggerated dan komplikated adanya. Mengorat adalah perkara susah dan senang, dan kadangkala jadi perkara senang yg susah.

Ia akan jadi perkara susah yang senang apabila org yg nak mengorat tu langsung takde skill nak mengorat. Skill hancus, wang ringgit pun tak berapa tebal. Tapi dalam masa yg sama, orang yg diorat tu sebenarnya memang dah suka pun. So, satu perkataan sahaja sudah mencukupi untuk date yang pertama. Contoh terbaik ialah macamana Dana nak mengorat Lara. Sungguh susah, and yet, sungguh senang dia dapat Lara.

Mengorat pula akan jadi perkara senang yg susah apabila yg mengorat tu ada semua benda yg hebat2 belaka. Rupa ada, duit ada, konfiden pun di tahap tertinggi. Kiranya mengorat adalah perkara senang bagi dia. Tapi, padahnya pulak ialah, org yg nak diorat tu sebenarnya tak suka sgt kat dia ni. Maka benda yg nampak cam senang tu jadi la susah. Sbb mencuba sedaya upaya, pun tak dapat2.. takde jodoh kan. Nak wat camne..

Cuma, ada juga masanya mengorat adalah sungguh mudah apabila kita hidup sebagai Helena Peabody (di waktu kaya..) kerana segalanya ada dengan cukup banyak. Duit, charm, nama... fuiyooo. *cita2 saya nak jadik Helena Peabody di masa kaya dan ada Tina..*

Eh alamak.. panjang la pulak jawapan aku ek. Ampun cucu, atuk tumpang lalu.

Sekain... jawapan bagi soklan. Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada pemaju yang jalan laju.. yeaha..

December 28, 2006

Aku rindu,
pada dia yang pernah kukenal.

Yang,
berdegil dalam menegakkan pendapat sendiri,
membenarkan diri untuk mengatakan 'tidak',
mampu memejamkan mata tanpa perlu bermenung,
tidak sentiasa dibelenggu rasa bersalah,
boleh berfikir tanpa batasan.

Aku rindu,
pada dia yang pernah ku kenal.

December 22, 2006

Bila kitorg tetiba terasa nak dapat anak sendiri, yg takboleh dapat..

Semalam, selepas balik dr stevens mengumpat dalam kehingaran... aku dgn leen start dah buat aktiviti berborak dlm kereta. Topik perbualan kami mlm tadi ialah 'anak'.

Segalanya bermula sbb dia tetiba terasa, mesti seronok kalau dia boleh mengandung. Masa tu la kami start berangan. So, korg boleh la baca entry aku harini sebagai sebuah cerita fiksyen yang tak logik utk menjadi kenyataan. ahahah

Kalau pregnant nanti, biasanya dalam tiga bulan pertama, akan ada masalah kepeningan pepagi, ataupun omputeh kata morning sickness. Aku boleh bayangkan la, muka cik leen yg selalu bangun pepagi tu akan terduduk di birai katil meletakkan kepalanya di atas tangan. AKu plak, baru bangun tidur, akan tersedar sbb dia dah takde kat sebelah. Tengok2 je makcik tu dah buat muka seposen. Baru je aku nak letakkan tangan kat kepala dia, dia akan terus berlari masuk toilet balik. Muntah2... Last2 aku plak pening, dan terpaksa la suruh dia baring, buatkan air panas, buatkan sarapan yg ala2 sihat. Pastu terpaksa la tinggalkan dia. Sbb aku kena pegi keja la plak.. Sampai opis muka aku pun mmg sah ngantuk, pastu dapat plak call dr dia, mengatakan dia dah ok sket, dan dah pegi opis.

Maka begitu lah setiap pagi sehinggalah dia masuk trimester kedua. Masa ni dah tak teruk sangat la pening2 pagi. Tapi mungkin bab mengidam tu payah nak ditolong. Mesti ada punya. Kalau setakat mengidam mangga muda tu takde hal jugak la, kat pasar borong melambak. Tapi kalau mengidam telur tembakul ataupun sup tanduk lembu, memang sah2 la aku akan mengalami kecelaruan minda. Mana nak carik??! Masa tu la mula letak topik kat forum sengetians.. 'Bagaimana menangani perempuan mengandung yg mengidam bebenda mengarut'. Tapi, last2 mesti boleh handle jugak, samada handle supaya menghilangkan idamannya walaupun tak perlu makan, ataupun handle beskal tua.

Masa tu jugak la kalau kitorg pergi lepak kat mana2 mapley dgn kengkawan, bila ditanya..'Korg sihat?'.. Jawapan yg akan diberikan oleh kami berdua mula mengandungu perkataan2 seperti hormon HCG , varicose vein, vaginal discharge, ultrasound, caeserian vs normal... dan tah pape tah yang boleh mengakibatkan kami mendapat intervensi dr kengkawan yang cuba mengelakkan kami dari jadi 'boring'... haha..
*right now i'm wearing fuzzy wuzzy slippers*

Pastu makin nak abih trimester kedua nih, mula lah dah start beli baju2, baby cot, kereta sorong, topi, setokin. Masa ni jugak rasanya ada gak kengkawan kitorg yg akan kena buli tolong teman shopping, sebab pompuan pregnant takbleh angkat barang bbnyk, aku kena gak ajak pembantu. Pastu bila time ni jugak la, tgh sibuk mencarikan mak angkat kepada anak kami tuh. Ada mak angkat versi bumi, angin, air dan api. Cuma mak angkat versi air ada susah sket la keja dia, sbb dia kena selalu angkat air utk basuh lampin.

Masa bersalin semakin dekat, pegi checkup kat sepital pun makin kerap. Jantung aku la yg makin berdegup degap. Menunggu hari kelahiran baby yg aku dgn dia dok tunggu2kan selama beberapa bulan. Masa ni jugak la try nak pilih nama. Kalau kitorg ada anak, ingatkan nak namakan dia dgn nama2 yg senang di sebut oleh segenap pelusuk bangsa kat dunia ni. Contohnya kalau perempuan nak bagi nama Sofia ataupun Ami. Kalau lelaki, Adam atau Harris, tapi bukan Daniel ataupun Danish. heheh..

Tiba hari dia dah start sakit2 perut. Aku pun dah start kecut2 perut. hari yang sungguh hectic bermula dgn perjalanan ke hospital akhirnya akan berakhir juga dengan kelahiran anak yang telah dikandung selama 9 bulan (Kalau cukup bulan la...). Selepas itu bermulalah kehidupan aku yang ada anak kecik. Adeh... letih gak bila dah berumur 30an baru dapat anak sulong. Hmmm..

Hehehehehe...
Itulah kekdahnya bila aku berangan leen boleh pregnant. Skrg ni ingat senang ke nak mengandung. Nak nikah? Aidontingso... Nak buat pemanian beradas? Ish.. macam kambing dalam makmal plak..

What to do? Berangan bleh la.. ek? hahaha

December 21, 2006

Hari ini, dua tahun yang lalu...

Ini adalah entry aku dalam blog lama aku pada hari yang sama dengan hari ini, dua tahun yg lalu...
Hari ni gatal nak memblog, tapi takde idea nak tulih apa, ini lah hasilnya...
cheitt..

***

Subject: Keluar dr almari di opis. Agak2 org lain leh terima ke?
Date: 21 December 2004
Time: 11:18 am.
Mood: terlebih kenyangg.

Wargh.. rasanya dalam dua tiga hari ni kepala hotak aku makin naik jambul la. Rasa malas makin menjadi2. Balik2 keja aku tidooo je la. Kengkadang menyampah jugak dgn diri sendiri. Tapi kalau dah sendiri menyampah, sapa plak nak sayang? Memikior bebenda camtu lagi la membuatkan aku jadik malas.. malas dan malas... Sesapa ada ubat anti-malas tolong la bagi kat aku.

Dalam aura kemalasan yg masih melekattt nih, aku sempat la jugak main klik2 web browser aku. Klik punya klik, meraban2 sampai la aku ke website match.com. Ala.. website yg ada kat msn tu, untuk mencari pasangan gamaknya. Hah! Jgn salah sangka plak, aku masuk website tu bukan la untuk mencari pasangan utk diri sendiri, aku kan dah berpunya kengkununnya, gilo ko nak pi carik lain. Kena baling dgn kuali, pecah palo.

ehehe, sebenarnya termasuk dlm site tu aku terpandang la tpt mencari pasangan utk gay & lesbian. Ler.. aku ingatkan bebenda camtu byk yg stret je, rupanya utk komuniti alternatif ni ada jugak ek? Sungguh la aku ni katak dok dlm inkubator. Dan bukan sahaja boleh mencari pasangan kat sana, ada jugak tips2 yang boleh dipraktikkan utk org2 cam aku yg senget benget nih. Tapi seperti biasa la, kebanyakan resource yg ada kat merata2 website ni lebih byk yg menumpu kepada hubungan di antara lelaki dgn lelaki. Tapi tak kisah la, sbb adakalanya artikel tu boleh jugak digunapakai oleh aku, pompuan yg sukakan pompuan nih.

Ada satu artikel yg aku terbaca tu adalah mengenai meluarkan diri dari almari di tpt keja. Dlm artikel tu ada tulis lebih kurang camni la. Ada majlis makan2 yg dianjurkan oleh opis yg mana pasangan ataupun se-paus dijemput hadir sekali ke majlis tu. Huh, camno tu?
Nak dtg sorang? Nanti mati la plak kutu2 yg ada atas kepala tu sebab kebosanan.
Kalau datang berdua plak acamna? Nak perkenalkan kat semua opismate yg inilah pasangan hidup saya. Cenggitu?

Huhuhu.. sebenarnya aku pun selalu mengalami dilema macamni. Kalau opis punya majlis, maupun majlis keraian dalam keluarga sendiri. Aku mesti la nak bawak pasangan aku sekali. Dan kalau la boleh nak la jugak perkenalkan yg itu lah pasangan kita yg selama ni dok susah senang sesama. At least diorg boleh la hormat pasangan kita dan takde la dok nak tanya soklan... "Ko tak bosan ke hidup takde bui/gelpren?"

Tapi kengkadang, ada org yg ok je kalau nak mengeluarkan diri di opis. Sbb mungkin diorg ada opismate yang malas nak heran dgn hal2 peribadi org lain. Tapi rasanya kalau aku la mengeluarkan diri kat opis ni, ada yg kena buang keja kot. Tgk je la keadaan kat sini dan keadaan segala boss2nya. Mmg mengeluarkan diri, samalah ertinya macam menabur pasir ke periuk nasik sendiri. Walaupun kengkadang aku gerammm je nak mengeluarkan diri, lebih2 lagi bila memandangkan awek2 yg ada kat opis nih... tapi takleh wat apa, sabo je la. huhu.. tapi ntah la, kot2 bila aku keluar karang, lagi la diorg takut nak dekat dgn aku. Maka kesimpulannya, aku tetap la akan menyorok begini, walaupun hati meronta nak keluar..


***

Habis...
Aku sendiri acam tak percaya sbb semasa entry ini ditulis, aku masih lagi terpisah dengan gelprenku yg terchenta. Hanya selepas masuk tahun 2005, kitorg kembali bersama...

December 20, 2006

isk... entah kenapa aku rasa nak mengamuk harinih.. huhuu

Hari ini di opis aku memang seperti biasa, ada sahaja kerenahnya. Setelah dua tahun aku keja kat sini, mmg makin lama makin serabut. Bebudak yg keja kat opis ni pun semua macam dah berlari2 pegi keja kat tpt lain. Aku ni nasib baik je la tak dpt offer dr memana tpt lain, kalau tak dengan aku2 sekali bungkuih.

So, maksudnya skrg ni ada la beberapa ramai manusia yang telahpun berambus dari kampeni ni. kebanyakannya yang blah tu pun mmg jenis2 yg mulut menceceh mengalahkan murai cirit birit.. Dan org2 yg menceceh dan telah berambus ni pulak, telah menubuhkan satu forum yang dicipta khas utk mereka semua, iaitu ex staff bagi kampeni yg aku tengah keja ni lah.. Dan dalam forum tu, diorg invite la jugak beberapa staff yang masih bekerja, yg dirasakan sebagai kroni diorg ni...

Dalam forum tu, kebanyakan keja diorg ialah mengutuk, mengutuk dan mengutuk perkara-perkara yang dah berlaku dalam kampeni ni. Bercerita pasal ketidakpuashatian mereka. Dan dalam masa yg sama, melobi sesiapa yang masih ada kat sini utk keluar dan cari keja di tpt lain yang lebih bagus. Lepas tu, ada pulak buat memperlekahkan kow2 punya pasal staff yang masih stay.

OK, I understand that they loathe staying in this company, that they decided to get their asses out of here. But, constantly condemning this company and lobbying others to leave... I think that's too much. I mean... get over it la.

Korang dah berambus, lepas tu lagi mau kutuk staff yg masih keja kat sini? Apa kes! Kalau korg dah rasa bagus sangat keja kat tpt baru tu, buat apa still obsessing over this place??! s**thead btol la. Aku rasa adalah lebih baik apply balik keja sini la kalau terasa cam rindu sgt nak keja kat kampeni acam cipan nih.
Pastu, kalau terjumpa aku kat merata2 KL ni boleh tanya lagi...
"Sekapal? bila kampeni tpt kau keja tu nak bungkus?"
Aku rasa benda tu insulting giler utk aku yg masih tak dpt bekerja kat tpt lain nih.

Lepas tu selalu giler buat gathering raya lah, getaway pegi vacation lah. Ingatkan dah keja tpt baru, dapat la kawan baru. Tak jugak, masih la berkawan dgn bebudak yang pernah sama opis.. haru..


Secara peribadi la, kita memang boleh menyampah mana2 kampeni yg tak best dan buat hal dengan kita. Tapi rasanya tak perlulah sampai korang buat persatuan yang kengkononnya bawah tanah dan perasan elit, semata-mata utk mengutuk kampeni yang pernah berjasa dgn korg. Aku kenal benar dgn kapla2 forum mengutuk tuh. Masing2 semua dulu tak bekerja. Ada tu yg dah menganggur dekat setahun. Diambik bekerja kat sini, dapat pengalaman, siap boleh tuko kereta lagi dgn gaji yg dapat kat sini. Blkg, bila dah perasam hebat, ada pengalaman, dpt offer tpt lain, kenapa plak nak kutuk2? Kalau menyampah sangat dok diam sudah la kan.

Ataupun kalau dah terasa diri tu macam pejuang hak pekerja kat sini.. by all means, jumpa management kat sini. Bgtau bebetul apa yg korang tak puas hati. At least dapat membawa perubahan kepada pembaikpulih keadaan kat sini. Bukannya main kutuk2 belakang.

Aku mmg tak terlibat secara langsung sebagai org yg dikutuk. tapi aku nak jadi org yang mengutuk perangai primitif diorg tu yg budak sekolahh.

OK.. ergh, sungguh scattered entry mengamuk aku hari ni. Cuma aku harap, kalau pun korg hangin dgn kampeni korg, pikir lah balik apa yg dah berubah dalam hidup korg hasil titik peluh korg berkhidmat. Kalau ada masalah, mana tpt yg takde masalah. Kena sabar je la. Sesungguhnya org2 yg bersabar tu selalu mendapat kaf ba ro kat alif ta nun. Tapi sabar sambil usaha la jugak.

Sori eh, kalau sesapa terpaksa baca entry amuk hari ni.. hehehhe...
Adeh.. lotih den!

December 18, 2006

Bila aku pergi tengok cerita Cinta

Beberapa hari dalam minggu ni memang sungguh tersangat hectic. Sbb tu la aku pun tak sempat la nak mengapdet blog yg cumil ini. AKhirnya hari sabtu haritu aku dah agak selesa sikit la, walaupun pada awalnya ada jugak bertekak dengan makwe aku, tapi overall seronok gak la hari sabtu haritu.

Seronok sebab apa? Sbb akhirnya aku dapat jugak tgk filim 'cinta' yang byk dipromosikan oleh kengkawan aku. Sebenarnya sabtu lepas lagi aku dah nak tgk, tapi sebab beratur yang panjang macam ular terpanjang di dunia kat midveli, betul2 mencairkan semangat waja ku. heheheh..

SO, sabtu yg baru lepas ni, aku pun pegi la ke pawagam yang insyaAllah memang takkan penuh punya lah! Iaitu kat MBO Galaxy Ampang. Memang pawagam cinonet, pastu sound system pun takberapa best, kusi pun biasa la, tapi sbb takyah beratur tu, aku pasrah je la dgn bayaran RM9 tu.
So... sbb aku dah tgk cerita tu, aku nak komen la plak kan? haha..

Ini komen yang best2...

Cerita ni cantik. Hampir kesemua shot diambil dalam keadaan sedar, dan bukannya main bubuh je kemera kat mana muat. Nampak macam alam dan keadaan sekeliling sama2 berlakon untuk membantu pelakon lebih menjiwai watak yang diberi. Ditambah pulak dengan pemilihan lagu latar yang membantu dalam membakar emosi penonton.

Lagi satu aku suka hubungan di antara watak2, sebab takde la so obvious dia buat kaitan di antara watak2 tu ialah, adik badik, ipar duai ataupun menantu menantin. Lagi satu kesinambungan scene di antara kisah cinta yang berbeza. Dia takde la macam, skrg ni cerita apasal kapel 1, pastu terus transition ke kapel 2, macam takde kaitan. Tapi nampaknya skrip cerita ni macam ada architecture yang dah disiapkan sejak awal2 lagi.

Last sekali, pelakon dlm filim ni memang power2. Masing2 boleh menghayatiwatak yang diberikan. Nampak macam mata pun boleh berkata-kata. ecewah!

OK... habis komen overall yg best2, komen seterusnya,
"Aiseh men, aku tak menangis la tgk cerita tu..."

Ramai yang sedih bila tgk cerita ini. Setakat ni aku rasa those yang aku tanya semua menangis. SO, aku agak pelik sket la. Kenapa aku tak nangis?

Rasanya bukan sebab aku takde perasaan. Nak kata tak ada yang betul2 menyentuh hati aku, takde la jugak. Ada la dua tiga tempat dalam movie tu yang berkait dengan cinta org berumur, cinta org dah kawin pastu cerai dan jugak cinta kakak dan adik, yang sedikit menyentap. Tapi takde la sampai aku menitiskan air mata.

So, sebab utama aku tak nangis ialah kerana pada pendapat aku ada kekurangan realistik pada watak yang tercipta.
Aku yg terlebih feminist ni cam tak berapa puas hati dengan paparan watak pompuan, yang ada je silap di mana2.
  • Dyan (Nanu) seorang arkitek yang berjaya, tetapi memilih untuk bercinta dengan suami orang, dan tidak sanggup terima hidup yang dipilih oleh adiknya.
  • Airin (Rita Rudaini) wanita yang berjaya dalam karier dan keluarga. Ada suami dan anak. Sanggup dia mengikut rasa cintanya dengan lelaki lain sampai dia rela menggugat kebahagiaan anaknya.
  • Arianna (Amani) pulak budak perempuan yang sanggup datang dr JB ke KL semata2 sebab nak carik buifrennya si Khalif poyo.

Watak lelaki yg ada plak, semuanya cam best.
  • Taufiq yang sanggup tido kat luar rumah semata2 nak tolong Arianna.
  • Harris yg rela berkorban apa saja untuk perempuan yang dicintai, walaupun terpaksa melepaskan perempuan itu pergi
  • Azlan kaya raya siap boleh bawak dinner ala2 romantik gitu. (menci aku, jeles tgk dia dgn Fasha Sandha.. bluekk!! hahaha.. emo).
  • Dhani, seorang lelaki yang percaya pada kebahagiaan bukan terletak pada wang ringgit.

Mungkin atas sebab mahukan watak perempuan yang lebih baik lah, maka aku tak koser nak menangis. Lagipun, aku tak puas hati jugak.. awatnya muka Rita Rudaini kuar sekejap sangat!!!? Tak cukup dapat tgk muka dia, dah abih cerita. cis cis!

Kesimpulannya, tengok cerita ni memang berbaloi, walaupun terpaksa beratur pepanjang kalau nak beli tiket, ataupun terpaksa bayo lebih utk phone booking, aku syorkan pegi la tgk sebelum tayangannya habis dibedal dek Harry Potter.. wuhu!

Ayat taknak kena saman:
Disebabkan otak aku dan otak org lain tak sama. Pendapat aku dan pendapat org lain pun tak sama. Kalau korg taknak kena saman sebab berfikir dan menyampaikan pendapat. Jgn nak mengutuk pendapat aku.

December 8, 2006

Tanpa sokongan, takde la jadi satu benda tu

Wargh.... aku sebenarnya takde idea nak tulis apa la. Dlm minggu ni mmg ala2 terlebih bz la. Bz bergaduh dgn loyar busuk, bz buat keja yang aku suka (sampai sanggup la tido sampai lewat malam), dan juga bz membersihkan tpt tido yg kawasan pembuangan air kecil utk anak aku yg sekor tu. Wargh.. haru.

Sbb tu la mlm semalam bateri aku dah abis. Leper gila jadiknya. Last2 aku kena paksa dgn makweku yg soh aku tido je. Aku nak bgn malam pun dia tak bagi. Kesian kat aku. Molopeh nak jumpa dgn cik chidori dan partnernya. Sori ek, korg, tak sempat nak jumpa plak. hari ni masih ada lagi sikit2 bengal kepala aku ini. Tapi takpe la, bertahan je. heheh.

Hari ni aku mengambil masa utk membaca dan membelek-belek entry yg aku ada tulis dalam blog lama aku (http://www.blurty.com/users/sekapal). Rasanya entry di zaman batu ini aku lebih suka merapu bbdg egn entry yg baru2 ni aku tulis. iye la, skrg ni masa dah berubah, aku dah makin tua. lagipun, masa tu aku mana la ada kengkawan senget reramai nih, semuanya aku adukan kat blog. Skrg ni kawan2 senget dah makin ramai, maka makin meriah la hidup aku tanpa perlu sesangat mengadu kat dlm blog lagi. ahahah.. kembang sukkaa


OK lah..
Pada hari jumaat 13 haribulan Januari (Friday the 13th) tahun 2006, er.. ada apa pada hari tu ek? heheheh..

Alkisah dlm entry blog aku yang bertarikh sedemikian, aku mula membuat pengumuman poyo untuk menyatakan tertubuhnya forum SengetianS yang aku rasa banyak mengubah kehidupan aku ini. So, kalau sesapa terasa nak buat anniversary tahun pertama forum tu, ha.. boleh la ajukan cadangan kepada aku. hehehe..

Alkisahnya, ni sesaja nak cerita pasal forum ni la.. Aku mengajukan cadangan utk membuat forum tu seawal tarikh 05 Januari 2006, dalma entry blog aku yg bertajuk
" Mesej dr Sekapal: Perlukah kita bukak meja perbincangan pasal filim senget?"

Masa aku buat entry tu, mmg ada dah ada resa nak bukak forum utk org2 senget nih, tapi macam tetakut la plak, bila aku dah buat nnt, sapa plak nak join kan? sebab tu la kat bhgn bawah entry ni, aku ada tulis dgn font yg amat kecik..
"huh aku ni pun, ada hati nak buat bebenda camni. sungguh poyo... huhuuu"
Aku ni kan jenis org kurang konfiden, so... logik la aku tak konfiden nak buat.


Tapi entry tu mendapat komen2 yang memberangsangkan daripada bbrp org pembaca blog aku membuatkan aku ada tenaga dan ada keyakinan utk blasah je bukak forum tu. Takde org join pun takpe lah..

komen2 membina yg aku terima, yg menguatkan rasa aku utk bukak forum..
  • wah..brilliant le idea sang sekapal...aku stuju skali!!mak stuju!...yahu..yahu....aku pun ske nk bincg2 cite2 senget...act xbes sgt nk discuss ngn minah2 saleh ...kan...hebat la idea sang kapal...
    - dian best (sapa la yg best sgt ni ek? hehehe)
  • anne join!
    -Anne
  • fairuz_nakal join!!!!!
    -Fairuz
  • Walaupun baru je mengikuti siri blog anda... mmg nak gak join.... Hehehe...
    -Fantagiro (ini komen terlambat fanta, sbb dia komen selepas dah masuk bulan 6. hehehe)
Kiranya tiga org manusia la yg mengkomen sebelum tertubuhnya forum tu. Aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat korg semua. Sbb aku rasa tanpa korg semua takkan aku berani utk bukak forum tu, seterusnya aku dapat mengenal org2 senget yang lain.

Skrg ni, w/pun forum tu takde la hebat ke mana, tapi aku suka jugak sbb aku dapat mengubah kehidupan manusia lain. Mmg ada yg mengalami masalah akibat forum tu, tapi ingat lah, segala perkara yg berlaku, mmg ada hikmahnya.

OK la.. tekak kering, idea pun kering. Aku nak pi makan Mi tak-berapa Sedap. huhu..

December 1, 2006

Untitled by Leen.. :o

Hari ni hari yg sedikit hektik dari jam 8:30 to 10:30 am. Sbb byk issue mcm biasa, ditambah lagi dgn ada kwn (merangkap boss) datang dan ckp dah tak larat dgn pressure kerja kat sini; ergo breakdown and cry session. OK Zu, jgn takut, ini bukan bahagian awak lagi... tunggu hari Isnin. (ayat menakutkan Zu).

Resource issue mmg benda yg tak pernah nak settle bebetul kat sini sbb iyer la mcm mana nak ckp, buat planning setahun pun, kgkdg ada je la hal...iyer la ..mcm ni la bila ada kebergantungan antara satu sama lain dlm keje. Mana ada keje dlm dunia ni buat syok sendiri je.

Tak per la... Citer lain pulak, sorang SE comel aku dtg pagi muka dah panjang. Dah takleh cope sbb tak de org nak tolong dan ada satu product dia giler bermasalah. Nak wat mcm mana dah nasib. Punyer la dia bad mood pepagi, duduk je dia dah down sgt, nasib baik birthday dia esok (so kami celebrate hari ni)... sorang PE aku yg bagus, dah collect duit awal awal dari kami satu team dan dah belikan dia cake dgn kard cantik; nyanyi nyanyi lah kami ber 15 kat opis mcm clown... ceria sikit dia .. baru nampak dia senyum ikhlas. Happy Birthday Az. Kdg kdg kiter bila terlalu sibuk kiter lupa dgn the tiniest thing that cheer people's up kan. Those tiny thing la mcm cute appreciation card, or just an honest "thanks for your help and effort, I really appreciate it" .. bebenda kecil la yg akan membuatkan org gembira. That will brightened up their gloomy day???

Dgn adanyer anak buah aku sekarang ni aku rasa aku kena lebih belajar mengenali diorang. mmg ada yg pandai "curi tulang" dan ambil kesempatan (itu pun payah jugak), tapi ada yg nampak bebetul tak kisah dan buat je kerja seperti diarahkan. The truth is diorang ni la yg observer dan sensitive.. waaaa part human management ni ler aku ni lemah sikit ni. ish. kiter terlupa kdg2 kiter bukan kerja dgn machine dgn robot. Manusia ada hati dan perasaan. Ada rasa nak diappreciate, ada rasa nak enjoy life (including work la) dan tak de sapa nak office+work to be a living hell. Mana ada keje yg tak de pressure, mati pun ada pressure jugak kan ... tapi at least we don't give people more burden than they should, we should try to ease whereever possible and try to cheer people up, manalah tahu lenkali turn kiter down, mmg bukan org yg sama yg akan tolong kiter, but may be bila turn kiter sampai, semoga god blessed us some "guardian angels" during those hard time.

ooppsss... received this from Az few secs ago... pasted it here :








To all ... Happy Friday and have a good weekend! \(^_^)/
-leen-