Aku dalam forum sengetians tu adalah antara manusia poyo yang ala2 gumbira la plak bercerita tentang seks tanpa komitmen. Dan alkisah ramai la yg tak bersetuju bahawasanya seks tanpa komitmen ini adalah mampu-milik. Tapi ada jugak la yg bersetuju. Aku plak cam ala2 setuju je la plak kan.. Haruslah, kalau tak watpe aku yg bukak topik tu. hehe..
Tapi kan, itu sebab aku letak tajuknya ialah seks tanpa komitmen. Bagaimana pulak dengan komitmen tanpa seks? Maka sesungguhnya sepanjang pemanduan aku ke opis tadi aku dok la terbolak balik dgn kepala aku sendiri pasal topik ini.
Kita semua mmg dipenuhi dengan pelbagai komitmen dalam kehidupan yang langsung tidak melibatkan seks. Contohnya komitmen dengan kucing. Bukannya setiap kali aku bagi kucing aku makan, setiap kali aku gurau2 dgn dia sblm tido, aku akan dianugerahi mimpi memperolehi kenikmatan seks yang tak terhingga. Giler ke weh! Tapi, kita tetap terasa untuk komit dengan tanggungjawab itu. Walaupun pada hakikatnya tiada sebarang balasan yang diterima hasil komitmen itu.
Kita jugak ada komitmen dengan kerja, yang mana balasannya ialah keseronokan bekerja dan jugak gaji tetiap bulan, atau bonus tetiap tahun. No sex involved. Unless orang yang terlibat dalam perniagaan seks la. Itu nak taknak mmg terlibat sama la benda tu. Setiap pagi bangun awal, balik bila keja dah siap, sampai kengkadang makan pun tak berapa ingat, asyik dengan kerja. Giler komitted
Komitmen dengan sesama manusia pun sebenarnya agak banyak samada kita sedar atau tidak. Kita janji dengan kawan2 nak lepak kat mapley. Lepas tu kalau ada invitation lain pun terpaksa lah ditolak kerana sudah komit. Komitmen dengan diri sendiri pun takleh dipandang remeh jugak. Kalau kita mmg akan pakai bedak keti sblm gi keja, mmg kita haruslah komitted dengan memakai bedak keti itu setiap hari.
Kesimpulannya, mmg kita hidup dipenuhi dengan komitmen terhadap diri sendiri, manusia lain, pekerjaan, dan aset yang disayangi. Tapi bila perkataan seks itu diletak di hadapan ayat, makna yang dibawa langsung berubah. Terus menjurus kepada komitmen di antara dua jiwa, untuk saling membantu di antara satu sama lain menempuhi kehidupan dengan lebih berkesan, yang di sulami dengan penghadiahan rasa cinta yang ultimatum.
So, kan.. kalau kita tidak mengharapkan seks di sebalik komitmen yang kita berikan, kenapa mesti kita mengharapkan komitmen di sebalik seks yang dirasai?
hahaha.. sukanya aku memeningkan kepala sendiri.