yeay yeay! hari ni dah jumaat. Esok cuti! Boleh lah aku melangut atas katil lama sket. Kalau tak 6.45 je partner aku dah kejutkan. Kalau teknik mengejutkan tu best cepat la sket bangun, tapi kalau kureng best.. lagi laaaa sedap aku mengerekot bawah gebo.
Haaa... cerita pasal kejut2 di pagi hari nih, korang semua ada masalah bangun pagi tak? Aku mmg cukup bermasalah. Lebih2 lagi masa aku kat sekolah dulu. Bila masuk asrama first time masa tingkatan 4, mak aku kemain cuak lagi. Dia takut aku sensorang tak bangun tido, pastu masuk kelas kol 10, dan aku akan jadik budak mamai sepanjang hari. Maka mak aku berpesan2 la kat roommate aku masa tu mintak tolong lah kejutkan. Dan mmg kesian betul lah kat diorg. Sampai naik fed-up gak dgn aku kengkadang. hehehe. Nasib baik laaaa aku ni comei. So bila pandang muka aku, takde la diorg nak naik hangin teteruk.. teeheeheee..*gelak cecomei nih!*
Pastu masa aku kat kolej dah tak kisah dah.. Pasal sebilik dgn gelpren sendiri. Dia dgn rela hati la mengejutkan aku bangun. Tapi rela2 pun, makan darah jugak perangai aku masa tu. Sbb tu lah bila gelpren aku kena keja kat sempadan Siam selama 9 bulan dulu aku kemain panik lagi. Aku dah dok membayangkan kehidupan aku yg senantiasa terbangun lambat. Tapi dengan izin Tuhan, dapat jugak aku sampai ke opis on time tetiap hari. W/pun hakikatnya aku mandi, pakai baju dan terjun ke bawah umah dalam masa kurang drpd 5 minit. Tapi takpe, janji objektif tercapai.
Sebenarnya, ketiadaan partner aku la yg menyebabkan aku lebih boleh berdikari. Pandai bgn tido sendiri, basuh kain, masak sadin dan jugak pegi kedai beli mknn mentah utk dimasak. Kalau tidak, tanggungjawab aku hanyalah sebagai budak despatch tukang bayo bil, bayo sewa umah, pi beli sarapan nasik lemak kat bawah tetiap pagi sabtu dan penonton tv yg unggul. Kiranya, w/pun benda tu tak best... ada jugak kebest'an yg tersimpan di celah2nya. Bak kata org tetua (yg diubah sesikit oleh aku...) 'Kalau dibelek2 charkueytiau yg kureng sedap pun, akan ada terjumpa udang di sebalik kueytiau tu.'
Tapi skrg ni dia dah ada dok sesama dgn aku semula. Keliatan aku nampaknya menjadi2, sama naik dgn perut aku. Sampai kengkadang partner aku guna kucing utk kejutkan aku pepagi. Ye la.. bila kucing kesayangan aku dah gigit2 lutut aku, mmg tak boleh tidak kena bangun jugak la. Karang hanco lutut sapa nak dukung aku pi beli DVD?
So, sesapa ada petua cemana nak bangun tido dgn mudah dan pagi dan ceria, boleh la bgtau aku. Paling2 dapat la jugak aku mandi lebih awal dan boleh la aku suruh kucing gigit lutut ChefD plak.. huhuuu