Rasanya cam takde benda yg aku nak tulis la. La ni cam bz sokmo. Dan rasanya ada benda yg ditulis tapi tak patut nak dipublish kat sini. Maleh nak biar semua org baca..
Hmmm... rasanya la, bila seorang blogger tu ada tulis entry, tapi pastu dia tak publish... Mungkinkah blogger tu mengalami masalah? Masalah seperti, tidak berani aka pengecut, taknak timbulkan kontroversi, suka simpan perasaan, malu, ataupun cuba menipu diri sendiri.. hehe, ntah la.. aku pun tak tau nak jawab apa.
Tapi tu la, aku bukannya nak mengata orang, mengata diri sendiri je sebenarnya ni. Mmg sejak aku memblog ada dua tiga entry yg aku dah tulis kemain bayekkkkk lagi, tapi taknak publish. Setakat simpan utk private view. Hek eleh... kalau setakat private view baik takyah tulis!
Rasanya, takleh la camtu kot. Kita manusia ni, sebenarnya mmg nak satu tpt utk mengadu, berkongsi cerita dan sebagainya. Cuma kadangkala macam takde manusia lain yang sesuai untuk dikongsi cerita tu. Dan mungkin sebab itu jugak la wujudnya ramai insan yg tanpa segan silu melabel diri sebagai blogger. Dalam blog la tempat mencurah rasa. Kat sini jugak la tpt mengadu dan berkongsi pendapat, masalah, kegembiraan dan macam2 lagi dgn para pembaca yang kebanyakannya langsung tak pernah bersua muka.
Kadangkala, pengalaman hidup kita secara kebetulan sama plak dgn pengalaman hidup orang lain. Bila benda camtu berlaku, entry blog yg ditulis boleh mengguris atau menyakitkan hati para pembaca. Maka sebab itulah wujudnya entry2 private.
Tapi aku ni ha, blogger yg tak berapa reti bahasa dan biasanya main boh je tulis, sampai mengesankan orang lain. Kalau ada la pembaca yg pernah terasa hati, terbergaduh, terpengsan dan ternaikhangin dgn membaca mana2 entri aku di blog ini dan blog lama aku, ampun dan maaf ku pinta... sepuluh jari disusun.. hahaaa.. macam nak raya!!
Seriously, mmg aku nak mintak maaf. Real2 punya maaf. Taknak lah nanti aku disabitkan bersalah atas masalah org lain. Masalah aku sendiri punnnnnnnn bertulis tak berpublish, nak timbulkan masalah utk org lain lagi? Tak larat dah aku nak masukkan dalam niat. So, aku mintak maaf ye. Sbb mmg aku takde niat tapi jari2 gatal aku jugak yg buat org terasa.. hehe.
So... world peace ye. hehehe