Aku ni mmg bukan hantu tgk wayang. Pasal aku bukan hantu. Tapi kiranya aku boleh la tahan suka menonton wayang. Setakat sebulan dua tiga kali tu ok la. Dan aku jugak bolehlah dikatakan rajin beratur walaupun sehingga sejam limablas minit semata2 utk tgk cerita Shrek2 yg last2 kena dok nunnnnnnnnnnnnn kat belakang. ish, apa cerita nih?!
OK, pokok dan pangkalnya, aku tgk wayang.. tapi mmg selama2 dok pandai beli tiket wayang, rasanya takde satupun cerita Melayu yg aku tgk. Baik Pendekar Bujang lapok ke, Sepet, Sepat, Puteri Gunung Ledang, Tangkak. Johor Darul Takzim... tidak.. semuanya tak. Malahan pasal takde DVD/VCD citak rompi makanya mmg aku tak tgk langsung cerita2 tu. Nak kata aku tak menyokong industri perfileman negara, kata lah. Sah2 org filim tu jauh lagi kaya drpd aku. Ada baiknya lah diorg tu yg menyokong aku nih. hehehe.
Nih dok merewang2 baca sokkabo/tgk melodi (ada Farah Fauzana tu.. echewahh!!)/ dan jugak membaca blog2 org lain, maka aku tertau la ada satu cerita melayu yg bertajuk Gol dan Gincu.
Entah kenapa aku rasa cam kepingin nak tgk cerita ni. heheheh..
Haaa.. tu silap2 ada yg kepala dah menyenget terteleng2. Apahal la plak Sekapal nak tgk cerita tu?
Sebenarnya ada lah beberapa sebab. Salah satunya sbb diorg kata cerita ni ada la kurang kurang cam Bend It Like Beckham. Sbb ada cerita pasal bola2.
Aku suka main futsal ke?
Cheh! Aku yg kaki kerusi-goyang ni mana la reti nak main bola. Minat bola pun jauh sekali..
Abih tu apsal plak nak tgk?
Agaknya sebab ada bebudak 3R berlakon dalam cerita tu kot. Iye la.. kiranya nak la dok tgk Tini, Rafidah, dan Celina tu selama lebih daripada setengah jam. OK.. rasanya ini adalah alasan yang bagus utk aku tgk cerita ni.
Takkan la sbb tu je kot?
Erm... mungkin jugak sbb filem ni ramai pelakon pompuan. Dan menonton pompuan2 main bola mmg lah menarik kan. Rasanya pelakon pompuannya (selain drpd bebudak 3R) ialah nor fazura (jadik heroin.. cheh, gue nggak suke..), pastu Sazzy (hos beat TV tu), Sharifah Amani (heroin Sepet) dan jugak artis feveret aku (sila isikan gambo mata sepet berair cam katun jepun kat sini) iaitu budak AF2 Zarina.. (ahahaha!! poyo!!)
OK la, kalau dikira2 byk pelakon pompuan tu. Nak cuci mata? Boleh juge..
Takde ke sebab2 yg tersirat nih???
Heish.. mana ada. Takde takde... Sekadar nak menyokong filem melayu! Dan juga mungkin pelakon melayu, ataupun.. produsernya... ataupun penaja2 filem ini.
Oleh itu kengkawan, ayuh kita menyokong filem tempatan!! yeak yeak yeaaa!!
aku ni pun cakap je lebih, bukannya tgk lagi pun cerita ni....