January 9, 2023

Mencintai Idea atau Dirinya

Beberapa hari lepas, seperti biasalah, dalam kereta aku berborak dengan Boo dan tanya soalan pepelik. Aku tanya dia, "Adakah kita ni mencintai idea tentang orang yang kita suka, atau mencintai diri orang itu yang sebenar?" 

Satu benda la yang aku suka sangat dgn dak Boo ni sebab walau sebangang mana pun soalan yang aku tanya, dia tetap akan layan. Memula dia kata memang la kita bercinta dengan orang, tak mungkin la nak bercinta dengan idea, kan? Dia jugak kata, bercinta dengan idea ni biasa berlaku kalau kenal secara online, dan selepas jumpa kita akan mencintai la orang yang sebenar. Tapi lepas tu aku terang2kan balik apa bahawa idea tu boleh terbawa2 dalam kehidupan dan menjejaskan hubungan sebenar. Bila aku bercakap berbelit2, dia akui la perkara ini rumit dan kesimpulan yang kami berdua buat, memang kami ada idea tentang pasangan kami, tapi kami dah sampai tahap mencintai pasangan kami walaupun tak selari dengan idea yang kami letak tentang pasangan ideal. Okey, selesai. Maka entry blog ni patutnya habis kat sini je la kan? ahahah. Takkan la kot. Aku nak jugak belitkan kepala otak korang. hahaha

So, apa sebenarnya yang aku maksudkan dengan mencintai idea tentang orang yang kita suka? Bagi aku, idea tentang orang ni merujuk kepada ciri-ciri ideal yang kita letak dalam pemikiran kita tentang orang yang kita suka. Contohnya, kalau ada orang tanya, "Kau suka pompuan yang macam mana?" Jadi kita pun senaraikan la, kita suka pompuan yang...

  • Comel dan sedap mata memandang. Tak cantik pun takpeee...
  • Berdikari, semua benda pandai buat sendiri dan tak clingy
  • Baik hati, penyayang dan romantik
  • Pandai memasak, sebab kita suka makan
  • Berkongsi minat yang sama dengan kita
Kiranya, kita dah boleh bayangkan keadaan orang yang kita suka. Maksudnya kita dah ada idea tentang dia.

Kemudian nak dijadikan cerita, kita pun jumpa la seorang perempuan yang menambat hati dari segi fizikal dan juga daripada cara dia berkomunikasi secara online atau melalui telefon. Masa mula kenal takleh nak komen sangat tentang ciri lain yang lebih mendalam sebab kita baru nampak muka dan cuma pernah berborak kat telefon dan berbalas mesej aje. So perangai dia kita tak tahu lagi. Tapi berdasarkan perkenalan singkat ini mmg konfem la kita suka dia dan nampaknya dia pun suka kita. Sebab dah suka sama suka, maka bolehlah kompang. Kelepak kelepuk kelepung! Kita pun declare lah yang kita dah kapel dengan dia dan kenalkan dia dengan kengkawan kita. Kiranya dah jadi gelpren secara official lah gituu. 

Bila dah lelama bersama, dah tinggal bersama, tetiba baru kita sedar dia sebenarnya tak begitu menepati idea kita tentang perempuan yang kita suka, sebab... 

  • Dia comel, tapi hanya jika dia tak buka mulut. (hahaha.. mcm keji plak contoh ni...)
  • Dia berdikari, tapi semua benda nak buat sendiri sampai apa je benda yang kita buat untuk dia tak pernahnya cukup baik.
  • Dia baik hati, penyayang dan romantik, tapi terlalu menyesakkan kepala sampai nak diskas hal serius pun payah.
  • Dia pandai memasak, tapi pandai sangat sampai time dating makan kat luar ada je benda yang tak kena pada makanan yang orang lain masak. Eh, ko dah kenapa?
  • Dia juga berkongsi minat dengan kita, tapi ada dua tiga je yg sama. Banyak je minat lain yang satu ke laut dan satu ke langit sampai boleh bawak gaduh.

Basically, idea kita tentang dia memang betul, tapi idea itu tak selari dengan perkara yang kita bayangkan. Jadi kalau dah jadi macamni la, apa kita nak buat?

  • Adakah kita akan terus berpegang pada idea kita tentang orang itu dan mengabaikan sifat sebenar dia sebab kita dah jatuh cinta dengan idea yang kita letak tentang dia? Dalam keadaan macamni, kita akan abaikan perangai dia yang kita rasa tak ideal, dan hanya layan perangai dia yang dirasakan selari dengan idea kita tentang dia.
  • Atau adakah kita sanggup lupakan idea yang kita letak tentang dia, dan akui orang yang kita suka itu sebenarnya berbeza dengan idea kita tentang dia, dan kita perlu menerima segala kekurangan dan kelebihan dia?
  • Atau cari lain? (Ni melampau la kan. Baru berapa bulan korang kapel??)

Aku sendiri tak tahu mana satu jawapan yang betul. Sebab relationship semua orang berbeza. Masing-masing tahu perkara yang membuat diri masing-masing meneruskan hubungan itu. Sbb orang macam kita takde ikatan nikah kahwin. So, bebila masa je boleh putuskan hubungan tanpa perlu fikir tentang undang-undang.

Dan macam yang aku selalu cakap, semua orang berhak rasa bahagia. Jadi kalau manfaat yang kita dapat lebih besar daripada pengorbanan kita dalam perhubungan itu, memang ofkos la berbaloi kita teruskan hubungan itu. Tapi kalau semua benda nak berkorban je, payah la jugak. "Aku pun ingin bahagia" bak kata Judika...

Okey, sekarang korang dah kompius ke belum? hahahaha

January 4, 2023

Dibayar untuk buat benda yang kita suka

Pada usia2 yang dah berlangkah-langkah menjauhi keremajaan ni, kalau boleh semua orang nak settle down dengan satu pekerjaan atau kerjaya yang disukai. Kiranya, kita nak rasa pergi kerja tu bukan satu beban, tapi satu keseronokan. Sebab kita dapat buat benda yang kita suka dan dibayar setiap bulan. Contohnya, kalau hobi korg mengarah orang, memang sesuai la korg jadi bos. hahaha. (Keji jugak la contoh aku ni...)

Bagi sesiapa yang dah dapat kerja yang disukai dan dibayar dengan jayanya untuk melakukan kerja itu, tahniah saya ucapkan. Pasti rasa tak terbeban nak pegi keja, kan? Dan takde la sblm pegi keje tu rasa liat gila nak bangkit dari katil sbb bergomol2 dgn makwe lebih best.

Tapi bagi sesiapa yang belum lagi dapat kerja macamtu, jangan putus asa. Walaupun tua mengejar, masa depan masih panjang dan website cari kerja makin lama makin banyak.

Aku pulak, setakat ni aku suka la dengan kerja aku. Walaupun kadang2 mabuk oren jugak bila kena buat subtitle utk cerita yang banyak hantu, banyak bukak2 baju, atau banyak omputeh menceceh. Ada jugak cerita yang buat aku rasa tak sabar nak tunggu next episode sebab nak tau apa akan jadi. Cuma sebagai pekerja bebas, ada kerja ada wang, takde kerja takde wang. hahaha. 

Sebenarnya inspirasi aku nak tulis pasal ni bukan sebab kerja pun, tapi sebab aku tgh angau dengan Freen dan Becky, pelakon utama dalam cite senget Thai, Gap The Series. 

Bagi sesiapa yang tak tahu, cerita tu kisah cinta antara bos dengan pekerja. Pastu cite ni mmg banyak la adegan beramas mesra, gigit-menggigit dan cium-mencium bagai. Kitorg yang peminat tegar dua pelakon ni pulak speku yang diorg ni mmg in real life pun bercinta jugak. Toksah la tanya kenapa, sebab banyak sangat buktinya yg aku tak mampu nak tulis kat sini. Jadi semasa siri ni tengah shooting, kami speku diorg masih baru2 bercinta dan sedang hangat gitu.

So, berbalik kepada tajuk aku, iaitu dibayar membuat benda yang kita suka. Kalau korg baru mula bercinta dengan sorg pompuan, mesti la asek nak meraba dan nak berpeluk cium bagai kan?  Bak kata org melayu, "Pantang terpegang, mesti jadik!" hahaha. Sesapa yang takde rasa nak buat begitu mungkin mengambil langkah mencintai dalam celibacy. Cool, I respect that. Tapi aku belum mampu untuk sampai ke tahap celibacy lagi, mungkin suatu hari nanti, apabila gigi semakin berkurangan...

Aku sedang cuba membayangkan aku jadi pelakon macam diorg. Kalau la dapat berlakon sebagai pasangan kekasih dengan gelpren sendiri dan memerlukan aku melakonkan babak2 yang suwit nak mampus tapi bordering on kinkiness... mmg ofkos la setiap babak takyah nak buat bebanyak take. Sekali take je konfem jadi! Sbb sure pandangan mata dan sentuhan dilakukan dengan sepenuh perasaan. Kalaulah direktor tak jerit "Cut!", entah sampai ke mana la berlayar agaknya. haha.

Kesimpulannya, pasti seronok jika kita dibayar untuk bermesra dengan pasangan sendiri. Tak dibayar pun dah syiok, apatah lagi kalau dibayar. Tak gitu? Ai rela serela-relanya... Cumaaa... kalau kau gaduh, babak cinta boleh bertukar jadi babak bergasak. 

Maka sebab itulah aku tak jadi pelakon. Biarlah tak dibayar untuk bermesra asalkan dapat bermesra. Setidaknya, aku pun tak dibayar untuk bermesra dengan makwe yang tak best. hahaha