Hari ni aku sungguh malas. Ye la.. esok aku cuti. yeay! Seronotnya cuti di hari org lain bekerja. haha. Ni sementelah bercerita pasal cuti nih, aku ingin memanjatkan rasa syukur pasal aku bekerja di opis yg cuti hari sabtu dan ahad. Dedolu aku pernah keja kat opis yg keja separuh hari di hari sabtu. Tapi mmg giler tak produktif la. Rasanya objektif org dtg keja hari sabtu ialah utk menunjukkan koleksi jeans kepada kengkawan seopis, ataupun mengenalkan anak2 kecik kepada opismate. Ada jugak yg dtg opis hari sabtu semata2 utk check email dan berYM dgn kengkawan lain yg juga kena bekerja di hari Sabtu. Kesimpulannya, hari sabtu mmg sungguh kureng produktif (kecuali lah bagi org yg keja kat kaunter2 umum)
OK, sbb bercuti, maka pelbagai aktiviti lah boleh dilakukan oleh org2. Ada yg masa cuti lah amik peluang utk pi bershopping. Segala mala ceruk shopping diorg pegi. kalau yg duduk di pinggiran KL, akan ratalah berjalan dr Midvalley saaaaaaaaaaampailah ke One Utama. Sesapa yg mmg terduduk kat pusat bandar plak, habis segala Klcc dan konco2nya kat bukit bintang tu dia sapu. Beli barang itu sudah musti, pasal masing2 taknak rasa membazir duit parking keta. Tapi kalau macam aku, tetiap minggu aku akan merengek2 mintak partner aku bawak aku pi times Square. Sbb ada DVD ler.. apa lagi. Dan aku rasa lopeh ni dia akan rajin pergi ke sana.. sbb makcik itu sudah suka shopping kat Debenhams, sbb byk jugak brg yg murah2 dan berbaloiii (kalau mahal jgn hareps la kitorg nak pegi!)
Itu yg suka shopping, ada jugak tu jenis yg sukaaa sgt pegi ke tpt2 menarik. Tugu Negara, Taman tasik, taman burung, muzium negara, zoo negara, dan segala mala hakmilik negara dan juga DBKL. Masa tu la masing2 nak memperkenalkan rupa bentuk burung kepada anak2 yg selama ni dok tgk kat cenel Animal Planet je.. Pastu, bila habis je melawat burung, ptg tu pegi la plak ke Taman Tasik Titiwangsa, sambil berjogging, boleh cuci mata. Sambil tu, kalau terasa nak mencuci badan, terjun je la dalam tasik.. takde masalah. Byk kekore yg boleh tolong cucikan.
tak kurang jugak yg balik kg bila cuti hujung minggu. Balik umah mak sendiri, balik umah mentua ataupun kalau org tu takde kampung, dia akan mengambil peluang ini untuk makan pagi, tghari dan malam di kampung baru ataupun kampung melayu ampang. kalau macam aku takpe la.. aku ada kampung yg boleh dikunjungi dalam masa hanya 3 jam pemanduan keta. huhu.. tu pasal la sebulan sekali blk kg.
Tapi sebenarnya, yang paling best sekali dilakukan pada hari cuti hujung minggu ialah melangut depan TV berbekalkan koleksi cerita2 senget yang disimpan dlm kotak kasut. Pastu dok ulang-ulang-ulang tgk cerita2 tu saaaampai lah malam. Hanya berhenti di waktu2 tertentu sahaja untuk melakukan mana2 panggilan alam... Ini lah peberet aku di hari cuti ujung minggu. Tu pasal la bila masuk keja hari isnin je, bijik mata aku bengkak. Semuanya gara2 byk sgt tgk Mia Kirschner... lagho, sungguh lagho...