Pergh.. ini hari mmg sungguh sesuai untuk menyambung tido di waktu pagi tanpa perlu ke kerja. Dah la ujan lebat2 bahasa, suhu pun menjunam turun. Tarik selimut mmg satu perkara yang mengindahkan. Lagi best kalau bleh ajak sang partner sesama tarik selimut cuddle2 gitteww.. Tapi sensorg pun best jugak. Bleh kongker katil. hahaha..
Itu hari, aku sudah tulis pasal aku jadi kekasih gelap. Ini hari nak tulis pasal kekasih lagi. Iaitu kekasih piala. Ataupun pernah la omputeh gelarkan sebagai trophy girlfriend.
Kalau mengikut makrifan aku yg cetek separas buku lali ini, trofi gelpren ni macam seorang kekasih yang kita gunakan untuk menunjuk2 kepada masyarakat ramai. Dengan adanya dia, kita mampu dilihat sebagai seorang yang ala2 gah la.
Kiranya, bila kita berjalan dgn gelpren kita tu, org akan berbunyik cenggini..
"Waaa.. terrernya dia. Muka cam b*** pun bleh dapat gelpren cantik cam preity zinta." haha.. contoh la kan.
Cenggitu aaa kan. So, bila org lain pandang je, mula la hidung kembang kempis macam belon yg ditiup oleh org tak cukup napas. heheh..
Dan kadangkala, trofi gelpren ni bukan setakat rupa sahaja. Tapi juga kelebihan2 lain yang ada padanya. Contohnya, dia adalah artis terkemuka yg dah lama menyingle, penari bogel yang dah bertaubat, ataupun tukang masak terhaibat di kampungnya. Jadi bila dapat tu, macam gah giler ah!
Cuma awas la, sekali kita memperolehi gelpren sebegini, kita akan teruja untuk bercerita tentang kegemilangannya. Dan dalam masa yang sama, akan ada buaya2 yang menunggu masa sahaja untuk mendapatkan trofi itu daripada kita.
Dan sampai satu masa, gelpren kita itu akan menjadi bosan kerana kita asyik bercerita pasal dia, sehinggakan dia merasa yg kita ni sebenarnya nak kat dia ke, atau nak menayang2 tentang kehebatan dia?
So, konflik boleh timbul di situ yang mengakibatkan keberantakan rumahtangga. Dan rasanya, aku juga pernah melakukan kesilapan sedemikian. Aku terlalu sesuka hati dok cerita pasal dia, sampai mungkin dia sedikit rimas apabila terpaksa kelihatan seperti yg aku gambarkan dirinya.. agaknya la.
Tapi apa2pun, benda dah lepas. Aku pun dah boleh lepaskan. Tapi at least, satu masa dahulu aku boleh la jugak uar2kan dengan sihat bahawasanya aku ada gelpren. Daripada yg mmg suka menunjuk, pastu menang gelpren, tapi hanya mampu tunjuk pada audience yg limited sahaja. Kira aku masey beruntung la.. tima kasih power root! kuikuikui