Pada waktu petang ini aku nak menulis plak pasal inovasi. Haritu ada inovasi pasal mesin rumput. hahaha.. Nasib korang la. Sesapa tak suka baca segmen beyond tomoro ni, pegi bukak tv tgk sembilu kasih.. hehehe..
OK.. aku nak tanya, pernah tak korang tetiba terlupa kat mana korg letak henpon? Fuh.. ada ramai yg angkat tangan. Awek tu pun angkat tangan gak ke?
OK turun tangan dik, seksi sungguh tu.. hehehe
Satu cara terbaik utk mencari henpon yang kehilangan di dalam rumah ialah dengan menelepon henpon tersebut. Sbb lepas tu akan kuar la bunyik yang pelbagai. Masa tu la baru tau henpon tu di mana, samada tertinggal dalam toilet, dok kat timbunan kain baju, tertinggal dalam periuk nasik, ataupun tertinggal dalam perut. ngehngeh... Pokok pangkalnya, bila benda tu dah berbunyik boleh la kita tau posisinya di mana.
Aku yg al poyo ni, mmg selalu misplace barang2 yang aku letak. Terutamanya setokin2 utk ke tpt keja. Lebih2 lagi bila dah bersingle ni lagi la aku hilang arah dgn setokin2 aku. Masa berdua dulu kalau stokin ilang je, harusla dicari dalam bakul koto ataupun tong sampah. Skrg ni.. setokin bersih pun aku takleh jumpa kat mana.. haru.. mmg haru.
So, aku berharap sangat la ada org yg boleh menginovasikan konsep mencari henpon apabila mencari setokin. Bukan sahaja setokin, malahan benda2 lain seperti pen/stapler kat opis, kunci umah dan kunci keta, borang EA, sandwich tak abih makan dan jugak remote control astro.
Alangkah bagusnya kalau ada satu remote control yang mempunyai butang2 yang dilabel dgn barang2 keperluan yang selalu hilang tu. Bila hilang stokin je, tekan butang berlabel stokin. Pastu stokin pun akan berbunyi 'tett tett', dan boleh la dicari kat tpt yg berbunyi itu kan?
Tapi kan, kalau aku punya remote kontrol la, sure penuh dgn label stokin, seperti
- stokin skema
- stokin katun
- stokin jari2
- stokin koyak kat bawah
- stokin koyak kat depan
- stokin lain sebelah
- stokin longgar
Dan aku akan menghubungi org yg buat remote kontrol tu supaya membenarkan aku menambah butang2 secara berleluasa apabila aku beli setokin2 baru.
Hmm... amacam idea aku? Boleh digunapakai tak? Ada sesapa nak jadik sengetian inventor? hahaha...
Selamat berhujung minggu yah!