May 4, 2007

hitam itu menawan, putih itu cendawan...

Huargh... ngantuknyer. Adakah sebab aku tak cukup tido? hehe.. tak jugak. Macam sedap je berdengkur malam tadi, sampai sendiri pun tak dengar sendiri punya dengkuran.. Ey apada aku tulis. Tapi sebelum tido tu aku dapat la jugak melakukan aktiviti2 sihat iaitu aktiviti menonton wayang gambar. Ingatkan ntah bila2 la baru leh dapat tgk spiderman 3, rupa2nya semalam dah dapat tgk. Terima kasih la di atas kecekapan miz J yg berjaya memperolehi tiket (dan juga ikan, dan juga sayur..)

So, nak cerita la sket pasal spiderman spiderman where are you nih. Basically semalam cerita spiderman banyak memberikan aku semangat. haha.. bley gitu? heheh.. Jadi ini hari aku nak cerita la sket pasal cerita spiderman. Sesapa takmo baca spoiler, pegi masuk blog org lain skrg juge.. timakasih. hehe

Alkisah si spidey dah la balik semula dgn MJ, siap ala2 nak bertunang bagai. Masa dok dating2 tu ada benda hitam jatuh dr langit dan dok follow dak spidey ni naik moto. Bila malam, dia meresap masuk kat baju spidey yg menyebabkan spidey jadik terlebih sifat agresifnya.

Pastu ada konflik dgn MJ la plak... bla bla bla, disebabkan kerjaya dan populariti yang tak sehaluan, dan akibat dipengaruh oleh dak Harry yg kaya raya itu, maka MJ kata dia taknak la kat spidey, sbb katanya... "There's someone else" (aiyo... merk terasa occay).

Bila kena tinggal dgn MJ, dia pun jadi la terlebih agresif dan hyper2 bola ke playboy'an dak spidey. Dia menjadi ganas dan kehilangan dirinya sendiri. Sampai membunuh pun takde hal la. Kiranya konfiden habis lah.

Tapi last2 setelah byk perkara jadik, dia pun buang la benda hitam tu dan jadi baik semula. Siap baik juga la dgn dak Harry utk mengalahkan org jahat yg jumlahnya ada dua.

Tapi sebenarnya ada byk org jahat dlm cerita spidey 3. Semua jahat. Si spidey pun jahat gak sekejap. hehe

Ah.. aku melalut je yg byknya ni sebenarnya. Bottom line, aku nak cari benda hitam tu bley? Untuk meningkatkan keagresifan aku. haha.. mateila, nak agresif ke Sekapal? Ataupun, mmg dah sedia agresif? huhuhu...

Maka, subjek tersirat utk entry harini, pakailah baju itam untuk meningkatkan konfiden diri anda.. huahaha...