Harini aku sungguh awal sampai opis. Ni semua sbb partner aku skrg ni kena masuk keja kol 8 pagi. Maka... aku pun turut sama mengawalkan diri. Dtg opis awal mmg best, pasal takde sapa yg ada, so boleh la aku mengesurf laman2 porno. hahahaha.. yo yo 'o je. Tapi yg tak best sekali ialah... henpon aku tertinggal. Sungguh poyo!! Mampus la abis bateri pasal henpon tu dok dlm keadaan snooze tanpa henti. Adehhhh hai!
Smlm dgn hari ni sebenarnya aku mmg bz amat. Dgn projek yg belum siap, projek yg tak tau nak siap, projek yg masih dalam plan dan jugak auditor yg dok mengejar tanpa henti. Boleh bengkok ini macam mambang. Harapkan projek manager aku... alahai, baik takyah lerrr. Aku yg kuli ni jugak laaaa yg kena banting.
Anyway, semalam sesi audit berjalan lancar w/pun dengan bangganya aku mengaku tak ikut proses. hehehe. Tapi itu la tujuan audit kan, nak bagi peringat.. kalau setakat nak bgtau kesalahan je, baik takyah audit.. lagi bagus, baik takyah hidup. hahaha.. Maka dalam sesi audit tu QA manager sempat lagi bercerita pasal anak dia yg ada problem nak belajar. Siap risau lagi pasal dia tak tau nak halakan anak dia ke arah mana bila besar nanti. Sebenarnya nak je aku cakap... la ni, ramai jugak org yg belajar benda lain, tapi keja... ke lain jugak.
Contohnya cam aku ni ha. Masa belajar dulu mana ada aku buat bebenda yg aku dok kerjakan skrg ni. Langsung takde. Semua skill, kefahaman, dan kebolehkerjaan aku skrg ni adalah hasil pengalaman dan jugak pembelajaran aku semasa bekerja. Kiranya, segala-mala paper 'logi-logi' yg dapat kaler merah/biru/hijau masa zaman kolej dulu boleh la diabaikan ye.. hehehe. Tapi jgn la plak kata bila seseorang itu tidak mengerjakan diploma/degree/masters/phd mereka, segala benda yg dok belajar dulu jadik tak berguna. Takleh la macam tu. Kita kena menuntut ilmu sampai ke cina dan jugak sampai pinsan. Takde ruginya ilmu yg dituntut. Kalau dikira2 skrg ni cuba la letak aku suruh aku kerjakan apa yg aku belajar dulu.. hahaha. toksah la, aku dah tak praktis bebenda tu, maka, takleh la buat keja dgn baik.
Macam masa aku tgk cerita DEBS haritu, *eheheheh*
Amy kata.. kita seharusnya buat apa yg kita mmg boleh lakukan dgn baik, tapi Lucy lak kata, kita seharusnya buat apa yg kita suka. Dan kalau kata buat benda yg disukai... Kerja yg aku buat skrg ni mmg bukan passion aku. Bukan jugak cita2 aku sejak kecik. Tapi sebab dah sampai ke sini, kena jugak buat kerja dgn ikhlas dan bersungguh2.
Passion aku ialah nak jadik cam Bill Gates, ada software sendirik. Pastu dok depan PC buat programming sampai mata jadik rabun. Tapi mmg aku takleh buat camtu sbb masa belajar dulu aku taknak amik sains komputer. Maka sampai sekarang, sebijik kopi java pun aku tak reti. Kenapa aku taknak belajar benda yg aku minat? Sbb dedolu aku rasa benda yg kita minat, kalau takyah belajar pun leh terrer..
haha.. Cakap org berlagak tu. Skrg, padan muka aku!
Adik2 semua, jgn la tiru macam saya. Kalau rasa suka satu kerjaya tu, mmg kena belajar lagi dan lagi, supaya boleh terer gaban, malahan lebih terer dr gaban.