Ahhhhhh.... hari ni aku makan banyak. Giler betul la. Sudah lama giler aku tak mampu nak mkn banyak di atas kekangan2 yang berlaku di muka bumi ini. Satu kekangan terbesar ialah makanan kat area opis aku yg taksedap yaamatss.. (haruslah aku memperbesarkan cerita ini..)
Tapi hari ini. Aku pun mmg makan kat opis jugak. Tetiba tergerak lah hati nan lara perkins ini untuk menuju ke arah kedai mamak yang terletak berseberang jalan dengan opis aku ni. Lepas memandang ke kiri dan ke kanan, pastikan takde kereta yang lalu dengan laju aku pun melenting2 dalam kebulatan ini menuju ke arah kedai mamak tu.
Baru je nak naik tangga yang berpusing2, tiba2, muncul seorang berjantina lelaki yang memakai bonet tudung di bawah helmetnya. Dia pun tanya kat aku yang masih dlm muka malasnyaa nak melayan org ni..
"Dik.. bangunan no 3 kat mana?"
Aku pun buat muka kompius, kerana dia bebetul berdiri di depan bangunan no. 3. Pastu aku pun dgn sifat seperti seorang warga malaysia yang berbudi bahasa, menunjuk dengan bangganya.
"itu..."
Sambil jari aku yang pendek dan kontot ini menunjuk ke arah bangunan yang tertonggok di hadapan muka aku.
Lepas tu tanpa berlengah lagi aku menyambung lenting-lentingan aku menaiki tangga pulak, seterusnya berguling2 sehingga ke tempat beratur mengambil nasik. Dengan gembiranya aku tgk ayam goreng ada lagi. Chantek! At least takyah la aku makan bebenda yg berkuah berhari2 umurnya.
"Mamak, nasik separuh.. ooo cukup cukup!"
Itu ayat biasa yang aku bagi kalau nak mengorder makanan yang berunsurkan nasik. Lepastu aku amik ayam part dada dan jugak sayo kacang berkari style mamak serta bersenduk2 rasemm. Sblm balik sempat gak aku capai dua keping papadem untuk dibuat makan sambil melenting2 balik ke opis.
Disebabkan boss aku alergik dgn bau makanan dalam opis, dan jugak aku alergik makan sensorang kat kedai mamak, maka aku kena la mkn kat bilik kecik blkg opis. ntah apa dadah yg mamak tu letak.. bukan main sedap la lagi kombinasi lauk aku tu. Aku pun makan.. makan.. makan dan makan. Sampai licin nasik yg separuh tu dan juga hilang segala daging dari tulang ayam yang dah digoreng.
Lepas makan, masuk opis, minum air kosong sampai kembung. Dan letak kepala atas meja... tido.. Ahhhh... sedapnya hidup kalau perut kenyang..
Sekian rapuan perut kenyang aku pada hari ini.. heheheh..