Huh... hari ni hectic sungguh hidup aku. Pepagi lagi dah kena kacau dgn dapur kat opis nih. Memula aku bukak air kat paip, pastu air tu tak reti nak berenti mengalir. Dah aku hentak ketat2 pun masih melelehhhh jugak ke dalam sink tu. Poyo sungguh. Pastu bila aku buat air plak, lepas aku tekan punat kuar air, air masuk la dlm mug aku cam biasa. Pastu bila ku tutup.. tetiba tong air tu dok tak berenti mengeluarkan udara la plak. Ah sudah! Tong air tu bernapas. Haru sungguh tuh! Tapi tu la padahnya bila pepagi buta dok dlm opis sensorang, agaknya ada la yg suka nak mengacau kot. hehehe. * ish mulut aku ni punnn!*
Maka bila dalam keadaan poyo-tertekan ni, satu cara yg paling seswai utk mengatasinya ialah dengan menyumbat earphone ke dalam telinga dan nyanyi. Tapi jgn la nyanyi kekuat plak. Karang tak pasal2 muncul pengkritik dari tah memana tah. Laaagi la haru.
Nih cerita pasal nyenyanyi nih, aku nak tanya sket. Pernah tak korang menyanyikan satu lagu, tapi tak tau apa bijik butir yg korang nyanyi? Lirik tonggang terbalik, pktn bertukar ganti, tapi melodi dgn vokal.. maintainnnnnnnnn. Aku rasa kalau dok menyanyi lagu bahasa jepun takpe la kot tak paham bijik butir.. tapi ni lagu melayu/omputeh sendiri. Pernah ke..?
Aku dgn bangganya mmg la mengaku pernah nyanyi tah pape tah. Terutamanya dalam keta time driving sensorang ataupun time mem beso kat sebelah baik punya mengerohhh. Kengkonon nak ilangkan bosan la. Nyanyi dgn penuh bersemangat, tetiba ada part tu lirik tak tau la plak. Takkan nak berenti kot? Karang tergnggu la plak feeling menyanyi tu. Maka takyah la pikir panjang, sebut je la apa2 sukukata yg dirasakan seswai dan boleh masyuk dgn lagu tu.
Tapi kalau nak kirakan partner aku lagi terrer bab mengubah lirik lagu ni. Setakat aku ni mmg takyah celen lah dgn dia. Sampai lagu Negaraku punnn dia boleh tukar lirik. Korg tau maksud perkataan 'tuniyasan'? hehehe. Sapa tahu mmg aku tabik spring la. Tapi partner aku mmg terer, dia siap boleh cipta lagi perkataan tu. Mmg laaa lawak. Ini kalau dia terbaca ni, harus jugak di paksanya aku basuh kain dgn ganasnya mlm nih. huhuhu.
Ala.. sebenarnya kalau kita nyanyi salah lirik ke.. lupa lirik ke.. buat lirik baru ke, sapa nak marah?? Lagi la kalau tgh dok nyanyi sensorang dalam bilik air tu. Lgpun kalau lupa lirik time nyanyi dlm bilik air, semestinya sang penyanyi itu akan merendahkan volume nyanyiannya. Pasal takut ada yg mengata la konon. Tapi kat pertandingan bebeso cam Akademi Fantasia tu pun... macam takde yg lupa lirik... Lagi lupa, lagilaaaaaaaaaah menang. hehehe.
Belia benci dadah!!! muahahahah