Argh... aku penat menulis hari ni. Dari pagi tadi cuma dua paragraph je yg terkeluar. Ada ke suruh fikir concept selepas segala produk sudah keluar. Mampus aku bekerja dari belakang. Nasib baik la aku senget, so boleh la saje kan, dpn, belakang, kiri, kanan.. janji tiba.. arghhh!
Ok la, sekarang kita masuk kepada isi kandungan blog aku harini yang bertajuk seperti di atas itu ye kengkawan. Aku mmg seorang yang sukakan manusia. Dan aku pun mmg plan kalau nak berkapel, dengan manusia jugak. Bukan dgn ikan ataupun kuda. Kucing bleh jadik peneman setia, tapi bukan la nak berkapel dgn kucing. Habis la dia tidak mampu memuaskan nafsu makan aku. heh heh heh. Takkan nak berkongsi mknn kot. hehe
Sbb aku sukakan manusia, dan aku nak berkapel dgn manusia, ada masa2nya aku suka berjumpa dengan ramai manusia. Macam masa aku masih plural dulu. Aku suka kalau ex aku masak, dan aku plak kumpulkan kengkawan reramai utk makan, borak, dan melepak. Dan aku beruntung jugak sbb ex aku dulu mmg hobinya masak dan menjamu ramai2 orang. Dia gembira memberi orang makan, walaupun selepas masak dia akan collapse big time punya. Tapi aku tau hati dia puas dan gembira. Aku pun suka je org ramai2 dtg. Orang kata, lagi ramai org dtg umah kita, lagi murah rezeki. Aaamin..
Tapi skrg ni, ada la problemnya sket. Sbb aku dah takde lagi kehidupan acamtu. Ex aku tu tatau la plak.. mungkin akan meneruskan hobi memasaknya dengan partner baru, menjemput kengkawan baru atau lama, haruslah ai dongker kekdahnya.
Jadi... aku tetiba terpikir la bebenda yg poyo.
Agaknya la, kalau laaa aku tetiba bersedia untuk cinta baru (yang dengan komitmen ye.. bukan seks saje), agaknya, mungkinkah aku kena cari seorang yang sanggup melayan kerenah aku yang suka mengumpulkan kawan2 di rumah? Seorang yang sentiasa mampu berkata begini kepadaku..
"Sayang, bila lagi u nak ajak kengkawan kita dtg makan kat umah? I kepingin nak masak dalam periuk besar.."
haha.. sempat berangan kejap tuu. (sayang konon.. eceh!).
Er.. alang2 terberangan ni, aku pun jawab..
"Apa kata kita je masuk dalam periuk besar tu? Marilah bergoyangg..."
haha... sudahla, sudahla norsiah...
Ha.. gitu la antara dilema yang aku ada. Aku mmg suka kawan2 reramai datang umah aku. So, cam ala2 obligated nak cari makwe yg terrer masak. Kengkononnya macam nak meneruskan istiadat melepak kat umah kapal la ni, walaupun sebenarnya aku je yg lebihnya nak mensapu masakannya tu. haha..
Tu la.. bila pikir2 balik, makin dah berumur ni, bila single kembali setelah sekian lama, banyak serpihan2 kehidupan yang perlu dikutip semula. Pastu kena tengok balik, adakah serpihan itu berguna dan mampu menceriakan hidup. Companion hanya boleh dijumpai setelah semua serpihan dikutip dan diletakkan di tempat yang sesuai. Tapi, adakah dengan memiliki seorang companion satu langkah yang bijak untuk diambil? Tatau ah aku...
Dengan kehendak orang2 dewasa yang pelbagai, boleh ke cari orang yang sanggup berkongsi kasih dan hidup? Tapi kalau cari budak2 pulak, aku la tak nak. Bebudak ada kerenah yang lagi cam pepening nak dilayan. Kecuali la bebudak yang matang. Yang biasanya kalau bebudak yang matang ni, semuanya dah berkapel bagai.
Bottom line, lagi dewasa, lagi banyak tanggungjawab. Bila mula berkapel dgn yg dewasa jugak, dah jadi bertimpa2 tanggungjawab itu. Tanggungjawab kita sendiri, dia punya sendiri dan juga yg dikongsi bersama.
Tapi ada yang mengatakan, dengan cinta segalanya mungkin. Lebih2 lagi kalau disertai dengan masakan yang sedap. Betul ke?
Tak kisah la, kalau aku single pun, kot2 tetiba aku nak masak.. aku ajak je la kengkorg dtg umah aku. Haruslah asyik makan soto je... hahaha.
p/s: penulisan blog ini ditaja oleh perut lapar yang sudah tidak mampu makan masakan di kedai kat tepi opis ini. Dasar takboleh masak.. bluekkk!! Piirah!