May 24, 2007

Adehh.. terjatuh la pulok..

Jatuh cinta, memang satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata2. Kalau kita dok membaca novel cinta pun, belum tentu ada penulis yang boleh menerangkan dan mengelaborasi dengan penuh kegegehan sehingga mesejnya sampai meresap ke dalam hati para pembaca.

Tiada satu perkara spesifik yang membolehkan rasa jatuh itu hadir.

Ada yang terjatuh sebab rupa paras yang cantik rupawan. Kalau sehangat michiru dan secomposed sachiko tu, sesiapa sahaja mudah terjatuh cinta. Tambahan pulak ada banyak masa yang diberikan yang membolehkan perkenalan dimulakan dan dibajai dengan si cantik rupawan, sehingga memberikan ruang untuk seseorang itu mampu menjatuhkan diri dengan lebih dalam lagi.

Ada juga yang boleh jatuh disebabkan lontaran kata2 bisa membawa bayangan indah tercipta di dalam kepala masing2. Ini terutamanya kalau berkenalan secara virtual la. Dari perbualan harian, serta cara masing2 mengawal dan mengujakan satu sama lain. Secara tidak langsung akan tertimbul percikan2 bahan kimia yang mampu membuatkan jantung berdegup kencang, perut dipenuhi rama2, bibir sentiasa diukiri senyuman, walaupun hanya dengan membaca sebaris ayat dan mendengar kata-kata ringkas.

Satu lagi kes yang boleh jatuh ialah apabila perkara itu datang langsung tanpa diduga. Bermula dengan satu ikatan yang digelar sebagai persahabatan, tapi lama kelamaan rasa ambil berat itu semakin meningkat. Seterusnya rasa cemburu pula mulai timbul apabila melihatkan sahabat kita itu berbaik2 dengan orang lain. Makin lama makin disemai pertemuan, sehingga akhirnya hati sudah tak mampu untuk berbalik semula, dan tanpa disedari, akhirnya terjatuh juga.

Tapi kan...

Memang bukannya mudah untuk jatuh. Kalau dah terjatuh, adalah agak payah jugak untuk bangun kembali. Ada masa2nya kita taknak bangun semula, sehingga kadangkala mampu menggegarkan ekosistem keharmonian kemasyarakatan yang tegar wujud di sekeliling kita.

Ada masanya juga kita terpaksa bangun dari jatuh itu, kerana kita sudah sedia maklum bahawa si dia tidak mungkin menyambut kita yang telah jatuh ini, sebaliknya hanya mampu melihat dengan pandangan pelbagai makna dari jauh sahaja. Pada masa ini terasa segala bahan kimia dalam bendalir badan macam meruap sehingga menyebabkan suhu badan jadi tak menentu, kepala pusing, mood bergoyang dan segalanya jadi salah lalu hilang arah.

Tapi... masa, akan mengubat segalanya. And yes, this too shall pass.


Sesapa bleh teka kenapa aku menjiwang ni, aku bagi singgit.. bley? hahaha...