Ada sesapa nak tanya apa aku buat ujung minggu ni? Kalau takde... pun takpe, aku nak cerita jugak. huhuhu. Sbb apa, hari isnin ni kepala otak ada sedikit menyoll, so.. nak tulis bebenda yg menggunakan kreativiti mmg jgnlah harap. Maka, tulis je la sejarah utk dua hari yg lepas, sonang sket. hehe
Hari sabtu tu kena bangun awal pasal partner aku pepagi lagi dah ajak pi Ampang. Biasak la, sejak dok sini, Ampang tu kemain jauh kurasakan. Tak sedor dulu hari2 dok melenyek jalan yg sama. Pastu dah kat Ampang tu, dapat la jugak melepas rindu kat Ampang Point.. ehehe, rindu konon. Dan sementelah dah sampai ke area sana tu, dapat la jugak melepas rindu kat KLCC plak. Partner aku dok sibuk membeli barang2 utk majlis perkahwinan adik dia yg tak lama lagi, aku pulak sibuk mengangkut beg. Aku tak kisah angkut beg, paling2 pun ada la jugak pekdahnya aku mengikut selain drpd mintak org belanja makan.
Balik dr KLCC kitorg pi melawat salah seorang sedara aku kat sepital. Kebetulan plak time dtg tu masa makan dah abis.. Aisehmen... kalau tidak dapat aku mengicak makanan sepital. Kita org sihat ni kalau makan mknn sepital jadik lebih sihat. hehe. Tapi satu benda yg best la kat sepital tu. W/pun sepital gamen, tapi keadaan dalam biliknya boleh tahan best la jugak. Dgn air-kon-disi ada, pastu keadaan pun cam tenang2. Nur-se2 kat sana pun boleh tahan baik la. Cuma takde nur-se yg cam muda2 sket. Sume dah cam mak org. Tapi sebenarnya ada ke nur-se yg senget? hmmm hmmm
Lepas borak2 gitu2 dgn sedara aku tu, kitorg berdua pun berlepas la pegi ke Berjaya Times Square. Cadangnya nak pi beli DVD, sekali tu DVD cuma dijengok2 sahaja. Cam takde la plak yg menarik. OC Season 2 dah ada, tapi kalau setakat nak tgk Alex/Marissa yg sebanyak kurang drpd 10 episod tu... takyah lerr. Buat membazir duit je. Lagipun, kita semua kena simpan duit lebih sket, pasal The L Word musim 2 akan keluar dalam bentuk DVD dalam bulan Oktober. Aku tak ingat la plak awal atau akhir bulan. tapi yg pentingnya, bulan Oktober. So, sesapa yg berminat tu, jgn tak serbu supplier DVD anda.. ok?
Ha.. sbb takde beli DVD, tetiba kitorg tergatal tapak kaki pi la plak masuk ke Debenhams. Sekali tu kedai tu sale la plak. Partner aku pun, beli la lagi barang hantaran adik dia, dan jugak barang2 utk dia sekali la. Dan sama cam kat KLCC, aku jadik tukang angkut beg. Sebagai upah, ChefD belanja aku makan... yeay!! Tamat la sudah pengembaraan di hari sabtu.
Hari ahad, partner aku ajak aku pi opis dia pasal ntah amenda tha yg dia nak tgk. Aku ikut sahaja sambil memberi idea2 yg ala2 poyo utk dia lebih mensistematik kan diri. Sebagai upah, dia kasik can aku surf internet kat PC dia selama 5 minit. OK la tuu...
Ptg tu ChefD mula memakai topi 'chef' nya sbb nak masak. Eh jap, dia takde 'topi' chef tapi dia ada 'kain batik' yg mmg akan dipakai khas bila time masak shj. haha... Kes masak2 ni sbb nak menyambut kedatangan dua org kawan kami yg mmg laa baik hati, i.e. Is&Anne. Diorg jugak la dulu bersusah payah mengangkut kusi/gobok time kitorg pindah. Tima kasih la pasal sudi dtg ke umah, w/pun korang tersilap2 simpang. (maklumlah, la ni aku dok kat ceruk bukit.. mmg payah sket nak cari umah).
Mlm tu lepas makan lagi dan lagi dan menonton DEBS utk kesekian kalinya, kitorg pun tido...
Sekian sahaja laporan hujung minggu ini. Berita disediakan oleh bilik berita Sekapal Inc... teman setiaaaaaa andaaaaaaaa..
huhuhu