May 31, 2007

Aku seorang pengkapal (shippers) TiBette yang tegarrr!!!!

This entry contains spoilers for The L Word Season 1-4. So, sesapa yang tidak ingin mengetahui dengan lebih lanjut, diharap boleh lah beredar dengan segera. Pegi check email pi, takpun pegi kebun bungan ke, baca blog org lain ke.. hehehe...

****


it has been what? 4 seasons of loneliness of the L word, especially on Bette and Tina's relationship. And to tell the truth, it is excruciating to watch them, especially in the final four episodes of the final season. It is soooo definite that the love is still there, the look in the eyes, the brushes of their skin. And I don't know why, but it hurts. A lot.

Remember what Shane said in Season 2:
There is definitely something wrong when God put two people, who are meant to be together, apart.

Segalanya bermula apabila Tina datang ke rumah Bette untuk mengambil Angelica semula pada masa ni, mereka berbual tentang masa lampau. Tentang memori yang pernah dilalui bersama, dan tentang keperitan perpisahan yang berlaku.
Apa yang mereka perbualkan...

Bette:
I know our relationship was real.
I know you loved me, and it wasn't just some trivial experiences to you

Tina:
I still love you.

Bette:
I love you too.

Tina:
Its so hard Bette.
I missed you so much sometimes.
I miss our life.
I miss the we communicated subtly.
I miss the way that we worked together to make everything around us so beautiful.
I missed being surrounded by women, and feeling part of something so secret and special.
Sometimes i think i made a mistake...

Bette:
You don't have to think about it that way.

Dan pada masa ini, mereka berdua berpelukan dan seterusnya, Jodie pun muncul... dan pergerakan Tina yang seperti ingin meminta ciuman dari Bette seperti terputus, terkaku dan terbatas. Cheit! Masa ni aku yg cam nak erghhhhh.. why now!
Kenapa tidak dibenarkan mereka bersama?


Pastu masa episode 12 lagi la haru.. Byk giler scene diorang bersama. Macamana Bette dibantu oleh Tina untuk mendapatkan kembali Jodie.. Dan Bette juga melihat Tina telah 'back in the lesbian fold', dengan minat yang ditunjukkan olehnya terhadap Kate Ardent.


Tapi... jauh di dalam mata masing, mereka berdua masih menunjukkan satu kesan kasih sayang dan rasa cinta yang mendalam. Bantuan yang diberikan terhadap each other memang terlihat sebagai... 'kalau kau boleh gembira dengan kekasih baru kau, aku akan gembira juga..'
I think it sucks, memang la kita mendoakan kebahagian mereka, tapi kadang2, adakah menjauhkan dua orang yang nampak sungguh sesuai bersama itu satu perkara yang menyeronokkan? Aduh.. tolong, get them back together.

Mmg untuk mereka berdua punya timing giler tak sesuai
Season 1 - Bette terasa terlalu mendominasi sehingga dia schtuping the carpenter
Season 2 - Tina pregnant dan Bette giler2 minta maaf, tapi eventually mereka berbaik semula di hujung musim
Season 3 - Dgn seorang anak, Bette yang ada masalah kewangan membuatkan Tina perlu bekerja untuk menyara kehidupan, menjadikannya terasa tertarik kembali kepada lelaki
Season 4 - Bette jumpa orang yang sesuai, dan Tina mula merindukan kehidupan dalam komuniti lesbian. Dan Tina juga berjumpa dengan seorang perempuan yang menarik minatnya..

Then? Bila la masa mereka akan kembali bersama? Bila Bette dan Jodie berantakan? Bila Tina dan Kate punyai relationship tak menjadi? Dan yang memang membengangkan aku ialah, apabila masing2 dah ada orang lain, baru la kita boleh nampak spark tu kembali semula. Semua orang nampak spark tu, tapi takde sapa pun yang boleh menyemarakkan kembali api itu...

Sebelum tamatnya episod itu... Bette bertanya pada Tina apa ayat yang perlu diucapkan kepada Jodie sebagai ayat mintak maaf.. Dan ayat Tina sebenarnya sungguhhh berkait dengan perasaannya terhadap Bette... (hampir aku menitiskan air mata.. betapa obsesnya aku dengan mereka ini.. uhukk uhukk)

Tina:
I never should have let you go.
I would do anything for another chance.
I am not afraid to make a fool of myself.


Pedih sebenarnya apabila kita hilang ruang, pasangan dan ekosistem yang telah mantap selama ini. Dan kita tahu itu hanyalah memori yang tak mungkin akan menjadi lebih kenyataan. Dan sekiranya memori itu kembali menjadi kenyataan, adakah kita pasti kenyataan itu yang sebenarnya diinginkan?

*SIGH*
Ini lah yang akan berlaku apabila tgk The L Word sampai pinsan pada jam dua pagi...
timakasey!!

p/s: gegeh mak taip sendrik dialog tu uols...

May 30, 2007

Huih.. jiwang la pulak pepagi rabu nih... adehhh

When the visions around you,
Bring tears to your eyes
And all that surround you,
Are secrets and lies...

I'll be your strength,
I'll give you hope,
Keeping your faith when it's gone
The one you should call,
Was standing here all along..

And I will take you in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise you

I've loved you forever,
In lifetimes before
And I promise you never will you hurt anymore
I give you my word
I give you my heart
This is a battle we've won
And with this vow,
Forever has now begun...

Just close your eyes
Each loving day
I know this feeling won't go away
Till the day my life is through
This I promise you..

Over and over I fall
When I hear you call
Without you in my life baby
I just wouldn't be living at all...

Every word I say is true
This I promise you



This I Promise You - n'Sync

May 29, 2007

The dilemma of Sekapal in pouring to her blog...

First it triggers.
Ideas may arise from anywhere. Whether when in the toilet, walking, eating, waking from sleep or even looking at a familiar or weird faces. All can trigger ideas to write, rant or ramble.

Then, i elaborate.
I think further, go deep into the details, find a way to make interesting, even to the extend of trying to find a catchy opening to the idea.

After that, i write.
I put my thoughts into words. Twisting, manipulating, add some available wit in it, tried interacting with the audience.

Following that, i stop.
Another wheel of thought starts revving. What is the meaning of this? Who would benefit? Who would suffer? Will there be consequences arise? This wheel is something that i don't really like, but it keeps coming, and you can never let go of it, like an ingrown toenail...

Next...
I hit the ctrl-w button. And it asks... "Do you want to save the changes?" I select 'NO'.
And all the nicely arranged alphabets flew happily, with no one able to understand it.

I hate this.
I hate having something to write, but not able to write it well.
I hate wanting something to tell, but not brave enough to tell.
I hate willing to finish something, but not able to find a proper ending.


hmm.. kalaulah boleh direnyukkan txt file dlm komputer ni macam merenyuk kertas, mmg dah renyuk aku kerjakan depa ni semua..
cis!

Bila aku buat hal nak trenslet lagu..

Smlm masa makan, ada yg sajes aku mentrenslet lagu Hurt tuh.. Aku pun cam menyahut cabaran itu dan mentrenslet. Rupanya susah juga ye. So, aku trenslet part yg awal2 itu saje, iaitu bait2 yang mengesankan, supaya ada yang lebih memahami.. hehehe

Seperti baru semalam kulihat dikau
Kau berbangga denganku, namun ku berlalu
Kalaulah ku tahu cerita itu…

Akan ku dakap dirimu,
Ku ubati kepedihanmu,
Mensyukuri penat lelahmu,
Maafi kesilapanmu,
Akan ku lakukan segala,
Untuk mendengar suaramu,
Ku ingin memanggilmu, namun kau telah berlalu…

Maafkan ku, menyalahkanmu, untuk segala yang tak bisa aku laksana
Sakit diri ini, kerna menyakitimu...


heh heh.. boleh jugak aku menggoreng bebenda jiwang2 ni kan? hahaha...

May 28, 2007

Komitmen tanpa seks...

Aku dalam forum sengetians tu adalah antara manusia poyo yang ala2 gumbira la plak bercerita tentang seks tanpa komitmen. Dan alkisah ramai la yg tak bersetuju bahawasanya seks tanpa komitmen ini adalah mampu-milik. Tapi ada jugak la yg bersetuju. Aku plak cam ala2 setuju je la plak kan.. Haruslah, kalau tak watpe aku yg bukak topik tu. hehe..

Tapi kan, itu sebab aku letak tajuknya ialah seks tanpa komitmen. Bagaimana pulak dengan komitmen tanpa seks? Maka sesungguhnya sepanjang pemanduan aku ke opis tadi aku dok la terbolak balik dgn kepala aku sendiri pasal topik ini.

Kita semua mmg dipenuhi dengan pelbagai komitmen dalam kehidupan yang langsung tidak melibatkan seks. Contohnya komitmen dengan kucing. Bukannya setiap kali aku bagi kucing aku makan, setiap kali aku gurau2 dgn dia sblm tido, aku akan dianugerahi mimpi memperolehi kenikmatan seks yang tak terhingga. Giler ke weh! Tapi, kita tetap terasa untuk komit dengan tanggungjawab itu. Walaupun pada hakikatnya tiada sebarang balasan yang diterima hasil komitmen itu.

Kita jugak ada komitmen dengan kerja, yang mana balasannya ialah keseronokan bekerja dan jugak gaji tetiap bulan, atau bonus tetiap tahun. No sex involved. Unless orang yang terlibat dalam perniagaan seks la. Itu nak taknak mmg terlibat sama la benda tu. Setiap pagi bangun awal, balik bila keja dah siap, sampai kengkadang makan pun tak berapa ingat, asyik dengan kerja. Giler komitted

Komitmen dengan sesama manusia pun sebenarnya agak banyak samada kita sedar atau tidak. Kita janji dengan kawan2 nak lepak kat mapley. Lepas tu kalau ada invitation lain pun terpaksa lah ditolak kerana sudah komit. Komitmen dengan diri sendiri pun takleh dipandang remeh jugak. Kalau kita mmg akan pakai bedak keti sblm gi keja, mmg kita haruslah komitted dengan memakai bedak keti itu setiap hari.

Kesimpulannya, mmg kita hidup dipenuhi dengan komitmen terhadap diri sendiri, manusia lain, pekerjaan, dan aset yang disayangi. Tapi bila perkataan seks itu diletak di hadapan ayat, makna yang dibawa langsung berubah. Terus menjurus kepada komitmen di antara dua jiwa, untuk saling membantu di antara satu sama lain menempuhi kehidupan dengan lebih berkesan, yang di sulami dengan penghadiahan rasa cinta yang ultimatum.


So, kan.. kalau kita tidak mengharapkan seks di sebalik komitmen yang kita berikan, kenapa mesti kita mengharapkan komitmen di sebalik seks yang dirasai?

hahaha.. sukanya aku memeningkan kepala sendiri.

May 25, 2007

Apabila partner bergasak dgn 'muse' yg lain

Waaa.. hari sudah mau ujan. Harusla pagi tadi entry aku agak kebasahan dgn air mata, ptg ni aku plak kebasahan kena air ujan. brrtt.. sujukk! Sepatutnya aku dah tak perlu menulis harini. Tapi sbb ada la plak yg mengrequest utk aku tulis blog bebetul harini, instead of tempek lagu saja. Heheh.. Motif? Aku tatau, tapi sesapa yg nak request aku memblog, harus la bagi aku makanan barang empat tapawer, ataupun air ekor ayam.. bley? heheh..

Ini hari mau cerits pasal partner vs dan lain2. Dalam kehidupan seorang yang senget dan berpartner, akan ada ketikanya salah seorang daripada pasangan itu memiliki obsesi terlampau terhadap perkara lain selain daripada pasangannya. Aku ni bercakap dr kacamata seorang yg agak ganas la. Sbb biasanya org2 ganas2 ni dia agak dominan dlm relationship. So, kalau dia tgh asyik dgn 'muse'nya. Jgn la dikaco utk mengelakkan pergaduhan dalam rumahtangga.

Di antara muse yang paling haibat utk org2 ganas ni ialah kereta. Pergh.. kalau jenis yang sayang kereta tu.. apa saja utk kereta. Siap ada yg menggelarkan kereta bini no 2. Tapi aku rasa, ada org yg buat kereta cam bini no 1. Sebab apa, kalaulah sang awek terlanggo, atau tercalar kereta, seharusnya la membebel tiga hari tiga malam, kat sang awek tu. Sangkeng sayangnya pada kereta. Tapi at least sang awek pun boleh rasa beruntung la. Sbb dpat naik kereta yg well maintained. Bukannya beaten-up car macam keta aku.

Satu lagi muse terhebat ialah bola. Fuh, kaki bola ni sanggup berjegil mata semata2 untuk menonton bola walaupun di tengah pagi buta. Agaknya masa ni la, kalau bini lalu pakai baju senipis langsir pun, harus dinyahkan saja. Kalau tak pun, tgh proj tetiba jerit..'GOL!!!' hahaha.. yeay.. sudah tiba.

Aku?
Aku tidak obses dgn keta. Tgk je la keta aku, macam keta peraih ayam.
Bola?
oh no also. Aku tak tgk bola. So, sesapa yg mencari seorang yg bukan kaki kereta dan kaki bola.. pilih la aku jadi pacarmu.. hahaha..

Akan tetapi... sapa yg jadi partner aku seharusnya lah bersabar apabila angin obsesi aku terhadap michiru dgn sachiko tetiba datang, harus la partner aku sampai boleh terasa hati akibat aku terlalu menggilai kecantikan mereka berdua. Sbb bila tiba masa ini, aku akan tgk muka minah duorg tu dgn jantung berdegup laju, mata yang kuyu, dan kaki pun mengalami kelembikan melampau. Tapi.. katun je kan, bukan bleh buat apa2 pun.. hahaha.

Dah la.. aku nak balik. Mlm ni mau dating sama anak gue..

The truth about breakup is...

...it really hurts

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I know you won't be there

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Someday I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
You know it's so hard to say goodbye when it comes to this

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I want to do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself

If I had just one more day, I would tell you how much that
I've missed you since you've been away
Oh, it's dangerous
And so I'm afraid to try to turn back time

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
By hurting you
Hurt-Christina Aguilera


It stands true,
What I said to you,
No matter what people think and say,
I know you and us, better...

May 24, 2007

Adehh.. terjatuh la pulok..

Jatuh cinta, memang satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata2. Kalau kita dok membaca novel cinta pun, belum tentu ada penulis yang boleh menerangkan dan mengelaborasi dengan penuh kegegehan sehingga mesejnya sampai meresap ke dalam hati para pembaca.

Tiada satu perkara spesifik yang membolehkan rasa jatuh itu hadir.

Ada yang terjatuh sebab rupa paras yang cantik rupawan. Kalau sehangat michiru dan secomposed sachiko tu, sesiapa sahaja mudah terjatuh cinta. Tambahan pulak ada banyak masa yang diberikan yang membolehkan perkenalan dimulakan dan dibajai dengan si cantik rupawan, sehingga memberikan ruang untuk seseorang itu mampu menjatuhkan diri dengan lebih dalam lagi.

Ada juga yang boleh jatuh disebabkan lontaran kata2 bisa membawa bayangan indah tercipta di dalam kepala masing2. Ini terutamanya kalau berkenalan secara virtual la. Dari perbualan harian, serta cara masing2 mengawal dan mengujakan satu sama lain. Secara tidak langsung akan tertimbul percikan2 bahan kimia yang mampu membuatkan jantung berdegup kencang, perut dipenuhi rama2, bibir sentiasa diukiri senyuman, walaupun hanya dengan membaca sebaris ayat dan mendengar kata-kata ringkas.

Satu lagi kes yang boleh jatuh ialah apabila perkara itu datang langsung tanpa diduga. Bermula dengan satu ikatan yang digelar sebagai persahabatan, tapi lama kelamaan rasa ambil berat itu semakin meningkat. Seterusnya rasa cemburu pula mulai timbul apabila melihatkan sahabat kita itu berbaik2 dengan orang lain. Makin lama makin disemai pertemuan, sehingga akhirnya hati sudah tak mampu untuk berbalik semula, dan tanpa disedari, akhirnya terjatuh juga.

Tapi kan...

Memang bukannya mudah untuk jatuh. Kalau dah terjatuh, adalah agak payah jugak untuk bangun kembali. Ada masa2nya kita taknak bangun semula, sehingga kadangkala mampu menggegarkan ekosistem keharmonian kemasyarakatan yang tegar wujud di sekeliling kita.

Ada masanya juga kita terpaksa bangun dari jatuh itu, kerana kita sudah sedia maklum bahawa si dia tidak mungkin menyambut kita yang telah jatuh ini, sebaliknya hanya mampu melihat dengan pandangan pelbagai makna dari jauh sahaja. Pada masa ini terasa segala bahan kimia dalam bendalir badan macam meruap sehingga menyebabkan suhu badan jadi tak menentu, kepala pusing, mood bergoyang dan segalanya jadi salah lalu hilang arah.

Tapi... masa, akan mengubat segalanya. And yes, this too shall pass.


Sesapa bleh teka kenapa aku menjiwang ni, aku bagi singgit.. bley? hahaha...

May 23, 2007

Bila tiba hari raya.. (takde idea sungguh nak buat tajuk..)

Fuh fuh... bbrp hari yang lepas aku giler bz la. Asek je kena gi meeting sana sini. Ini semua gara2 boss aku nak kawen la. Segala benda kena disetelkan sebelum dia bercuti esok. Aiyoh. mau kawen gituu... aku gak yg single. hehe..

Anyway, ujung minggu haritu iaitu pada hari ahad lepas, aku telah sesaja menceriakan kehidupan dgn mengacau cik J dan memeriahkan besdaynya.

Kalau nak diikutkan plan asal2 tu, ingatkan aku dgn osmet aku je yg nak pegi (ececeh.. dah ada osmet skrg..). Kiranya kitorg bertiga je la kan nak mencemarkan rumah J dgn lawak2 poyo tiup lelen bagai, tapi tgh aku syiok2 mandi tetiba dak osmet aku terketuk2 la plak pintu cakap ada tetamu. Aku yg langsung tak terasa cam org sakit ni pun mandi la dgn lamanya seperti biasa sabun2 dengan jayanya sambil menyanyi2.. (cam biasa la..)

Bila aku turun je.. mak ai. ada empat orang. Dan alang2 aku pun mmg nak ke umah J ptg tu, apa lagi, mak pun hangkut je le semua2 tu ke sana. nasib baik J pun okke sajo menerima ramai tetamu. Siap menghidangkan kami dengan sajian kuasa luarbiasa dan juga video clip tak begitu luarbiasa yang membuatkan budak baju kaler pink tertelan2 air liur.. hahaha...

Dan sblm balik tu, boleh la plak aku dan osmet aku dok tersangkut kat umah tu utk sesi penggambaran. memula tersangkut sbb csi, pastu tersangkut plak sbb pose2 gaya model poyo gitu.. ahaha..

harusla motif aku tulis ni sebenarnya sbb nak bubuh gambo. hehehe...

Kek yang tak sape mampu nak perabih bab cekelat berbunga tuh



Kalau ditelan ini harus memberikan kuasa luarbiasa.. ngehngeh


Kaki-tangan yang tertinggal...
hmm.. comei gak yg suar biru yg paling kiri tu kan? ahahaha...

May 18, 2007

Inovasi hari ini bersama Sekapal.. Mari mencari stokin..

Pada waktu petang ini aku nak menulis plak pasal inovasi. Haritu ada inovasi pasal mesin rumput. hahaha.. Nasib korang la. Sesapa tak suka baca segmen beyond tomoro ni, pegi bukak tv tgk sembilu kasih.. hehehe..

OK.. aku nak tanya, pernah tak korang tetiba terlupa kat mana korg letak henpon? Fuh.. ada ramai yg angkat tangan. Awek tu pun angkat tangan gak ke?
OK turun tangan dik, seksi sungguh tu.. hehehe

Satu cara terbaik utk mencari henpon yang kehilangan di dalam rumah ialah dengan menelepon henpon tersebut. Sbb lepas tu akan kuar la bunyik yang pelbagai. Masa tu la baru tau henpon tu di mana, samada tertinggal dalam toilet, dok kat timbunan kain baju, tertinggal dalam periuk nasik, ataupun tertinggal dalam perut. ngehngeh... Pokok pangkalnya, bila benda tu dah berbunyik boleh la kita tau posisinya di mana.

Aku yg al poyo ni, mmg selalu misplace barang2 yang aku letak. Terutamanya setokin2 utk ke tpt keja. Lebih2 lagi bila dah bersingle ni lagi la aku hilang arah dgn setokin2 aku. Masa berdua dulu kalau stokin ilang je, harusla dicari dalam bakul koto ataupun tong sampah. Skrg ni.. setokin bersih pun aku takleh jumpa kat mana.. haru.. mmg haru.

So, aku berharap sangat la ada org yg boleh menginovasikan konsep mencari henpon apabila mencari setokin. Bukan sahaja setokin, malahan benda2 lain seperti pen/stapler kat opis, kunci umah dan kunci keta, borang EA, sandwich tak abih makan dan jugak remote control astro.

Alangkah bagusnya kalau ada satu remote control yang mempunyai butang2 yang dilabel dgn barang2 keperluan yang selalu hilang tu. Bila hilang stokin je, tekan butang berlabel stokin. Pastu stokin pun akan berbunyi 'tett tett', dan boleh la dicari kat tpt yg berbunyi itu kan?

Tapi kan, kalau aku punya remote kontrol la, sure penuh dgn label stokin, seperti
- stokin skema
- stokin katun
- stokin jari2
- stokin koyak kat bawah
- stokin koyak kat depan
- stokin lain sebelah
- stokin longgar

Dan aku akan menghubungi org yg buat remote kontrol tu supaya membenarkan aku menambah butang2 secara berleluasa apabila aku beli setokin2 baru.

Hmm... amacam idea aku? Boleh digunapakai tak? Ada sesapa nak jadik sengetian inventor? hahaha...

Selamat berhujung minggu yah!

Asik2 dengar lagu ni.. ish!

Aku ni korang semua sedia maklum mmg pendengar setia Hot.fm. Dan skrg ni, pantang aku masuk dalam keta.. asyikkkkk kuar lagu ni. Aku sampai dah naik hapal melodi dia, tapi lirik terabur. Nah! Hamik kau kapal.. lirik lagu Sembunyi nyanyian Misha Omar feat Andy. Jom nyanyi kengkawan..

Percikan sinar matamu singgah di hati
Bergetar bibirku bisu sukar mengerti
Pantasnya diri tertawan
Tak sempat berkelip aku kau punya

Biarpun mengutus ilham memujuk jiwa
Mengikut suatu raga melamar rasa
Biar pun kita mencoba

Sembunyi...

Namunkan terlihat yang jelas di wajah
Kita memang sarat merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Bertentang mata sebentar dihanyut angan
Tersentap aku tersedar diperhatikan
Senangnya diri terasa
Kemana renungan aku nak alih

Sembunyi...

Namunkan terlihat yang jelas di wajah
Kita sememangnya sarat merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Walau kita coba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang tersimpan di hati
Bintang-bintang di malam cerah beri cahaya
Tak menghalang menyinari segala

Walau kita coba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang tersimpan di hati

May 17, 2007

Sekarang sudah pandai nak bertelagah plak.. adehhh..

Fuh... hari ni kepala aku mmg senoneng sungguh. Nak pikir tegak, senget dan berbelit2 semua takleh. Harusla menongkat dagu sahaja di sini. Tapi sebab bosan menongkat dagu, maka jari jemari aku ni pun bergerak2 la menari2 di atas kibod atas alasan nak memblog.

Ah.. mmg sungguh dilema menjadi orang single. Pada setiap masa dan ketika akan ada je insan yang nampak cam mampu menjaga dan memberikan kasih sayang kepada kita yang cam ala2 dan keseorangan ni kan. Masa ni jugak la aku tahu aku mmg ramai giler kengkawan yang sungguh caring. Datang tgk aku, ajak jumpa, pastikan aku tak skip meal dan bermacam cara yang memang sesungguhnya boleh menampakkan mereka semua sungguh ikhlas untuk memastikan aku tidak menjadi bengong selamanya sehingga mengakibatkan muka aku herot sebelah. hehe

Dah dlm 3 minggu la kitorg break. Dulu aku mmg marah giler dgn dia dan org ke tiga yang menganggu rumahtangga aku. Tapi.. entah kenapa, skrg ni aku tetiba terjumpa kasut yang dipakai oleh orang ke3, dan aku mula terpikir... kalau lah ye, KALAU aku terjatuh hati dengan pasangan orang lain...camno?

Tapi untuk membolehkan aku menjadi manusia yang waras, haruslah aku mengabaikan sahaja segala rasa bunga2 (kalaupun ada) yang terkeluar dari dlm perut ini kerana anytime aku boleh salah anggap dengan perasaan aku sendiri. So, its time untuk sgala jirim neuron di otak aku memenangi segala hujah kalau berdebat dengan segumpal darah yang bergelar hati.


Hati: Diorang sayangkan aku?
Otak: Sudah semestinya, tapi kau kena sentiasa beringat.
Hati: Nak ingat apa? Salah ke aku suka ada orang yang ikhlas ambik berat pasal aku?
Otak: Suka tu tak salah, tapi takut kau terlebih suka.
Hati: Terlebih suka? Abis tu kena control? Tapi aku takmo dah control2.
Otak: Ingat, love urself before u love someone else.
Hati: But i'm used to be loved...
Otak: Kau tak takut kalau tetiba tersuka kat pasangan org lain?
Hati: Entah, tak kot?
Otak: Kalau kau nak jadi macam orang yang rosakkan rumahtangga kau. By all means. Layan rasa tu. Tapi kau kena tahu what goes around comes around.
Hati: ... Arghh!
Otak: Hey... jangan lari. Kau masih tak bersedia lagi.
Hati: yes.. i know...


er.. ini bukan lah bermaksud aku ada hati kat mana2 hak orang ye. Takde.. sekadar menjadi analogi utk diri sendiri je. Aku pernah di tikam oleh kawan sendiri, aku takmo menikam kawan2 aku sendiri. Nnt karma datang balik kat aku.. naya! Lagipun, aku bukanlah insan ultimatum yang bisa membolak balikkan cinta seorang wanita kepada kekasihnya..

Tapi.. nak jugak tempek lagu. heheh

Oh it seemed forever stopped today
All the lonely hearts in London (KL?)
Caught a plane and flew away
And all the best women are married
All the handsome men are gay
You feel deprived

Yeah are you questioning your size?
Is there a tumour in your humour,
Are there bags under your eyes?
Do you leave dents where you sit,
Are you getting on a bit?
Will you survive
You must survive

Supreme - Robbie Williams

May 15, 2007

Hari ini aku makan sampai perut kenyang.. yeay!

Ahhhhhh.... hari ni aku makan banyak. Giler betul la. Sudah lama giler aku tak mampu nak mkn banyak di atas kekangan2 yang berlaku di muka bumi ini. Satu kekangan terbesar ialah makanan kat area opis aku yg taksedap yaamatss.. (haruslah aku memperbesarkan cerita ini..)

Tapi hari ini. Aku pun mmg makan kat opis jugak. Tetiba tergerak lah hati nan lara perkins ini untuk menuju ke arah kedai mamak yang terletak berseberang jalan dengan opis aku ni. Lepas memandang ke kiri dan ke kanan, pastikan takde kereta yang lalu dengan laju aku pun melenting2 dalam kebulatan ini menuju ke arah kedai mamak tu.

Baru je nak naik tangga yang berpusing2, tiba2, muncul seorang berjantina lelaki yang memakai bonet tudung di bawah helmetnya. Dia pun tanya kat aku yang masih dlm muka malasnyaa nak melayan org ni..
"Dik.. bangunan no 3 kat mana?"
Aku pun buat muka kompius, kerana dia bebetul berdiri di depan bangunan no. 3. Pastu aku pun dgn sifat seperti seorang warga malaysia yang berbudi bahasa, menunjuk dengan bangganya.
"itu..."
Sambil jari aku yang pendek dan kontot ini menunjuk ke arah bangunan yang tertonggok di hadapan muka aku.

Lepas tu tanpa berlengah lagi aku menyambung lenting-lentingan aku menaiki tangga pulak, seterusnya berguling2 sehingga ke tempat beratur mengambil nasik. Dengan gembiranya aku tgk ayam goreng ada lagi. Chantek! At least takyah la aku makan bebenda yg berkuah berhari2 umurnya.
"Mamak, nasik separuh.. ooo cukup cukup!"
Itu ayat biasa yang aku bagi kalau nak mengorder makanan yang berunsurkan nasik. Lepastu aku amik ayam part dada dan jugak sayo kacang berkari style mamak serta bersenduk2 rasemm. Sblm balik sempat gak aku capai dua keping papadem untuk dibuat makan sambil melenting2 balik ke opis.

Disebabkan boss aku alergik dgn bau makanan dalam opis, dan jugak aku alergik makan sensorang kat kedai mamak, maka aku kena la mkn kat bilik kecik blkg opis. ntah apa dadah yg mamak tu letak.. bukan main sedap la lagi kombinasi lauk aku tu. Aku pun makan.. makan.. makan dan makan. Sampai licin nasik yg separuh tu dan juga hilang segala daging dari tulang ayam yang dah digoreng.

Lepas makan, masuk opis, minum air kosong sampai kembung. Dan letak kepala atas meja... tido.. Ahhhh... sedapnya hidup kalau perut kenyang..

Sekian rapuan perut kenyang aku pada hari ini.. heheheh..

May 14, 2007

Aku dah takmo jadik ikan. Aku nak jadik kucing (yg sikit baik)...

Kalau kita pakai krim rambut brylcream... dia akan membuatkan kita jadik in control. Maksudnya, rambut dikontrol supaya tidak melepek ke bawah, ke kiri atau ke kanan. Tapi itu gel rambut, senang la nak be in control kan.. Aku takmo cerita pasal rambut. Aku nak cerita pasal aku. Mmg la kebiasaannya begitu kan? haha..

Aku seorang yang sungguh mengawal diri. Bukanlah maksud in control tu lobang hidung aku terkembang kempis menahan muka supaya kelihatan kurus, menahan perut dari memboroi, dan menahan diri dari buat perangai yg tah pape tah. Takk... Aku takde la kontrol sampai nak nampak macam patung yg melepak dgn kengkawannya..

Maksud aku in control ni ialah, kehendak dan kemahuan aku selalunya ditahan oleh kepala dan otak aku. Katakan lah aku teringin giler nak makan otak lembu. Mmg perut dan nafsu serakah makan ni giler2 lah teringin. Lepas tu otak plak interfere. Otak mula berbicara..
"Kau nak ternak kolesterol dalam badan ke? kata nak kurus dan sihat..."
Bila dah terkeluar kata2 macamtu, harus lah aku tetiba terdiam membisu dan terus malas nak melayan otak yang pandai sungguh berbicara. Lepas tu, aku pun blah je la, meninggalkan otak lembu masak lemak yang terkulai di atas meja makan kat kedai.. adehh..

Itu contoh nafsu makan. Belum cerita pasal keinginan untuk naik angin sampai masuk ke tahap tsunami di tepi pantai. Macam kalau tgh kerja, tetiba ada je la budak yang cam malas2 nak buat keja. Sekali aku paku, sekali dia masuk. Nak kena pakuk berkali2 baru geraknya byk sikit. Tu yg kengkadang rasa nak hangkut tukul mmg aku pakuk kepala dia sampai lumai (gabungan lunyai dgn lumat). Tapi lepas tu otak akan cakap..
"Jgn jadi bodoh la Kapal. Kalau kau pakuk dia lepas ni sapa nak wat keja utk kau?"
Betul jugak kata2 otak yang selalu betul itu. Last2 aku terpaksa la menyusun ayat supaya benda jalan tanpa perlu aku pakuk..

Yang paling merbahaya sekali ialah nafsu terhadap org pompuan. Satu hal otak aku kalah dah sbb dia tak mampu menukar orientasi seks aku. Yea.. satu kosong otak! Tapi aku masih lagi tidak mampu mengeluarkan animal instinct untuk berlagak seperti seorang dewasa yang sesungguhnya bernafsu dengan perempuan. Dan sesungguhnya kalau pun aku bebetul dah tertarik dgn perempuan tu, aku akan jadi tak berani nak cucuk jarum lelebih. Aku bukan macam kucing yg ngap ikan depan mata, tapi aku lebih macam ikan kat pasar yang tunggu orang datang belek dan beli.
Mari aku salahkan sang otak juga...
"Kau giler nak buat pompuan camtu? Kalau dia tak suka, sesia je effort kau selama ni."


Arghhhh!! Rasa cam poyo la plak bila ada pemikiran camtu. Kenapa aku kena kontrol?! Haruslah ada yang mengatakan aku budak baik. Tak best langsung jadi baik.. nghhh!

Tapi skrg ni aku nak ajar otak aku supaya boleh pikir camni...
"Go kapal go! Sampai bila lagi nak belajar berani. Kalau nak, cakap. Kena rejek. Cari lain. Untung batu.. tenggelam lah kamu berdua. ngeh ngeh ngeh..."


Bottom line...
I think my ex has moved on. Now its time for me to figure out my moves.. tapi.. aku nak mula bergerak ke mana? adehhh.. mateila skrg ni berada dalam kegersangan yang manageable. huahaha...

May 11, 2007

Aku manusia yang sukakan manusia. Tapi bukan untuk dimakan

Argh... aku penat menulis hari ni. Dari pagi tadi cuma dua paragraph je yg terkeluar. Ada ke suruh fikir concept selepas segala produk sudah keluar. Mampus aku bekerja dari belakang. Nasib baik la aku senget, so boleh la saje kan, dpn, belakang, kiri, kanan.. janji tiba.. arghhh!

Ok la, sekarang kita masuk kepada isi kandungan blog aku harini yang bertajuk seperti di atas itu ye kengkawan. Aku mmg seorang yang sukakan manusia. Dan aku pun mmg plan kalau nak berkapel, dengan manusia jugak. Bukan dgn ikan ataupun kuda. Kucing bleh jadik peneman setia, tapi bukan la nak berkapel dgn kucing. Habis la dia tidak mampu memuaskan nafsu makan aku. heh heh heh. Takkan nak berkongsi mknn kot. hehe

Sbb aku sukakan manusia, dan aku nak berkapel dgn manusia, ada masa2nya aku suka berjumpa dengan ramai manusia. Macam masa aku masih plural dulu. Aku suka kalau ex aku masak, dan aku plak kumpulkan kengkawan reramai utk makan, borak, dan melepak. Dan aku beruntung jugak sbb ex aku dulu mmg hobinya masak dan menjamu ramai2 orang. Dia gembira memberi orang makan, walaupun selepas masak dia akan collapse big time punya. Tapi aku tau hati dia puas dan gembira. Aku pun suka je org ramai2 dtg. Orang kata, lagi ramai org dtg umah kita, lagi murah rezeki. Aaamin..

Tapi skrg ni, ada la problemnya sket. Sbb aku dah takde lagi kehidupan acamtu. Ex aku tu tatau la plak.. mungkin akan meneruskan hobi memasaknya dengan partner baru, menjemput kengkawan baru atau lama, haruslah ai dongker kekdahnya.

Jadi... aku tetiba terpikir la bebenda yg poyo.
Agaknya la, kalau laaa aku tetiba bersedia untuk cinta baru (yang dengan komitmen ye.. bukan seks saje), agaknya, mungkinkah aku kena cari seorang yang sanggup melayan kerenah aku yang suka mengumpulkan kawan2 di rumah? Seorang yang sentiasa mampu berkata begini kepadaku..
"Sayang, bila lagi u nak ajak kengkawan kita dtg makan kat umah? I kepingin nak masak dalam periuk besar.."
haha.. sempat berangan kejap tuu. (sayang konon.. eceh!).
Er.. alang2 terberangan ni, aku pun jawab..
"Apa kata kita je masuk dalam periuk besar tu? Marilah bergoyangg..."
haha... sudahla, sudahla norsiah...

Ha.. gitu la antara dilema yang aku ada. Aku mmg suka kawan2 reramai datang umah aku. So, cam ala2 obligated nak cari makwe yg terrer masak. Kengkononnya macam nak meneruskan istiadat melepak kat umah kapal la ni, walaupun sebenarnya aku je yg lebihnya nak mensapu masakannya tu. haha..

Tu la.. bila pikir2 balik, makin dah berumur ni, bila single kembali setelah sekian lama, banyak serpihan2 kehidupan yang perlu dikutip semula. Pastu kena tengok balik, adakah serpihan itu berguna dan mampu menceriakan hidup. Companion hanya boleh dijumpai setelah semua serpihan dikutip dan diletakkan di tempat yang sesuai. Tapi, adakah dengan memiliki seorang companion satu langkah yang bijak untuk diambil? Tatau ah aku...

Dengan kehendak orang2 dewasa yang pelbagai, boleh ke cari orang yang sanggup berkongsi kasih dan hidup? Tapi kalau cari budak2 pulak, aku la tak nak. Bebudak ada kerenah yang lagi cam pepening nak dilayan. Kecuali la bebudak yang matang. Yang biasanya kalau bebudak yang matang ni, semuanya dah berkapel bagai.

Bottom line, lagi dewasa, lagi banyak tanggungjawab. Bila mula berkapel dgn yg dewasa jugak, dah jadi bertimpa2 tanggungjawab itu. Tanggungjawab kita sendiri, dia punya sendiri dan juga yg dikongsi bersama.

Tapi ada yang mengatakan, dengan cinta segalanya mungkin. Lebih2 lagi kalau disertai dengan masakan yang sedap. Betul ke?

Tak kisah la, kalau aku single pun, kot2 tetiba aku nak masak.. aku ajak je la kengkorg dtg umah aku. Haruslah asyik makan soto je... hahaha.


p/s: penulisan blog ini ditaja oleh perut lapar yang sudah tidak mampu makan masakan di kedai kat tepi opis ini. Dasar takboleh masak.. bluekkk!! Piirah!

May 9, 2007

Saya menang gelpren.. timakasih powerroot!

Pergh.. ini hari mmg sungguh sesuai untuk menyambung tido di waktu pagi tanpa perlu ke kerja. Dah la ujan lebat2 bahasa, suhu pun menjunam turun. Tarik selimut mmg satu perkara yang mengindahkan. Lagi best kalau bleh ajak sang partner sesama tarik selimut cuddle2 gitteww.. Tapi sensorg pun best jugak. Bleh kongker katil. hahaha..

Itu hari, aku sudah tulis pasal aku jadi kekasih gelap. Ini hari nak tulis pasal kekasih lagi. Iaitu kekasih piala. Ataupun pernah la omputeh gelarkan sebagai trophy girlfriend.

Kalau mengikut makrifan aku yg cetek separas buku lali ini, trofi gelpren ni macam seorang kekasih yang kita gunakan untuk menunjuk2 kepada masyarakat ramai. Dengan adanya dia, kita mampu dilihat sebagai seorang yang ala2 gah la.

Kiranya, bila kita berjalan dgn gelpren kita tu, org akan berbunyik cenggini..
"Waaa.. terrernya dia. Muka cam b*** pun bleh dapat gelpren cantik cam preity zinta." haha.. contoh la kan.

Cenggitu aaa kan. So, bila org lain pandang je, mula la hidung kembang kempis macam belon yg ditiup oleh org tak cukup napas. heheh..

Dan kadangkala, trofi gelpren ni bukan setakat rupa sahaja. Tapi juga kelebihan2 lain yang ada padanya. Contohnya, dia adalah artis terkemuka yg dah lama menyingle, penari bogel yang dah bertaubat, ataupun tukang masak terhaibat di kampungnya. Jadi bila dapat tu, macam gah giler ah!

Cuma awas la, sekali kita memperolehi gelpren sebegini, kita akan teruja untuk bercerita tentang kegemilangannya. Dan dalam masa yang sama, akan ada buaya2 yang menunggu masa sahaja untuk mendapatkan trofi itu daripada kita.

Dan sampai satu masa, gelpren kita itu akan menjadi bosan kerana kita asyik bercerita pasal dia, sehinggakan dia merasa yg kita ni sebenarnya nak kat dia ke, atau nak menayang2 tentang kehebatan dia?

So, konflik boleh timbul di situ yang mengakibatkan keberantakan rumahtangga. Dan rasanya, aku juga pernah melakukan kesilapan sedemikian. Aku terlalu sesuka hati dok cerita pasal dia, sampai mungkin dia sedikit rimas apabila terpaksa kelihatan seperti yg aku gambarkan dirinya.. agaknya la.

Tapi apa2pun, benda dah lepas. Aku pun dah boleh lepaskan. Tapi at least, satu masa dahulu aku boleh la jugak uar2kan dengan sihat bahawasanya aku ada gelpren. Daripada yg mmg suka menunjuk, pastu menang gelpren, tapi hanya mampu tunjuk pada audience yg limited sahaja. Kira aku masey beruntung la.. tima kasih power root! kuikuikui
what's left of us...

-Abundance of Loveless-

Love shouldn't happen for a reason,
reason should find its way to love.

I shouldn't be your best,
I am simply your only significant.

But why suddenly?

As the wit is dimming,
and the energy depriving,
with freedom vanishing,
you call it love unwavering?

Though solvent I may be,
for love; never shall I pay.


-sekapal-
080507-01:14

May 7, 2007

Interview with Sekapal solo..

Hari ni aku menjawab interbiu. Terima kasih kepada orang yang memberikan soklan2 yg tidak berapa bermutu tinggi ini.. hahaha..


Sekapal, soalan yang biasa, you betul2 serious dengan breakup ini?
Kalau tak serius takkan la aku sanggup membazirkan air mata wanita aku nih. Dan takkan la pulak aku sesuka hati nak menyusahkan diri mencari ruang sendiri dan keluar dari rumah tu. Yes i am serius.

Where are you staying now?
nombor 5 persiaran satu.. eh. takkan la aku nak bgtau aku stay kat mana. Sah2 la nanti orang wartawan sokkabo datang nak interbiu kesengetan aku, walaupun aku sebenarnya takde kaitan dgn parti lesbian yang berlaku baru2 ini, aku tak isap cerut dan juga tak amik ecstasy.

Susah tak, being single?
Tak tau la nak kata. Macam susah je. Terus terang aku cakap aku tak pernah sesungguhnya single tanpa cinta sejak aku dalam tingkatan 5. Ini la first time aku hidup tanpa cinta perempuan. Tapi dulu masa ex aku keja kat siam, aku jalani hidup cam single jugak la. Semua benda buat sensorang. Yang paling memedihkan adalah apabila aku lihat org lain ada pasangan untuk bermanja, tetapi aku tiada. Sikit perit la.


What are the things that demand a lot of adjustment, happening in your daily life, currently?
Ada tiga kot:
  1. aku rasa sedikit sentap apabila mengenangkan aku terpaksa ikut time aku dan time ex aku utk tgk baby aku yg berbulu tu
  2. aku menyampah sebab setiap kali aku melakukan sesuatu dengan tangan kiri aku, aku akan cuba pastikan cincin di jari manis tidak menggelungsur keluar, tapi padahal skrg cincin tu sudah takde
  3. aku sedikit keliru apabila bangun dan memandang perempuan yang berbeza tidur di sebelahku, ataupun bangun dan langsung takde sesapa di sebelahku.

Moving forward?
Lepas ni aku nak terus bertenang, nak hilangkan keletihan, cuba cari space untuk diri sendiri dan babyku nan berbulu dan cuba dapatkan segala yang kurang dalam hidup aku selama ini.

Ready for love?
Aku takmo dah jawab soklan ni bleh tak? Macam dah selalu je jawab. hehe.. Sapa yg takmo dicintai kan. Pembohong la kalau aku kata 'oh no, pintu hatiku tertutup..' puiii la penipu. Tapi bak kata kengkawan aku, kayuh pelan2. Tunggu la aku tepuk dada aku sendiri. Tapi berdasarkan keadaan matawang ringgit yang ditutup agak kukuh, aku cam takmo la tunggu lelama sampai tiga tahun. hehehe

Taknak buat cerpenget ke cerita kau ni?
Nanti aku suruh dak sotong buat. Kalau aku buat karang meleleh lagi la airmata wanita ini.. hehehe..

Fuh.. any question?
Ok.. u,
yang kat belakang tu, bukan...
yang pakai baju kaler merah low-cut takde lengan tu.. haaa, comelnyer..
ye.. ada soklan?

May 4, 2007

hitam itu menawan, putih itu cendawan...

Huargh... ngantuknyer. Adakah sebab aku tak cukup tido? hehe.. tak jugak. Macam sedap je berdengkur malam tadi, sampai sendiri pun tak dengar sendiri punya dengkuran.. Ey apada aku tulis. Tapi sebelum tido tu aku dapat la jugak melakukan aktiviti2 sihat iaitu aktiviti menonton wayang gambar. Ingatkan ntah bila2 la baru leh dapat tgk spiderman 3, rupa2nya semalam dah dapat tgk. Terima kasih la di atas kecekapan miz J yg berjaya memperolehi tiket (dan juga ikan, dan juga sayur..)

So, nak cerita la sket pasal spiderman spiderman where are you nih. Basically semalam cerita spiderman banyak memberikan aku semangat. haha.. bley gitu? heheh.. Jadi ini hari aku nak cerita la sket pasal cerita spiderman. Sesapa takmo baca spoiler, pegi masuk blog org lain skrg juge.. timakasih. hehe

Alkisah si spidey dah la balik semula dgn MJ, siap ala2 nak bertunang bagai. Masa dok dating2 tu ada benda hitam jatuh dr langit dan dok follow dak spidey ni naik moto. Bila malam, dia meresap masuk kat baju spidey yg menyebabkan spidey jadik terlebih sifat agresifnya.

Pastu ada konflik dgn MJ la plak... bla bla bla, disebabkan kerjaya dan populariti yang tak sehaluan, dan akibat dipengaruh oleh dak Harry yg kaya raya itu, maka MJ kata dia taknak la kat spidey, sbb katanya... "There's someone else" (aiyo... merk terasa occay).

Bila kena tinggal dgn MJ, dia pun jadi la terlebih agresif dan hyper2 bola ke playboy'an dak spidey. Dia menjadi ganas dan kehilangan dirinya sendiri. Sampai membunuh pun takde hal la. Kiranya konfiden habis lah.

Tapi last2 setelah byk perkara jadik, dia pun buang la benda hitam tu dan jadi baik semula. Siap baik juga la dgn dak Harry utk mengalahkan org jahat yg jumlahnya ada dua.

Tapi sebenarnya ada byk org jahat dlm cerita spidey 3. Semua jahat. Si spidey pun jahat gak sekejap. hehe

Ah.. aku melalut je yg byknya ni sebenarnya. Bottom line, aku nak cari benda hitam tu bley? Untuk meningkatkan keagresifan aku. haha.. mateila, nak agresif ke Sekapal? Ataupun, mmg dah sedia agresif? huhuhu...

Maka, subjek tersirat utk entry harini, pakailah baju itam untuk meningkatkan konfiden diri anda.. huahaha...

May 3, 2007

Bila berkasih dalam gelap yang menyeronokkan

Ergh... memblog lagi? Kasi can la kat aku. Byk benda yg nak diluahkan nih. hehe.. Korg semua pernah tak dengar lagu SO7 yg bertajuk Sephia.

Selamat tidur kekasih gelapku
Semoga cepat kau lupakan aku
Kekasih sejatimu takkan pernah sanggup untuk melupakanmu


Makanya, ini kali aku mau tulis pula pasal kekasih gelap. Bukan kekasih berkulit gelap, itu aku pun suka, ini pasal kekasih yang lebih suka duduk di dalam kegelapan dan menyelinap merata2 tanpa diketahui oleh orang lain.

Aku ni menulis pun sebenarnya berdasarkan pengalaman sendiri. Percaya atau tidak, sewaktu hubungan aku dgn leen bergoncang hebat pada tahun 2001 dulu, aku pernah menjadi seorang kekasih gelap, dalam hidup seorang perempuan. Perempuan itu sebenarnya merupakan tunangan orang.

Memang masa tu, kehidupan aku sungguh ala2 seronok. Sebab kalau dia ada masalah dgn tunang dia, aku lah yang dicarinya. Akulah tempat untuk dia mengadu masalah dan juga bermanja. Tambahan pula tunangnya itu lelaki yang suka mengongkong. Jadi kalau setiap kali selepas berjumpa dengan tunangnya, akulah insan yang akan dicari. Aku adalah tempat untuk dia melepaskan segala yang terbuku di dadanya, di samping melepaskan kerinduannya pada aku. Tapi tak dinafikan dia pun bijak mengipas ego aku. Menjadikan aku terus dibuai perasaan seperti seorang pencinta, yang hanya hidup dalam cinta dan asmara nan indah.

Dan sebagai seorang kekasih gelap. Aku sedar, yang aku akan sentiasa mengalah sekiranya ada perkara yang perlu dilakukan dengan tunangnya. Sebab tunangnya perlu didahulukan. Itu aku tak kisah sangat, kerana aku tahu sebarang perkara yang berlaku, dia akan tetap mengadu pada aku. Dan aku juga bangga, kerana kalau ada masalah dengan aku, dia tidak boleh mengadu pada sesiapa.

Tapi sebenarnya, kalau dia mengadu masalah pun, apa yang aku boleh buat. Dengar sahaja. Masalah itu tidak melibatkan aku. Aku boleh sahaja buat dia gembira, ajak dia ketawa, buat2 lawak sket, sehingga dia terlupa masalahnya apabila dengan aku. Kekdahnya, masalah tu tak selesai pun, tapi dia kena la hadap bila kembali bersama dengan tunangnya.

Setelah terpikir2, aku sedar, memang indah menjadi kekasih gelap. Status pun kekal single dan solo. Takkan lah berani bocorkan rahsia yang kita ni bercinta dengan hak orang lain. Gilo ko po. Nak kena tibai?! Dan sebab dah single tu, boleh la mengayat yang lain jugak kan..?

Pastu, segala yang berlaku pada dia bukan tanggungjawab aku. Aku boleh hu ha hu ha, gelak sana sini, pastu dia gembira, aku jugak yg dipeluk dan diciumnya.

Kiranya, aku tak perlu berharian berhadapan dengan masalah yang dihadapinya. Tak payah aku pening2 kepala menyelesaikan masalahnya, memberikan sokongan yang tak berbelah bagi, mengadap mukanya yang kusut masai itu. Aku bukanlah satu-satunya orang yang dia harapkan dalam kehidupan dia. Sbb aku kekasih gelap. Dia hanya cari aku untuk kegembiraan. Aku tak ingin commit kehidupan aku dalam kehidupannya, yang tak tentu akan gembira dan ceria sepanjang masa.

Tapi sekali kegelapan itu sudah terang... Barulah segala perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab itu muncul. Barulah segala perkara sunat menjadi wajib. Mula lah kepeningan di kepala menjadi hak milik bersama. Pening dgn masalah sendiri, dan pening dengan masalah dia. Dan pening dengan masalah yang terhasil dari perkataan berkongsi. Nak lari? Pegi mana? Gelap kembali?

Sebab tu la, ramai org kata, masa bercinta tu memang indah, tapi bila dah kawin, macam-macam hal yang muncul. Cuma, kalau dah sayang dan cinta, diri akan tegar untuk cuba memikul tanggungjawab itu.

Er.. nasib baik dgn yg dulu tu aku kekal dalam kegelapan. Tak tau la boleh tak aku hidup dengan orang yang berpersonaliti cam dia tu.. Setakat cinta dewa dewi bleh laa..

Jiwa dah pecah, tapi mata masih belum buta.

Waaaaaahhh...
Ini hari yg baru. Bangkit dari tempat tido yg baru. Tapi sbb tak biasa kan, siap ada masalah sakit tengkuk lagi. Agaknya sebab aku terlalu gairah tido sensorang kot, sampai bangun2 je pagi tadi, kepala mmg terpeleot la. hehehe..

Erm... macam byk benda nak cerita, tapi tak tau mana nak mula. Sbb dlm dua tiga hari ni mmg aku akan byk bercerita pasal masalah dalaman yg aku alami la. So, kalau korg ala2 jemu nak baca, abaikan ler, aku nak tulis..

Believe it or not, aku ingatkan aku mmg langsung tak boleh bangun dari kejatuhan dan kesesatan ditinggalkan di tengah jalan ini. Aku fikir aku terpaksa merangkak untuk bergerak mencari sinar cahaya di kejauhan. Tapi yang sebenarnya, ramai yg sanggup nak dukung aku yg gemok ini untuk mencari cahaya tanpa melengahkan masa lagi. Terima kasih yg tak terhingga aku ucapkan pada semua.

So, skrg ni, walaupun tak fully recover, tapi aku dah alhamdulillah, takde masalah untuk memandu kereta dan meneruskan hari. Cuma nak start day tu macam ada kalut2 sket la. Sbb space baru dalam hidup kan.. biasa la tu.

Makanya, kat sini aku nak la bagi tips tentang cara-cara untuk mengelakkan diri dari perasaan hilang akal apabila terkeluar dari relationship 11 tahun.

  1. Cari kawan yg paling dependable korg pernah ada. Yg korg tau korg boleh menangis dengannya. Yg korg tau dia mmg boleh hulurkan bantuan dgn ikhlas
  2. Pegi cameron highlands dgn org yg 11 tahun tu.. haha. (mateila, kekdahnya org cam ni pun ada gak.)
  3. Declare korg single.. yahuuu!! Sbb lepas tu akan ramai yg dtg utk bagi support
  4. Pegi jumpa kawan yang korg percaya boleh memberi nasihat utk move forward dan motivate korg.
  5. Hangkut barang korg dan berambus keluar dari tpt korg tinggal berdua yang pernah menjana bahagia.


Hmmm... tapi apa2pun, aku rasa happy sbb aku dah single, aku hanya ada satu masalah sahaja utk difikirkan, dan segala masalah dlm relationship kami telah terselesai dengan sendiri. Sekarang terpulang pada aku untuk meneruskan kehidupan, tanpa perlu dibayangi lagi kenangan dan keperitan lampau.

Sebelum berpisah, ini ada satu lagu yg aku nak tempek lagi.. hehehe

Sometimes I cry so hard from pleading
So sick and tired of all the needless beating
But baby when they knock you
Down and out
It's where you oughta stay

And after all the blood that you still owe
Another dollar's just another blow
So fix your eyes and get up
Better get up
While you can

-my chemical romance : i don't love you-