Ah.. mmg sungguh dilema menjadi orang single. Pada setiap masa dan ketika akan ada je insan yang nampak cam mampu menjaga dan memberikan kasih sayang kepada kita yang cam ala2 dan keseorangan ni kan. Masa ni jugak la aku tahu aku mmg ramai giler kengkawan yang sungguh caring. Datang tgk aku, ajak jumpa, pastikan aku tak skip meal dan bermacam cara yang memang sesungguhnya boleh menampakkan mereka semua sungguh ikhlas untuk memastikan aku tidak menjadi bengong selamanya sehingga mengakibatkan muka aku herot sebelah. hehe
Dah dlm 3 minggu la kitorg break. Dulu aku mmg marah giler dgn dia dan org ke tiga yang menganggu rumahtangga aku. Tapi.. entah kenapa, skrg ni aku tetiba terjumpa kasut yang dipakai oleh orang ke3, dan aku mula terpikir... kalau lah ye, KALAU aku terjatuh hati dengan pasangan orang lain...camno?
Tapi untuk membolehkan aku menjadi manusia yang waras, haruslah aku mengabaikan sahaja segala rasa bunga2 (kalaupun ada) yang terkeluar dari dlm perut ini kerana anytime aku boleh salah anggap dengan perasaan aku sendiri. So, its time untuk sgala jirim neuron di otak aku memenangi segala hujah kalau berdebat dengan segumpal darah yang bergelar hati.
Hati: Diorang sayangkan aku?
Otak: Sudah semestinya, tapi kau kena sentiasa beringat.
Hati: Nak ingat apa? Salah ke aku suka ada orang yang ikhlas ambik berat pasal aku?
Otak: Suka tu tak salah, tapi takut kau terlebih suka.
Hati: Terlebih suka? Abis tu kena control? Tapi aku takmo dah control2.
Otak: Ingat, love urself before u love someone else.
Hati: But i'm used to be loved...
Otak: Kau tak takut kalau tetiba tersuka kat pasangan org lain?
Hati: Entah, tak kot?
Otak: Kalau kau nak jadi macam orang yang rosakkan rumahtangga kau. By all means. Layan rasa tu. Tapi kau kena tahu what goes around comes around.
Hati: ... Arghh!
Otak: Hey... jangan lari. Kau masih tak bersedia lagi.
Hati: yes.. i know...
er.. ini bukan lah bermaksud aku ada hati kat mana2 hak orang ye. Takde.. sekadar menjadi analogi utk diri sendiri je. Aku pernah di tikam oleh kawan sendiri, aku takmo menikam kawan2 aku sendiri. Nnt karma datang balik kat aku.. naya! Lagipun, aku bukanlah insan ultimatum yang bisa membolak balikkan cinta seorang wanita kepada kekasihnya..
Tapi.. nak jugak tempek lagu. heheh
Oh it seemed forever stopped today
All the lonely hearts in London (KL?)
Caught a plane and flew away
And all the best women are married
All the handsome men are gay
You feel deprived
Yeah are you questioning your size?
Is there a tumour in your humour,
Are there bags under your eyes?
Do you leave dents where you sit,
Are you getting on a bit?
Will you survive
You must survive
Supreme - Robbie Williams