May 29, 2007

Bila aku buat hal nak trenslet lagu..

Smlm masa makan, ada yg sajes aku mentrenslet lagu Hurt tuh.. Aku pun cam menyahut cabaran itu dan mentrenslet. Rupanya susah juga ye. So, aku trenslet part yg awal2 itu saje, iaitu bait2 yang mengesankan, supaya ada yang lebih memahami.. hehehe

Seperti baru semalam kulihat dikau
Kau berbangga denganku, namun ku berlalu
Kalaulah ku tahu cerita itu…

Akan ku dakap dirimu,
Ku ubati kepedihanmu,
Mensyukuri penat lelahmu,
Maafi kesilapanmu,
Akan ku lakukan segala,
Untuk mendengar suaramu,
Ku ingin memanggilmu, namun kau telah berlalu…

Maafkan ku, menyalahkanmu, untuk segala yang tak bisa aku laksana
Sakit diri ini, kerna menyakitimu...


heh heh.. boleh jugak aku menggoreng bebenda jiwang2 ni kan? hahaha...