August 16, 2005

Carta degree of separation. Sapa tau programming, baik bgtau aku.

Adehhhhaii...

Selama ni aku dok membaca buku2 cerita, pastu menonton the L word.. aku mmg la suka tgk diorg kira2 'degree of separation'. Ala, macam carta yg alice buat tu la. Berapa ramai yg diperlukan utk menghubungkan seorang lesbian dgn seorang lesbian yang lain. Menurut teori si Alice, setiap org boleh dicantumkan dalam kurang daripada enam connection. Hmmm... hmmm...

Aku kengkadang ada rasa teringin jugak nak buat bebenda camtu. Cuma masalahnya ialah kita takde basis utk mencantumkan dua org peserta. Kalau macam diorg tu boleh la berdasarkan seks. Kiranya, kalau diorg dah melakukan hubungan bersama, boleh lah dua nama tu dicantumkan. Tapi kat sini plak cemana ek? Sb kengkadang kita takde la sampai ke tahap tido sesama tuh. Cuma setakat minat2, pastu flirt2 dan chenta2 gituu. Kalau nak masukkan kes tido sama, mungkin rasanya teori six degree of separation tu payah la nak jadi kot. Pasal apa, rasanya tak ramai la lesbian kat sini yg dok sleep around dan mencantumkan nama2 org lain. Maka adalah lebih baik kalau kita bubuh garisan antara dua nama berdasarkan rasa chenta yg ada. Cukup la tu...

tapi ada satu lagi kekangan, sbb apa... ramai yg malu nak bubuh nama penuh, terutamanya kat dlm internet. Kita buat benda tu public pasal nak org dok memenuhkan database. Tapi kalau dah bubuh nama2 glamer, sapa la plak yg tau. Mana la tau kot2 tetiba ada ex-gf aku ke nampak carta tu. Pastu mana laaaa dia tau yg dia pernah berchenta dgn 'sekapal' yg dulu mungkin guna nama lain. Kot2 berus_dawai ke, basikalcabuk ke, angin puspus ke.. So kena la jugak bubuh nama penuh ataupun nama yg mmg boleh dikenali oleh bekas2 kekasih anda semua

Tapi lah, aku rasa, sesapa yg ada kemahiran buat programming yg boleh buat carta cam Alice buat tu, baik bgtau aku. Tak kira lah, email ke, bubuh email kat tagbod tu ke. Mana la tau kot2 boleh upload carta tu dan boleh laaaa tgk sapa yg senget atau pernah jadik senget. Rasanya kat nama aku dgn ChefD je dah beberapa garisan boleh keluar. Itu kitorg yg introvert nih. Org lain.. sure ada punya. Mana la tau kot tetiba boleh terkait dgn org2 glamer ke.. kan? hehe.


Makluman:
Idea utk menulis entry ini adalah apabila aku tetiba terjumpa blog seorang pernah kukenal dan kelihatannya seperti sama senget cam aku, tapi di mana yaaa?... jeng jeng jeng...