July 5, 2010

The tongue in cheek message on work ethics

Ini aku jumpa, dalam blog aku sendiri, tapi tidak ditulis oleh aku... Kalau sesapa nak baca entry sepenuhnya, sila klik link ini... http://sekapal.blogspot.com/2006/01/lagi-mengenai-etika-kerja.html

Harap harap tak de lah antara kiter ni ygt attitude keje (yg actuallnyer bermula daripada attitude diri sendiri) teruk sgt mcm haram. Bukannyer nak kena jadi pekerja contoh atau super employee ker apa, tapi at least tolonglah timbang rasa dgn org lain yg susah sbb korang korang yg teruk ni.

Dan sesungguhnya bumi ini bulat. Keja elok2 ye kengkawan. Jangan sampai menyusahkan orang lain! :)

July 2, 2010

Who am I?

Bila korg kena buat esei, siapa saya... camna agaknye korg nak tulis...

Saya, seorang perempuan. Hobi saya tengok tv, tido2, dan baca buku sikit2, sambil tengok2 orang lalu lalang. Saya keja makan gaji kat satu kampeni yang boss besarnye bukan orang Malaysia. Saya sekarang tinggal bersama teman wanita saya, bersama beberapa ekor kucing yang banyak.


Yes, I am a lesbian.
No, I am not a man, I am still female!

Aku teringat masa aku kecik2 dulu, masa zaman aku primitif, zaman jahiliah katanya. Aku memang suka perempuan. Dan dalam kejahilan itu, aku rasa, hanya lelaki yang boleh sukakan perempuan. So, secara tak langsung, aku terasa macam nak jadi lelaki, untuk memuaskan kehendak aku yang suka kan perempuan. Aku jalan cam gangster. Aku potong rambut pendek2. Aku malu dengan buah dada yang semakin bertumbuh dan tak mampu di sorok. Aku pakai seluar sepanjang masa, even aku suka pakai kain pelikat. Just to imitate men... in order to get women.

Tapi sekarang, bila mata dah banyak tengok dan baca macam2 benda, kepala otak pun dah terbuka, aku rasa... apa perlunya untuk aku menyerupai lelaki, semata-mata untuk mendapatkan perempuan yang aku idamkan? Sesungguhnya, dengan perwatakan dan susuk badan seperti perempuan, aku mampu memiliki cinta seorang perempuan lain (yang juga selesa dengan fizikal seorang perempuan), dan aku bahagia.

Kesimpulannya, konflik utama dalam diri aku ialah. Aku seorang perempuan yang sukakan perempuan. Kalau nak di label... aku seorang lesbian. Dan aku tetap seorang perempuan yang merelakan sifat fizikal keperempuanan aku teserlah, tanpa perlu di tutup oleh pakaian dan bengkung bagai.

Itu aku.

Kalau org yg peka dgn perkembangan LGBT, mesti at least korg tau apakebenda LGBT tu.
Lesbian - perempuan yg sukakan perempuan
Gay - lelaki yang sukakan lelaki
Bisexual - lelaki/perempuan yang sukakan kedua-dua jantina
Transgender - lelaki/perempuan yang mengalami konflik jantina

Dulu aku pernah kata, kalau kau perempuan, kau sukakan perempuan, then kau lesbian lah. Tapi sekarang ni aku terfikir balik... untuk seorang female yg trangender, yg tidak merasa dirinya belong dalam badan seorang perempuan... so, kalau dia tak pernah rasa dia perempuan, apatah lagi untuk merasa dirinya lesbian...

hmmm

Their initial conflict is clearly different from mine.
They argue about not being able to be a man. Which then leads to them loving woman.
I argued about not being able to love a woman. Which then leads to me acting somewhat mannish.

To a certain point, yes we are both homosexual, but we still have much differences especially conflict-wise. To me, I don't feel offended if people call me 'akak' atau 'perempuan'. But that might not be acceptable by a trans person. They even refuse to wear baju kurung, and wear baju melayu instead!!!

Jadi, lain kali, kalau ada orang tanya... who are you? Adakah anda mampu menerangkan siapa diri anda, dan apa konflik sebenar anda?

Apa2pun, kita semua LGBT tetap non-heterosexual, dan tetaplah juga kita berbangga menjadi orang yang 'senget'.


p/s: Thanks to boo for this enlightening pillow talk this morning.