May 3, 2007

Bila berkasih dalam gelap yang menyeronokkan

Ergh... memblog lagi? Kasi can la kat aku. Byk benda yg nak diluahkan nih. hehe.. Korg semua pernah tak dengar lagu SO7 yg bertajuk Sephia.

Selamat tidur kekasih gelapku
Semoga cepat kau lupakan aku
Kekasih sejatimu takkan pernah sanggup untuk melupakanmu


Makanya, ini kali aku mau tulis pula pasal kekasih gelap. Bukan kekasih berkulit gelap, itu aku pun suka, ini pasal kekasih yang lebih suka duduk di dalam kegelapan dan menyelinap merata2 tanpa diketahui oleh orang lain.

Aku ni menulis pun sebenarnya berdasarkan pengalaman sendiri. Percaya atau tidak, sewaktu hubungan aku dgn leen bergoncang hebat pada tahun 2001 dulu, aku pernah menjadi seorang kekasih gelap, dalam hidup seorang perempuan. Perempuan itu sebenarnya merupakan tunangan orang.

Memang masa tu, kehidupan aku sungguh ala2 seronok. Sebab kalau dia ada masalah dgn tunang dia, aku lah yang dicarinya. Akulah tempat untuk dia mengadu masalah dan juga bermanja. Tambahan pula tunangnya itu lelaki yang suka mengongkong. Jadi kalau setiap kali selepas berjumpa dengan tunangnya, akulah insan yang akan dicari. Aku adalah tempat untuk dia melepaskan segala yang terbuku di dadanya, di samping melepaskan kerinduannya pada aku. Tapi tak dinafikan dia pun bijak mengipas ego aku. Menjadikan aku terus dibuai perasaan seperti seorang pencinta, yang hanya hidup dalam cinta dan asmara nan indah.

Dan sebagai seorang kekasih gelap. Aku sedar, yang aku akan sentiasa mengalah sekiranya ada perkara yang perlu dilakukan dengan tunangnya. Sebab tunangnya perlu didahulukan. Itu aku tak kisah sangat, kerana aku tahu sebarang perkara yang berlaku, dia akan tetap mengadu pada aku. Dan aku juga bangga, kerana kalau ada masalah dengan aku, dia tidak boleh mengadu pada sesiapa.

Tapi sebenarnya, kalau dia mengadu masalah pun, apa yang aku boleh buat. Dengar sahaja. Masalah itu tidak melibatkan aku. Aku boleh sahaja buat dia gembira, ajak dia ketawa, buat2 lawak sket, sehingga dia terlupa masalahnya apabila dengan aku. Kekdahnya, masalah tu tak selesai pun, tapi dia kena la hadap bila kembali bersama dengan tunangnya.

Setelah terpikir2, aku sedar, memang indah menjadi kekasih gelap. Status pun kekal single dan solo. Takkan lah berani bocorkan rahsia yang kita ni bercinta dengan hak orang lain. Gilo ko po. Nak kena tibai?! Dan sebab dah single tu, boleh la mengayat yang lain jugak kan..?

Pastu, segala yang berlaku pada dia bukan tanggungjawab aku. Aku boleh hu ha hu ha, gelak sana sini, pastu dia gembira, aku jugak yg dipeluk dan diciumnya.

Kiranya, aku tak perlu berharian berhadapan dengan masalah yang dihadapinya. Tak payah aku pening2 kepala menyelesaikan masalahnya, memberikan sokongan yang tak berbelah bagi, mengadap mukanya yang kusut masai itu. Aku bukanlah satu-satunya orang yang dia harapkan dalam kehidupan dia. Sbb aku kekasih gelap. Dia hanya cari aku untuk kegembiraan. Aku tak ingin commit kehidupan aku dalam kehidupannya, yang tak tentu akan gembira dan ceria sepanjang masa.

Tapi sekali kegelapan itu sudah terang... Barulah segala perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab itu muncul. Barulah segala perkara sunat menjadi wajib. Mula lah kepeningan di kepala menjadi hak milik bersama. Pening dgn masalah sendiri, dan pening dengan masalah dia. Dan pening dengan masalah yang terhasil dari perkataan berkongsi. Nak lari? Pegi mana? Gelap kembali?

Sebab tu la, ramai org kata, masa bercinta tu memang indah, tapi bila dah kawin, macam-macam hal yang muncul. Cuma, kalau dah sayang dan cinta, diri akan tegar untuk cuba memikul tanggungjawab itu.

Er.. nasib baik dgn yg dulu tu aku kekal dalam kegelapan. Tak tau la boleh tak aku hidup dengan orang yang berpersonaliti cam dia tu.. Setakat cinta dewa dewi bleh laa..