December 9, 2009

Makanan, dan perempuan, dan televisyen

Entah kenapa mood aku dlm minggu ni adalah mood utk berpoye2. Aku rasa cam tetiap hari nak gi jenjalan, makan2, tetengok wayang dgn partner aku. Tensen betul. Dah la duit bukannye byk sgt, time awal2 bulan ni. Adeh.. stresso!

Anywhoo.. aku tetiba nak tertulis pasal cenel masak memasak. Haritu tertengok Rachel Ray kat ntv7, membuatkan aku teringat kat Food Network (US). Betapa aku merindui untuk menonton channel tersebut. Sbb, aku ni mmg suka tgk rancangan tv pasal makanan. Entah la, rasanya skang ni, cuci mata dgn tgk mknn kat dlm tv lebih memberangsangkan dr tgk pompuan2 seksi. Somehow, you cannot make those sexy girls yours (i mean, who needs sexy girls if you have... er.. never mind...). Tapi makanan, boleh aje dimasaki, dan ditelani. kan kan? haha... tahpape.

Akan tetapi, sekiranya tukang masak itu adalah perempuan, dan kendu, maka, bertambah lah selera utk menontonnya.

Kat AFC ataupun Travel and Living tu, kebanyakan rancangan2 yg glamer2 ni tukang masaknya ialah lelaki.

  • Jamie Oliver (u know who!)
  • Rob Rainford (Licence to grill)
  • Michael Smith (Chef at home/at large/abroad)
  • Emmanuel Stroobant, yg sentiasa bebaju itam
  • Chef Wan (hehe)
  • Martin Yan (duh.. dari kecik dah ada)
  • Antony Worral Thompson (host Saturday Cooks yg sarat dgn English accent itu)
  • Curtis Stone (yg boleh dibawak balik rumah -- Take Home Chef)
  • Anthony Bourdain, yg tak memasak sgt pun. Dia mkn aje
... dan ramai lagi yg aku pun taktau namanye.

Dan kalau nak cuci mata pun, dgn macik Nigella Lawson (yummeh!!) dan Laura Calder (French Food at Home). Oh, dan Anna Olson rancangan Sugar tuh...

haih...

Alangkah bagusnye kan, kalau AFC tu amik la serba sedikit rancangan dr Food Network US. Ni kebanyakannya Food Network Canada. Lagi murah ke? ehehe.. sesuka ati je aku komplen channel tv nih. haha...

Anyway, kalau kat Food Network US tu, aku sangat2 rindukan akak Cat Cora yg senget itu bertanding dlm rancangan Iron Chef America. Kalau dia masak, aiyo, ai pun terasa kebest'an nya. Cam takde kaitan kan, tapi aku suka gak.

Selain tu,
  • Rachel Ray, of course.. dgn EVOO nye dan masak macam kilat, 30 minit siap 3 meal.
  • Makcik Paula Deen yg suka masak sambil makan, sambil gelak.
  • Anne Burrell yg selamba cakap lepas dan tak takut taruk garam dlm masakan (dan amat terer bikin pasta utk Mario Batali!!)
  • Alex Guarnaschelli - resepi ayam gorengmu tetap menjadi pojaan hatiku!!
  • Aida Mollenkamp - sambil masak, sambil respons soklan2 kat email, sambil kelihatan kendu
  • Giada de Laurentiis - aku cam so so je tgk masakan dia, tapi aku suka tgk rancangan dia sbb dia kendu... haha

Dan ada la beberapa lagi yg aku tak mention kat sini sbb aku tak melangut tetiap pagi ahad utk tunggu rancangan depa kuar kat tv.

So kan, sebenarnya kalau la byk rancangan Food Network yg leh ditonton di melesia ni, mesti la hidup aku riang gumbira. bangun pagi awal2, nguap2 sket, bukak tv.. sampai tghari.. turun bawah beli brg2 utk dimasak.. masak dan makan. (Hmmm... i need to renovate my dapur!)

So, kesimpulannya, aku pun taktau, aku rindu rancangan masakan kah, ataupun aku rindu untuk memasak...

Yg pasti, aku rindukan sesuatu berkaitan dengan makanan....

4 comments:

dian said...

aku suke tengok nigella lawson

tatau la makanan dia sedap ke tak kan, tapi dia cantek !!!

hihi

Anonymous said...

Wahh.. siap hafal kapal nama2 chef? Respek respek... Hahaha!

sekapal said...

hahaha.. nigella tu masak sambil 'bouncing' okeh. sbb tu kau suka ek? hehe

zaralyn, camna tak hapal kalau hari-hari dok melangak tengok depa. huhu

uLat said...

makan sambil tgk afc, pergh bertambah2 selera. mbayangkan masakan itu dipinggan kita. huhuh