June 1, 2009

otak kiri, otak kanan, otak sakit...

Dalam masa dua minggu ni, otak aku cam sakit2. Bukan sakit sebab terantuk, ataupun sebab terkatuk, tapi sbb manusia malas berfikir cam aku ni, tetiba terpaksa berfikir dgn giatnya untuk kesejahteraan masa depan aku dan keluarga aku. Haih.. Penat berfikir. Bill talipon jalan macam air, tp akhirnye harini selesai satu perkara. Dan yg lagi bestnya, berlambak2 lagi perkara lain yg kena disettlekan. Dan otak aku terus sakit...

Okeh, sebenarnya, aku rasa aku ni ada masalah berfikir sket. Sebab malas tu satu perkara la kan. Ai suka relaks2 je kejanya. Makan, tido, tgk tv, baca buku senget, berangan, tido balik...

Tapi satu lagi masalah aku ialah ini...


Aku merupakan seorang yg Balanced-brained. So, kengkadang aku berfikir dgn otak kanan, kengkadang dgn otak kiri.

Sedikit background pasal kanan kiri otak ni:
Otak kiri bertanggungjawab untuk bebenda skema seperti logik, analisa tahpape, dan utk buat matematik punya soklan.
Otak kanan pulak banyak kontrol bebenda yg menggunakan perasaan, kreativiti, dan jugak lebih utk berangan2.

Macam yg aku paste kat atas tu, kekurangan org balanced-brained macam aku ni, ialah... aku sentiasa mempunyai masalah untuk membuat keputusan. Sbb kengkadang macam rasa nak ikut perasaan, amik risiko. Tapi dalam masa yg sama, otak kiri aku pulak mengeluarkan hujah2 logik sehingga menyebabkan otak kanan aku cam.. betul gak. Tapi... aku nak jugak. Tapi... tapi... tapi..

Last2, otak aku bgaduh, kepala aku sakit... aku pun pepening. Bising gile kalau diorg ni dah bgaduh. Nak tido pun susah. Adeh... nak suruh berenti berfikir, takleh la pulak.. So, kalau dah tak larat lagi tu. Buat la perkara2 tak berpekdah seperti main dam ular, makan megi bbnyk, dan telan ubat selsema supaya boleh tido.

Maka, tahniah la kepada mereka yg boleh fokus kepada satu bahagian sahaja daripada otak mereka. At least, korg boleh tap kelebihan yang ada, dan di enhance lagi, supaya menjadi lebih baik, untuk kesejahteraan kamu dan keluarga kamu kamu kamu...

Hmmmm...
Kesimpulannya, ada otak yg cam seimbang ni, macam kawin dua. Kalau ikut sangat yg kiri, yg kanan merajuk. Ikut sangat yg kanan, kiri merajuk... Pening, pening.

No comments: