pergh... hari ni opis aku hampir mencapai tahap sifar. Ini semua gara2 jerebu yg melanda lah nih. Semalam boss kasi balik awal, hr ni semua org tak dtg keja. Tapi bagus jugak, ada la masa utk aku merapu bermain YM dgn org2 yg dha lama tak bertegur sapa dan bertanya khabar. huhuhu.
Tapi sebenarnya hari ni (kat tpt aku la.. ) jerebu takde la teruk sgt. Kiranya tghari ni nampak la cahaya mentari menyinari hari Jumaat yg best ini.. (Best pasal esok cuti daa...). Tapi selepas tghari tadi aku mengeluarkan diri dr inkubator ini utk pi makan. Tup2 masuk je opis sudah gatal2 tekak. Aisehmen.. bukannya senang nak menggaru tekak gatal. Kalau benda lain yg gatal boleh gak mintak tolong ChefD garukan.. er.. contohnya cam gatal tapak kaki ataupun gatal belakang badan la kan..
Sebenarnya perkataan gatal ni mmg lah sungguh pelbagai guna. Ada gatal kena gigit nyamuk. Ada gatal gelenyor, ada gatal tekak, gatal mata, buah gatal, Menggatal Sabah, dan bermacam2 lagi. Tapi adalah paling best cerita pasal gatal ni adalah gatal gelenyor... Sesapa yg kurang paham gata gelenyor ini adalah istilah org org yg gatal dalam ertikata nak mengorat.
Ramai om pompuan suka kata org lelaki mmg rata2 gatal. Pantang nampak pompuan berdahi licin, musti naik merenyam dia tu. Paastu ada plak klausa yg mengatakan 90% nafsu lelaki adalah kat pompuan. Dan ditambah lak dgn kebenaran berkahwin lebih drpd satu. Semua faktor2 ni sebenarnya boleh dikatakan sebagai penggalak/pemangkin kegatalan. Atas alasan... 'ala, dah mmg nafsu lebih ke situ. Mmg patut pun.' Alasannn...
Tapi kengkadang yg dok sibuk mengaku dia gatal ni takde la gatal ke mana. Silap2 yg senyappppppp tu yg rupanya ada affair. Acam dlm cerita Desperate Housewives tu, dia ada kata.. External affair akan berlaku di antara dua org yg taknak nampak rapat sgt di khalayak ramai. Tapi tu kata dia. Kengkadang yg sebaliknya jadik.. pun boleh!
Aku? Gatal? hehe... Sikit2 tu ada la. Tapi lebih2 tu cam takde je. Lagipun kita kena menggatal kat org yg sudi menggaru. Bak kata akak Siti, meminta pada yg ada, merayu pada yang kasih, maka.. kena lah menggatal pada yang garu.
Sebenarnya kalau sendiri gatal, tapi takde org nak garu, tak jadik jugak. Ni masalahnya ialah tukang2 garu nih. Kena masuk kelas la supaya tidak tergaru2 di tpt yg tidak betul.. hehehe..
harubiru betul entry nih..