August 9, 2005

jerebu yang mengkelabukan minda

Keadaan jerebu kat tpt aku keja ni semakin menjadi2 la plak. La ni kepala pun dah jadik weng weng. Omputeh kata cam 'light-headedness' tapi ommelayu kata apa ek? Keringanan kekepalaan. hahah.. blasah ler. Tapi mmg teruk sampai aku rasa cam nak pitam bila berlaku perubahan postur. ececeh ayattt...!

OK, semalam kita cerita pasal kawin awal. Tapi harini aku taknak la cerita pasal kawin plak. Karang ada yg bosan, dahtu langsung ilang selera nak kawin. Aku nak cerita pasal kawan... dan kawin jugak. huhuhu

Ada org yg taknak kawin dgn kawan dia. Tak kurang juga mereka yang taknak kawan dgn org yg dikahwini. Aku teringat satu ayat dr novel 'One Degree of Separation' hasil tulisan Karin Kallmaker (cerita lesbian la nih!!), salah sokrang watak dlm cerita tu menyatakan.. 'I f*ck what I f*ck."
Kiranya bila dia dah intim dgn seseorang tu, mmg kompom la hubungan yg dijalin tu akan hanco. Maka kalau lah dia imtim dgn kawan baiknya, sah2 la secara tak langsung boleh merisikokan persahabatan. Bukan setakat ilang gelpren, ilang kawan lagik...

Pikir2 balik, betul jugak apa yg dikata tu... Kalau lah jatuh chenta dgn kawan baik, pastu bila clash... mmg dgn kawan2 sekali terbang. Ini kalau org macam aku la. Kengkonon bila dah clash taknak tgk dah muka ex tu. Cam bagus je kan? Tapi ramai jugak org kat dunia ni yg propesyenel.. dah clash pun still boleh bertepuk tampar cam biasa. Buang yg keruh, ambil yg jernih.. ehehehehe.. Tapi kalau aku, keruh ke, jernih ke, berkeladak ke... semua aku buang. hard feeling lah kononnya ni. heheheh

Org yg taknak berkawan dgn pasangan yg dikahwini pun ada jugak. Pun banyak... Ini biasanya berlaku bila mmg tak pernah langsung nak ajak pasangannya jumpa dgn kengkawan. Pagi pi keja, malam baru balik. Sblm malam plak kuar pi minum2 kopi, makan yakitori dgn kengkawan. Dah malam baruuuu jumpa dgn pasangan. Ada jugak tu yg taknak kenalkan pasangan lepada kengkawan. Alasan, malu pasal pasangan kita tak reti nak borak sama level dgn kengkawan kita. Atau pasangan terlalu kolot utk bergaul dgn kengkawan. Org camni kiranya cam lebih seronok keluar dgn kengkawan bbdg dgn pasangan, atas alasan, pasangan pi kuar jenjalan leceh, asyik nak shopping je... sedangkan kawan seronok.. hassle free.

hehehe.. cemacam la manusia ni. Aku pun takleh lah nak kata mana yg bagus, mana yg tidak.. Tapi itu semua, preference masing2. Sukati korang la. Cuma mmg kita takkan boleh dapat satu hubungan yg sungguh perfect. Pepandai la nak maneuver hubungan sesama manusia...

Bak kata Michelle Branch dlm lagunya 'Goodbye to you'...
"It hurts to want everything and nothing at the same time,
I want what's yours and I want what's mine"

huarghhhhhhhh...