heh heh.. dah empat hari aku tak menjengok blog ni. Mmg biasa la hari sabtu ahad.. Tapi ni dari Jumaat saaampai lah ke hari Isnin aku melangok kat umah. Kepada sesapa yg nak tau apa aku buat selama 4 hari tu.. takyah la. Aku tak larat nak menaip apakebenda yg berlaku. hehehe. Kepada sesapa yg rindu kat aku, jgn malu2.. email je aku, pastu mintak no tipon. Time cuti pun boleh call jugak. huhu.
Ni aku nak cerita sket la pasal rindu2 ni. Alang2 dah tersebut pktn tu kat atas nun. Sebenarnya, bagi aku la, aku tak reti nak kata rindu tu macamana rasanya. Biasanya rindu ni didefinisikan sebagai rasa keinginan untuk berjumpa dgn sesuatu ataupun seseorang yg sungguh meruntun2 adanya. Kiranya macam tangkai jantung seperti direntap2. Dan ulu hati menjadi pedih tak tentu arah. Dan kadangkala secara tidak semena2 bulu roma akan meremang apabila teringatkan memori bersama. alahai... poyo sungguh bunyiknya. huhuhu.
Rasa rindu yg melampau ni jugak boleh memudaratkan. Contohnya.. sambil bawak keta pun boleh mengelamun. Pastu bila org lain dok borak dgn kita, tetiba terkeluar lak pktn yg pelik2 seperti nama gelpren ataupun panggilan2 manjer. Ada masa lain tu pulak, langsung tak tau apa yg berlaku di depan, blkg, kiri dan kanan. Semuanya cam rinduuuuuuuuuuuuu je. Alahai..
Tapi kan, bila dipikir2 balik, time bila yg rindu tu dirasakan sangattt kuattt dan sungguh thrilling? Bagi aku la, waktu yg paling thrill sekali ialah bila lagi beberapa jam nak jumpa. Di mana masing2 dalam perjalanan menuju ke tempat yg sama utk berdating ke, bercanda ke, berrr.. apa2 lagi lah. Time tu lah yg adrenalin merembes sampai tak hengat. Pastu puncak perembesannya berlaku apabila kita nampak dr jauh benda/manusia yg dirindui tu. Masa tu rasa cam alahaiii...... syioknyer lah hai! ish!! Heish!! heheee.
Adrenalin tu akan menjadi makin menjadi2 bila itu adalah kali pertama bertemu mata dgn org/barang yg dirindui tu. Ala, cam zaman skrg ni kan ramai yg bertukar2 gambo melalui email, pastu bercinta dlm chatroom bagai nak rak buku, tapi langsung tak pernah jumpa. Masa tu la degupan jantung mmg lebih laju drpd kelajuan partner aku bawak keta. Musti punya kurius nak tau. Acamna laaah rupa kekasih-cyber kita tu. Berapa cerah kulitnya, berapa panjangkah kakinya, cemana manis senyumnya. Pergh... dedebo gitu.
Tapi bila dan jumpa.. rasa debo tu dah kurang sket la. Diganti dek rasa excited. Masa tu la menyengeh cam kerang busuk sampai tak ingat dunia. Kalau boleh kat semua org nak senyum. Sangkeng seronoknya tu...
Warghh.. bestnya rasa rindu. Takde sesapa nak rindu kat aku ke? heheheee