Selamat pagi kengkawan... pagi yang indah. Jgn lupa sarapan pagi dan gosok gigi di pagi hari. Dan mlm tadi masa tido jgn lupa basuh kaki.. (tapi kenapa kena basuh kaki ek??). Anyway, tak kisah la tuh. Ni nak cerita pasal malam tadi punya kes la ni. Tapi sebelum tu kena intro la dulu sket. hehehe.
OK, selama ni org2 yg tau aku senget hanyalah mereka2 yg senget jugak. Dan dua tiga org bebudak stret yg merupakan pembaca blog ini. Aku tak pernah rasa kesengetan aku ter'expose' di kalangan opismate, kawan2 sekolah, sedara-mara dan kaum kerabat diraja. Dan mlm semalam, aku telah pi dok makan sesama dgn opismate partner aku. Dan percaya atau tidak, hubungan kami mmg sudah diketahui oleh semua yg ada kat majlis makan2 & mabuk2 air pisang tuh. Dan sbb diorg tak memandang serong sesangat, so... pasal tu la tak kisah mengaku.
Kebiasaannya aku akan jadik giler pemalu dan pendiam bila dalam keadaan menyorok2 kesengetan. So aku expect bila berada dalam kelompok org yg tau kesengetan aku, boleh la jugak aku berborak2 kot. Tapi hasilnya.. tidak juga. Aku jadik pendiam yg amat dan lagi parah aku sentiasa rasa darah akan naik ke muka bila diorg mula tanya soklan kat aku. Dah la aku tak goti skiping london. Masing2 plak berhabuk. Lagi la haru.
Tapi sebenarnya masalah utama yg aku hadapi ialah rasa takut. Takut karang lawak2 yg aku buat dianggap sedikit obscene. Takut jugak kot2 pktn yg keluar dr mulut aku sungguh berbau tungkik.. eh bukan.. berbau kesengetan melampau. Dan ada la jugak rasa cam betul ke jawapan aku.. ke salah... ke menyebabkan org tersinggung. Kalau lah tengkorak aku ni transparen, boleh nampak otak aku bergerak2 dan berubah2 posisi dalam usaha utk mencari jawapan yg terbaik utk soklan2 yg diberikan.
Pastu bila dipikir2 balik (lepas dah balik umah le...) sebenarnya tak patut la aku rasa camtu. Selama ni golongan senget dok menganggap org normal yg tak terima diorg. Tapi betul ke itu situasinya? Mungkin betul la dalam beberapa keadaan. Tapi mungkin jugak, golongan senget lah yg tidak membuka minda untuk menerima bahawa masyarakat normal sebenarnya boleh menerima dan takde diskriminasi2. Hmmmm.. aku kah sebenarnya yg tak boleh menerima org lain? Adakah dunia dah bersedia menerima kita, cuma kita je yg terasa best dok tersorok2? ...aiyak.. kompius.