Hah, aku dah selamat pindah umah. Timacih yg tidak terhingga diucapkan kepada is&anne yg sudi nak tolong angkut2 barang dr umah kami yg tingginya setingkat tu. Jasa korang Tuhan je yg boleh balas dengan setimpal. Tapi nnt jgn lupa dtg ke umah yg baru tu tau. hehe.. Kepada yg lelain, doakan la aku ada rezeki lebih, kot2 aku buleh jemput datang parti memanaskan umah ke.. (uik, bunyik cam sungguh tak seswaiii) haha
Anyway... nih bersempena AF dah nak abis ujung minggu ni, marilah aku bercerita pasal AF3 buat kali terakhir. Yang mmg hampir pasti, minggu depan Mawi akan dapat sebijik keta dan sebijik rumah. End of story. So, AFUNDI sebenarnya cam takde pape lah.
Yang menarik perhatian aku ialah satu undian terbaru yg dikenali sebagai AFVOKAL. Ini kengkononnya utk peminat mengundi pelajar yang dirasakan mempunyai vokal yg paling best lah! Tapi dah namanya peminat yg undi, silap2 Mawi jugak yg menang. Tapi aku tak rasa la Mawi menang, pasal peminat2 fanatik dia sure mengafundi sampai kering. Kalu tidak, org lain yg menang karang, sesia je mengundi dr awal.
Nih aku rasalah, kalu astro mmg dah bebetul nak bebanyak undi, baik buat beberapa kategori af-af yg lain. Ni aku sesaja nak bagi pendapat aku pasal takrifan af-af yg ada, dan juga cadangan af-af yg lain utk kegunaan di masa hadapan...
- afUNDI - utk pelajar yg tak kira cemana hampeh pun tapi paling diminati
- afVOKAL - utk kasi can kat pelajar yg kengkononnya sore bagus tapi tak ramai yg minat
- afMASUK - utk masukkan balik pelajar yg astro dah sediakan lagu kat peringkat akhir, tup2 tak jadik plak masuk final
- afBRO - utk memana pelajar yg cambagus belagak cam bro kat akademi pastu self-appoint diri jadik ketua
- afGEDIK - utk memana pelajar yg penonton rasakan gedik dan buang di konsert pertama pembuangan pelajar dilaksanakan
- afCUN - utk pelajar yg mmg cun dan diminati oleh golongan tegak dan senget
- afSENGET - utk memana pelajar yg dirasakan paling layak menggolongkan diri dalam golongan GLBT
- afPOYO - utk pelajar yg paling poyo dan menggeletek hati peminat tapi masih tak cukup undi utk lawan pengundi2 fanatik pelajar lain
- afCENGENG - utk pelajar yg dirasakan paling kuat menangis mintak undi simpati
- afLANGUT - pelajar yg paling kuat melangut dalam kelas dan tak 'pokess'
- afSIRU - utk pelajar yg paling tinggi lagaknya walaupun keluar di konsert keenam
- afSATULAGUSAHAJA - undi utk pelajar yg hanya boleh menyanyikan 'SATU' sahaja lagu dgn baik dan yg lainnya hanco!
- afLIAT - untuk pelajar yg tetiap minggu dok di dua tangga terbawah tapi berjaya maintain sampai ke konsert final.
Yeay... selamat menonton konsert final..! jgn lupa bawak tisu premier dua kotak, rambutan tiga kilo, duku langsat sebanyak mana yg ada dan air mineral sorang 500ml.. ok?! huhu