Aku ni la ni baru je berumur 28tahun. Tapi kalau dikira umur aku dgn jangkamasa hubungan aku dgn partner aku, mmg boleh la dikatakan yg aku ni tergolong dalam org kawin muda. Bak kata ada sesetengah dr korang, aku dgn chefD ni kes Gila2 Pengantin Remaja. haha.. Tu le, gatal sgt nak kawin awal (aku la tu).
Mmg la akan ada ramai yg kata.. bestnya, dah sepuluh tahun bersama dgn org tercinta. Dan akan ada jugak la yg akan kata, best la, dah settle down, takde nak sibuk2 mencari pasangan, maka boleh konsentret kat karier. Hmmm... bagi aku itu adalah di antara kelebihan org kawin awal. Cuma takde anak je la, kalau leh ada anak, akan ada jugak yg berkata, senang la, anak2 dah bebeso. hehe. kalau leh ada anak la, mmg aku kena beli van la jawabnya.
Tapi sebenarnya di samping kelebihan tu, ada jugak kekurangannya, dan cam banyak jugak kekurangannya. Di antaranya ialah tak sempat nak menggatal time2 tgh hormon keremajaan tgh mencanak2. Iye la... umo 19tahun dah ada steady, cuba la bayangkan cemana ropanya tu. hehehe.. haru.
Dan bila dah ada steady time 19tahun... berapa banyak pun bebenda yg diketahui pasal cemana nak menghilangkan kerinduan. Masa tu masih innocent bantut lagi. Tau pun setakat dua tiga benda je. Tu pun nasib baik la ada TV, kalau tak? Ntah... Nak ikut naluri je? Silap la... macam la naluri tu terrer sangat. Lagipun zaman 80'an dulu, cerita2 kat TV semuanya cam innosen2 gitu.
Aku tak tau la apa akan jadik kalau masa aku awal2 dgn ChefD dulu kitorg berpeluang tgk cerita cam The L Word. Mau bergegar sampai ke hujung jari! Tu la, ada rasa cam rugi jugak. Bukannya apa, pasal time memula kenal tu la eros membuak2 dan mmg gile full blown lah melepas rindu tu.
Tetapi itu tak de la bermaksud bila dah lelama tu tak full blown, melampau la kalau aku kata takde. Cuma aku teringin jugak nak rasa... cemana agaknya kalau masa aku mula2 gatal berchenta dalam umur dan pengetahuan macam sekarang nih. Silap2 dalam keta/bas/komuter pun jadik! haha... *garuk dagu*
Apa2pun, tulisan ini adalah bertujuan utk menyampaikan mesej bahawa, tak semestinya bila kita lambat jumpa cinta hati tu tak best. Ini tak kira lah hubungan senget atau stret. Ingatlah bahawa sekiranya sesuatu tu lambat tiba, mungkin kita akan lebih 'bersedia' menghadapinya dan hasilnya pasti akan lebih memuaskan hati dan jiwa dan raga dan bakul dan tilam dan bantal...
Kepada sesapa yg dah terkawin awal cam aku... bagus gak. Sonang la, pasal takyah pi masuk bursa saham.. hehe. Cuma masalah nya kalau terclash... jenuh la nak carik gelpren baru. Maklumlah, dah berkarat.